Monday, March 28, 2011

TaTKaLa MiNDa DiJaJaH..

Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk berehat setelah lima hari penat bekerja... Maka, aku membuat keputusan untuk berhujung minggu bersama keluarga.. Hotel yang berlogo Islamik menjadi pilihan sebagai tempat penginapan..Setibanya di hotel ketika mendaftar masuk, sudah kelihatan bar arak di satu sudut yang lain.. Alahai, malu pulak rasanya.. Nama hotel sudah melayu.. Tuan empunya hotel orang melayu.. Logo sudah Islamik.. Tetapi masih menyediakan bar arak.. Ermm, pelik sungguh.. Mereka ni LUPA kot yang arak ni terlalu besar penangannya.. Bukan sahaja si peminum yang akan berdosa.. Si pembuat, tukang hantar, yang menyediakan kemudahan untuk minum arak dan yang menghidangkan arak pun dapat dosa yang sama..

Selesai mendaftar masuk, aku berehat sebentar.. Petang itu aku turun ke kolam renang bersama keluarga dengan niat nak ajar anak berenang kuak kupu2... Baru sahaja aku hendak kuak lentang, tiba-tiba seorang staf hotel berbangsa melayu menyuruh aku membuka baju.. Katanya, tidak dibenarkan memakai baju ketika berada di dalam kolam renang.. Aku pun tanya lah, "Kenapa kena bukak baju??" Maka dia menjawab, "Memang peraturan tidak membenarkan.. Itu pun nasib baik saya masih bagi pakai seluar panjang, kalau ikutkan betul-betul, seluar panjang pun tak boleh..".. Hurm.. terus hilang semangat nak mandi..Sehingga aku terfikir, betapalah kita masih dijajah dengan pemikiran barat.. Apakah hari ini kita tidak belajar agama?? Atau kita mengetepikan agama dalam kehidupan dunia kita??  Mungkin kita LUPA bahawa dunia adalah satu-satunya tempat untuk kita amal agama..

Entahlah, pelik aku.. Tidak rasional langsung keperluan membuka baju di kolam renang.. Oh ye, mungkin air kolam renang banyak klorin.. nanti luntur lah warna baju tu, ye dok?? Tapi kalau iman luntur, bagaimana??? Mereka ni LUPA lagi kot yang iman tu lebih berharga.. Ish, bahaya betul sifat pelupa ni ye..

Maka akhirnya, anak aku ajelah yang puas mandi kolam.. aku hanya puas mandi wajib.. (eh eh silap taip lak)..

p/s: 
-Aku masih hairan melihat manusia yang sanggup memendekkan pakaian hanya kerana ingin memperoleh keuntungan dunia yang sedikit..
-Aku juga masih hairan melihat manusia yang sanggup menjual agama mereka dengan dunia yang nilainya tidak seberapa..
 
MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


16 comments:

Ibnu Mutalib said...

emmmm, dah suasana maam ni dah abg fuad..

tugas abg fuad (baca : kita) lah yang usaha untuk umat yang macam ni nih...

:-)

ukhti,mardhiah said...

(",)
kecik lg husna nk diajar kuak kupu2

Adinda Amy Sensei said...

tk pndai berenang...

Bijen M. said...

Orang sekarang zaman Islam ikut zaman.
Bukan zaman ikut Islam.
Haish.
Lemah betul saya.
Nak kena belajar lagi.
Sebelum berangkat nak nyanyi satu lagi lagu.

Bila aku sudah tiada.
Simpan semua entriku jangan ditangis selalu.
Mungkin itu sementara.
Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku.

Okebai!

Bijen M. said...

*Ayat di baris pertama, buang perkataan 'zaman' yang pertama.
Okebai!

Norsha said...

Minda yang terjajah
Mengapa terjajah?
Sebab kita masih tidak yakin pada sunah
bukan salah orang lain tapi kita yg salah
sebab kitapun kdg2 cepat sgt mengalah
kena usaha lagi atas iman, amal dgn mujahadah...Insyaallah

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Salah saya gak la sebenarnya sbb x buat usaha sungguh2 sehingga masih ramai yang jauh dari kehidupan beragama.. T_T

Mard:
Melentur buluh biar dari rebungnya.. (",).. Husna kata dia nak belajar CPR dari Teacher Mardhiah.. (",)

Cik Amy:

Xpe, nanti kalau lemas, ada peluang jejaka idaman tolong selamatkan(dgn izin Allah).. (",)

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Selamat berangkat Tuan Bijen..
Semoga jadi pelajar agama yang berjaya..
Bila jumpa jodoh Bollywood, jangan dilupakan aku.(",)

Cikgu Norsha:
Terima kasih cikgu..Terima kasih kerana mengingatkan anak muridmu ini yang selalu leka dan alpa..

Moga kehadiran cikgu memberikan lebih semangat kepada anak2 murid untuk terus berusaha dan tidak mengalah..

Anak Pendang Sekeluarga said...

biasa la bro,suasana dh mcm tu skrg...
sebab tu maksud dakwah ialah untuk membentuk suasana iman ini balik,sebab manusia mudah trkesan dgn suasana...

نور توفيقا said...

..Rasa berat sangat tanggungjawab kita..

Must work together.

May Allah open our heart to work together, in any way, any aspect, fillah..

P/s: Notice that ramai cikgu2 yang blogging=)

fuad ansari said...

APS:
Setuju..

Bahkan bukan sahaja kena hidupkan kembali suasana agama, malah kena keluar jalan Allah..Belajar susah payah.. Belajar mujahadah..

Mudah-mudahan nanti beroleh iman mujahadah yakni iman yang x terkesan dengan suasana..Supaya dalam apa jugak suasana,kita masih ada semangat nak amal agama..ye dok?? (",)


PQA:
Nak nyanyi sikit la.. (",)

Together...
We make the world a better place..
Forever...
Expand the culture of Iqra'..
And all of us..
Is to realize..
The meaning of..
Rahmatan lil 'alamin.. (",)

p/s:cikgu2 mmg dalam diri mereka ada semangat nak mendidik anak bangsa..Jadi tak hairanlah kalau mereka akan gunakan seluruh medium yang ada untuk tujuan mendidik.. (",)

aliaazuan said...

Salam.

Akak kena byk bljr dgn tuan fuad ni... byk fikir risau umat nabi ni... :)

Ummu Fatimah said...

salam,
hotel apa tu ye? kalau x keberatan bgtau sbb ana suka berenang..

fuad ansari said...

Kak AA:
Salam..
Saya yang kena banyak blaja dari akak terutamanya kene blaja usaha masturat.. (",)

Ummu Fatimah:
Salam.. Agak keberatan pulak nak bagitau.. Tapi xpe.. Arahan membuka baju hanyalah untuk kaum adam...Jadi xperlu risau.. (",)

seorangnenektua said...

zaman semakin moden ini sebenarnya semakin mundur.zaman yang terbaik ialah zaman Unta dan kuda.Pedang panah,tombak dan baju besi

fuad ansari said...

nenek: (",)
Iyelah nenek.. cucu pun merasakan begitu.. kalaupun zaman sekarang lebih hebat dengan kenderaan yang semakin maju, alat2 perang yang semakin canggih, tetapi nilai akhlak dan kemanusiaan semakin mundur.. Teknologi-teknologi yang dicipta pun akhirnya dilihat telah memberi lebih banyak keburukan berbanding kebaikan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...