Thursday, March 3, 2011

HuSNa NaK TaNYa Ni..




Husna: Abi, Abi nak pergi mana tu?

Abi: Abi nak pergi solat.. Husna nak ikut ke?


Husna: Takpelah, Abi pergi lah.. Husna teman Ummi kat rumah.. Abi Abi, kenapa ye waktu solat tu berubah-ubah? Kalau solat maghrib, kadang-kadang pukul 7:00.. Kadang-kadang pukul 7:15.. Kadang-kadang 7:30.. Tak boleh ke tetapkan solat Maghrib tu hari-hari pukul 7:30 ke..
Husna tengok abi kena masuk kerja hari-hari pukul 8:30, takde pulak berubah-ubah..

Abi: Sebab Allah nak menguji hamba Allah yang mana yang paling taat perintah Allah... Selalu ambil berat akan solat awal waktu adalah tanda-tanda hamba-hamba Allah yang taat.. Orang yang ambil berat akan solat awal waktu, takkan rasa susah kalaupun waktu solat tu berubah-ubah.. Sesiapa yang rasa waktu itu milik Allah dan perintah Allah lebih utama, maka dia akan solat di awal waktu pada waktu yang Allah tetapkan.. Tetapi sesiapa yang rasa waktu itu milik dia dan perkara lain lebih utama dari mentaati perintah Allah, maka dia akan solat ikut waktu yang dia suka... Jadi, nanti bila Husna dah besar, dah pandai solat, Husna solat awal waktu ye...


Husna: Oo macam tu ke.. Abi pergi la solat cepat.. Nanti lepas Isyak kita baca taklim sama-sama ye..

Abi: Sayang anak Abi sorang ni.. Husna pergi pesan kat ummi suruh solat cepat ye..

Husna: Ok...

p/s: dah pandai cakap rupanya anak aku.. (",)

12 comments:

Shadow Of Life said...

Husna yg comel..hee (-_-)v

fuad ansari said...

Azie:
Bila la Husna dapat jumpa auntie azie.. (",)

ukhti,mardhiah said...

salam tuan,
pandainya husna susun ayat ye.
pandai umi n abinya didik.
(",)

Norsha said...

salam, dulu akak ada dengar bayan or maybe ceramah (dh tk ingat bila & dimana), ustad tu bagi tahu mengapa waktu solat diseluruh dunia tk sama kerana supaya disetiap saat di mukabumi Allah ini sentiasa ada suara yang membesarkanNya (lebih kurang gitulah)...tapi skrg ramainya org tk solat malah berbangga pula meninggalkannya...tak caya? cuba blog akak entri ke3, cerita ttg solat, kisah benar d sebuah sekolah

mhafiz_ydin said...

Abi pergi masjid, bawa balik rahmat untuk anak isteri dan keluarga. InsyaAllah akan lahir anak-anak yang soleh-solehah, pembantu2 agama Allah.

Bijen M. said...

Bravo abi, bravo abi!
Cenilah abi akhir zaman!
Ah-ha!

fuad ansari said...

Kak Norsha..
Wasalam.. Sedih jugak kan kerana ummat semakin jauh dari agama..
(Salah sy la x ajak mereka kepada agama dengan sungguh2..)

p/s: kena panggil cikgu la lepas ni.. (",)

Tuan Hafiz:
Harap2 begitulah.. Semoga anak-anak menjadi pelaburan yang baik untuk kehidupan akhirat..

Mr. Bijen:
Harap2 tuan pun cepat dapat title Abi.. X dapat isteri Jepun (MO), dapat isteri Pakistan or India (Bollywood) pun ok pe.. (",)

نور توفيقا said...

Husna umur berapa ni?
Meh Cik Pqa buat Denver Test:)

fuad ansari said...

Denver test tu test untuk ape??

Husna baru 10 bulan la.. (",)..

p/s: kena la abinye tempah flight nak wat denver test.. nak tunggu auntie pqa balik malaysia, ntah bila la agaknya..ntah ingat Malaysia ke ntah tidak.. hehe..

نور توفيقا said...

Tu development test untuk budak2 dari baby till 6 yo.

Cik pqa balik m'sia nak tengok husna pakai tudung and jadi anak solehah yang buat abi n ummi proud:)

Anak Pendang Sekeluarga said...

p/s:jemput share pandangan tuan berkaitan artikel terbaru...di blog sy..

fuad ansari said...

PQA:

InsyaAllah, auntie pqa doakan la husna supaya husna jadi solehah ye..Mengikut jejak langkah auntie.. (",)

APS:

InsyaAllah... Erm.. hebat artikel tu.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...