Thursday, March 10, 2011

BaNGuNLaH WaHai PeWaRiS SYuRGa..

Ya aiyuhal muzammil...
Wahai orang yang  berselimut..
Qumillaila illa qolila...
Bangunlah (untuk bersembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)

Ya aiyuhal muddaththir..
Wahai orang yang berkemul (berselimut)
Qum faanzir..
Bangunlah, lalu beri peringatan..
Wa Robbaka fakabbir..
Dan Tuhanmu, perbesarkanlah..

Mahu tidak mahu, bangun wahai anak bangsa pewaris syurga... Jika tidak, aku risau kamu kehilangan hak untuk mewarisi syurga..

Bukan masa untuk kamu hanya duduk di masjid dan menunggu orang lain untuk datang ke masjid.. Tapi bangunlah, dan ajaklah orang ke masjid..

Bukan masa untuk kamu hanya tidur sepanjang malam.. Tapi bangunlah, tunaikanlah solat malam.. Jadikan solat malam sebagai hubungan yang lebih rapat dengan Allah tatkala ketika ini kebanyakan kamu menjadikan FB dan lain2 sebagai hubungan yang lebih rapat sesama kamu..

Bukan masa untuk kamu melakukan sesuatu majlis dengan sia-sia, tetapi besarkanlah Allah dalam majlis tersebut..

Bukan masa untuk kamu hanya bercakap tentang agama, tetapi bangunlah malam supaya percakapan kamu lebih memberi kesan di hati..

Bukan masa untuk kamu hanya mendidik anak-anak kamu, tetapi bangunlah malam supaya anak kamu menjadi insan yang lebih baik dan mendengar cakap kamu..

Bukan masa untuk kamu merasakan diri kamu sahaja yang betul, tetapi bangunlah malam supaya Allah perbetulkan amalan kamu dan menjadikan orang-orang disekeliling kamu sebagai perantara untuk menegur kesilapan kamu.. Berlapang dadalah jika ada orang yang menegur kesilapan kamu..

Bukan masa untuk kamu hanya duduk mendiamkan diri dan mengharap agama tersebar dengan sendirinya, tetapi bangunlah dan sebarkanlah agama..

Bukan masa untuk kamu hanya membiarkan iman kamu lemah di telan masa, tetapi bangunlah dan perbaharuilah iman kamu dengan bercakap tentang kebesaran Allah..

p/s: Bangun malam yang dimaksudkan penulis adalah merangkumi perbuatan bangun malam, solat malam, disulami dengan zikir dan quran serta doa yang sungguh2 kepada Allah..(Bangun malam sahaja atau bangun malam untuk menonton rancangan bola sepak sahaja tidaklah memberi apa-apa makna)

Penulis tidaklah berniat untuk menafsir ayat quran tersebut, tetapi hanya menjadikan ayat tersebut sebagai pembuka bicara.. Salah silap harap dimaafkan..

"Kamu" juga merangkumi diri penulis sendiri.. Dan sebenarnya penulisan ini adalah untuk mengingatkan diri penulis sendiri terutamanya.. Pembaca yang lain juga boleh mengambil peringatan ini mudah-mudahan beroleh manfaat.. Mudah-mudahan juga kita tidak menyesal pada kehidupan akhirat..(",)

10 comments:

Norsha said...

mudah-mudahan kita semua boleh bangun dari mimpi yang indah dan melalikan.....

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Kalau dah tido, selimut pun terasa berat nak angkat dek kerana lemahnya iman.. Ya Allah, beri kami kekuatan dan istiqamah untuk bangun malam dan jadikan malam kami malam orang-orang yang beruntung..

mhafiz_ydin said...

Siang hari macam singa,
Sibuk cari 'mangsa'.. :)

Malam hari macam anak kecil,
Menangis merayu pada Allah..

fuad ansari said...

Hafiz:
Sungguh benar kata-kata tuan...

Ya Allah beri kami kekuatan untuk mencari 'mangsa' dan juga kelembutan hati untuk menangis dalam merayu kepadaMU.. (kadang2 nak nangis pun susah)

ukhti,mardhiah said...

FB tu amat menarik perhatian.....
Ada je org terhina asbbnya...
Berkata untuk diri sndiri ..
Allahhuakhbar...

fuad ansari said...

Mard:
Benar kata2 tu.. Saya berharap sy tidak terhina asbabnya.. T_T

aliaazuan said...

Salam.

Ada disbut dlm satu hadis mengatakan bhwa Rasulullah tak suka prbuatan berborak-borak kosong/cari prkara2 lagha slps isyak, kerana ia adalah mkruh. Hikmah mengelakkan prkara2 itu adalah spya kita dpt bangun mlm dgn mudah/bertahajud & dpt mengerjakan solat subuh tanpa mslh. MasyaAllah, minta maaf tak ingat matan hadisnya. Ada dlm kitab bahrul mazi jilid 2. insyaAllah..

fuad ansari said...

Aliaazuan:
Salam..

Terima kasih atas info tu.. mmg ada betulnya tu..

Then kalau hari tu kita banyakkan masa untuk agama (wat ziarah, quran n lain2), maka akan ada kekuatan lebih utk solat malam..

Sya rasa kalau tido awal lepas isya', maka lebih mudah bangun malam.. (cuma kita je rasa lepas isya' la kita ada masa nak hiburkan diri dan akhirnya terjerumus kepada perkara2 lagha..)

Bijen M. said...

Salam.
Kak AA, hadith tu selalu dibicara dalam adab tidur iaitu Nabi SAW menegah tidur selepas Maghrib dan menegah cakap sia-sia selepas Isya'.
Supaya kita tak terlepas Isya' (kerana tidur) dan supaya dapat tidur awal untuk bangun awal.
WA.

Perkara pertama yang perlu dibuat setelah Nabi SAW dapat wahyu, bangunlah lalu beri peringatan.

Perkara pertama yang Abu Bakar RA buat selepas masuk Islam, buat perkara yang sama macam Nabi SAW.
Lalu 6 orang diajak masuk Islam.

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Ana ingat kalau tuan bijen bagi bayan, mau gak naik jasbah (dengan izin Allah).. Mau jugak terus packing barang ikut tuan bijen pegi IPB..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...