Friday, March 25, 2011

KiSaH Dua oRaNG SaHaBaT..

Dua orang sahabat, seorang dari Pakistan dan seorang lagi orang British dalam perjalanan dari Lahore ke London atas urusan perniagaan. Mereka akan menaiki kapal terbang yang dijadualkan terbang jam 5:00pagi waktu tempatan.. Dek kerana solat Subuh adalah pada jam 4:20pagi, maka warga Pakistan telah bercadang untuk solat di lapangan terbang sebelum menaiki kapal terbang. Lagipun mereka masih boleh mendaftar masuk selewat-lewatnya pada jam 4:30pagi. 

Ketika dalam perjalanan dari hotel ke lapangan terbang, tayar kereta yang mereka naiki telah bocor. Maka kerja-kerja pemasangan spare tyre (tayar simpanan dan bukannya perempuan simpanan, huhu), terpaksa dilakukan. Selesai memasang tayar simpanan, warga Pakistan mendapati jam telah menunjukkan pukul 4:20pagi dan ini bermakna telah pun masuk waktu Subuh. Maka dia telah solat di situ ketika sahabatnya dari British kurang bersetuju kerana mereka telah pun terlewat.

Malangnya, ketika sampai di lapangan terbang, kapal terbang telah pun berlepas. Maka mengomel la orang British tersebut dengan berkata:

"Sekarang kamu mohonlah pertolongan kepada Tuhan kamu. Aku rasa Tuhan kamu tidak akan dapat menolong kamu dalam hal dunia kamu. Sekarang, lihatlah betapa ruginya kita kerana sudah terlepas satu peluang perniagaan di London."

Sahabat dari Pakistan hanya tunduk kecewa dan berdoa dalam keadaan yang sedih,

"Ya Allah bantulah aku dan selamatkan aku dari fitnah orang yang bercakap besar"

Akhirnya, selepas berbincang panjang, mereka pulang kembali ke hotel.. Warga British tersebut terus merebahkan diri ke tilam dalam keadaan yang cukup kecewa.. Warga Pakistan pula hanya duduk lesu di sofa sambil menonton televisyen.. Tiba-tiba berita di televisyen memaparkan tragedi sebuah kapal terbang terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.. Dan yang mengejutkan, kapal terbang tersebut adalah kapal terbang yang mereka patut naiki sebelum itu untuk ke London.

Sahabat dari Pakistan terus sujud syukur dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana menyelamatkannya dari malapetaka tersebut. Sahabat warga British pula nyata terkejut dengan berita tersebut dan terus mengalirkan air mata..

Moral dari cerita ini: 
Janganlah kita terlalu bersedih andai kita tidak memperoleh apa yang kita mahukan, kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.. 

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khoirul Makirin.. 

p/s: 
-kisah ini dipetik dari Khutbah Jumaat.. Salah silap harap dimaafkan.. 
-pertama kali dengar kisah yang panjang ketika Khutbah Jumaat.. (",)

7 comments:

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum,
banyak pengajarannya....
bagus abi husna..go!..go!
(",)hihi

menusuk hati said...

assalamualaikum tuan FA...setiap yg berlaku tentu ada hkmhnya..kdg2 smkn besar kkcwaan kita trhdp sesuatu yg Allah beri pd kita,semakin besar jglh hkmh yg ada d sbliknya..

Ibnu Mutalib said...

hakikatnya setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. cuma kita kenelah pandai mentafsir dan redha dgn ketentuan... amiin.

adakah kamu merasa beriman sebelum kamu diuji?hehe

Norsha said...

benar, setiap pekara yang terjadi
pasti ada hikmah disebaliknya, cuma
kita yang tidak mengetahui...
Kena yakin, Allah lebih tahu....

Bijen M. said...

Jangan bersedih, bertenanglah.
Peganglah tanganku yang digenggam erat.
Ku melindungi dari apa yang datang.
Berhentilah menangis.
Kau di hatiku.
Kau di hatiku.

fuad ansari said...

Mard:
Wa'alaikumussalam wbt..
Bila teacher mardhiah nak terangkan pengajaran yang lain2 tu.. husna tak tau la.. (",)

Menusuk hati:
Wa'alaikumussalam wbt..
Sepertimana Allah swt menetapkan jodoh hamba-hambaNya, pasti ada hikmah di sebaliknya.. (",)

Tuan Izmer:
Yup tul tu...
Cuma tu la.. Nak datang kepada sifat redha tu la yang agak sukar... Moga Allah mudahkan sifat redha tu untuk datang dalam diri kita semua..

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Terima kasih cikgu.. Keyakinan anak muridmu semakin bertambah..
Best gak jadi cikgu kan.. Kalaupun cikgu prinsip akaun, leh gak sambil2 mengajar selitkan pengajaran-pengajaran agama kat anak murid.. Beruntung sapa jadi cikgu.. Tidak hairanlah kalau kerjaya cikgu adalah kerjaya yang mulia..

Tuan Bijen:
Aku rasa aku ingin menyimpan kata-kata ini sebagai kenang-kenangan kerana aku tidak pasti adakah 4 bulan akan datang aku bisa membaca lagi kata-kata dari kamu..

Hidup ini penuh misteri, kejutan dan terkadang-kadang di luar jangkaan..(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...