Monday, March 7, 2011

iSTiKHaRaH..

"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermesyuarat"

Dulu aku buat istikharah supaya Allah tunjukkan aku jalan mana yang baik untuk agamaku.. Ternyata kemudiannya aku mendapati mmg benar jalan tersebut mmg baik utk agamaku..

Hari berganti hari dan sekali lagi aku beristikharah dan berdoa, letakkan aku di tempat yang mana baik untuk agamaku..
Ternyata kemudiannya aku mendapati tempat itu mmg baik untuk agamaku..

Kehidupan terus berlalu dan kata orang hidup tidak terlepas dari membuat keputusan.. Maka ketika itu aku membuat keputusan dengan hanya berfikir untuk menyenangkan dan menggembirakan hati orang-orang di sekelilingku..

Dan sekarang aku melihat, dari keputusan yang tidak didahului dengan istikharah itu, keburukan keputusan itu bersambung-sambung dari satu perkara kepada perkara yang lain....

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.. Baru hari ini aku menyedari betapa pentingnya istikharah itu dan betapa perlunya aku kepada petunjuk dariMu..


p/s: Hidup tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Semalam tertengok cerita di kotak hiburan (tv) tentang usaha 2 orang banduan (di eropah) untuk melepaskan diri dari penjara. Hampir 3 bulan buat usaha untuk melarikan diri dari penjara (tebuk dinding penjara), akhirnya mereka berjaya tetapi hanya mampu menikmati kehidupan dan kebebasan yang tak sampai pun sehari.. Jadi, bila dah kena tangkap balik, mereka menjadi banduan berprofil tinggi dengan kawalan yang lebih ketat sehingga menyebabkan mereka perlu menghabiskan 23jam hanya di dalam sel penjara.. Kalau banduan lain, banyak masa gak la untuk berada di luar sel penjara dan beriadah di dalam kawasan penjara... Aku rasa, membiarkan masa berlalu sepi tanpa mampu melakukan apa-apa, adalah penghampiran kepada sifat gila.. Sehingga aku juga merasakan, alangkah baiknya jika mereka beroleh hidayah Allah dan menghabiskan masanya dengan mendekatkan diri dengan Allah.. Betapa aku sangat bersimpati terhadap orang-orang yang tidak mempunyai cara untuk mengatasi tekanan akibat tidak diberi ruang kebebasan..

Ya Allah, kasihanilah mereka, berilah mereka dan seluruh ummat ini akan hidayahMu.. Alangkah baiknya jika mereka menghabiskan masa mereka dalam keadaan mengingatiMu dan menghampirkan diri kepadaMu..

11 comments:

Bijen M. said...

"Maka ketika itu aku membuat keputusan dengan hanya berfikir untuk menyenangkan dan menggembirakan hati orang-orang disekelilingku.."

"Dan sekarang aku melihat, dari keputusan yang tidak didahului dengan istikharah itu, keburukan keputusan itu bersambung-sambung dari satu perkara kepada perkara yang lain...."

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku juga.

T_T

Mesti banduan tu tak buat istikharah dulu.
Apalah nasib.

umu6point said...

"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermesyuarat"

tersangatlah benar akan ayat di atas.. boleh bezakan natijahnya sekarang akan mana2 keputusan kita yang dulu, yang kita dahului dengan istikharah dan mesyuarat dengan yang tidak..

hah..kotak hiburan? nak beli ke x..huhuu..kena buat istikharah dulu niee..!
err..mesyuarat dengan suami dah lebih 10x rasanya..hahaa

ukhti,mardhiah said...

sunyi betul hidup~~~
lg sunyi lps baca entry ni~~~
Apo kono ea jang.....
Allah Maha mengetahui apa y ada di hati y paling dalam...
Mari kita bergembira dgn cintaNYA
(",)
Allahuma Amin.

mohdfuad said...

Tuan Bijen:
Banduan tu x dapat hidayah lagi.. Salah saya la x buat usaha sunguh2..(",)

Kak Umu:
Cukuplah suami sebagai hiburan untuk akak.. (",)

Mard:
Ala siannya.. Adik beradik n kawan2 ramai pun masih sunyi lagi?? Kak Umu, kasihanilah adikmu yang sedang kesunyian ini.. hehe..(",)

نور توفيقا said...

"Maka ketika itu aku membuat keputusan dengan hanya berfikir untuk menyenangkan dan menggembirakan hati orang-orang disekelilingku.."

"Dan sekarang aku melihat, dari keputusan yang tidak didahului dengan istikharah itu, keburukan keputusan itu bersambung-sambung dari satu perkara kepada perkara yang lain...."

Nauzubillah..
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..

Ada orang ajar saya, perform istikharah everyday.. Bukan untuk jodoh je, but for everything I am to decide that day and so forth.. Minta Allah guide utk apa pun nak cakap or buat, or decide..

Sama2 amal and aim for HIS best guidance.

mhafiz_ydin said...

DIA saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah azam untuk amal..

fuad ansari said...

Auntie Pqa:
Benar bagai dikata.. Together aim for HIS best guidance in every decisions making.. InsyaAllah.. Moga kita semua kekal pada jalan kebaikan..

Tuan Hafiz:
InsyaAllah, sama-sama azam.. Tuan dok Kajang ke? x jauh kita nampaknya.. (",).. Lagipun dunia mmg kecil jika dibandingkan dengan akhirat.. (",)

Norsha said...

oh, memang benar istikharah bukan untuk pilih jodoh saja, tapi juga untuk setiap perkara dlm hidup kita...tapi kerana kita manusia yg lemah dan sering alpa, kadang2 kita lupa nak rujuk padaNya....

Ya Allah, ampunilah kami

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:

Cikgu lupa berpantun la.. (",)

Istikharah bukan untuk jodoh saja,
Tapi untuk setiap perkara,
Kita manusia lemah dan alpa,
Sering lupa rujuk padaNya... (",)

(ayat cikgu mmg selalu ada ritma la..)

Tul tu cikgu, lemah dan alpa tul kita ni.. Sedih juga Rasulullah kalau lihat ummat dia macam ni... Kena usaha untuk sentiasa gembirakan Allah dan Rasul dalam setiap perkara...

Kata orang, orang yg solat istikharah utk bertemu jodoh dan kalaupun tetap tidak bertemu jodoh, orang tu sebenarnya masih beruntung disebabkan telah beroleh pahala dgn solat istikharah tersebut dan perbuatan tu juga telah mendatangkan kegembiraan Allah dan Rasul..

Dan Allah swt itu Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu..

Bijen M. said...

Sama juga orang yang makan ikut sunnah Nabi SAW, walaupun dia tak kenyang tapi dia adalah orang yang berjaya.

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Lagipun ada baiknya kalau berhenti sebelum kenyang.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...