Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk berehat setelah lima hari penat bekerja... Maka, aku membuat keputusan untuk berhujung minggu bersama keluarga.. Hotel yang berlogo Islamik menjadi pilihan sebagai tempat penginapan..Setibanya di hotel ketika mendaftar masuk, sudah kelihatan bar arak di satu sudut yang lain.. Alahai, malu pulak rasanya.. Nama hotel sudah melayu.. Tuan empunya hotel orang melayu.. Logo sudah Islamik.. Tetapi masih menyediakan bar arak.. Ermm, pelik sungguh.. Mereka ni LUPA kot yang arak ni terlalu besar penangannya.. Bukan sahaja si peminum yang akan berdosa.. Si pembuat, tukang hantar, yang menyediakan kemudahan untuk minum arak dan yang menghidangkan arak pun dapat dosa yang sama..
Selesai mendaftar masuk, aku berehat sebentar.. Petang itu aku turun ke kolam renang bersama keluarga dengan niat nak ajar anak berenang kuak kupu2... Baru sahaja aku hendak kuak lentang, tiba-tiba seorang staf hotel berbangsa melayu menyuruh aku membuka baju.. Katanya, tidak dibenarkan memakai baju ketika berada di dalam kolam renang.. Aku pun tanya lah, "Kenapa kena bukak baju??" Maka dia menjawab, "Memang peraturan tidak membenarkan.. Itu pun nasib baik saya masih bagi pakai seluar panjang, kalau ikutkan betul-betul, seluar panjang pun tak boleh..".. Hurm.. terus hilang semangat nak mandi..Sehingga aku terfikir, betapalah kita masih dijajah dengan pemikiran barat.. Apakah hari ini kita tidak belajar agama?? Atau kita mengetepikan agama dalam kehidupan dunia kita?? Mungkin kita LUPA bahawa dunia adalah satu-satunya tempat untuk kita amal agama..
Entahlah, pelik aku.. Tidak rasional langsung keperluan membuka baju di kolam renang.. Oh ye, mungkin air kolam renang banyak klorin.. nanti luntur lah warna baju tu, ye dok?? Tapi kalau iman luntur, bagaimana??? Mereka ni LUPA lagi kot yang iman tu lebih berharga.. Ish, bahaya betul sifat pelupa ni ye..
Maka akhirnya, anak aku ajelah yang puas mandi kolam.. aku hanya puas mandi wajib.. (eh eh silap taip lak)..
p/s:
-Aku masih hairan melihat manusia yang sanggup memendekkan pakaian hanya kerana ingin memperoleh keuntungan dunia yang sedikit..
-Aku juga masih hairan melihat manusia yang sanggup menjual agama mereka dengan dunia yang nilainya tidak seberapa..
MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."