Wednesday, May 2, 2012

TiDaK HaiRaN BeRSiH MeNDaPaT SaMBuTaN..


Kamu sibuk membina bangunan..
Bukan sibuk membangun iman..
Rakyat hidup dengan hiburan..
Bila timbul ketidakpuashatian..
Tahajjud bukan lagi keutamaan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Ikan kecil jadi buruan..
Jerung besar hanya dibiarkan..
Ribuan ringgit jadi siasatan..
Jutaan ringgit diam-diamkan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Harga rumah tiada kawalan..
Tiada pula sebarang tindakan..
Tuan pengarah tolong belikan..
Tolong bagi kami sewakan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Harga minyak dibanding-bandingkan..
Dengan negara yang tiada kaitan..
Pilihanraya jadi persoalan..
Undi pos tampak meragukan..
Apa yang hendak dihairankan..
Demonstrasi jalanan jadi pilihan..

Walaupun ada ketidakadilan..
Mujurlah dunia hanya persinggahan..
Maka aku hanya diamkan..
Harap di akhirat beroleh kejayaan..

Nukilan hati:
Ajis@Mei 2012

p/s: Ramli hanya baca je.. (",)

17 comments:

Unknown said...

apa nak diherankan
kalau nanti kita tidur dijalanan.

Kakzakie Purvit said...

Akan memBERSIHkan juga di Plaza Angsana JB pada 5hb ini tau...

Cikgu Ma said...

tok guru kg kami pun join bersih 3.0...Tuan guru haji salleh , Pondok Sik...boleh la ramli ajak ajis p ngaji nanti yea =)

s a r said...

assalamualaikum encik. hee. makanya saya pun nak jadi macam ramli. hanya mampu baca :)

~kueh~ said...

"Harga minyak dibanding-bandingkan..
Dengan negara yang tiada kaitan.."

(ehem. mujur harga char kotiaw pak ku tiada bandingan ^_^y.he2)

"ramli hanya bace, saya tlg lagukan..haha.gurau2:)"

Ckin Kembaq said...

sangat mendalam.. luahan hati Ajis, Ramli tolong baca.. ^_^

Mindaberbisa said...

Siapa pemerintah, akan tahu ekonomi semasa, kewangan negara celah mana yang kurangnya. Sesiapa yang belum di takhta atas, hanya mampu berkata-kata, janji manis itu ini. Sedangkan, belum tentu mampu menjadi yang terbaik seperti sekarang. Contoh dah banyak, cuma nampak atau tidak je. :)

faraherda.razalan said...

Wow...sy suka puisi atas tu. Sedap je baca. Kena je gayanya....Tapi Ajis tu sape lak? Mcm2 karakter ada dlm blog nie kan?

Heheheheh....

ukhti,mardhiah said...

x tahu apa2 pasal BERSIH.

FROM:Katak Belajar Bawah Tempurung

RuMaH TuA said...

Jgn skdr bersih tp tak kemas. Ek?#!!?

Moga Allah kasih.

Afasz said...

singgah n follow blog awak :D

afasz

aliza said...

puisi macam orang frust jer,.. dalam perjuangan jgn mudah frust, perjuangan tak kenal erti noktah, perjuangan perlu terus dbaja dengan idea baru agar api perjuangan terus marak bagi menentang ketidakadilan,.. akak pun rasa tak adil tapi siapa kita, hanya insan biasa yang punya periuk nasi yang harus dijaga, so bersyukur atas apa yang ada dan berdoa agar ketidakadilan terkubur...

shameel Iskandar said...

Mari kita bersihkan negara.

fuad ansari said...

pakngah:
nanti kalau orang tanya, dok mana.. leh jawab petaling street.. (",)

kak zakie:
elok la tu.. boleh makcik cleaner berehat sbb ramai yg datang tolong bersihkan plaza angsana.. (gurau2) (",)

cikgu ma:
cikgu ma tak ajar ngaji ke? nak hantar amni.. (",)

sar:
wsalam wbt...
ramli.. ramli.. kan dah jadi ikutan.. (",)

ku fasehah:
sedapnya sampai rasa nak order 2 pinggan je.. (",)

kueh pandai buat char kotiaw macam pak ku tak?? ke pandai buat kueh je.. (",)

ckin:
iqra' bismi robbikalladzi kholaq.. (",)

kak syikin:
cuma, harap2 mereka amanah..

tapi kan, sy pernah tgk berita kat tv, jambatan kampung yg panjangnya lebih kurang 20meter, peruntukan sampai harga 3.5 juta utk membaiki.. macam2.. (",)

fuad ansari said...

fara:
ajis tu kawan ramli.. ajis kejenya bawak lori.. (",)

mard:
katak mmg bersih hatinya.. jadi tak perlu tau pasal tu.. (gurau2) (",)

iqa:
kemah keming.. ke guane.. (",)

cik farizam:
bila la agaknya cik tu nak bertukar jadi puan.. (gurau2) thanks.. (",)

kak aimaniman:
mungkin ajis macam akak... sebab jaga periuk nasi, tu yang sekadar puisi je tu.. (",)

shameel:
mari jadi cleaner ke? (gurau2) (",)

APAN said...

ajis pulak jadi hero kali ni :)

fuad ansari said...

apan:
ajis kan hero malaya.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...