Saturday, December 3, 2011

TaK SeMua oRaNG PaNDai BaHaSa aRaB..

Alhamdulillah bermaksud segala puji hanya untuk Allah.. InsyaAllah bermaksud, dengan izin Allah..Terjemahan yang mudah sebegini tidak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut lagi...

Seorang wanita baru sahaja memenangi pertandingan ratu cantik, dia berkata:
Alhamdulillah, syukur kerana saya menang.. Tak sangka boleh menang.. Alhamdulillah...  

Seorang lelaki baru selesai merompak, dia berkata:  
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku merompak... Tak sia-sia susah payah aku panjat pagar rumah tu tadi..

Seorang wanita dipilih memenangi anugerah wanita paling seksi, dia berkata: 
Alhamdulillah... Terima kasih atas sokongan dan undian anda... Tanpa sokongan anda, siapalah saya..  

Seorang lelaki diajak untuk bersuka-ria di disko, dia berkata:
InsyaAllah, aku akan datang..

Nampak kan, tak semua orang pandai bahasa arab.. 
Nampak kan, ramai yang punya keyakinan yang baik terhadap agama..
Jadi, bolehlah dimaafkan... (",)
____________________

Ramli ingin sambung buat Master dengan tajuk proposal tesisnya, "Faktor-faktor Suami Berlaku Curang: Kajian Kes di Malaysia"

Berikut adalah  

1.4 HIPOTESIS KAJIAN:

Hipotesis kajian merupakan satu jangkaan atau tanggapan awal yang dilakukan oleh penulis terhadap sesuatu kajian. Dalam kajian ini, penulis membuat beberapa tanggapan awal sebagai garis panduan dalam melakukan kajian ini :

1.4.1 Ramai yang mendakwa lelaki curang adalah sangat sinonim dengan kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan.
1.4.2 Faktor utama yang menyebabkan lelaki curang adalah lemahnya iman.
1.4.3 Perbuatan curang sering berlaku apabila isteri sedang berpantang.
1.4.4 Penerimaan kurang baik terhadap perkongsian suami juga merupakan salah satu penyebab perbuatan curang terus berlaku.

p/s: Ramli hantar proposal tesis ni kat penyelia dia yang merupakan seorang wanita.. Terus kena reject.. "Penyelia Ramli kata, "buat balik hipotesis kamu ni, ntah apa-apa je..." Padan muka Ramli..

34 comments:

Anonymous said...

dan2 pulak pyelia dia perempuan... ^_^

umu6point said...

Bulat mata baca tajuk thesis @_@
errr..dan berkerut dahi baca hipothesis no 3.
Dan sangat lega bila proposal ramli kene reject serta merta! padan muka ramli ;p
ntah ape2 je!

ukhti,mardhiah said...

xsemetinya bila seseorang lelaki tu berpoligami, dia dikira curang.

eleh, lelaki y ada sorang isteri tu pun, banyak je curangnya dgn si isteri. xsemestinya curang tu asal lelaki miang kat belakang isteri.

hidup ramli!

Cikgu Ma said...

dan saya pandai bahasa arab berdoa "allhumaftah qalb zauji, hubbu hizihi zaujatihi faqad"..hehehehehe...

Cikgu Ma said...

memang sah ramli ada niat nak kawen lagi...nak kena piat ramli ni...

angelfish said...

hahaha! mcm2 la..
padan muke ramli!

ewanthology said...

ramai yang tahu cakap tapi tak tahu makna.

~PENCHENTA~ said...

Ahah. Nak lagi best bila seorang lelaki yang sudah buat pembedahan menukar jantina dikutuk dan di maki. Dan sahabatnya kata, "Sabarlah. Innallaha ma'assobiriin".

:D

Eh. Bibah ucapkan seloga berjaya buat Rameli. Dia kata, kalau nak buat survey, boleh pass kat dia. :D

s a r said...
This comment has been removed by the author.
s a r said...

assalamulaikum encik or encik ramli ni? ~eheh.

alhamdulillah perktaan yang paling mudah disebut tanpa mengetahui niat sebenar menyebut perkataan tu. nak sebut terjemahan dia panjang bukan? tapi salah guna pula pada pesalah2. hish!

****

nampaknya thesis si ramli ni boleh la dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan bagi bab kajian literatur untuk thesis master cik wiwi yang berbunyi:

kecurangan suami menyumbang peningkatan kes penceraian saban tahun di Malaysia.

dan nampaknya supervisor cik wiwi lelaki pula. ~_~"

Afida Anuar said...

Tadi ada seorang sahabat perempuan bertanya kat akak, macam mana kalau nanti umur dia dah 40 tahun, suami dah tak sayang kat dia...

akak cakap kat dia, kalau suami dia kawin dengan dia kerana Allah, insyaAllah semakin hari sehingga ke akhirnya akan jadi semakin sayang....

InsyaAllah takkan berlaku kecurangan;)

eh tetiba rasa mcm takde kaitan dengan tesis proposal... hahaha

Norsha said...

bagus Ramli ni, bersemangat nk sambung belajar....Alhamdulillah....
InsyaAllah, nanti dah berjaya jgn lupakan cikgu ye....

APAN said...

kat anugerah berprestij boleh la tengok org x pandai bahasa arab mcm ko tulis ni bro...
kalau perompak tu, x tau la.lom penah tengok lagi dorang guna perkataan tuh...

kalau penyelia tu laki mungkin ramli selamat kot.haha...

sea_lavender said...

benar bukan semua m'gerti bahasa arab yg indah dn bahasa syurga itu..namun blajar sdikit itu perlu~~ =)

faraherda.razalan said...

...tp saya suka Ramli. Walau isu klise namun dia cuba lari dari kebiasaan rakan2 seperjuangannya.

Kenapa sy tak pk nak bt tesis yg lain dr yg lain mcm Ramli ye? Hiks!

As said...

Ramai tak pandai Arab. Macam As!

Tengah usaha slow-slow. Baca Al Quran pun adalah proses untuk fahami bahasa syurga.

Yang hipotesis research tu, speechless je rasa. Heh.

xyz said...

Ramli tu sapa? awak ke?

Mindaberbisa said...

Ilmu mencerminkan tahap keagamaan seseorang muslim atau muslimah

nurkaloi said...

pandai guna tapi tak tahu makne kann
semua pndai cakap alhamdllh
tapi tak ucap dengan rase kesyukuran yang tulus dari hati

waaahhh..ayat hehehe
kaloi pun tak pndai jugak bhasa arab
untung sape yang belajar n tahu ilmu bhse arab kan

tehr said...

padahnya bila tak mengaji
sebut ikut2 je macam kakak tua

ch000tz said...

betul! sya xreti bahsa arab :(


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

fuad ansari said...

cik gee:
malang nasib ramli.. (",)

puan umu:
ramli sedang cuba cari penyelia lelaki.. mungkin tak kena reject.. (",)

nampak macam ada sedikit kerisauan je dalam hati tu.. (",).. jgn risau, ustaz ishak baik orangnya.. (",)

mard:
ramli single lagi.. (",)

cikgu ma:
amboi, pakai ilmu penunduk nampak.. (",)

jangan cikgu jangan.. murid cikgu pun tak tahan kena piat dengan cikgu.. inikan pulak ramli.. (",)

angelfish:
kelak kalau tesis ramli berjaya, mungkin kita boleh sama2 ucap tahniah kepada dia.. (",)

tuan iwan:
ramai yg tahu makna, tapi tak pandai nak guna.. (",)

tyah:
suka ramli dapat kawan macam bibah.. mungkin nanti ramli akan letak nama bibah di bahagian penghargaan dalam tesis dia.. (",)

sar:
nampaknya cik wiwi dan ramli kena saling bertukar supervisor la.. (",)

ironinya, kecurangan wanita jarang dibuat kajian.. (",)

fuad ansari said...

kak afida:
ustaz azhar idrus pernah tanya, "kalau setiap tahun cinta semakin pudar, bagaimana utk pulihkan kembali rasa cinta tu??" maka dia sendiri jawab, "caranya senang je.. kawin baru" .. gurau2 kak.. yg ni pun mcm takde kaitan dengan tesis proposal tu.. (",)

cikgu norsha:
ramli kalau sambung belajar bidang yg dia minat, insyaAllah mudah untuk berjaya.. (",)

mana boleh lupakan cikgu.. cikgulah penyokong kuat utk tesis ramli ni.. (",)

apan:
ramli harap ko leh jadi penyelia dia.. mungkin lebih senang utk lulus dengan cemerlang.. (",)

syazwani:
actually, bahasa melayu pun byk ambik bahasa arab kan.. dan rasanya jugak, tak berapa susah bahasa arab ni..

hebat kan, kat syurga manusia automatik pandai cakap arab.. (",)

fara:
tesis ni berisiko tinggi kena reject.. sebab tu tak ramai yg sanggup buat.. (",)

as:
indah kan bahasa arab..

cuba hafal quran dan hafal terjemahannya sekali.. mmg best.. kalau baca dalam solat pun kan jadi lebih khusyuk sbb faham makna..

eloklah speechless.. kalau banyak komen yg diterima, semakin sukar tesis ramli untuk diluluskan.. (",)

xyz:
taklah... bukan sy.. orang lain.. tak berani sy nak buat tesis tajuk tu.. (",)

kak syikin:
moga ilmu membawa kepada takwa dan seterusnya menaikkan darjat muslim dan muslimah di sisi Allah swt.. (",)

kaloi:
cuba kaloi berenang sampai negara arab... dok kat sana.. mesti senang belajar bahasa arab.. sebab kita mudah terkesan dengan persekitaran kita..

lepas dah pandai, ajar kami pulak.. kami susah nak gi sana.. kaloi senang, leh berenang je.. (",)

teh ramuan:
mungkin ni la akibatnya kalau ponteng mengaji dan lepas tu pergi main mercun.. (",)

c'axoera:
takpe.. leh belajar.. ucapan salam pun bahasa arab jugak.. (",)

Hidayatullah said...

Dapat award paling seksi pon cakap Alhamdulillah.. ebat!..ha3

Nazihah@Jiha said...

Haiya....tak boleh kalau tak gelak baca entri ustad ni ha2 :D

Sha said...

hahah encik ramli atau encik fuad sbnrnye yg hipotesisnye ditolak?

p/s: tunggu jadi peg yg dh sah dlm jwtn dulu bru bley bincang blik psl ubat free..hoho

As said...

If hafal ayat quran je tanpa ingat terjemahan dia, konfirm2 As tak mampu nak ingat ayat Quran tuh. Wuhuu~

Betul betul betul. Semoga tesis ramli diluluskan ;p

Kakzakie Purvit said...

Salah guna kosa-kata yg baik ditempat yg tidak sesuai...

Tak patut juga penyelia terus reject sebab dia kena rasional walau kena batang hidung sekalipun.

Mutiara Bernilai said...

tak pandai sgt bahasa arab,,tp nak sgt berlajar..moga dpermudahkan..insyaAllah, amin Ya Rabb.

hm...kem salam kat ramli dgn isterinya neh,, :)

fuad ansari said...

hidayatullah:
nak kan, orang yg seksi pun ada keyakinan yg baik terhadap agama.. (",)

nazihah:
jgn byk gelak, nanti mati hati.. senyum je sudahlah.. (",)

syahirah:
en. ramli yg hipotesis ditolak.. en. fuad punya tesis dahsyat lagi.. tak sanggup nak letak kat sini.. (",)

p/s:moga cepat sah jawatan.. (",)

As:
bagus la kalau macam tu.. leh jadi calon menantu pilihan.. (",)

ramli dah tak letak harapan yg tinggi terhadap tesis dia.. macam takde harapan utk diluluskan je.. (",)

kak zakie:
ntahnya penyelia tu.. kalau tau, ramli ambik kak zakie je yg jadi penyelia dia.. (",)

mutiara:
ramli tak kawin lagi la.. ramli single lagi.. masih boleh dibuat calon suami.. (",)

Aween Md Zahir said...

uhuiii..
kan lebih indah jika kata-kata yg baek itu diucapkan dgn cara & gaya yg baek juga ^^

hyep Ramli ~! huhu..Ramli jgn cuba nk jadi curang yeh

fuad ansari said...

aween:
alamak takut... lari ramli, lari.. (",)

keet said...

Aku pn x pandai Bahasa Arab..dh puas belajar..xpandai2 jgk..ustad siap target aku dpt E masa exam PMR..ish..kejam sungguh ustad itu..lastly dpt C..Alhamdullillah..better than E kn?

fuad ansari said...

sumbody me:
ok la tu.. at least dapat kepuasan belajar.. tak ramai orang yg dapat kepuasan belajar.. (",)

masing2 dengan kepakaran masing2.. kurang kat sini, mungkin lebih kat bidang lain.. ye dok.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...