Wednesday, December 28, 2011

BaNYaK TiDuR vs SeDiKiT TiDuR..

Kata ustaz:

Orang yang sedikit tidur, kuat rohaninya... Manakala, orang yang banyak tidur, lemah rohaninya..
Orang yang sedikit tidur, pintar akalnya... Manakala, orang yang banyak tidur, lemah akalnya..

Seorang alim dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan ahli jemaahnya..
Sampai di destinasi, ahli jemaah yang lain semua merehatkan diri kerana terlalu kepenatan..
Namun, orang alim tersebut mengambil wudhuk dan bersolat..
Ahli jemaah bertanya, "Wahai alim, apakah kamu tidak kepenatan setelah menempuh perjalanan yang panjang??
Alim menjawab,"Ada orang kerehatan dalam tidurnya, ada orang kerehatan dalam solatnya."  

--------

Ramli baru balik bercuti dari luar negara.. Di sana, dia selalu merakamkan video suasana yang berlaku ketika dia melancong.. Malam ketibaannya, anaknya Amni beriya-iya ingin menonton video yang dirakamkan..

Sedang menonton video, tiba-tiba rakaman gambar bergerak laju..
Amni: Ayah buat ape tu.. Lajunya video..
Ramli: Ayah tekan fast forward bagi laju sikit ke depan.. Tak berapa seronok bahagian ni..

Video kembali berputar seperti biasa.. Ketika sampai bahagian Ramli merakamkan seseorang sedang bersolat..
Amni: Ayah buat ape tu.. Lajunya orang tu solat.. Ayah tekan fast forward lagi ke..
Ramli: Taklah.. Tak tekan pun.. Memang ada orang yang jenis solat laju.. Ayah sampai sekarang tak faham diorang nak kejar apa sebenarnya.. 
 
(",)

33 comments:

Egg Head said...

kawan saya ramli selalu kata...masa bujang selalu tidur lambat...tp bila dah kawen,selalu pula nak tidur awal....erm.....kenapa ya??

Afida Anuar said...

Egg head... akak pulak masa bujang ni selalu tidur awal, jangan lepas kawin nnti lagi awal dah la..hu hu

Ramli..dioarang nak kejar train kot! heh

sea_lavender said...

sye ni pn tk thu org yg byk tdo or sikit tdo..coz salu tdo 2 jam pun dah rse byk jam je tdo huhu~~

Cikgu Ma said...

eh, ramli pegi oversea?? bukan ke ada rancangan bersamamu ramli?? =)

sejenis ketagihan

namasayatihah said...

nice one fuad..;)

tp sy musykil sapelah ramli ini??

hee~

s a r said...

asssalamualaikum.

mazhab sahabat saya, kalau tidur lambat, jerawat naik banyak. hee.

erm, mungkin kejar apa yang tak terkejar la tu. hmm.. :)

Sha said...

aah kan..perasan jugak..knp laju sangat dyorang solat? musykil..

p/s; bhgn ape yg xbrape sronok tuh? xnk kongsi kt sini ke en.ramli? kehkeh

faraherda.razalan said...

Tak nak musykil sorang2!

Sedang sy yg solat lembab nie pun, lom tentu diterima Allah.

=(

Sarah Syazwani said...

pernah jumpa juga org solat laju..mcm pelik juga..apa yg dia bc ms solat tu laju kan main

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Terima kasih di atas perkongsian ini.

tehr said...

rehat dalam solat
sungguh mereka mendapat nikmat dari allah yang maha besar

::FAIZ:: said...

tido adalah hobi saya, so saya slalu awal tido

nam said...

assalamualaikum wbt..

tidur awal mmg hobi nam..
lagi penat lagi awal nam tidur..

(",)

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,,

Dari Hatim al - Asham ketika ditanya, Bagaimana solat anda? Jawabnya, "Aku berwudhuk hingga sempurna, lalu aku datangi tempat solat dengan tenang. Aku bertakbir secara bersungguh - sungguh, membaca dengan tartil, ruku' dengan khusyu', sujud dengan penuh ketundukan. Aku bayangkan syurga di kananku, neraka di kiriku, sirat di bawah kakiku, kaabah di depanku, Malaikat Maut di atasku, dan mata Allah menatapku. Aku juga mengangap solatku itu adalah yang terakhir. Aku mnyertakan ikhlas semampuku. Lalu aku mengucap salam tanpa ku ketahui apakah Allah menerima atau menolak solatku."

Saya dan amni perlu belajar solat begini...(^-^)y

"Moga Allah kasih"

As said...

"Kejar dunia, ayah." Jawab Amni.



T_T

Norsha said...

rehat dlm solat, seronoknya....

bercuti ke negara mana, Ramli?

peRmaTa_ aGamA said...

" Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki.." (An-Naba’: 9 – 11).

p/s : gunakan masa tidur sebaiknya~

~ sharing is caring..(^_~) ~

zulkbo said...

salam..
tidurku kurang kerana berjaga malam mengadap komputer..kenapa tak mampu bila mengadap Allah pasti mengantuk..iblis banyak dalam diri lagi nih..

nurkaloi said...

tido tak boleh dipisahkan drpd hidup kaloi
tu sbb bengap tak habis2 hahahah

tang solat laju2 tuh
lau bacaan sume betul tak tahu laa kann
ermm susah ~__~

Queenie said...

sekarang kalau tak main kejar2 nanti byk yg tertinggal....apa yg dikejar tu sendirilah yg tauu..

Mindaberbisa said...

:) Sangat setuju.

ewanthology said...

klu bab solat, 5 minit pun rasa lama, ish ish ish

~Sal Ismail~ said...

nak kejar dunia mmg laju aje jadinya..huhu~
owh..org kata midday nap pun bagus utk akal kan~ =)

al-lavendari said...

bagus cerita Ramli tu .. ada juga orang beri alasan sembahyang laju sebab takut kalau terlalu perlahan fikiran mereka menerawang ke tempat lain

AnakPakZohar said...

nice2..mendalam isi nye 2.. ^^

Bijen M. said...

Kisah orang alim dan jemaahnya.
Tapi lain dialognya.
Sampai ke destinasi ahli jemaah tanya, "Tak penat ke? Rehatlah sikit amir sap."
Orang alim kata, "Kita datang bukan untuk tidur."

fuad ansari said...

tuan jabbar:
dah kawin, tidur awal, dapat hadiah.. (",)

kak afida:
risau jugak kalau2 sebelum isyak akak dah ngantuk.. (",)

dah kena solat isyak sekali dengan tahajjud.. (",)

syazwani:
elok la tu.. tu namanya tidur yg efektif.. (",)

cikgu ma:
ramai yg tawar diri nak jadi pengacara, jadi leh la ramli bercuti ke luar negara.. (",)

fatihah:
ramli tu kawan saya.. (",)

sha a.r:
wsalam wbt...
mmg muka jenis cepat berjerawat kot.. ramli tidur lambat, tak berjerawat pun.. (",)

syera:
bahagian yg tak berapa nak seronok tu bahagian kat tepi pantai.. budak2 tak leh tgk.. (",)

Fara:
moga2 diterima Allah..

kena usaha kearah yg lebih baik agar lebih yakin Allah akan terima..

Allah swt selalu bersama sangkaan hambaNya...

kak sarah:
mungkin dia baca yg wajib je kot.. (",)

ashrafi:
wsalam wbt.. sama2.. (",)

fuad ansari said...

mr tehr:
sy perasan, kalau lepas solat, selalu terasa lebih bertenaga.. seperti orang yg lepas berehat.. (",)

faiz farish:
itulah hobi yg paling ikhlas.. (",)

kak salwa:
wsalam wbt..

hobi tu tak memerlukan modal yg banyak.. untunglah.. (",)

ustazah iqa:
wsalam wbt..
jangankan amni, bapak amni pun kena belajar solat macam ni.. (",)

kak as:
ayah: buat apa nak kejar dunia, dunia mana ada kaki.. (",)

cikgu norsha:
nanti saya tanya ramli.. lupa nak tanya dia.. (",)

permata agama:
ada orang, tidur 3jam mencukupi..
ada orang, tidur 10jam pun tak cukup lagi.. (",)

tuan zulkbo:
wsalam wbt..
nampak macam syaitan mengangkat bendera kemenangan je tu..

semoga tuan pulak yg dapat kalahkan syaitan lepas ni.. (",)

kaloi:
kaloi dan tidur macam rakan karib kan.. (gurau) (",)

fuad ansari said...

queenie:
jangan dikejar benda yg tak sepatutnya..

lebih baik buat tak tau je.. (",)

kak syikin:
setuju? muktamad?? taknak talian hayat?? (",)

tuan iwan:
iyelah, kalau bab solat, berkira..
kot Allah swt berkira nak bagi oksigen, tau la nasib kita semua.. (",)

sal ljou:
yup bagus, mudah2an senang bangun tahajjud.. (",)

cuma jgn dilupa, midday nap tidur sekejap je.. kalau sampai 6-7 jam, itu dah macam tidur malam.. (",)

pakngah:
manusia kalau bab bagi alasan, pandai sungguh.. kalau solat laju, takut solatnya pulak yg menerewang ke tempat lain dan tidak datang kepada Allah.. (",)

yad'z:
ingatkan tak dalam.. rupanya dalam. (",)

tuan bijen:
thanks 4 sharing.. nice!!

mujur alim tu tak sambung kata2 dia, "nak tidur sgt, kat kubur nanti".. (",)

As said...

Haha. Boleh pinjam lah jawapan tuh.

Btw As susah nak tidur malam. Kadang tak tido.

Peluk cium untuk Husna. ;p

Mindaberbisa said...

Mati pun tak dak talian hayat :)

fuad ansari said...

kak as:
kalau susah nak tido malam, solat taubat byk2.. dandan, setan bertenggek atas mata kasik ngantuk sbb taknak kita solat lama2.. (",)

kak syikin:
orang mati mmg dah kehilangan hayat.. (",)

APAN said...

sampai mcm tu sekali ibadat si alim tu...

masuk youtube la bro video tu...nak tengok gak camne orang tekan forward masa sembahyang tuh.haha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...