Hari itu Ramli bercuti.. Dia berjalan-jalan bersama Amni di KLCC.. Kelihatan seorang ahli silap mata jalanan sedang melakukan silap mata sehingga menarik perhatian pengunjung..
Amni: Ayah, ayah.. Orang tu buat magik ke??
Ramli: Taklah.. Itu tak berapa nak magik..
Amni: Abis, magik tu macamana??
Ramli: Amni pernah dengar tak orang yang mati dalam perang tapi tetap dikira beroleh kemenangan..??
Amni: Tak pernah pulak.. Pelik jugak tu.. Mati tapi tetap menang..
Ramli: Pejuang-pejuang Islam yang mati di dalam dalam peperangan, tetap dikira beroleh kemenangan.. Kemenangan di hari akhirat.. Itulah yang dikatakan magik..
Sedang berjalan-jalan, Ramli berjumpa dengan rakan lamanya yang sedang bekerja sebagai promoter syarikat telekomunikasi..
Ramli: Lama tak dengar cerita.. Dah lama kerja kat sini??
Sarip: Aku keje part-time je kat sini.. Aku keje kerajaan.. Jadi pegawai sains..
Ramli: Aik, keje pegawai pun buat part-time lagi..
Sarip: Mana nak cukup.. Hidup kat bandar banyak pakai belanja la..
Ramli: Takpelah.. Yang penting halal.. Oklah.. Aku gi dulu.. Jumpa lagi lain kali.. Assalamu'alaikum..
Sarip: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Amni: Ayah, ayah.. Hari tu kan Amni tanya pakngah kat kampung.. Amni tanya kenapa pakngah tak nak datang bandar.. Keje kat bandar.. Pakngah jawab.. "Keje sebagai nelayan pun dah ok.. Alhamdulillah, rezeki yang ada dah cukup untuk tampung keluarga.." Pelik kan.. Orang yang keje nelayan kata cukup.. Orang yang keje pegawai kata tak cukup.. Pelik.. Pelik..
Ramli: Itu pun magik jugak..
Selesai berjalan-jalan, Ramli menuju ke mesin bayaran parking automatik.. Usai memasukkan tiket parking, kelihatan paparan skrin menunjukkan jumlah RM17.00.. Maka, Ramli pun mengeluarkan duit dari dompetnya..
Amni: Banyaknya ayah masukkan duit.. Ni mesin bayar parking ker mesin beli makanan..
Ramli: Entahlah.. Ayah pun pelik dengan mesin parking ni.. Banyak betul yang ayah kena bayar.. Kalau duit ni dibuat makan kat kedai mamak, dah kenyang dah kita hari ni..
Amni: Ini pun magik jugak, ayah!!
Ramli: Iyelah.. Tapi magik ni tak berapa nak best la...
27 comments:
kalau pasal duit mesti magik
kejap jerk hilang huhuhuu
hehs..manusia fuad..semakin byk harta, semakin xcukup...manusia bkn setakat mudah lupa, tapi mudah tamak..;P
thanks for sharing...buat renungan bersama..;)
Alah....manisnya cerita nie! Awak nie boleh penulis utk cite kanak-kanak penuh teladan. Buatlah! Awak ada bakat!
kisah yg bermessage....
ehem..
cerita magik teladan^^,
byk pengajaran dr cite nih..
huu~~
pentingnya erti syukur dan berterima kasih dlm hidup..
"em, menghitung diri"
^_____^y.
hehe(tergelak sendiri mebaca entry nie) ada message...
dulu dulu kala, aku slalu berangan untuk berkawen dengan anak nelayan *tetibe je takde kaitan dengan entry ni...huhu :P
yo lawaknya
saya leh buat magik...tadi makan nasi gorang ayam tapi kenapa hadam tak keluar nasi goreng ayam eh??? ^^,
sori tak berapa lucu...heee
brape jam pusing KLCC yg smpi kne byr g2?
p/s: syahkamz & syam kamikaze mmg adek bradek..tpi sepusat sepusing, mak lain, bapak lagik lah asing2 ;)
penah dgr dlm radio ri tu
byr parking rm30 lebih
dasat2
dlm dunia ni mmg ada macam2 magik fuad....
assalamualaikum encik.
yang last tu memang sangat magik. :D
beza rezeki yang sentiasa dilimpah keberkatan dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi sentiasa dalam ketidakcukupan. :)
Soal keikhlasan dan kesyukuran yang telah dikurniakan ALLAH, bukan kuantiti seberapa banyak yang ALLAH berikan.
biarlah kerja lebih asalkan masih boleh ketawa daripada kerja mewah tapi berendam air mata............ -hlovate-
fuyooo magik. bersyukur dgn rezeki yg Allah beri
sahabat lg byk bwat magik..ha3
Bila nota rm50 dipecahkan, kejap je habisnya.. magik kan?
magik betul sampai rm17..parking kt klcc ni..hehe
nurkaloi:
iyelah.. kalau pakai kredit kad lagi magik.. tau2 dah muflis je.. (",)
fatihah:
tak tau harta byk mana yg mencukupi... silap2 kalau bagi semua duit yg ada pun, manusia kata tak cukup lagi..
fara:
manisnya kurma ini.. (",).. doakanlah agar bakat berkembang.. so far tak berapa nak kembang la.. (",)
tuan abu abdurrahman:
massage dah delivered tak. cuma tak tau receive ke tak.. (",)
ana:
gelak la pada kadar yg patut.. jgn sampai orang kata gila sudah la ye.. (",)
hidayah:
sekarang mesti ko dah tukar plan kan.. nak kawin dengan anak jurutera pulak kan.. (",)
couverv:
terpulanglah kepada pembaca.. agak2 ada tak orang yg membaca entri ni dengan muka yg serius.. (",)
cikgu ma:
(",)...
kalau keluar nasi goreng ayam jugak, ada pulak yg sanggup makan balik.. dah tak payah beli makanan lain.. jimat jimat.. (",)
syahirah:
ada la dekat 8 jam.. sebab amni g jalan2 kat petrosains.. smpat la solat zuhor, asar, maghrib n isyak kat situ.. (",)
zia:
kat kl, kalau bisnes parking pun leh jadi kaya... keje pun senang.. sediakan tempat je.. takyah nak pikir banyak perkara.. mmg dahsyat..
cikgu norsha:
cuma magik kat alam akhirat je yg ramai yg taknak pikir.. rugi2..
s a r:
wsalam wbt...
itu magik cekik darah tu.. (macamana nak cekik darah erk??)
kak syikin:
hakikatnya, sikit atau byk yg diberi oleh Allah swt, semuanya adalah ujian dariNya.. (",)
cik pulau:
biasa dapat berendam dalam kolam atau bila gi pantai je. kira beruntung jugak la kalau dapat berendam air mata... (gurau2 je) (",)
bobiedanbad:
betul2.. itu lebih baik dan jalan yg terbaik.. (",)
hidayatullah:
itulah tu.. Sahabat r.anhum punya magik mmg tahap tertinggi la..
kak afida:
betul betul.. dah lama dah perasan magik ni.. tapi tak boleh nak elak dari melakukan magik ni.. huhhh.. (",)
kak sarah:
ramli macam ada terpandang bayaran maksimum rm8 je bila masuk parking.. tup2, kena rm17... pelik jugak sikit.. mungkin ramli salah pandang kot.. ke mesin tu salah kira.. hehe.. (",)
Life kat bndr kos sara dri tgi.. Sume bnde kne beli.. Sume bnda kai duit..
Lau kat kg.. Kos sara dri rndh.. Desire n demands tak mcm life kt bndr..
Magik ek cmtu? Hehehe..
ALLAH menunjukkan kehebatanNYA..
liyana:
kalau malas nak hurai panjang2 kat budak2, cakap je magik.. (",)
kak syikin:
sungguh Allah Maha Hebat.. (",)
darah dalam beg derma darah tu. cekik je la. :D
s a r:
jgn kata darah dalam beg derma, darah dalam badan pun terasa macam dicekik2 disebabkan magik ni.. ("<)
Post a Comment