Hampir setiap minggu di hari jumaat aku akan meluangkan sedikit masa bermain futsal untuk mengeluarkan peluh jantan.. Kadang-kadang peluh betina pun keluar sekali.. (",).. Futsal bermula jam 10malam.. Pastinya, sempat solat Maghrib dan Isyak terlebih dahulu...
Yang peliknya..
Jika sebelum bermain futsal, aku solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid ditambah dengan sedikit usaha atas agama antara maghrib dan isyak, prestasi digelanggang futsal adalah pada tahap terbaik (kalau ada 10 peluang jaringkan gol, kira-kira aku akan dapat jaringkan 9..)
Begitulah seterusnya...
Solat berjemaah di masjid sahaja = prestasi permainan adalah di tahap sederhana.. Kalau 10 kali peluang boleh la jaring 6..
Solat kat rumah je = prestasi aku di tahap lemah...Kalau 10 kali peluang boleh la jaring 4..
Tak solat isyak lagi dan terus pergi bermain (pernah buat sekali) = prestasi memang hambar... Kalau 10 kali peluang, adala sekali je boleh jaring.. Akhirnya, aku banyakkan passing bola kat orang lain, biar orang lain yg jaringkan..
Dulu, aku anggap perkara ni kebetulan.. Tapi sehingga hari ini, perkara ni telah berlaku dengan begitu kerap sehingga aku sukar untuk mengatakannya kebetulan lagi...
oh... lupa pulak.. aku telah di tag oleh cik s a r.. maka kena jawab... (",)
kerana lebih rajin menaip dari menulis.. ada byk diari tapi semua diari kosong takde isi.. (",).. blog menjadi diari utk ingatkan diri sendiri tatkala lupa..
2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?
2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?
kerana adanya manusia.. kelemahan sikap manusia menyebabkan berlakunya diskriminasi..
3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah
carilah jodoh di tempat yg baik.. kebiasaannya buah yang baik tumbuh dari pohon yang baik dan dari tanah yg subur.. insyaAllah.. (",)
4. nama kamu paling suweet nak panggil :)
muhammad.... bila ada seorang ustaz panggil dengan panggilan tu, tiba2 rasa bahawa sangat perlu dengar kata2 dia dengan teliti.. seakan ada kekuatan nama tu..
3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah
carilah jodoh di tempat yg baik.. kebiasaannya buah yang baik tumbuh dari pohon yang baik dan dari tanah yg subur.. insyaAllah.. (",)
4. nama kamu paling suweet nak panggil :)
muhammad.... bila ada seorang ustaz panggil dengan panggilan tu, tiba2 rasa bahawa sangat perlu dengar kata2 dia dengan teliti.. seakan ada kekuatan nama tu..
5. selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P
Muhammad saw.. insan mulia yang telah berkorban utk seluruh ummatnya.. Ya Allah, temukanlah diri ini dengan Muhammad saw...
6. pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D
blog santai yang dikendalikan oleh orang yang ada passion dalam berblog.. Mungkin orangnya ceria dan peramah.. (tak pernah jumpa, jadi sukar utk bercerita lanjut..) (",)
kena bagi soalan pulak ye.. maka, soalannya..
1) apakah nilainya syurga??
tu je soalannya.. maka, nak tag semua orang yang baca entri ni.. jawab di ruangan komen, sudahlah.... (",)
p/s: maaf ye.. sbb selalu cerita pasal bola sepak je... mungkin lain kali, nak ceritakan pasal bola jaring pulak.. (",)
19 comments:
Salam fuad,
apa2 pekara bila diutamakan solat terlebih dahulu, pasti ada keberkatan...ni mesti pemain futsal professional ni...husna mesti bangga!
assalamualaikum..ooo incik fuad...saya pernah main bola dgn team lelaki...masa tu darjah 4..pastu menangis sebab tak pernah sepak bola, sakit walau pakai kasut..ngeee..
**nilai syurga???wallahu'alamu minna..hanya yg dinyatakan dalm al-quran ia utk org2 bertaqwa, dan beriman...tak tercapai akal utk dibayangkan...hanya percaya dengan iman syurga itu indah..^^,
penah merasa kebetulan yg dh tersurat ini.ehehe
jwpn bg soklan num 2 tu sgt best!
nilai syurga sgt tak ternilai andai mahu dihitung.
tidak sukar utk memperolehinya tetapi tidak pula sukar utk melepaskannya.
assalamualaikum encik fuad.
erm,,. pernah jugak buat macam tu. tapi bukan main bola la. hee. dulu kalau bab main bola (jaring), cepat2 melarikan diri sebab bola jaring cerewet! :D.
even masa solat diberi panjang (isya'), bila utamakan benda lain dulu, memang ada yang tak kena la. confirm! bukan kebetulan dah tu. memang Dia nak tunjuk. klau kat rumah saya pulak, tengok apa2 game kat tv terutamanya libtkan pasukan negara, mybro selalu tak bagi saya tengok sebab team negara mesti kalah. hee. ~mana tak kalah kalau masing2 time azan isya' duduk depan tv. bukan pergi solat dulu. hee.
erm, about syurga?
tak ternilai, tak tercapai dek akal nilainya sebab ia kekal abadi bagi yang selayaknya. erm, dulu masa kecik2 ustazah selalu soal macam mana syurga tu. saya selalu je jawab 'syurga tak berdinding'. hee. walhal, tak tahu apa bentuknya. pasti ia yang paling Indah kan. :)
Wow! Awk pun di tag ye? Hiks~
Akak nak buat tag..okebai!.. he he
Kalau dah solat, buat kerja apa pun rasa tenang je, ni selagi tak solat, rasa resah, gundah.. macam ada benda tak siap. Macam mana nak score 10 goal. iyer dak?
wohoo..bro kena tag la..
lepas nih bley la nk tag dye..ha-ha
nilai syurga?
hmmm, x ternilai..sbb terlalu tggi..hanya Allah je Yang Tahu bagaimana tinggi dan bernilainya syurga tuh..terlalu bernilai utk hamba-hambaNya yg terpilih :))
Eh salah tu, patutnya akak tulis macam ni..
"Akak tak nak buat tag...okebai!"
hehe
tak ngethi main bola.. dan rase sgt geram bila tgok org main bola. kalau ade bola, cepat2 tukar channel lain.. huahaha, kejam tak?? hehe.. :p
nilai syurga?
mane boleh kira.. :)
biase la tu....time awal2 dpt assignment, bajet nak wat assignment, solat takat fardu je la, amal2 sunat nanti2 psl nak wat assignment dlu...poyo kan...last2 assignment tak jalan langsung, pasal otak jem la konon, so nak "release tension", layan lagu la...bual2 ngn member2 la..layan kucing dan sebagainya...last2? assingment tak start2. kalau dapat start? biasa la..satu page mau sampai 10 hari nk siap. tapi time last minit? memang boleh buat. cume point nye, boleh buat lepas dah rasa saspen teramat pastu baru sedor diri mintak tolong dari Allah, baru terdorong untuk buat zikir, baca yasin, quran...kann. tetiba seluruh assignment dapat siap dalam masa satu malam....ditambah pada waktu paginya. jeng jeng. pengajarannya? bersyukurlah yang Allah pilih kita untuk yakin bahawa Dia yang mempermudah segalanya, sedangkan manusia mudah leka memikirkan kejayaan dari tangan mereka sendiri walhal tidak...hmm..memang mujahadah
terima aksih atas entri ini..
citer paal bola lisut pun ok hahahahaaa
Solat di awal waktu paling sukar dilakukan, jika dapat dilakukan, maka berterusanlah amal itu menjadi makanan ruji harian.
cube citer pasal bola jaring lak .. heheh..
itu adalah suratan la..
hahah takpe kaloi suka bola sepak lalala~~~~ huhuhu
nilai syurga ~ ~ ~ bahagia... uh susah nak dinilai...sbb tiada bandingan kann
cikgu norsha:
saya rasa husna lebih professional main futsal berbanding sy.. kadang2 bila husna ikut sama , sy tgk dia yg lebih byk berlari dari saya.. (",)
cikgu ma:
wsalam wbt...
tu dulu.. sekarang kalau sepak bola, mesti dah tak nangis kan.. ke nangis jugak?? (",)
zia:
kebetulan yg sudah tersurat... <--menarik ayat ni..
yup, tidak ternilai.. lebih baik buat pernilaian benda lain kan... macam pernilaian pelajar ke.. (",)
s a r:
wsalam wbt..
persoalannya, kenapa bola jaring cerewet?? kadang2 buat blog pun cerewet gak.. (",)
kalau dari maghrib hingga isyak dok menunggu kat dalam stadium tak bergerak ke mana2, nak sangka baik yg diorang solat pun agak sukar.. cuma mungkin boleh bersangka baik, di lain kali mungkin dia lebih baik dari aku..
fara:
nampak pelik kan... (",).. tapi takpe.. menerima dgn hati terbuka.. (",)
kak afida:
betullah kak.. kalau tak solat lagi, rasa macam ada yg tak kena je.. macamana yg yg selalu tinggalkan solat, boleh merasa selesa menjalani kehidupan erk..
syahirah:
(",).. itulah tu.. seakan bermimpi kena tag.. (",)
kak afida:
awat tak nak buat tag?? (",)
cik gee:
kalau dah tak minat, mmg ada baiknya tukar channel lain.. tapi ade je orang yg tak gheti main tapi minat tk bola.. (",)
hideossle:
last minit, perkataan yg sgt sinonim dengan zaman pelajar.. lepas tu terbawak2 ke zaman kerja.. kalau event start esok, baru lah hari ni nak siapkan segala bagai.. (",)
sahromnasrudin:
bola lisut, antara cerita bola yg jarang diceritakan.. (",)
kak syikin:
solat awal waktu.. mudah bagi sebahagian manusia.. dan sukar bagi kebanyakan manusia..
kira2nya mudah, nak taknak kena solat jugak.. lebih baik di awal waktu kan.. solat bukanlah ketika bila kita mahu solat.. tetapi ketika bila Allah mahu kita solat.. (peringatan utk diri sendiri jugak..)
nur:
permainan bola jaring sgt bergantung kepada GA dan GS utk score.. macam tak berapa nak best je.. (",)
kaloi:
suko la tu nismilan monang.. (",)
bola jaring cerewet?
terlebih cerewet mungkin pada diri. hee. sanggup bola keranjang nampaknya. hee. ~tak ayu dah main bola keranjang. :D
encik muhammad boleh try main bola jaring kalau nak tau apa yang cerewetnya. :)
fuad nak main bola jaring pula kah ??
who0oaa ~~
mau position apa ??
centre ?
goal attack?
goal keeper ?
wind defend ??
nilai syurga ?? emm rasanya kalo campur semua nilai mata wang kt dunia ney sama ada wang yg da dicetak mahupun belum, masih terlalu sikit nilai wang itu berbanding syurga ciptaan ALLAH.
sesuatu yg bernilai sgt3x & tak terbanding dgn apa pon :)
s a r:
masalahnya, takde sape yg sudi nak main bola jaring dgn sy.. (",)
aizureen:
(",).. sy kalau main bola jaring, sy nak jadi GA atau GS je.. tu je yg kelihatan best.. (",)
Post a Comment