Wednesday, October 19, 2011

MaHu BeRSaMa eN. TeNaNG aTaU eN.DuiT??

Andaikata hidup anda sudah stabil...
Tiba-tiba...

Anda ditawarkan duit lebih.. kerananya hidup anda kurang tenang, anda sanggup??
Anda ditawarkan pangkat.. kerananya hidup anda kurang tenang, anda sanggup??

Mana lebih berharga, duit atau ketenangan?? 
Mana lebih penting, pangkat atau ketenangan??

Apakah bila poket penuh dengan duit, anda lebih yakin menghadapi kehidupan?? 

Atau sebenarnya duit boleh membeli ketenangan??

Masih ingin berkata, when u got something, you might lost something.. 

------------------------------------------------------------

Seorang raja mempunyai sebuah gudang yang berisi harta kekayaan..
Setiap  dua minggu penjaga kunci gudang yang diamanahkan akan masuk ke dalam gudang untuk membersihkan harta-harta kepunyaan raja..
Satu hari, selepas membersihkan harta-harta di dalam gudang, penjaga kunci telah pulang ke rumah seperti biasa..

Dalam masa yang sama, raja telah berfikir untuk menjenguk harta-hartanya di dalam gudang tersebut setelah sekian lama tidak pergi melihatnya.. Maka dia pun telah pergi dengan senyap-senyap agar tidak diketahui orang lain..
Sedang raja melihat-lihat harta, telah timbul rasa was-was di hati penjaga gudang sama ada dia telah mengunci gudang tersebut atau belum..
Kemudian, penjaga gudang telah pergi semula ke gudang, dan terlihat gudang tidak berkunci lalu menguncinya seperti biasa..
Maka, tinggallah raja di dalam gudang yang terkunci dari luar tanpa ada seorang pun yang mengetahui.. 

Berita kehilangan raja tersebar luas namun tetap jugak tidak ditemui..
2 minggu berikutnya, penjaga gudang telah kembali ke gudang dan menemui mayat raja dengan surat di sisinya yang berbunyi, 
"nampaknya, harta yang banyak tidak mampu menyelamatkan aku dari mati kebuluran.."

(sekadar kisah teladan utk diambil iktibar..) 


seram jugak rasa nak cuba parking bertingkat kat terengganu ni.. korang pernah cuba tak?? (",)







25 comments:

Kakzakie said...

Sebab itulah family kakak tak sanggup berpisah jauh hanya kerana tawaran berlipat ganda. Kalau hubby kakak bertugas di Madinah tapi kakak di sini kakak tak mahu. Kerja utk kakak di sana kurang memberangsangkan sebab wanita tak di galakkan kerja. SO... solutionnya hubby tolak tawaran itu. Kami tenang skrg...

Fara said...

Biarlah ckp2 makan, janji kami bahagia seadanya.

Sederhana itu lebih baik.

Titisan Hujan said...

memilih utk bersederhana
takut dengan kekayaan menjadikan lupa diri

Nashir as Sunnah said...

bersederhana..memberi ketenangan dan kekusyukkan dalam beribadah kepada Allah SWT..serta menyuburkan iman...InsyaAllah...

tp jika kekayaan yg diperolehi digunakan di jalan fi sabilillah @ utk mencari mardhatillah Allah SWT..alangkah bagusnya..

sbb itu jika manusia di uji dengan kesusahan, mereka akan igt kepada Allah SWT, tp jika di uji dengan kemewahan / kesenangan..manusia akan mudah alpa dan leka.

نور توفيقة ادريس said...

Sebagai kekasih Allah, sebagai orang yang saaaaangat istimewa di sisi Allah, boleh je baginda nak doa minta kekayaan dekat Allah. Instead, Rasulullah s.a.w prayed:

"Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikanlah aku sebagai orang miskin, dan bangkitkanlah aku kelak di hari kiamat bersama kelompok orang - orang miskin pula."

Malu dengan bagindaT_T

nam said...

dengan mengingati Allah hati menjadi tenang... (",)

CikGu Ma said...

nak ketenangan..kalo Allah nak bagi kaya tu, nikmat yang sedikit kerana kaya bleh ragut ketenangan yg banyak..^_~

RuMaH TuA said...

Mahu duit akhirat = pahala d dunia supaya dapat beli syurga di 'sana'...
Mahu ketenangan di akhirat dengan hidup beragama di dunia...

"Susah 'sini' tenang 'sana'"

~PENCHENTA~ said...

Sukanya post ni.
Sukanya comment kak Pqa.

Sukanya. Sukanya. Ya Allah. :')

Afida Anuar said...

eh terengganu kat mana tu fuad? akak tak pernah tau pun..:P

walau harta berjuta pun.. tapi masih tak boleh beli tenang tu... ajaib kan?

Norsha said...

bila hati tenang, ruang yg sempit terasa lapang.....

Nur Aizureen Md Zahir said...

Assalamualaikum fuad :) i prefer peace..biar tenang dgn keluarga misalnya asal tak sengsara angakara cetakan not yg dunia sendiri tak pasti nilainya. kadang jatuh kaadang lingkup. tapi keluarga : Priceless !
duit tak berkuasa apa pon sebenarnya.

*maap lama tak jejak sini (0_<)

Pencari Cinta Sejati said...

Pernahkah terfikir manusia mengejar akhirat kerana syurga, amal di syurga memberi lebih ketenangan bersamaNYA.

kakibiskut said...

ada ea parking tingkat kat terengganu, ingat kat jermang je..

nurkaloi said...

hmm nice entry
tu laa kekadang kita ni leka bila crite pasal wang
wang byk mane punn memang takkan ckup kalau kita tak pandai manage ikut rules dye kannn

Cik Gee said...

harta yg banyak tak menjamin ketenangan dlm hidup melainkan harta peribadi dan takwa.. end.. :)

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, duit or ketenangan?

nampaknya ramai di antara kita memikirkan duit berbanding ketenangan. ada pula ingat dengan duit boleh jadi tenang.

ni macam kira makan tuan ni.
terima kasih atas perkongsian. :D

Wafi said...

aku pilih cik tenang!!

menusuk hati said...

Hm,sudah tentunya ketenangan lebih dipilih..sejak bisnes agak maju,selalu juga terfikir macam mana nak tambahkan lagi kemasyukan itu,walaupun di dalam solat.uhuk..

fuad ansari said...

kak zakie:
kalau suami akak kerja kat sana, akak dok umah pun ok per... hari2 akak leh gi masjid nabawi.. kan best.. (",)

Fara:
Ironinya, ramai yg suka makan berlebih2an.. (",)

Zia:
Pilihan yang baik..

kalau dato' muda, hensem, baik dan berharta melamar zia, sudi tak terima?? (",)

nashir:
hakikatnya, tak ramai yg kaya berjaya menghadapi ujian dengan baik..

pqa:
yup.. Nabi tidak miskin, tetapi memilih utk miskin..

ummat sekarang ramai yg miskin, memilih utk kaya, tapi tak kaya2...

fuad ansari said...

kak linda:
itulah yg sebetulnya..
cuma dikhuatiri, bila pangkat datang hampir, kurang masa utk ingat Allah.. (",)

cikgu ma:
dahsyat sungguh kan.. nikmat yg sedikit telah melupakan manusia kepada nikmat yg lebih banyak.. (",)

ustazah iqa:
betul3.. cantik kata2 tu..

ironinya, ramai yg mahu senang di dunia dan terlupa kesenangan di sana..

tyah:
tidak dapat dinafikan bahawa pqa adalah pengomen yg baik..

moga suka juga di kehidupan akhirat... (",)

kak afida:
kat kuala terengganu...

saya faham kenapa akak tak tau.. akak orang putrajaya kan.. (",)

takde sape nak jual ketenangan.. (",)

cikgu norsha:
kalau hati tenang, duduk dalam gua pun terasa macam duduk dalam istana.. (",)

fuad ansari said...

aizureen:
wsalam wbt..
manusia mencipta nilai matawang yg akhirnya berlaku ketidakadilan kepada semua pihak.. sengsara negara2 yg matawang rendah macam zimbaqwe.. nak beli tomato 3 biji pun kena bawak duit satu guni..

takpe.. jejaklah dikala senang.. (",)

kak syikin:
beruntunglah insan2 yg tenang di dunia, juga tenang di kehidupan akhirat..

kaki biskut:
ada... tu lah tu.. terkejut gak tengok.. cuma tak berani nak try lg.. kot roboh, sia2 je.. (",)

nurkaloi:
kalau ak pandai manage, bagi sejuta pun leh abiskan dalam masa sehari.. (",)

cik gee:
nice!! (",)

sedihnya, tak ramai yg nak cari harta ketakwaan.. kelihatan lebih sukar dari mencari harta yg biasa..

s a r:
wsalam wbt..
selalu panggil encek.. kali ni panggil encik pulak ye.. nampak lebih sopan.. (",)

kalaulah duit boleh beli tenang, tenang dan serabut(ketika mencari duit) akan bersilih ganti..

berbeza dengan orang yang memilih tenang, akan tenang sentiasa..

duit pun pandai makan tuan nampaknya.. (",)

wafi:
cik tenang mmg cantik dan baik.. beruntung kalau dapat.. (",)

tuan saiful:
ada kisah, seorang telah tegur imam sebab tak cukup rakaat solat isyak.. maka imam kata, kamu pasti?? dia jawab, sy pasti.. sebab sy ada 4 kedai.. kebiasaannya, setiap rakaat dia akan mengira akaun utk satu kedai.. tapi kali ni, dia baru kira 3 akaun je.. (",)

Pencari Cinta Sejati said...

ketenangan di akhirat beserta amal di sana lagi indah.

Syahirah said...

tak dinafikan ketenangan itu jauh lebih berharga dari duet..tpi, kalo xde duet nk byr bil sgle bagai, hati tetap xtenang jugak..macam mane 2?


sllunya org ckp money doesnt matter..

tpi my lecturer dulu kata..
yes, money does matter!..ape kata anda? hehe

fuad ansari said...

kak syikin:
benar dan semestinya kerana akhiratlah sebenar2 kehidupan.. (",)

syahirah:
money does matter just for some matter.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...