Thursday, September 22, 2011

MeMaNDu SaNGaT PeRLaHaN aDaLaH BaHaYa??

Memandu sangat perlahan seperti kura-kura adalah merbahaya?? Bagi aku, lebih merbahaya untuk orang lain yang terpaksa memotong.. Silap potong, buruk padahnya...

Pernah tak anda menghadapi situasi sebegini?? Lagi-lagi masa nak pergi kerja.. Lagi-lagi kalau melalui jalan lama yang sukar untuk memotong..  Mahu menyumpah jugak rasanya..

Kerana sering menghadapi situasi sebegini, aku ada satu petua.. Aku ada satu je, nak banyak lagi, kena tanya orang lain pulak ye..

Amalkan membaca surah-surah panjang yang kita hafal ketika memandu.. Ia membantu hati dan minda menjadi lebih fokus dan tenang.. Bila diri lebih tenang, ia akan menyebabkan diri tidak berminat untuk menyumpah  seranah dan tidak terdorong untuk memotong dengan terburu-buru.. Perjalanan yang tidak lancar secara hakikatnya pun akan terasa lebih lancar..  Ketika bulan mengambang, bolehlah membaca di dalam hati ye.. InsyaAllah..  (",)

Kata orang, perkara yang haq akan menghapuskan yang batil.. Datang kepada kebaikan bermaksud melarikan diri dari keburukan.. 

Makanya, kalau anda terlihat orang lain sedang melakukan kemungkaran, ajaklah mereka kepada kebaikan kerana bila mereka datang kepada kebaikan, secara tidak langsung sebenarnya anda telah mencegah kemungkaran.. Wallahua'lam.. 
__________________________________

Berborak-borak dengan seorang kawan yg tidak lama lagi akan memasuki umur 40tahun.. Life begin at 40?? Ye ke??.. Masing bujang dan kelihatan seperti baru 30tahun.. Bila ditanya apakah rahsia awet mudanya, maka dijawabnya, "mungkin sebab tidak merokok dan banyak makan sayur.. "

Dia mula menunjukkan gambar kawan-kawan sekolah menengahnya di facebook.. Kini dia seorang yang kelihatan masih muda dan masih boleh dipanggil abang...Yang lain kelihatannya seperti sudah boleh dipanggil pakcik.. Tersenyum jugak melihat budak-budak yang dahulunya begitu kudus, tulus dan mulus, kini sudah menjadi bapa-bapa orang yang kelihatan lebih segak dan berkarisma dan bunting pelamin... Ada juga dikalangan mereka yang sudahpun berada di alam yang seterusnya menunggu hari penghisaban.. Lantas diri terfikir, yang muda pun sudah menjadi tua.. Yang hidup pun sudah mati... Menakutkan... Menakutkan.. Mahu tak mahu kena siap sedia menghadapi semua tu kan..

Ada jugak beberapa rakan aku yang sudah mendapat panggilan Ilahi di usia yang muda.. Ironinya, kesemua mereka baik-baik... Maka, tinggallah aku yang tidak berapa nak baik ini, masih diberi masa dan peluang untuk bertaubat dan menjadi lebih baik..

Ya Allah.. kami bermohon padaMu akan taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.. 

Amiin.. Amiinn.. Allahumma Amiiinn...

29 comments:

nursakinah said...

jannah drift

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum abi husna,

berckp pasal baca surah y panjang-panjang.

Ada sekali tu, mard lawan tahan nafas dlm air kat pool dgn adik zul.

Dgn tkdir Allah, adik ni menang. Mard bergurau, cakap dengan dia, "uitt?lamanya thn nfas, kak diah smbil thn nfs dah khatam baca yassin pun, kalah lg"

dia jawab, "laaa, zul khatam kan baca al-baqarah!"

Afida Anuar said...

Kalau masuk lane memotong dan ada kereta yang berjalan macam kura2, mesti dalam hati terus terdetik... ah mesti perempuan ni (padahal tak sedar diri sndiri pun perempuan jugak!.. he he)

Fuad...cikgu kimia akak kasi petua macam ni kalau nak awet muda, bangun tidur je minum air suam yang diletak sikit garam.Sebelum minum baca selawat 3 kali. InsyaAllah awet muda. Dia yang nak menginjak umur 50 tahun pun kalau orang tatau mesti ingat dia umur 30 tahun. Sekadar berkongsi..

Kakzakie Purvit said...

Kalau hendak potong kereta yg perlahan macam kura-kura hati memang tak tenang....

Semua nak kelihatan awet muda, hakikat usia tetap berganjak yg mana pasti akan mati juga...Banyakkan membaca Al-Quran insya-allah awet muda juga...

Sha said...

btol la bro..kdg2 menyirap jgk la darah..org nk cepat..dye bley bantai lambat2 pulak..

yang tak bley terima nye..lambat sebab main telefon+berborak2/ketawa2..wooo cepat jer panas ati nih..haha

nih belum lgi yang kat lampu isyarat tuh..sajeeee jer dye lambat2 jln bila da lampu ijau..pdhl kat blkg tuh..berderet pnjg kete xpk..ish2..sabor je lerr..

Liyana Zahim said...

Sy puler pntang tol org tanak rendahkan lmpu time mlm.. Lalu sy pon sama2 meninggikan lampu kasi lawan yah yah.. Pdnla muke org itu.. Hahahah..

ad_dimasyqi said...

Cadangan baik dan bernas

s a r said...

assalamualaikum encik.

saya amat takut apabila berada sama di jalan raya dengan kereta yang banyak. tapi bila ada kereta yang agak lambat di depan. takda la nak menyumpah. just cakap dorang ni makan angin je. :D

thanks. atas ingatan. menarik ni dari dengar lagi yang sakit kepala kan. :)

orang kata, yang baik ni selalu je cepat Dia ambik balik. Yang tak berapa nak baik diberi lagi peluang untuk jadi yang lebih baik. alhamdulillah diberi lagi kesempatan. takkan sia2 masa yang ada ni. thanks again ingatan lagi ni. double thumbs up! :)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

pnh mghadapi situasi ini sbg penumpang..bile nk mmotng.."org" yg bw slow tu nk pecut..mcm main lumba2 plak..sabor byk2 le(loghat selatan dah keluo).

cdgn baik bca surah pnjg2..

faraherda.razalan said...

Memandu slow - Itu yg tak ambil kisah keadaan sekeliling.

Memandu laju - Kebanyakan mementingkan diri sendiri.

Semuanya kerana sikap diri sendiri.

RuMaH TuA said...

alhamdulillah...
memandu jadi ibadah...
(",)

Ingin berwajah tua sesuai dengan usia agar diri ini tidak lupa akan mati...
(^-^)y

Ya Allah.. kami bermohon padaMu akan taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati..

"Allahumma Amin~~~~"

Ismi Ijmi said...

bawa motor,huhu

dream_catcher said...

jalan lama/belakang tuh kan xleh bwk laju2 sgt...sbr ye fuad oi :P

Wanita Bertudung Hijau said...

sekadar peringatan utk wanita, jgn tunjukkan yg kita ni nampak lemah di jalan raya, peringatan utk diri sendiri jugak :-)

petua awet muda kwn sy, sentiasalah berlapaang dada drpd sifat mazmumah :-)

nam said...

assalamualaikum wbt...

hehe.. saya sekadar penumpang jer selalunya, maklumlah x der lesen...

tapi selalunya bila kak2 bawak slow2 kat lane kiri, orang lelaki selalu hon.. sabarkan jer.. mak ada jadi penumpang kat belakang, mana leh bawak laju2.. terkejut mak nanti klu laju2...

tapi apa2 pun sama2 menjaga kepentingan orang lain... jangan penting kan diri sendiri.. betol x?? hehe.. :D

ewanthology said...

klu memandu perlahan salah, memandu laju pun salah... kita memandu secara sederhana yaa.. ahakss

ukhti,mardhiah said...

eleh, mahluk memg bgitu,
kalau nampak org memandu laju
"woii,gila ke!"

kalau nampak org memandu perlahan
"lambat gila"

nampak bebeno awak y "gixx"

mard xmemandu..yeayyy.

mhafiz_ydin said...

Yeah, kelajuan itu selamat..

Norsha said...

jgnlh sumpah seranah, tu lah namanya ujian kesabaran, tu baru kat dunia, kat sana nanti camna la pulak yek...tapi sebenarnya, la ni ramai org berlumba2 nk mati kt jalanraya...

Norsha said...

jgnlh sumpah seranah, tu lah namanya ujian kesabaran, tu baru kat dunia, kat sana nanti camna la pulak yek...tapi sebenarnya, la ni ramai org berlumba2 nk mati kt jalanraya...

Etong said...

amin..mungkin Allah memberi masa yang lebih untuk kita supaya sempat memohon ampun dan bertaubat kepadaNya. SubhaAllah..

nurkaloi said...

memang kene byk bersabar lau bwk kete

fuad ansari said...

sakinah:
ingatkan kl drift tadi.. rupanya jannah drift.. kalau jannah drift, mmg dahsyat!! (",)

mard:
ini namanya, tahan nafas dalam air sambil dapat pahala... (",)

kak afida:
itu perempuan biasa2, mana boleh disamakan dengan akak.. hati2 memandu ye.. akak tak kawin lagi.. (",)..

takut plak sy nak berawet muda ni.. sekarang pun dah terasa mcm awet muda.. kang ader pulak yg kata, eh eh budak sekolah ni, dah ada anak rupanya.. (",)

kak zakie:
kadang2 kita kena mempertimbangkan keperluan orang lain sebelum kita berkira2 utk bawak kereta perlahan.. unless kalau kat highway, mungkin dimaafkan la sbb ada byk line..

cukuplah kalau beroleh awet muda di syurga kan.. (",)

sha:
orang muda mmg cepat naik darah.. darah muda.. mungkin bila kita dah semakin tua, akan jadi lebih sabar menghadapi situasi macam ni..(",)

sbb tu sy bagi petua tu.. mmg sesuai utk yg muda2.. (",)

liyana:
ada baiknya awk bawak bas atau lori... lampu rendah pun dah tinggi.. kalau bagi lampu tinggi, mau insaf orang yg kena tu.. (",)

ad_dimasyqi:
cadangan mmg baik.. cuma tak tau dapat amal dengan baik atau tak.. (",)

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt...
mungkin kena praktikkan jugak bersangka baik bila menghadapi situasi macam ni.. mungkin orang tu baru belajar kereta, takpun kaki tak berapa nak sampai utk tekan pedal minyak sampai habis.. (",)

mereka yg baik2 tu dah berakhir dah segala bebanan dan masalah mereka di dunia.. kita?? ish, menakutkan la bila bicara soal mati ni..

azlen:
kadang2 tu terasa nak beli kereta ferrari je.. biar senang sikit nak pecut dan biar senang sikit nak kejar kereta2 yg bawak terlalu laju yg awal2 lagi dah high beam dari belakang suruh ke tepi... (",)

orang melakeeee ye.. (",)

mommy farra:
iyelah.. yg penting sikap tu.. kena dipertingkatkan lagi kesedaran sivik nampaknya..

kalau dok bawak laju sgt, kalau mati sorang2 takpe la jugak, ini melibatkan orang lain.. itu yg tak berapa nak best tu kan.. (",)

ustazah a'tiqa:
ustazah iqa kalau berwajah tua pun, orang ramai tak nampak.. (",)

betul jugak tu kan.. mudah2an sedar diri.. bahaya jugak kalau dah tua pun still hensem dan cantik.. takut terperasan muda dan berangan nak carik pasangan lain sampai terlupa mati semakin dekat.. (",)

tuan izmer:
bawak motor jugak senang.. leh cilok2...

tapi bawak motor ni, orang lain langgar sikit pun, kita leh cedera parah.. itu yg tak berapa nak syok tu.. tapi semuanya dengan izin Allah.. (",)

hidayah:
nak jalan ikut jalan belakang, tapi tak sabar..
nak ikut highway, malas nak kaya kan lagi syarikat tol..
camne tu.. (",)

itu nasib tak pakai enjin turbo... kalau pakai enjin turbo, disuruh bawak slow, mmg agak sukar.. (",)

wanita bertudung hijau:
kadang2 tu depa bukan nak tunjuk lemah, mungkin sebab fitrahnya mmg begitu.. (",)

hati yang tenang akan memancarkan cahaya ketenangan.. (",)

fuad ansari said...

n a m:
wsalam wbt...
itu hon nak mengorat tu.. (",)

kalau dah dok lane kiri, tak kisah la nak bawak laju mana pun.. enjoy your journey kayh.. (",)

mungkin lepas ni, bila ujian memandu kena test sikap pentingkan diri sendiri.. kalau tak lulus, jgn kasik lesen.. (",)

delarocha:
wasatiah.. wasatiah... sederhana jugak yg terbaik kan... (",)

mard:
orang sekarang, habis semua orang dikatakan gila... kalau pandai pun, dikatanya pandai gila... (",)

mard mmg sesuai dok sebelah pemandu.. sebagai teman berborak n nanti tolong suapkan suami makanan buat menghilangkan ngantuk ye.. (",)

tuan hafiz;
(",).. kelajuan yg mematuhi had laju itu selamat.. (",).. utk orang muda, 110km/j yg dibenarkan di highway sekarang ni terasa macam masih perlahan je.. mau memberontak jugak jiwa muda.. hehe..

cikgu norsha:
tu lah tu.. baru bagi ujian sikit dah tewas...

mungkin depa ingat mati kat jalanraya best kot... depa bercita2 mendapat gelaran hero jalanan.. (",)

etong:
mudah2an cukup lah masa yg diberkan ye..

kalau sibuk sgt dengan dunia, hidup 1000 tahun pun terasa tak cukup masa lagi.. (",)

nurkaloi:
untuk jadi lebih penyabar, kena bawak unta kot... (",).. baru tau nasib tak leh nak tekan pedal minyak.. (",)

Cik SHiNJU said...

Bersangka baiklah dgn pemandu di hadapan yg terlalu slow tu,mgkin warga emas,ibu mengandung dll.

- org kata kalau nk awet muda makan la tongkeng ayam...org kata la,bukan saya kata... :P

نور توفيقة ادريس said...

Bawa laju sangat tak baik, tapi kalau ada orang tu bawa slow, it's not a good attitude to curse out.

Who knows she's pregnant.. SobsT_T

"Life begins at 40":)

In Islam, there is 10 stages in human aging.. I don't remember well the istilah (semua bahasa Arab..) for each but there's this one stage pointing to a "perfect adulthood age". Mid 30 to 40.

Scientifically, at this age, manusia dah stabil physically, hormonally, emotionally, etc..

Cuba perhati, ramai para Rasul dan Nabi diangkat to be such at this age, including Rasulullah s.a.w.

Wallahu'alam:)

Bijen M. said...

Bila zulmat tak ada dalam hati.
Semua jadi tenang.
Serius!
Amal pepagi time jem nak pi kerja.

fuad ansari said...

cik shinju:
iyelah, kena bersangka baik.. mungkin jugak pemandu dihadapan sedang bermadu asmara.. bagilah chance kat depa kan.. (",)

pertama kali jugak dengar petua awet muda suruh makan tongkeng ayam.. (",)

pqa:
mungkin saya kena bersangka, "orang keta depan ni mungkin pqa kot.. dia tengah pregnant tu.. ".. (",)

orang kata, kalau dah umur 40, masih nak huhahuha jugak, something wrong lah tu kan.. (",)

tuan bijen:
nak mengeluarkan zulmat, yang nampak sedikit sukar tu..

insyaAllah, azam untuk amal.. Ummat Muhammad (saw) Boleh!! (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...