Tuesday, May 10, 2011

SeLaMaT HaRi iBu..

Awat tu gigit jari tangan.. (Orang tua-tua kata, kalau gigit jari kaki maknanya nak adik, kalau gigit jari tangan nak apa ye??) hehe.. Haish, macam-macam..  (",)

7 Mei 2011 adalah ulangtahun pertama kelahiran puteri sulungku, Husna Fareeha. Dah setahun rupanya.. Rasa macam muda lagi.. Rasa macam baru je kawin.. Tau-tau anak dah besar ye.. Fuad Fuad.. Wake up.. Wake up.. Kum faanzir.. Wa Robbaka fakabbir..(",)

Masih teringat dikala Husna ingin menjenguk dunia.. Ketika itu, nenek di kampung sedang dalam perjalanan ingin menziarahi kami.. Sebelum nenek sampai, kami pula ke klinik membuat pemeriksaan dikala usia kandungan mencecah 8 bulan.. Tiba-tiba kami diarah ke hospital berdekatan.. Petang itu dimasukkan ke wad.. Malam itu Husna dilahirkan ke dunia melalui satu pembedahan kecemasan.. Memang sangat sekejap.. Neneknya pun masih belum sempat sampai ke Kuala Lumpur.. Husna Husna.. Nak sambut Hari Ibu  (8 Mei) ye.. Tak payah Abi beli hadiah.. Kelahiran Husna sudah cukup sebagai hadiah yang paling bermakna untuk Ummi kan.. (",)

Cepat betul masa berlalu.. Dulu bujang.. Baru je ingat nak kawin.. Rupa-rupanya dah ada anak dah.. (nak kawin apo kobondo eh).. hehe.. Agaknya kalau dihitung-hitung:

Berapa banyak masakah yang kita telah habiskan untuk agama Allah??
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk membuat persiapan akhirat?? 
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk memikirkan tentang kebesaran dan nikmat Allah??
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan atas dosa-dosa kita?? Bukankah mata yang menangis kerana takut kepada Allah itu akan terselamat dari api neraka??

Allah Allah.. Banyak betul masa terbuang dengan sia-sia.. Sebab tu agaknya ahli syurga itu tidaklah menyesal dengan sesuatu apapun kecuali masa di dunia yang berlalu tanpa mengingati Allah swt..

p/s: Selamat Hari Ibu buat bonda, mertua juga isteri yang tercinta..Juga kepada semua ibu-ibu.. Terima kasih kerana menjadi ibu dan isteri yang baik.. Semoga kalian beroleh ganjaran syurgaNya kerana tiada apa di dunia yang mampu membalas jasa kalian semua.. Terima kasih.. Terima kasih.. Terima kasih..

20 comments:

Afida Anuar said...

Selamat hari ibu buat zaujah fuad, mak dan mak mertua fuad juga.....comel betul husna.. ni mesti ikut muka mak dia ni. he he..

نور توفيقة ادريس said...

Assalam.

Husna jadi little fairy nak terbang bawa mama & abah visit cik pqa dekat sini ye~ Kalau husna jadi patient cik pqa, cik pqa bagi coklat banyak:))

Fuad, happy mother's day to your wife and your mother.. Take good care of Husna, she'll be a mother too later:))

*Cik pqa geram nak huggies husna*

~PENCHENTA~ said...

Woha. Dah setahun. Seronoknya. Dah boleh ajak main masak2. Keh3.

Ucap selamat buat semua. Semoga sentiasa di bawah rahmatNya. :)

Norsha said...

salam,
comelnya....geramnya....besar nanti mesti cantik, menarik, tertarik....

Happy belated birthday husna dari auntie & Famili......

fuad, tak mampu nak jawab soalan-soalan berapa banyak masa tu?

fuad ansari said...

Kak Noor Kumalasari:
Akak adalah orang pertama yang berkata Husna ikut muka mak dia.. hehehe..

Pqa:
Salam..
happy mother's day to you.. Take good care of yourself, you'll be a mother too later:)))

Budak2 kecik tak leh makan coklat banyak2.. Meh abinya tolong makankan.. (",)

Tyah:
Husna kata, "Kalau auntie tyah pandai masak, leh la ajak husna sekali.. Kalau x pandai, x nak la.. husna nak masak betul2.. xnak la main2 je.. buang masa..".. hehe.. gurau je.. (",)

Cikgu Norsha:
Salam..
Yang penting,bukan sahaja cantik luaran tetapi lebih kepada cantik akhlak dan pekerti.. cikgu doakan ye.. (",)

Erm.. terasa malu nak jawab soalan tu..

Ummu Fatimah said...

salam,
happy belated bday to husna. bday auntie pun bulan may juga... tp auntie dah tua.. husna baru setahun jagung ...hehe

Unknown said...

assalamualaikum

slmt hri ibu utk semua yg mjadi ibu dan bakal mjadi ibu ^^,

comelnye Husna...moga besar t jd anak yg baik dan solehah

ahlia azharjaafar said...

Salam.. Happy belated birthday Husna..semoga jadi anak solehah dan da'iah...amin

shahirahkhairudin said...

selamat hari lahir untuk Husna. semoga menjadi anak yang solehah dan pintar.

fuad ansari said...

Ummu Fatimah:
Salam..
"Yeay yeay sama dengan nanny.. nak jadi baik macam nanny.." husna melonjak dengan gembiranya.. hehe..

Titisan Hujan:
Wa'alaikumussalam wbt..
Selamat hari ibu juga..

Semoga menjadi ibu yang baik kepada anak2 yang comel2 tu..hehe..

Doa2kan husna ye.. (",)

Ahlia azharjaafar:
Salam... moga husna pun leh jadi karkunah macam auntie... jadi sayap kiri kepada suami untuk buat usaha agama.. (",)

Shahirah:
Terima kasih auntie.. nak hadiah!!

p/s:husna gurau je tu kot.. (",)

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Sesungguhnya masa yang mendatang itu akan cepat-cepat berlalu.

Moga Allah tambahkan keberkatan dalam keluarga Fuad Ansari.

ahLia shahril said...

salam...

husna nie bukan kategori comel nie..

tapi cun

kecik2 lagi dan cun eh..hehe

masa berlalu kjp jer kan.. ehmmm...

~PENCHENTA~ said...

Eh. Apeni panggil auntie. Panggil akak sudah lah. :P Haha.

Akak mana reti masak. Nanti kita main masak2, suruh lah ummi Husna masak siap2. Nanti kita boleh makan terus. Haha. :P

Izmer said...

Assalam

tahniah Husna dapat abi dan ummi yang best3,..

(macamlah Husna dah pandai baca,heh)

fuad ansari said...

Ustaz Ishak:
Wa'alaikumussalam wbt..
Harap2 dapat tiru2 cara ustaz menggunakan masa yakni dimanfaatkan dengan sebaik mungkin utk agama Allah..

Doa2kan ye, ustaz..

Ahlia teeeettttt:
Salam.. amboi, ada pulak budak2 kecik kategori cun erk.. Husna x kisah pun cun ke tidak.. Husna dapat jadi orang yg ada semangat agama yg tinggi macam Auntie Zai pun kira syukur sangat2.. (",)

Auntie Tyah:
Husna kata, "Tak kira.. Panggil auntie jugak.. Sebab auntie2 Husna pun ramai yang baya2 Auntie Tyah.. Lagipun Husna tengok Auntie Tyah takde la muda sgt.. Dah boleh kawin dah pun.." (",)

Tuan Izmer:
Salam tuan yang mulia..
Husna lagi suka sebab ada uncle Izmer yang best dan soleh.. (",)

umu6point said...

Assalamualaikum..
waahh..Husna dah setahun, okey... jom tanya Husna nak hadiah ape..

ape..?? Husna nak adik?? err...g mintak dengan ummi dan abi..hohoho :))

Semoga Husna kelak membesar menjadi anak yang taat dan solehah..amin.

fuad ansari said...

Puan Umu:
Wa'alaikumussalam wbt wahai bakal ibu.. (",)

Husna kata, "Bukan la Auntie Umu.. Maksud Husna, adik yg dalam kandungan auntie tu la.. Husna boleh panggil adik jugak kan.. Kalau adik kandung, Husna nak jugak.. Tapi doktor kata kat abi Husna, 'please stop operation for 2 or 3 years because Husna already went out by operation'.. Erm, sedih Husna mendengarnya" (",)

Doa2kan Husna ye auntie.. Moga anak auntie pun jadi anak yg soleh..

fuad ansari said...

Kak Afida:
Tu diaaa.. Tu diaaa.. akak ni orang Terengganu ke orang utara.. Guane kate.. hehe..

Tu la tu.. betul gak tu.. Tak kisah la ikut muka sape2 pun kan.. Ikut muka akak pun xpe.. ada gak iras2 Noor Kumalasari.. hehe.. (akak jangan marah tau.. gurau2 je.. x baik marah2.. nanti cepat tua.. ) (",)

Afida Anuar said...

Tu dia..kak Noor Kumalasari pulak dah.. hehe.

Oo eh Fuad, takpa la ikut muka sapa2. Yang penting comel.. he he

fuad ansari said...

Kak Afida:
Tu diaaa.. Tu diaaa.. akak ni orang Terengganu ke orang utara.. Guane kate.. hehe..

Tu la tu.. betul gak tu.. Tak kisah la ikut muka sape2 pun kan.. Ikut muka akak pun xpe.. ada gak iras2 Noor Kumalasari.. hehe.. (akak jangan marah tau.. gurau2 je.. x baik marah2.. nanti cepat tua.. ) (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...