Wednesday, February 23, 2011

MaRi BeRPaNTuN RoHaNi

On the way gi ofis tadi, tiba2 rasa teringin nak berpantun. Pantun kan warisan bangsa.. (",)

Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang selepas kematian..

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai akhirat antara nampak,
Esok jangan sesal-sesalan...

Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Apa kata kita pakat-pakat,
Kita hidupkan sunnah Nabi..

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Lebih baik pakai sugi,
Gigi bersih, sunnah terjaga..

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Ke dalam kubur juga engkau akhirnya..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau umur tak berapa nak panjang,
Bawak-bawakla ingat mati...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh solat kenapa tak mahu??

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang puasa bila nak ganti??


Ok2.. dah sampai ofis.. Setakat ni je yang dapat difikirkan sepanjang perjalanan tadi.. Nasib la perjalanan tak berapa nak jauh kan..


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah2 tu, biasa la kan.. (",)


p/s: kadang2 kena hiburkan hati gak, jgn stress sgt.. (",)

11 comments:

fuad ansari said...

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah.. (",)

Ismi Ijmi said...

salam..

patutlah komen pun pantun

umu6point said...

Anak ayam sesat di semak
Bulunya kotor kaki tersangkut
Harta dunia janganlah tamak
Jika mati tidak di ikut

Jika berjalan elok berdua
Mari bersiar kehujung taman
Kepada Allah kita berdoa
Minta di tetapkan kita iman

*emm itu je kut..huhu

fuad ansari said...

Ibnu Mutalib:
Wa'alaikumussalam saya ucapkan,
Buat Tuan Izmer yang dimuliakan,
Pantun diberi tanda ingatan,
Moga berjaya dalam kehidupan.. (",)

Kak Umu:
Sama-sama buat usaha agama,
Semoga diberi limpahan kebaikan,
Sudahlah harta tak ikut sama,
Orang lain pulak berebut sakan..

Jalan-jalan dalam taman,
Bersama suami sebagai peneman,
Moga-moga ditetapkan iman,
Agar beroleh syurga idaman..

Bijen M. said...

Saya beli semua pantun ni.
Tak mau jual-jual dah.
Ha ha ha.

ukhti,mardhiah said...

satu,dua,tiga & empat
i count dari semua peringkat
lets together full our heart
dgn cinta Allah,Nabi $ malaikat
(",)

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Dunia di tangan,
akhirat di hati,
dunia pinjaman,
akhirat nan abadi..

Enta tinggal Bangi di marhalah mana? Saya 3tahun pernah stay ni Marhalah Kolej Burhanuddin Helmi, UKM beberapa tahun yang lepas.

Rindu pulak pada rakan seusaha di kalangan pensyarah-pensyarah UKM yang banyak ikram kami dulu.

-Dr Azman FST, fikirman usaha student UKM.
-Prof Dr Amin Embi (Deputy Director (e-Learning) Centre for Academic Advancement) penerima banyak anugerah akedemik peringkat kebangsaan dan dunia. termasuk Anugerah Tokoh Akedemik Negara.
-En Razaq pensyarah FEP yang nampak macam serius tapi kalau kena cara rupanya sangat mesra dengan student.
-Prof Umar, pensyarah FST yang sangat bersederhana dan zuhud, tapi orangnya banyak korban.
-Dr Rafi pensyarah UPM tapi tinggal di Tmn Damai, Bangi. Orang kuat usaha agama di Bangi.

-Dan ramai lagi la, seingat saya masa saya belajar di Ukm dulu, kalau Jord Student Ukm setiap awal dan akhir sem, biasanya orang Bangi ikram makan siap potong kambing. Allahu Akbar!

Rakan-rakan seusaha di Ukm pun mungkin diorang dah habis belajar kot sekarang ni. Samhan, Najmi, Osman, Sarwan dan lain-lain. Apa khabar la agaknya dorang sekarang ye?

fuad ansari said...

Mr. Bijen:
Beli keli dan juga cherry,
Beli bersama seorang rakan,
Hendak beli ku kasik free,
Moga-moga beroleh kebaikan.. (",)

Mard:
Lima, enam, tujuh dan lapan,
Saya kira menggunakan tangan,
Allah dan Rasul harus diutamakan,
Cinta agung yang tiada bandingan..

fuad ansari said...

Ustaz Ishak:
Wa'alaikumussalam wbt..

Kuali atas para,
Ikan dalam paya,
Dunia sementara,
Penuh tipu daya.. (",)

Saya dok di Bandar Seri Putra. Boleh dikatakan kawasan Bangi Lama.. (Kawasan yang berada di antara Bandar Baru Bangi dan Nilai)

Atas kelemahan saya, saya masih tidak berkesempatan untuk buat usaha dalam UKM dan bersama student UKM.. Mudah2an insyaAllah usaha bertambah maju di UKM.. Kadang-kadang ada gak singgah kat surau-surau kolej UKM. Atas usaha ustaz jugak sebelum ni, sejuk mata saya bila memandang kitab fadhail amal, buku mesyuarat, jadual bacaan taklim dan jadual usaha ziarah masih ada di surau-surau kolej UKM... SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar..

p/s: sangat seronok buat usaha masa student..Suasana dan semangatnya lain macam.. (",)

Fawwaz said...

Cuba tuan berpantun semasa buat Gasht.. hehe, sure orang datang cash kat majlis Takrir... belum cuba belum tahuuu...

fuad ansari said...

Tuan Faiez:

Belum cuba belum tahu,
Nak mencuba idea yg baru,
Belum cuba dah rasa malu,
Macam mana tu? (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...