Saturday, February 12, 2011

BeRSaBaRLaH KaMu..

Bersabarlah terhadap ujian Allah.. Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga tanpa kamu perlu melalui ujian dari Allah??

Bersyukurlah akan nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada kamu.. Apakah kamu tidak melihat orang lain lebih sukar kehidupan mereka?

Andai kamu miskin, bersabarlah.. Mohonlah pertolongan dan bantuan Allah.. Akan sampai masanya Allah akan memberi bantuan..

Usahlah kamu meminta-minta kepada manusia mahupun menceritakan kesusahan kamu kepada manusia.. Mintalah pada Allah dan adukan ianya kepada Allah..

Kamu belajar agama.. Kamu menyertai kumpulan agama.. Tetapi yakin kamu seperti yakin orang yang tidak beragama.. Tindakan kamu seperti tindakan orang yang tidak beragama.. Akhlak kamu seperti akhlak orang yang tidak beragama.. Percakapan kamu seperti percakapan orang yang tidak beragama..

Andai kamu rasa duit boleh membahagiakan, silakan... Aku berharap kamu akan bahagia setelah ada banyak duit..Tetapi ketahuilah, pada wang ringgit tidak ada kebahagian.. Kalau ada pun, itu pun sementara cuma atau lebih tepat itu adalah tipu daya syaitan agar kamu terleka dengan duit yang banyak..

Kamu terlalu kisah pandangan manusia.. Tetapi kamu kurang kisah pandangan Allah..

Cuma pesanku, bersabarlah atas ujian Allah dan yakinlah kamu kepada bantuan Allah.. Tidaklah aku bermaksud untuk menyuruh kamu duduk dan berdoa sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha.. tetapi berusahalah pada kadar terbaik yang mampu kamu lakukan dengan mengambil kira kamu juga memerlukan masa untuk melakukan persiapan atas kehidupan akhirat kamu..

*Kamu itu merujuk kepada diri sendiri.. agar diri ini tidak terlupa..



4 comments:

Ibnu Mutalib said...

Assalam
adeih,akalulah saya boleh hafal hadith,
tapi beberapa hari lepas dengar di majlis taklim harian,
muntakhab,
lebih kurang
"sekiranya ALlah menghendaki kebaikan atas sesuatu kaum,maka dia akan memberi ujian kepada mereka, dan sesipa yang redha,Allah jua redha kepada mereka, sesiapa yang tidak redha,maka ALlah jua tidak redha kepada mereka"

Ya Allah,mahalnya sabar...

fuad ansari said...

Ibnu Mutalib:
Wa'alaikumussalam.. Teriam kasih atas perkongsiannya.. Memang benar.. Sabar itu mahal..Ternyata, mengucapkan sabar itu jauh lebih mudah untuk bersabar dengan ujian yg dihadapi..

Bijen M. said...

Terima kasih berpesan untuk aku.

fuad ansari said...

Mr. Bijen:

Aku harap tangan yang menaip lebih cepat terkesan dari mata yang membaca.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...