Tuesday, April 17, 2012

aNTaRa SeMaLaM DaN HaRi iNi..

Semalam rakanmu itu sihat dan hari ini dia telah sakit..
Semalam rakanmu itu masih hidup dan hari ini dia telah tiada..

Maka, apalah yang hendak dihairankan..
Jika semalam rakanmu itu rajin menulis blog dan hari ini dia sudah tiada kesempatan... (",)
__________________
Seorang pesakit tidak membantah akan ubat yang diberi oleh seorang doktor..
Kerana dia bukanlah seorang doktor..

Maka,
Tidaklah perlu kita membantah perintah dari Allah swt.. Kerana hakikatnya kita bukanlah Tuhan..
_________________
Seekor kucing yang tidak mampu berenang, makanannya adalah ikan yang berada di laut..
Seekor cicak yang tidak mampu terbang, makanannya adalah serangga yang beterbangan..

Maka,
Tidak perlulah kita meragui rezeki dariNya sehingga kita sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNya..
________________
Amni: Ayah, kenapa lelaki kena kawin dengan perempuan?
Ramli: Kalau lelaki kawin dengan lelaki, maka akan berlakulah ketidakseimbangan ekosistem..
Amni: Maksud ayah?
Ramli: Kalau lelaki pandai carik duit, perempuan ada kemahiran untuk habiskan duit.. Kalau lelaki kawin dengan lelaki, siapa yang nak habiskan duit tu nanti..
Amni: Pengajarannya, lelaki kenalah kawin dengan perempuan ye, ayah.. Barulah ekosistem seimbang..
Ramli: Pandai anak ayah.. Tapi kalau dalam peperiksaan tanya pasal ketidakseimbangan ekosistem, jangan bagi contoh yang ni tau.. Boleh gagal nanti.. 
Amni: Gagal?? Hish, muyskil kabir jugak ni.. 

25 comments:

s a r said...

Assalamualaikum encik :)

p/s- ayat amni yang last sekali sangat comel. :D


erm, paling best part doktor tu. terbaik!

tak silap la kan, ~ingat2 lupa dah ni bab psikologi. doktor ni macam ada erm 'gifted' yng boleh psiko orang menyebabkan suma boleh mind set apa yang dktor kata tu betul. hmm...

tapi.. ada yg lagi betul kan. tapi orang tak nak pun percaya. siap nak argue pun ada.

Kakzakie Purvit said...

Ramli selalu buat Amni termangu... tak apa besar nanti Amni akan jadi bijak macam ayah juga... insya-allah.

p/s: Ekosistem kita memang dah banyak tak seimbang sebab itu macam-macam yg terjadi sana-sini or sebenarnya dunia dah tua...

faraherda.razalan said...

Fuad, tlg sampaikan pesanan sy pd En.Ramli tu boleh?

ENCIK RAMLI,

SILA JANGAN MENGELIRUKAN AMNI DENGAN FAKTA YANG SARKASTIK DAN BERSIFAT PROVOKASI YE? WALHAL ADA BANYAK LAGI CONTOH YANG BOLEH DIBERI.

=p

Ouh, ya...sy sokong P/S Kakzakie kat atas tuh.

Noorieda said...

Assalamualaikum wbt..

Ehehehe..betul tu..jangan kelirukan Amni camtu..

Betul tu...tak perlu hairan tentang semua2 tu kerna semua tu adalah fitrah kehidupan..huuu

Unknown said...

satu artikel yg perlu dibaca berulang2 kali,baru faham....tapi last faham jugak...
pengajaran buat saya yg keras hati...nie..

Egg Head said...

itu la manusia selalu lupa diri....

wah.amni skrng dah makin matang ya!!bgs la....anak borek bapa rintik..huhuhu

Norsha said...

ada juga spesis yg terbalik, perempuan cari duit, lelaki tukang perabih, lagilah tk seimbang....!

APAN said...

nice bro...inlah tarikan utama dlm blog ko nih :)

tehr said...

Allah Maha Pencipta dan Maha Bijaksana
Ikut je apa yang Allah suruh, aman selamanya

nurkaloi said...

perempuan pandai habiskan duit ??
baru tahu heheheh

so amni nanti jgn lupe abiskan duit ayah kekekek

NCL - memang no plat kereta punn
tp ntah mane yg memandai translate jadi nak cari laki hahah

namasayatihah said...

Hidup ini saling melengkapi..sy suka ayat di atas, "tidak perlulah membantah perintah tuhan, sebab kita bukan tuhan"..peringatan utk diri sendiri..thanks fuad..;)

~kueh~ said...

hehe..
bermakna entri kali ni..
ade mkna tersirat kah :)

moga Allah kasih~~

Ckin Kembaq said...

Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung,
Barangsiapa yang hari ini dia sama dengan hari semalam adalah orang yang rugi,
Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka.

p/s : sama2 renungkan.. ^_^

Mindaberbisa said...

Banyak sangat perkara ghaib yang kita tak tahu. Mutasyabihat dalam banyak perkara. Kalau tidak pasti dan tak tahu maka jauhilah. Berbantah-bantah dengan hak dan batil menjauhkan diri kepada kebenaran.

umu6point said...

amboi..ayat isteri menghabiskan duit suami tu paling x tahan...huhuu.

dan paling suka dengan ayat bidalan kucing + ikan dan cicak + serangga.

Cikgu Ma said...

semalam kurang sihat...hari ini masih kurang sihat...:)

RuMaH TuA said...

من خاف شيئا هرب منه ومن خاف الله هرب إليه

"Sesiapa yang takut kepada sesuatu, pasti akan melarikan diri daripadanya, Sebaliknya sesiapa yang takut kepada Allah, pasti akan melarikan diri kepadaNYA."

"~Lapang sebelum sempit~"


Moga Allah kasih.

ukhti,mardhiah said...

:)
Amani anak bijak.
Gudgal!

Aween Md Zahir said...

perempuan ada skill perabeh duit ? hehe ! it depends ;p
tp mmg fitrah kan,,lelaki perlu perempuan dan sebaliknya ^^

Pha Is said...

perbandingan yang menarik...

Nida said...

Alhamdulillah, Kak Nida suka baca entri2 di blog Fuad... tulisan yg boleh buat kita berfikir tentangnya..

p/s: ni kalau Kak Nida tanda jawapan budak pasal ekosistem, dan jawapannya ala-ala jawapan Fuad.. maka tahulah akak dari mana sumbernya..hehehe

Unknown said...

As salam Fuad,

Salam perkenalan... Suka baca di sini... Salam ukhuwah fillah~

fuad ansari said...

sar:
wsalam wbt..
mungkin para doktor amik subjek psikologi kot dulu.. (",)

kak zakie:
ada kisah, nabi isa as melihat dalam kasyafnya bahawa dunia telah pun tua.. nampaknya, sudah lama dunia menjadi tua.. (",)

fara:
nanti saya sampaikan.. (",)

ntahnya ramli ni, ntah apa2 je..
punya banyak contoh yg baik, contoh yg tu jugak dia nak ambik... (",)

ieda:
wsalam wbt..

moga Amni matang dan tak keliru dalam menilai baik buruk fakta kehidupan..

p/s: nak kena panggil huda atau ieda ni.. byk sgt nama.. (",)

tuan fuad akmal:
ramai yg kata, tuan berhati lembut.. untung sape dapat.. (",)

tuan jabbar:
mungkin amni lebih borek dari bapak dio.. (",)

cikgu norsha:
kalau itu macam, boleh kasik makan pelempang.. (gurau2) (",)

apan:
ingatkan nak main tarik tali tadi.. (",)

mr tehr:
ada orang kata, yang dilarang tu pulak yang lagi sedap dibuat.. aduyai.. (",)

kaloi:
ish, taklah.. gurau2 je.. kalau betul, mesti dah lama kaloi tau.. ini tak betul, tu yg kaloi tak tau tu..(",)

memang ramai yg ada tabiat tu.. cuba mengasah otak ketika memandu.. (",)

fuad ansari said...

tihah:
nampaknya,kena la tihah usahakan utk lengkapkan hidup kan.. (",)

ku faseha:
tersirat?? titian sirat kot.. (",)

kata2 last tu, dah ada tuan punya...
kalau nak guna, kena mintak izin dulu.. ku faseha dah mintak izin dah ke? (",)

ckin kembaq:
kadang2 untung, kadang2 rugi, kadang2 celaka.. oh, tidak!!..

kak syikin:
betul jugak tu.. mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. yang penting, sama2 berusaha menuju ke syurganya kan.. (",)

puan umu:
tak tahan ke tak bersetuju.. (",)

ramli tu mengarut je tu.. jangan percaya sangat.. (",)

cikgu ma:
alhamdulillah, hari ni sudah berasa sihat.. berkat doa cikgu ma.. (",)

iqa:
ada jemaah kata, jom masuk bersama kami..
ada jemaah kata, jom keluar bersama kami... (",)

moga Allah sayang.. (",)

mard:
amni kata, mard pun bijak.. good nanny.. (",)

fuad ansari said...

aween:
taklah.. gurau2 je.. itu mungkin kemahiran individu.. bukan secara keseluruhan.. (",)

orang macam aween, sy percaya, penjimat orangnya.. (",)

pha is:
perbandingan tu jugak kadang2 mencetus ketidaksetujuan.. (",)

kak nida:
kalau akak dapat jawapan macam tu, akak bagi markah penuh je lah ye.. (",)

marya yusof:
wsalam wbt..
moga mendapat kebaikan.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...