Saturday, December 31, 2011

PeRKaTaaN MeLaYu YaNG SuSaH NaK SeBuT..

Samada kita perasan atau tidak, ada beberapa perkataan yang kita susah nak sebut..
  
1) Pemandu di hadapan memandu sangat perlahan:
Golongan pertama: Lembab macam kura-kura betul la kereta depan ni..
Golongan kedua:: Dia ni tau bawak kereta ke tak ni..
Susah nak sebut: Mungkin dia ni baru belajar bawak kereta kot..

2) Ada orang yang memandu sangat laju:
Golongan pertama: Kalau eksiden kat depan tu, memang tak tolong dah..
Golongan kedua: Mentang-mentang enjin power..
Susah nak sebut: Mungkin orang tu dalam kecemasan kot..

3) Melihat wanita yang berpakai seksi:
Golonga pertama: Macam tempah tiket neraka dah gayanya..
Golongan kedua: Mungkin harga kain mahal sekarang ni... Tapi tak jugak, semakin sedikit kain, semakin mahal..
Susah nak sebut: Semoga dia beroleh hidayah dari Allah swt..

4) Melihat lelaki meninggalkan Solat Jumaat:
Golongan pertama:: Nama je Islam, tapi tak solat..
Golongan kedua: Macamana la hidup dia ni nak tenang kalau tak solat..
Susah nak sebut: Salah saya la sebab tak sungguh-sungguh buat usaha agama sehingga ummat semakin jauh dari agama.. 

5) Melihat isteri pemimpin membuka aurat:
Golongan pertama: Isteri sendiri tak boleh nak urus, inikan pulak nak urus negara..
Golongan kedua: Takde harapan negara ni membangun sebagai negara Islam kalau pemimpin macam ni..
Susah nak sebut:  (isi tempat kosong)

p/s: sape jawapan terbaik, nanti saya bagi hadiah.. 

erm.. nak bagi hadiah ape ye??
oh, baru saya teringat...
saya ada terbaca kat sini, hadiah yang terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.. 
takpun, nanti saya hadiahkan al-fatihah je lah...   ok kan... (",).. 

Wednesday, December 28, 2011

BaNYaK TiDuR vs SeDiKiT TiDuR..

Kata ustaz:

Orang yang sedikit tidur, kuat rohaninya... Manakala, orang yang banyak tidur, lemah rohaninya..
Orang yang sedikit tidur, pintar akalnya... Manakala, orang yang banyak tidur, lemah akalnya..

Seorang alim dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan ahli jemaahnya..
Sampai di destinasi, ahli jemaah yang lain semua merehatkan diri kerana terlalu kepenatan..
Namun, orang alim tersebut mengambil wudhuk dan bersolat..
Ahli jemaah bertanya, "Wahai alim, apakah kamu tidak kepenatan setelah menempuh perjalanan yang panjang??
Alim menjawab,"Ada orang kerehatan dalam tidurnya, ada orang kerehatan dalam solatnya."  

--------

Ramli baru balik bercuti dari luar negara.. Di sana, dia selalu merakamkan video suasana yang berlaku ketika dia melancong.. Malam ketibaannya, anaknya Amni beriya-iya ingin menonton video yang dirakamkan..

Sedang menonton video, tiba-tiba rakaman gambar bergerak laju..
Amni: Ayah buat ape tu.. Lajunya video..
Ramli: Ayah tekan fast forward bagi laju sikit ke depan.. Tak berapa seronok bahagian ni..

Video kembali berputar seperti biasa.. Ketika sampai bahagian Ramli merakamkan seseorang sedang bersolat..
Amni: Ayah buat ape tu.. Lajunya orang tu solat.. Ayah tekan fast forward lagi ke..
Ramli: Taklah.. Tak tekan pun.. Memang ada orang yang jenis solat laju.. Ayah sampai sekarang tak faham diorang nak kejar apa sebenarnya.. 
 
(",)

Monday, December 26, 2011

BaPaK KeNCinG BeRDiRi, aNaK KeNCiNG BeRLaRi..

Malam tu, Ramli jalan2 di pasaraya. Ramli cuba meniru gaya seorang wanita bekerjaya yg baru dapat bonus, berbelanja. Tapi, kurang berjaya kerana hakikatnya Ramli seorang lelaki. Kurang bernafsu nak berbelanja.

Tiba2, Ramli terasa seperti ingin buang air kecil. Kali ini Ramli ingin meniru cara Nabi saw masuk tandas setelah meniru perempuan berbelanja menemui kegagalan.

Kebetulan Ramli pakai kopiah, elok sangat la tu. Masuk tandas memang elok tutup kepala. Baca doa dan masuk guna kaki kiri.

Bagai malang yang berbau, tandas penuh. Hanya ada tandas berdiri yang orang sebelah leh tengok2. Ramli tak biasa. Nabi saw ajar, kencing kena cangkung. Lagipun,Ramli pula pemalu orangnya. huhu.

5 minit tunggu, takde sape keluar tandas. 10 minit tunggu pun, takde sape keluar tandas. 

Takpelah, orang muda kena sabar..

Kemudian seorang warga emas pula yang datang menunggu untuk masuk tandas. Habis Ramli, habis.. Bila ada orang keluar tandas, Ramli bagi peluang kepada warga emas tu untuk masuk dulu walaupun Ramli sudah semakin sukar untuk menangkis serangan air yang mahu mengalir keluar. 

Takpelah, orang muda kena ada daya ketahanan yang tinggi..

Alhamdulillah, tidak berapa lama kemudian Ramli berjaya jugak membuang air kecil..

Ramli baru sedar, hari tu dia bukan sahaja belajar masuk tandas cara Nabi saw, tapi dia juga belajar jadi orang yang sabar, punya daya ketahanan yang tinggi dan menghormati orang tua..

Kalaulah diberi pilihan samada wang sejuta ataupun membuang air kecil, pasti Ramli sanggup menolak tawaran wang sebagai menggambarkan betapa tingginya nilai membuang air kecil pada ketika itu.

Mafhum hadis Nabi saw, "Siapa yang mencintai sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku, maka dia bersamaku di syurga.”

Untunglah!!

p/s:
-apa Ramli mengarut-ngarut ni...
-maaf, entri sebelum ini disimpan kembali sebagai draft akibat masalah teknikal..

Monday, December 19, 2011

Rancangan Bersamamu Ramli..

Sebuah van rancangan Bersamamu Ramli di  TV 10 melewati sebuah kampung yang mana terdapat orang yang miskin dan susah. Van itu tidak berhenti di situ namun terus menuju ke hujung kampung yang mana terdapat sebuah rumah banglo yang besar dan cantik kepunyaan seorang hartawan.

Setibanya di hadapan rumah banglo tersebut, Ramli memberi salam..

Ramli: Assalamu'alaikum..
Tuan rumah: Wa'alaikumussalam wbt... 
Ramli: Apa khabar, tuan.. Kami dari rancangan Bersamamu Ramli di  TV 10.
Tuan rumah: Oh.. Saya tidak memerlukan bantuan.. Rumah saya sudah cukup besar.. Kereta saya sudah cukup banyak.. Andaikata kamu mencuri salah sebuah kereta saya, mungkin saya tidak akan perasan akan kehilangannya..
Ramli: Tapi, kami mendapat laporan bahawa tuan memerlukan bantuan..
Tuan rumah: Nun, di tengah-tengah kampung, ramai penduduk yang miskin dan susah yang memerlukan bantuan dari kamu..
Ramli: Oh, macam ni tuan.. Mereka miskin dan susah di dunia, tetapi mereka datang kepada amal agama... Tuan kaya dan senang di dunia, tetapi tidak datang kepada amal agama.. Kemiskinan dan kesusahan mereka di dunia adalah sementara. Manakala, tuan berkemungkinan besar akan menghadapi kemiskinan dan kesusahan yang berpanjangan di akhirat.. Maka, tuan lebih layak mendapat bantuan..
Tuan rumah: Jadi, apakah jenis bantuan yang akan diberikan..
Ramli: Bersama kami, beberapa orang ustaz yang didatangkan khas dari jauh untuk memberi sedikit nasihat agar tuan akan terus kaya dan senang bukan sahaja di dunia bahkan pada kehidupan akhirat..
Tuan rumah: Saya ingat saya yang kena kesian kat orang lain.. Rupanya, orang lain yang kesian kat saya..

p/s: ada sapa-sapa mau jadi penaja rancangan ni?? (",)
________________________________

Sesuatu yang saya dengar dari majlis ilmu:

Seorang yang susah di dunia, dimasukkan seketika ke dalam syurga, kemudian ditanya oleh Allah swt, "Bagaimana kesusahan kamu di dunia dahulu??" Maka dia menjawab, "Saya tidak pernah berasa susah di dunia bahkan saya sudah lupa apakah itu kesusahan.."

Seorang yang senang di dunia, dimasukkan seketika ke dalam neraka, kemudian ditanya oleh Allah swt, "Bagaimana kesenangan kamu di dunia dahulu??" Maka dia menjawab, "Saya tidak pernah berasa senang di dunia bahkan saya sudah lupa apakah itu kesenangan.."

Friday, December 16, 2011

ReMaJa DaN aNGRY BiRDs..

Asyik Ramli je bercerita sebelum ni, kali ni saya pulak yang nak bercerita.. Maaflah, Ramli tu kalau bercerita, lupa diri.. (",)

Seorang ustaz sedang berjalan-jalan di kafe sebuah kolej islam..  Tiba-tiba dia melihat dua orang pelajarnya sedang sibuk bermain di laptop.. Lalu, ustaz tersebut menghampiri pelajar tersebut..
Ustaz: Assalamu'alaikum.. Maza taf'al?
Pelajar 1 dan 2: Wa'alaikumussalam wbt... err.. err.. ustaz..
Pelajar 1: Kami.. Kami sedang... Kami sedang main game..
Ustaz: Main game ape tu?
Pelajar 2: Err... err... Angry birds...
Ustaz: Zaman Nabi, para remaja sibuk nak pergi perang, kamu sibuk main game ye... Best sangat ke game tu?
Pelajar 1: Game ni pun perang jugak, ustaz... Dalam game ni burung berperang menentang musuh untuk dapatkan balik telur dia...
Pelajar 2: Ada macam-macam jenis burung.. Semuanya bersatu dengan peranan masing-masing untuk berjaya dalam perang...
Ustaz: Pandai lah kamu menjawab ye... Kiranya kamu nak kata game ni mengajar kamu semangat bekerjasama dalam peperangan lah ye...
Pelajar 1 dan 2: Err...Err... Lebih kurang gitulah..
Ustaz: Dah.. Dah.. Berpada-padalah main game tu.. Ustaz tambah assignment kamu nanti, tau la nasib.. 

Ketika remaja di zaman Nabi sibuk di medan perperangan... 
Remaja zaman kini sibuk dengan permainan..
Ketika remaja di zaman Nabi sibuk ke rumah Allah.. 
Remaja zaman kini sibuk tak tentu arah..
Ketika remaja zaman Nabi sibuk dengan agama..
Remaja zaman kini sibuk dengan dunia..
Ketika remaja zaman Nabi punya iman yang kukuh..
Remaja zaman kini hanya punya iman yang rapuh.. 

Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. Jangan jadi bangsa yang lemah..
Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. Berpegang kepada Quran dan Sunnah..
Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. Jadikan Islam sebagai wadah..

p/s: bukan untuk mengata yang lain, tidak lain tidak bukan, mengata diri sendiri.. 

Wednesday, December 14, 2011

#WW YaNG MaNa SaTu... PiLiHaN HaTi...

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-80 pada 1 - 3 Februari 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 pada 12 April 2011

Mana satu ni?? 

Takpelah, Ramli pilih saham akhirat.. Tiada keraguan di situ...

 Ini pun kategori saham jugak ni.. (",)

p/s: cepat-cepat Ramli tukar topik.. Takut bertambah 'kantoi' pada entri yang lepas.. (",)
(bukan main lagi Ramli guna perkataan 'kantoi'.. entah ada ke tidak perkataan tu dalam kamus dewan)

Tuesday, December 13, 2011

BR1M PuNYa CeRiTa..

Ramli jalan-jalan di pekan.. Tiba-tiba Ramli ternampak di pintu masuk sebuah kedai telefon yang terpampang notis yang berbunyi "NO PHOTOSTAT HERE!!".. Pelik jugak Ramli.. Ramli toleh ke arah lain.. Patut la.. Depan kedai tu LHDN.. Ni mesti kes tak larat nak layan pertanyaan orang ramai yang sibuk nak fotostat i/c untuk permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).. Haishh, macam-macam hal.. 

Alang-alang sedang bercuti, Ramli pun pergilah kat kaunter LHDN untuk ambil borang.. Seorang perempuan menghulurkan sekeping borang kepada Ramli.. 

Dia pun kata, "jangan lupa sertakan fotostat ic dan penyata gaji kalau yg makan gaji.." 
Dia pun tanya lagi, "bujang ke dah kawin??"

Dengan tak bersalah Ramli jawab, "bujang lagi.."

Pastu dia kata, "kalau bujang memang tak layak,  kecuali kalau ada tanggungan.."

Ramli pun kata, "rugi la saya kalau macam ni.. "

Lantas perempuan tu jawab, "esok pergi cari calon isteri yang tak bekerja, cepat-cepat nikah, mana tau layak dan sempat memohon sebelum tarikh tutup.."

Ramli pun berlalu pergi dengan kata-kata, "betul jugak tu, terima kasih atas cadangan....."

(",)
___________________

Sabtu malam hari itu adalah gerhana bulan.. Entah macam mana Ramli terlupa.. Malam itu berlalu dengan penuh kekesalan..

Tiba-tiba, Ramli terlihat bulan penuh dengan tulisan timbul yg tertulis Laa Ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah.. Sungguh indah..Tersangat indah... Maha Suci Allah.. Sukar untuk Ramli jelaskan betapa indahnya cahaya bulan penuh yg tertulis padanya kalimah suci tersebut.. Sedang asyik melihat keindahan tersebut, Ramli terjaga.. Ramli bermimpi rupanya...  Bawak ke mimpi rupanya kekesalan Ramli tu.. Haissh...

Wednesday, December 7, 2011

oRaNG LaiN BuaT WW, aKu PuN NaK JuGaK!!

gatal tangan dengan membuat carian Masjidil Haram Makkah di google maps..

Indahnya Masjidil Haram.. Tampak bercahaya berbanding kawasan sekelilingnya.. 

p/s: 
-Niat asal Ramli nak carik rumah calon isteri, tercarik pulak carian Masjidil Haram...
-Mungkin Ramli boleh pasang niat untuk berbulan madu kat sana.. Mesti seronok kan.. Berbulan madu ketika mengerjakan umrah... (hati-hati Ramli.. jangan sampai kena bayar dam..) (",)

Saturday, December 3, 2011

TaK SeMua oRaNG PaNDai BaHaSa aRaB..

Alhamdulillah bermaksud segala puji hanya untuk Allah.. InsyaAllah bermaksud, dengan izin Allah..Terjemahan yang mudah sebegini tidak perlu dihuraikan dengan lebih lanjut lagi...

Seorang wanita baru sahaja memenangi pertandingan ratu cantik, dia berkata:
Alhamdulillah, syukur kerana saya menang.. Tak sangka boleh menang.. Alhamdulillah...  

Seorang lelaki baru selesai merompak, dia berkata:  
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku merompak... Tak sia-sia susah payah aku panjat pagar rumah tu tadi..

Seorang wanita dipilih memenangi anugerah wanita paling seksi, dia berkata: 
Alhamdulillah... Terima kasih atas sokongan dan undian anda... Tanpa sokongan anda, siapalah saya..  

Seorang lelaki diajak untuk bersuka-ria di disko, dia berkata:
InsyaAllah, aku akan datang..

Nampak kan, tak semua orang pandai bahasa arab.. 
Nampak kan, ramai yang punya keyakinan yang baik terhadap agama..
Jadi, bolehlah dimaafkan... (",)
____________________

Ramli ingin sambung buat Master dengan tajuk proposal tesisnya, "Faktor-faktor Suami Berlaku Curang: Kajian Kes di Malaysia"

Berikut adalah  

1.4 HIPOTESIS KAJIAN:

Hipotesis kajian merupakan satu jangkaan atau tanggapan awal yang dilakukan oleh penulis terhadap sesuatu kajian. Dalam kajian ini, penulis membuat beberapa tanggapan awal sebagai garis panduan dalam melakukan kajian ini :

1.4.1 Ramai yang mendakwa lelaki curang adalah sangat sinonim dengan kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan.
1.4.2 Faktor utama yang menyebabkan lelaki curang adalah lemahnya iman.
1.4.3 Perbuatan curang sering berlaku apabila isteri sedang berpantang.
1.4.4 Penerimaan kurang baik terhadap perkongsian suami juga merupakan salah satu penyebab perbuatan curang terus berlaku.

p/s: Ramli hantar proposal tesis ni kat penyelia dia yang merupakan seorang wanita.. Terus kena reject.. "Penyelia Ramli kata, "buat balik hipotesis kamu ni, ntah apa-apa je..." Padan muka Ramli..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...