Wednesday, November 16, 2011

KoTa KeRiaNGaN..

Hari itu Bibah cuti.. Bibah jalan-jalan di Genting Highland.. Dia mahu mencari keriangan setelah keboringan bekerja..Orang kata, Genting Highland kota keriangan.. Siapa tidak kenal Genting Highland.. Sebuah tempat yang mana kasino kelihatan lebih menarik dari kedai makan... Lagipun dalam kasino, anda boleh makan hati berulam jantung..

Menyedari tempat itu tidak mampu memberikan keriangan seperti yang diharapkan, Bibah hanya berjalan-jalan.. Tiba-tiba Bibah didatangi seorang wanita berjubah hitam dan berpurdah, memberinya dua buah buku agama secara percuma.. Dalam kesibukan insan lain mencari keriangan, wanita itu mencari keredhaan Allah swt.. Alhamdulillah.. 

Usai berjalan, Bibah balik ke bilik penginapan.. Dicapainya remote tv.. Acara sukan sea di kolam renang sedang ditayangkan... Kedengaran pengulas berkata, undang-undang terbaru tidak membenarkan lagi penggunaan full body swimming suit yang kelihatan lebih banyak menutup tubuh kerana ia menyebabkan perenang berenang dengan lebih laju.. Maka, half body swimming suit yang kelihatan lebih terdedah sahaja yang dibenarkan.. Terus Bibah tutup tv... Karut betul manusia ni kalau buat undang-undang.. Teknologi sukan pulak yang disalahkan.. Ke tak puas mata memandang..

Lantas dicapainya buku yang dia perolehi tadi.. Buku itu sungguh menarik sehingga begitu tekun Bibah membacanya.. Buku itu bermula dengan kata2, "siapa yang menyuruhmu memakai hijab??" Buku itu penuh dengan pesanan.. Antaranya..

"Janganlah engkau menjadi seperti orang yang berkata: Aku bersama manusia, bila mereka baik, aku baik, bila mereka berbuat jahat, aku pun ikut berbuat jahat, akan tetapi luruskan dirimu, bila mereka baik, baiklah, dan jika mereka jahat, jauhilah kejahatannya... "

Lalu, Bibah pun tidur dengan nyenyaknya setelah memperoleh keriangan dengan membaca buku tersebut... Alhamdulillah.. 

p/s: punya banyak nama, nama Bibah jugak yang laku.. maaf Bibah, pinjam nama kamu.. (",)

24 comments:

Afida Anuar said...

Tersedak jap bibah.. hehe...

SubhanaAllah, tengah2 kota keriangan, kota kemaksiatan...masih ada hambaAllah yang sanggup menjalankan kerja dakwah di situ...tapi itulah sebaik-baik tempat untuk menjalankan dakwah kan?

PS: akak tak penah pi pun lagi sana...best dak bibah?;)

Unknown said...

untung Bibah dpt buku free
nk jgk


xbgi t banjir la kt sini ^^,

dream_catcher said...

Bibah bibah *geleng kepala :P

nam said...

bibah.. mudah dan senang di sebut.. (",)..

nak keriangan? kuar lagi n lagi.. insyaAllah.. Allah kasi riang.. (",)

p/s: dulu ayah dah wasiat kat mak, jgn bagi anak2 g tempat tue.. (",)..

Mr Norm said...

Kenapa tak guna nama Tipah...

Semasa saya mengajar dalam kelas...kalau perlu beri contoh yang melibatkan nama orang...maka nama-nama favourite yang selalu saua guna adalah Tipah, Jenab, Jijah... nama-nama klasik yang mudah nak ingat...

Anyway...very interesting message

Norm

Norsha said...

kuat semangat bibah ni, sempat lagi mentelaah dlm kesibukan di kota tu, contohi bibah...jadikan buku sebagai teman....btw, peraturan baru tu saja nak merosakkan manusia secara halus...

::FAIZ:: said...

cool

ewanthology said...

jika mengejar dunia, maka keriangannya ada dalam perihal dunia. jika mengejar akhirat maka keriangannya ada dalam perihal akhirat.

~PENCHENTA~ said...

Haritu Bibah ada dapat buku juga. Tajuknya keutamaan menundukkan pandangan, dan isteri solehah calon bidadari syurga. Haha.

Ps, mungkin dah tiba masa untuk letak hak milik pada nama Bibah. :P

s a r said...

assalamualaikum encik.

~eheh. bibah jugak. alhamdulillah bibah tak sangkut dalam kasino yang penuh 'keriangan' tu. :)

moralnya, tak payah ke gentinglah. lagi2 ke kota keriangan tu. :D

nurkaloi said...

keriangan bagi orang lain mgkin tak same erti dgn keriangan diri kite ye dak....


bibah....cool sikit hehe

nurkaloi said...

keriangan bagi orang lain mgkin tak same erti dgn keriangan diri kite ye dak....


bibah....cool sikit hehe

Bijen M. said...

Untunglah Bibah memang betul-betul dapat buku.
Hamdan kirim ke dia.

Anonymous said...

pon sedang mencari ketenangan.. ade sape2 nak kasi buku free tak kat saya? hehe.. <3

fuad ansari said...

kak afida:
tersdah bibah sampai terkeluar air dari hidung.. (",)

kena kuat jugak la kalau nak dakwah kat tempat macam tu..

bibah kata, takde la best sgt.. senang kata, gi umah akak pekena nasi ayam ke lagi best dari gi sana.. (",)

titisan hujan:
uish, jgnlah banjir kat sini... nanti kita semua kena pindah ke pusat pemindahan mangsa banjir.. terus wat gathering kat sana.. (",)

cuba TH gi carik wanita yg bagi buku tu kat sana... mungkin ada lagi kot.. (",)

hidayah:
bibah cuba mencari hidayah di sana.. tapi hanya berjumpa taufik sahaja.. dimanakah mahu mencari taufik bersama hidayah??

merapu2 bibah ni.. (geleng kepala lagi..)
(",)

fuad ansari said...

kak linda:
yup.. setuju.. keluar jalan Allah, keriangan dalam mujahadah..

wasiat perkara yg baik2 lebih bermakna dari wasiat terhadap harta benda..

ayah kak linda dah takde ye?

en. noorman:
tipah selalu kena tipu.. (",)

agak2 kalau bagi nama anak2 sekarang guna nama2 klasik, macamana ye.. ok tak.. hehe..

cikgu norsha:
manakan tidak, kesibukan kota tu tak meriangkan.. buku jugak yg meriangkan.. (dengan izin Allah..)

taktik halus yg jarang disedari oleh ummat Islam..

fuad ansari said...

faiz farizh:
kat sana mmg cool... (",)

tapi kan, yg peliknya.. ada jugak ternampak bangunan yg masih menggunakan penghawa dingin walaupun cuaca sejuk.. (",)

tuan iwan delarocha:
jika keriangan dunia, bersifat sementara..
jika keriangan akhirat, bersifat kekal...

tapi, lebih ramai yg suka sesuatu yg sementara.. pelik jugak.. (",)

tyah:
besar harapan orang yg memberi buku tu agar bibah dapat jadi isteri solehah calon bidadari syurga.. (",)

p/s: maaf bibah.. maaf.. (",).. nak buat macamana, nama kamu menarik.. jgn la macamtu bibah.. sharing is caring kan.. (",)

fuad ansari said...

s a r:
wsalam wbt...
bibah pakai tudung.. orang yg pakai tudung, guard kasino tu tak bagi masuk.. (",)

cukuplah syurga sbg kota keriangan yg kekal abadi kan.. (",)

kaloi:
iyelah.. bibah dah salah tempat daa...

lupa bibah nak mintak nasihat kaloi sebelum gi sana.. (",)

tuan bijen:
apa pulak main kirim2 buku..
cuba lah kirim surat ajak kawin.. gembira sikit bibah.. (",)

cik gee:
buku 555 nak?? (",)...

buku yg bibah baca tu dah ada dalam bentuk softcopy di internet.. nak ke?? hehe..

mhafiz_ydin said...

Semoga Bibah jadi asbab hidayat di Kota Keriangan Genting, Disneyland, Universal Studio..

Sha said...

ape tajuk buku tuh?

*tengah mencarik ketenangan jgk saat nih ;)*

fuad ansari said...

hafiz:
kadang2, asbab dakwah di kota keriangan, orang di china pulak yg dapat hidayat.. Maha Suci Allah.. (",)

syahirah:
ukhti almuslimah min amrik bil hijab... (kalau sy tak salah baca la... sekali dia tulis arab daa...) (",)

Mindaberbisa said...

entry yang bagus. akak suka sebab ada perbezaan antara kebaikan dan kemaksiatan. message yang dibawa tepat. Tidak semestinya kota keriangan mampu membawa seribu keriangan malah ALLAH bagi keriangan yang lebih dari tu (Ilmu).

APAN said...

baju renang skang ni pun dah agak memberansangkan kot...pe lagi kalau nak kasi potong lagi...mcm2...bagi kat amoi je la masuk renang....

bibah jugak yg dipilihnya.haha....

fuad ansari said...

kak syikin:
manusia tersilap percaturan dengan menganggap keriangan itu datang dari ciptaan manusia.. (",)

APAN:
kalau tak payah pakai baju, mungkin akan lebih digalakkan..(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...