Saya selalu bercadang untuk bercakap dan berbicara mengenai kesalahan-kesalahan manusia.. Itu salah dan ini salah.. Berbicara tentang hukum itu dan hukum ini.. Tetapi tak sampai hati pulak..
Saya hanya memikirkan bahawa mengajak manusia kepada kebaikan adalah usaha atas hati-hati manusia.. Dikhuatiri, perkataan-perkataan yang 'menghentam' akan menjauhkan lagi manusia daripada agama..
Sebagai contoh, mari kita lihat beberapa situasi:
Sebagai contoh, mari kita lihat beberapa situasi:
Seorang remaja berseluar pendek sedang lepak menghisap rokok sambil memetik gitar..
Hamba Allah: Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Hamba Allah: Seronok nampaknya menghisap rokok.. Rokok ni haram tau!!
Remaja: Ala, rileks arr.. Kau macam baik sangat..
Hamba Allah: Berseluar pendek, petik gitar pulak tu, agama jangan dilupa.. Hidup kat dunia ni sementara je..
Remaja: Kubur masing-masing kot..
Nampak tak seronok kan....
Alangkah baiknya kalau begini..
Seorang remaja berseluar pendek sedang lepak menghisap rokok sambil memetik gitar..
Hamba Allah: Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Hamba Allah: Sorang je.. Tak jumpa kawan-kawan??
Remaja: Kawan-kawan semua jenis yang makan kawan.. Tu yang malas nak gi jumpa tu..
Hamba Allah: Manusia memang macam2 jenis.. Yang penting, diri sendiri dulu kena cuba jadi baik.. InsyaAllah, nanti dapatlah kawan-kawan yang baik.. Oklah saya pergi masjid dulu.. Kat masjid pun ramai kawan-kawan.. Jom kita..
Remaja: Errr... eerrrr.. ada hal sikit la.. Lain kali boleh?
Hamba Allah: InsyaAllah, kita jumpa lain kali di masjid ye.. Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Nampak seronok sikit kan..
Mengajak manusia kepada kebaikan bukan semudah mahu beli baju, kemudian keluarkan duit dan beli..
Tapi, fikir-fikirkan dulu keperluannya, lihat-lihat dulu kualitinya, cuba-cuba dulu memakainya, tawar-menawar dulu harganya, barulah keluarkan duit dan beli..
Masih teringat masa pertama kali ingin mengembara meningkatkan iman di negeri orang, seseorang telah tanya, "siapa yang ajak awak mengembara meningkatkan iman ini??" Lantas seorang abang tolong jawabkan, "dia sendiri yang menyerah diri.."

Andai orang itu bertanya lagi, "kenapa menyerah diri??" Mahu juga saya jawab, "kerana adanya HIKMAH.."
p/s:
-sekadar pandangan peribadi untuk peringatan diri sendiri.. Salah silap harap dimaafkan ye..
-sedang mencuba kotak komen yang baru.. cer komen cer komen..
(",)
-sedang mencuba kotak komen yang baru.. cer komen cer komen..
(",)
2 comments:
i agree.
i do understand most ppl..their niat is baik..and it is true, as a muslim we must advise other ppl towards goodness.
malangnya, they r lack of tata susila...like fuad ckp, seseorang itu perlu memperhaluskan seni menasihati seseorg..lbh baik ckp elok2 drpd menegur org dgn sarcastic btl tak??
once when i was in matriculation, serius sy ckp..i hv no respect to them yg rasa diri dia muslim yg baik. u know y...sbb cara mereka nasihat org sgt mengjengkel kn..it sounds like paksaan/ugutan..n we r human, sape suka kna paksa rite??
one shud use a reverse physicology..br la nasihat itu berkesan..like my parent..;)
terus trg, my parent never force me to wear tudung or anything..but umrah really change me..and I owe it to my parent..;)

Post a Comment