Monday, November 23, 2009

WaNiTa YG MuLia..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.

5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

2 comments:

Syahiella Atan said...

saya nak copy boleh ke? kalau boleh. thanx a lot ya..

fuad ansari said...

silakan..
Tidak ada akta hak cipta terpelihara dalam Islam kerana Islam harus disebarkan.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...