Friday, November 6, 2009

LuaSNYa NeRaKa..

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin malik r.a berkata: Suatu hari
Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan
wajahnya begitu berbeza sekali. Maka Nabi pun bertanya : ” Wahai
Jibril, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar?”

Jawab Jibril: “Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak
layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa neraka jahannam itu
benar, dan seksaan kubur itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih ,
untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya.”

Lalu Nabi bersabda: ” Jelaskan padaku sifat Jahannam itu.”. Ucap
Jibril: ” Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun , sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam , maka ia
hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baraannya.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya neraka
jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah
seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan
engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung
diantara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana
panas dan bahangnya.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya satu
pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dangan hak,andaikan seorang
dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang
dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam,
perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala
pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang
lelaki dan perempuan.”

Nabi bertanya: “Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab malaikat itu: “Tidak, tetapi selalu terbuka. Setengahnya di
bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu, jarak perjalanannya
70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali
ganda.”( yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w: ” Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibril: ” Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta
keluarga Fir’aun yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga, tempat orang
shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya
dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima, orang Yahudi bernama
Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir.” Kemudian
Jibril diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: ” Mengapa tidak
kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibril: ” Didalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu.
Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga
sedar kembali. Sesudah sedar, Nabi bersabda: ” Wahai Jibril, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang
daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawab Jibril: ” Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Mendengar jawapan itu, Nabi s.a.w pun menangis teresak-esak, begitu
juga dengan Jibril. Kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan
tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi selalu
menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.



Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...