Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Abg, mahu beli kuih?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, abg sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan berlalu pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjual kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan buah tangan buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih jualannya untuk yang ketiga kali, "Abg mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa segan untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.
Katanya, "Dik, ambil wang ini. Abg tidak beli kuih adik. Anggap
saja ini sedekah dari abg."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
"Kenapa kasi kat orang lain?" katanya. "Kenapa adik berikan duit tu pada pengemis ? Mengapa adik tak ambil?"
Anak kecil penjual kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji pada ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Duit yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjual kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjual kuih. Dan, adalah pantang bagi ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan duit.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijual anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan duit kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas akan menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk duit semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana duit sehingga melupakan apa erti pentingnya kehormatan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan
sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.
No comments:
Post a Comment