Wednesday, November 9, 2011

TAG Heuer

Di malam raya korban..
Ali: Sian den tengok lombu tu.. Takdo selero makan nampak gayo eh..
Ramli: Napo??
Ali: Esok nak kurban, maun eh tak risau.. Mano nak ado selero makan malam ni..
Ramli: Iyolah tu.. Ado pulak disamokan manusio dongan lombu.. Kiro untung la lombu tu mati takdo hisab.. Takdo apo yang nak dirisaukan do..
Ali: Yo tak yo jugak kan..

Sebagai menjawab tag oleh Titisan Hujan

11 perkara mengenai diri ini..

lebih cenderung mengemas dari memasak
lebih berbakat lari jarak jauh dari lari pecut
lebih suka bersangka baik dari berterus terang
lebih suka malam dari siang
lebih meminati bahasa arab dari bahasa inggeris
lebih suka kerja luar dari kerja pejabat
lebih suka merekabentuk dari menganalisa
lebih suka berbincang dari membuat keputusan sendiri
lebih suka bola sepak dari memancing
lebih suka subjek agama dari subjek matematik
lebih suka diam dari percakapan yg tidak baik

sebagai menjawab persoalan.. 

 1. sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
tak berani nak kapel... naik kapal berani la..
2. tadi bangun subuh kol bpe?
600saat sebelum subuh.. mujur bersiap2 hanya memakan masa 480 saat..
3. bila marah buat apa?
diam.. kata2 ketika marah boleh menimbulkan kecederaan parah pada telinga yg mendengar..
4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
kampung boy..
5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
buat-buat baik.. 
6. seminggu bpe kali jogging?
dah jarang berjogging.. main futsal selalu la..
7. suka minum susu?
suka... (kadang2 sakit perut bila minum susu2 tertentu)
8. cuti raya haji balik?kenapa?
balik.. best pulak rasanya gotong-royong menumbangkan lembu..
9.sebab apa ada blog?
ingin mengurangkan penggunaan kertas.. cintailah alam sekitar.
10. pegi kerja/belajar naik apa?
kereta..
11. suka hujan???
best jugak tido waktu hujan kan.. (",)

Just nak tanya:
 Mana lebih baik?? 
mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air dan mengerjakan solat tapi solat tidak sah..
ATAU
mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air dan terus menerus tidak bersolat..

35 comments:

Sarah Syazwani said...

ehh..ingat nk cerita psl jam td..huhu rupanyer kene tag

Mutiara Bernilai said...

ingat kan pasal bahasa jerman tadi,,:)

hm..lebih baik pakai inai :P

nam said...

assalamualaikum wbt..

lebih baik: mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air dan mengerjakan solat tapi solat tidak sah..

solat tu wajib!!

spertimana si gadis tak pandai mengaji Al-Quran, jadi atas sebab tak pandai mengaji Al-Quran dia x pakai tudung.. Boleh ker cam tu??

Tutup auratkan wajib!

p/s: kalau salah harap betolkan ye tuan fuad.. (",)

Cikgu Ma said...

dua2 tak baik...

faraherda.razalan said...

Jawab tag paling cool pnh baca! Hahahaha!

Unknown said...

wah,menarik,jawapan yg agak cool..hahhahaha

Unknown said...

syukran incik fuad ^^,

stuju dgn fara dan anak pendang sekeluarga.
TH lebih prefer lari pecut dri jarak jauh.



hmm..2 2 xbaik bg TH

~PENCHENTA~ said...

Eh. Matematik lah kool! Orang tak suka matematik, kurang logiknya. So saya pelik macam mana en Fuad boleh menang minesweeper. Hahah! Jom lawan lagi!

Norsha said...

mengapa perlu warnakan rambut sedang yg asli itu lebih baik....?

erm....byk peminat fuad ni....:D

s a r said...

assalamualaikum

hee. senyum lebar baca entry ni. eheh. lain orang lain caranya ye tak. matematik sangat cool la encik fuad. :D bak kata penchentaqu. ~tapi bukan bidang pulak. hee.
memancing pun cool la encik.
susu bukan pilihan.. ~waa... bau dia.. milk chocolate is better. :D

hmm.. kenapa nak kena warna rambut?

Queenie said...

kalau warna rambut guna water kolor kan senang....

nurkaloi said...

heheh raya raya raya
kaloi tak smpat tgok org qurban
sbb bz sgt masak (erkk tolong masak) hehe

lagi elok kalau botak? ye dak hehe

JunAina said...

Sekurang-kurangnya lembu tu mati dengan melakukan satu pengorbanan dalam menjalankan syiar agama. Sayang ramai anak muda kita terkorban sia-sia...

Anonymous said...

psal mwarna rmbut tu, dua2 pn xlehkan sbnrnya..tp rather than tak solat langsung, lebih baiklah situasi 1st tu.. tp kalo nk kaler sgt rmbut pkai inai kan bleh..hnya pndngan :)

Afida Anuar said...

akak dulu suka benor dengan subjek matematik!!

PS: kalau time hujan tidur rugi wooo...

APAN said...

erm...kalo jwb soalan bawah tu, baik yg solat tu la kan...walaupun aku tertanya-tanya kenapa dia solat...erm...

vendoline said...

awat la tak berani nak couple tu.ehhee

azmnor said...

Salam ukhwah buat tuan punya blog..,
Assalamualaikum...

suka blog yg ringkas dan bersahaja serta jawaban yg jujur...

* bagi saya biarlah rambut beruban dari diletakkan pewarna.... malukah dengan apa yg Allah berikan...allahua`lam.

Adibah Ishak said...

suka nie..9.sebab apa ada blog?
ingin mengurangkan penggunaan kertas.. cintailah alam sekitar. :D

liyana said...

aahkn..lmbu mti tnpa hisab...kita?haish

al-lavendari said...

ada satu perbezaan ketara antara kita iaitu saya lebih suka memancing dari bermain atau menengok orang bermain bola sepak.

kokser kokdam said...

buleh pulak ambo sengih baco entri ni..

nak jawab soalan akhir tu..
2-2 xbaik

=)

Aween Md Zahir said...

ah,same goes to me laa.
tak berapa minat maths :P
memancing ? boring ! hehe..

jawapn yg cool btw :) ngeh3x.tahniah.

soalan pasl rambut kaler2 & solat tak sah tu.em agak pening nk menjawabnya.
awk tlg jawabkan bley dakkk ?? lalala~~mana 1 baekk ??

Anonymous said...

eeee... seramnya soalan dye.... hihihi... <3

kakibiskut said...
This comment has been removed by the author.
Mindaberbisa said...

mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air=haram

mengerjakan solat tapi solat tidak sah=? sah atau tidak sah sesuatu solat adalah ketentuanNYA, mampu menjauhi yang terlarang sahaja

mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air= haram

terus menerus tidak bersolat=haram

yang pertama adalah yang baik jika dibandingkan dengan yang keduanya.

Ismi Ijmi said...

susah betul nak cari lelaki yg komen,hehe.

Hidayatullah said...

kalau dipilih jd lombu dgn manusia.. sy pilih lombu.. mati x kne hisab.. woohaa

fuad ansari said...

kak sarah:
jam ni mahal gak kan.. jgnkan beli, nak cerita pun tak mampu... (",)

mutiara bernilai:
mungkin sbb inai tak byk warna.. sbb tu ramai yg tak nak guna.. (",)

kak linda:
mudah2an satu hari nanti, natijah dari solat itu, mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..

cikgu ma:
sy rasa, mungkin mereka mmg tak tau hukum mewarnakan rambut..mungkin yg diorang tahu, asal bahannya halal, sume boleh pakai..

cikgu jgn warnakan rambut tau.. kena tunjuk contoh yg baik kat anak murid... (",)

Fara:
jawapan je cool.. tak tau yg menjawab soalan ni sedang kepanasan.. (",)

tuan fuad akmal:
(",)...

seram cool(sejuk) tgk balasan komen masing2... (",)

TH:
TH lain la.. dulu berlatih dengan watson nyambek.. (",)

fuad ansari said...

tyah:
minesweeper?? jgnkan sy, husna yg tak tau math pun leh kalahkan tyah.. (gurau2 je.. ) (",)

taknak la lawan lagi.. takut kalah... tyah n minesweeper berkawan rapat.. (",)

cikgu norsha:
manusia seringkala tidak berpuas hati dengan apa yg ada..

jgn cakap macam tu cikgu.. sy jenis takut bila ada ramai peminat.. (",)

s a r:
wsalam wbt..
kenapa nak kena warna rambut? sepertimana sar kata matematik sgt cool, begitu juga ada orang yg kata mewarnakan rambut sgt cool.. (",)

cool di sini tidak 'di sana'.. (",)

sar bidang ape?

queenie:
iyelah.. betul jugak tu.. murah pun murah... macam2 warna ada.. (",)

kaloi:
raya tahun depan, mak kaloi pesan, kaloi dok dapur sorang2.. jadi chef pulak.. (",)

kaloi sanggup jadi botak ke? (",)

tapi betullah, dari warnakan rambut, lebih baik botak dulu.. kasik clear.. clear rambut, clear dosa.. (",)

JunAina:
pengrbanan di jalanraya.. mungkin itu je pengorbanan yg anak muda kita mampu lakukan.. (",)

hara:
inai murah.. orang kita suka pakai benda yg mahal2.. (",)

kak afida:
time hujan, akak selalu buat ape?? (",)

senang hati je nak tido kan.. walhal nabi saw dulu solat tatkala hujan.. takut2 musibah yg melanda sebagaimana musibah yg melanda kaum2 terdahulu..

apan:
mungkin dia bersolat dek kerana dia tau yg dia kena solat dan tak tau mewarnakan rambut denagn pewarna tidak telap air adalah salah..

cuba bayangkan orang lain semua akan bersolat jemaah dalam satu majlis, takkan dia sorang je taknak solat kan. nak taknak kena solat jugak la walaupun rambut diwarnakan... moga Allah terima.. (",)

edy fee:
statistik semasa menunjukkan ramai yg karam ketika menaiki bahtera couple.. (",)

azmnor:
wsalam wbt...
ironinya, lebih ramai dikalangan yg tidak beruban pulak yg lebih suka meletakkan pewarna..(",)

rambut beruban boleh mengingatkan kepada kematian yg semakin hampir.. (",)

fuad ansari said...

adibah ishak:
masing2 sibuk bercinta sesama manusia.. takde sape nak bercinta dengan alam sekitar.. (",)

liyana:
kita?? masuk syurga tanpa hisab...

kalau amalnya baik... (",)

pakngah:
saya bukan taknak memancing, takut2 bukan ikan yg saya pancing.. orang yg saya pancing nanti.. (",)

ustaz fahmi:
dua2 nampaknya kena gi ngaji dgn ustaz fahmi... (",)

aizureen:
yg menanya pulak yg kena jawab ye.. (",)

sy lebih cenderung mengatakan yg pertama itu lebih baik.. kerana yg pertama telah memulakan langkah untuk menjadi lebih baik... penerimaan solat dia, sy serahkan kepada Allah swt.. (mungkin asbab kejahilan dia, Allah swt tetap terima solat dia) (",)

cik gee:
seram kan.. lebih seram dari cerita seram kan.. (",)

kak syikin:
ulasan yg baik dan mudah difahami.. thanks.. (",)

pucuk pangkalnya, biar Dia yang menghakimi.. cuma kita yg harus terus berusaha utk jadi lebih baik.. kan kan kan.. (",)

tuan izmer:
mujur tuan izmer komen.. at least, dapat memperbanyakkan komen dari golongan lelaki.. (",)

kepupusan kaum lelaki mungkin menyumbang kepada perkara ni.. (",)

hidayatullah:
biar la orang kata lembu bodoh sekalipun... yg penting hidup tenang sebab takde hisab.. (",)

Mr Norm said...

fuad,
saya ada baca hadis yang menyebut inai yang dibenarkan adalah warna keperang-perangan. sekarang ni banyak sangat produk yang dilabel sebagai 'inai' tetapi datang dengan pelbagai warna seperti hitam dan cokelat. Saya pun pernah dengar ustad ceramah menyebut benda yang sama iaitu hanya warna inai ynag keperangan sahaja dibenarkan... Wallauhalam

Norm

s a r said...

saya dalam bidang melibatkan manusia encik. aplikasi matematik terhad diguna dalam mengenal manusia. kualiti, psikologi, perasaan. ~serabut! ta[i yang serabut tu la sebenarnya yang menarik ;)

s a r said...

*tapi

fuad ansari said...

en noorman:
ic.. baru sy tau 'inai' dah dibuat dengan byk warna.. takut2, diorang sengaja label sebagai 'inai' sbb nak lakukan produk mereka... tidak mustahil ada orang yg jual agama utk perkara dunia..

tapi betul gak tu.. sy pun pernah jugak dengar hadis yg mengatakan tidak dibenarkan mewarnakan rambut dengan warna hitam..

sami'na wa ato'na...

s a r:
ic..

belajar ttg manusia secara tidak langsung ,menyebabkan kita dapat melihat ttg kekuasaan Allah swt..

Maha Suci Allah yg menciptakan manusia sebagai sebaik2 ciptaan...

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...