Cuti hujung minggu dimanfaatkan oleh Ramli bersama anaknya ke Terengganu.. Kelihatan satu syarikat mutinasional begitu aktif menjalankan perniagaan di sebuah daerah di situ.. Tidak hairanlah jika ramai sungguh yang berebut-rebut bekerja di syarikat multinasional ni.. Kalau temuduga, 2-3 kilometer punya panjang pun orang sanggup beratur.. Kalaulah satu hari nanti semua kenderaan pakai air mahupun elektrik aje, bagaimanalah agaknya nasib syarikat ini.. Oh, itu bukan persoalannya.. Itu rahsia Allah.. Rezeki juga di tangan Allah..
Rancak berjalan dan melihat alam sekeliling, kelihatan sebuah lori yang membawa minyak sedang mengisi minyak... Lalu si anak kecil berumur 3 tahun bertanya:
Ayah, ayah, kenapa lori minyak tu isi minyak kat stesen minyak.. Tak cukup lagi ke minyak kat belakang lori tu..
Ha.. itulah Nur Putri Amni Dania Qaisara tak tau.. Lori yang bawak minyak belum tentu minyak dia sendiri cukup.. Orang yang kelihatan cantik bergaya, belum tentu poketnya penuh dengan duit.. Orang yang kelihatan biasa-biasa je, silap-silap lebih banyak duit dari yang bergaya tu... Orang putih kata, don't judge a book by it's cover..
Kemudian kelihatan pemandu sebuah lori yang membawa muatan tembikai sedang makan buah rambutan.. Si anak kecil bertanya lagi..
Ayah, ayah.. kenapa pemandu lori tu makan buah rambutan.. Kan banyak buah tembikai kat belakang lori tu.. Kenapa dia tak makan buah tembikai je..
Ha.. itulah Nur Putri Amni Dania Qaisara tak tau.. Orang yang jual tembikai dah tak selera dah nak makan tembikai.. Orang yang jual keropok lekor, silap-silap diorang pun dah tak berapa nak selera untuk makan keropok lekor.. Kadang-kadang tu, orang yang memasak makanan, dia dah tak berapa selera nak makan makanan masakan dia sendiri.. Orang kata, sudah hilang nikmat sesuatu yg dimakan berulang kali.. (Lain la kalau kat syurga, kali pertama makan rasa lain, kali kedua makan rasa lain.. dan semakin byk makan, semakin rasa sedap.. )
Sedang menikmati perjalanan, azan Zuhor berkumandang.. Ramli hanya meneruskan perjalanan.. si anak kecil bertanya lagi..
Ayah, ayah... ayah tak solat ke.. tak pernah pun Amni nampak ayah solat..
Errr... Errr..... Amni nak keropok lekor tak, ayah belikan...
Nak!! Nak!!
25 comments:
kotak komen lama jugak yg lebih stabil nampaknya..
ye la tu incik fuad..kotak komen mcm ni baru keluaq komen original saya..hari tu kuar akaun wordpress...kbetulan ada akaun wordpress..(salah tujuan ni)
budak2 memang jujur...sebab tu saya tau murid2 kt skolah ni ramai jer mak bapak dorang tak solat, tak puasa...
takpelah fuad, ya lama pun akay gak, sbb tu ada yg kata brg yg lama jgn dibuang....btw, bagus n3 ni, bdk2 kecik mmg jujur & tulus, yg dh dewasa je suka belit2....
Nur Putri Amni Dania Qaisara - Wow!
Nur Putri Amni Dania Qaisara... tegeliat lidah pengantin lelaki noh..
Nur Putri Amni Dania Qaisara ,, wah panjangnya nama :) anak kamu ke fuad?
hm, yup, kadang tak sume benda adalah sama mengikut pandangan luaran kita.. :)
hehe amni pndai daaa jerat ayah dye
kekadang perlu layan dyorang bg dyorang cepat faham dgn situasi dunia kan
ala bro, okeyh pe kotak komen lame..hehehe
bijak amni nih..observant
pndi plk ayh dye dok 2ka topik..
Kalaulah kita bisa mempunyai hati setulus kanak-kanak, insyaALLAH, pupuslah pembohongan di dunia ini. Amin..
Si anak tanya: "Ayah, ayah, kenapa en Fuad tukar-tukar kotak komen? Kan yang sedia ada dah okayy?"
En Fuad jawab: ???
Haha. :))
fuhhh..pjg tol namanya
anak2 kecil ni ibarat kain putih
eh, tadi komen...mana komen cek ni???huhuhuh...nak eskrem jga (sambil tiru aksi amni dania (",)
Dah boleh agak dah...Ramli tu sapa, Nur Putri Amni Dania Qaisara tu sapa...;)
PS: Fuad pi mana lagi masa pi ganu baru ni? lalu Pulau Rusa dak? he he;)
Deme dop singgah ke ambe.
Kecik hati ambe.
budak2 tak reti lagi.
kene bijak memberi jawapan.
abgfuad,
kubang kerian dah dekat dah!
3 jam je lagi,hehe
budak2 nie hati suci..
tp klu jenis byk tnye malas plk nk melayan.
a'ah, kubang kerian dekat dah. meh la..heee
sekali ayahnya terkena daaaa
1st:name adik tu sngat sedap di dengar,tp,xthu maksudny,,,:),,,mmg mngeliat pngantin lelaki nk sebut,,xthu berape kali lafaz ni,,,:),,,
2nd:best,,terbaik,,,beri manfaat pd kite,,,bt kite terfikir,,,
3nd:cerita die mmg mnyeronokan,,:)
~senyum~ baca komen2 kat atas :)
assalamualaikum encik fuad.
suka entry ni. tulus sangat nur putri Amni dania Qaisara ramli. ~eh, cukup ke column dlm form ic ni. :D
dalam diam, Allah kalau nak kasi peringatan, depan mata aja. lagi 'sakit' bila yang penyampai teguran itu orang paling tak sangka. :)
sebab itulah kadang kadang lebih seronok dengan budak kecil, jujur habis! kita pun terkena batang hidung sendiri juga kadang-kadang.
kihkihkih.. kena bapak dia.. amik sebijik!
cikgu ma:
mana lebih elok?? kotak komen lama atau kotak komen yang baru??
sedih kan keadaan masyarakat sekarang.. mak ayah sepatutnya kena tunjuk contoh tauladan yg baik..
cikgu norsha:
manusia harus sentiasa diingatkan agar kembali datang kepada sifat jujur yg mereka amalkan ketika mereka masih kecil.. (",)
mommy farra:
nama penuh anak awak ape? nak wow kan jugak ni.. (",)
sakinah:
belum sampai pengantin, tok kadi nye lidah dah tergeliat dulu.. (",)
mutiara:
anak saya namanya lain... itu anak ramli.. (",)
nurkaloi:
jerat ni memang makan dalam dibuatnya..
sha:
itulah tu.. kotak komen lama yg nampak lebih mudah..
kadang2 mmg kena pandai ubah topik.. baru leh jadi artis.. (",)
pencari cinta sejati:
semua pun pernah ada masa kecik2 dulu, tetapi semakin membesar semakin hilang sifat tulus tu..
tyah:
itulah.. mungkin sebab sifat manusia yg tak pernah puas dengan apa yg ada.. (",)
titisan hujan:
terpulanglah kepada kita untuk letak corak batik atau tidak.. (",)
cikgu ma:
komen masuk folder spam... sorry.. (",)..
aaa, gi la ambik aiskrim.. nanti ayah bayarkan.. (",)
kak afida:
siapalah agaknya mereka berdua tu ye.. (",)
pi kuala terengganu.. pulau rusa daerah mana ye?? (",).. kira akak dah baisalah bergaul dengan rusa kan.. (",)
tuan bijen:
ambe pergi lawatan kerja.. ambe pun tak sempat nak dapatkan no telefon deme.. dah balik sini baru ambe dapat msg deme suh emailkan no telefon.. melepas ambe nak merasa deme blanja makan.. (",)
tuan izmer:
jauh oo kalau tiga jam lagi.. (",)
mujur pergi sana atas tiket lawatan kerja, kalau pergi jalan2, mungkin dah leh singgah kubang kerian.. dah boleh menuntut ilmu dari tuan.. (",)
zai:
dah dekat dah tu dengan tuan izmer.. ke korang berdua selalu bertembung mata?? (",)
tuan iwan:
itu lah tu.. sentap jugak dibuatnya.. (",)
tuan abu zarim:
anak kalau dah bercakap, sendiri kena ingat la kan... (",)
s a r:
mungkin kena ada kolum tambahan kot.. (",)
teguran dari budak kecik, mmg jauh dari sangkaan.. (",)
senshi:
walaupun kadang2 je kena batang hidung sendiri, tapi boleh membawa maut sebenarnya.. dahsyat tak dahsyat la kalau kena tu.. (",)
niena:
zahirnya kena sebijik.. tapi rasanya dah macam kena 10 bijik dah.. (",)
Post a Comment