Thursday, September 29, 2011

BaGaiMaNa MeNCeGaH DeNGaN LiDaH???

Saya selalu bercadang untuk bercakap dan berbicara mengenai kesalahan-kesalahan manusia.. Itu salah dan ini salah.. Berbicara tentang hukum itu dan hukum ini.. Tetapi tak sampai hati pulak.. 
Saya hanya memikirkan bahawa mengajak manusia kepada kebaikan adalah usaha atas hati-hati manusia.. Dikhuatiri, perkataan-perkataan yang 'menghentam' akan menjauhkan lagi manusia daripada agama..   

Sebagai contoh, mari kita lihat beberapa situasi:

Seorang remaja berseluar pendek sedang lepak menghisap rokok sambil memetik gitar.. 

Hamba Allah: Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Hamba Allah: Seronok nampaknya menghisap rokok.. Rokok ni haram tau!!
Remaja: Ala, rileks arr.. Kau macam baik sangat..
Hamba Allah: Berseluar pendek, petik gitar pulak tu, agama jangan dilupa.. Hidup kat dunia ni sementara je..
Remaja: Kubur masing-masing kot.. 

Nampak tak seronok kan....

Alangkah baiknya kalau begini..

Seorang remaja berseluar pendek sedang lepak menghisap rokok sambil memetik gitar..

Hamba Allah: Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Hamba Allah: Sorang je.. Tak jumpa kawan-kawan??
Remaja: Kawan-kawan semua jenis yang makan kawan.. Tu yang malas nak gi jumpa tu..
Hamba Allah: Manusia memang macam2 jenis.. Yang penting, diri sendiri dulu  kena cuba jadi baik.. InsyaAllah, nanti dapatlah kawan-kawan yang baik.. Oklah saya pergi masjid dulu.. Kat masjid pun ramai kawan-kawan.. Jom kita..
Remaja: Errr... eerrrr.. ada hal sikit la.. Lain kali boleh?
Hamba Allah: InsyaAllah, kita jumpa lain kali di masjid ye.. Assalamu'alaikum..
Remaja: Wa'alaikumussalam warahmatullah..

Nampak seronok sikit kan.. 

Mengajak manusia kepada kebaikan bukan semudah mahu beli baju, kemudian keluarkan duit dan beli.. 
Tapi, fikir-fikirkan dulu keperluannya, lihat-lihat dulu kualitinya, cuba-cuba dulu memakainya, tawar-menawar dulu harganya, barulah keluarkan duit dan beli..   

Masih teringat masa pertama kali ingin mengembara meningkatkan iman di negeri orang, seseorang telah tanya, "siapa yang ajak awak mengembara meningkatkan iman ini??" Lantas seorang abang tolong jawabkan, "dia sendiri yang menyerah diri.."

Andai orang itu bertanya lagi, "kenapa menyerah diri??" Mahu juga saya jawab, "kerana adanya HIKMAH.."

p/s: 
-sekadar pandangan peribadi untuk peringatan diri sendiri.. Salah silap harap dimaafkan ye.. 
-sedang mencuba kotak komen yang baru.. cer komen cer komen.. 
(",)

Tuesday, September 27, 2011

TuKaNG CuCi Je Pun..

Hotel Haqqul Yakin telah memperoleh anugerah hotel terbaik dunia.. 

Alangkah bahagianya KALAU mendapat pujian sebegini..

VIP: Kamu kerja di mana?
Tukang cuci: Hotel Haqqul Yakin.
VIP: Apa pekerjaan kamu? Saya tidak mengenali kamu.. Cuma yang saya pasti, kamu bukanlah Pengarah mahupun Pemegang Saham..
Tukang cuci: Saya hanyalah tukang cuci yang membuat sedikit usaha membersihkan hotel..
VIP: Tahniah!! Hebat jugak kamu..
_______________________________________

Satu golongan manusia ingin memasuki syurga tanpa hisab..

Dan pastinya LEBIH bahagia KALAU mendapat pujian sebegini..

Malaikat: Kamu mahu ke mana??
Penghuni syurga: Mahu ke syurga..
Malaikat: Siapa kamu?? Aku tidak mengenali kamu.. Kamu bukan Nabi dan bukan juga Rasul..
Penghuni syurga: Kami hanyalah ummat akhir zaman yang telah belajar-belajar mencontohi kehidupan Nabi saw..
Malaikat: Tahniah!! Hebat jugak kamu..

Begitulah kita... Begitu jauh taraf mahupun pengorbanan kita jika dibandingkan dengan pengorbanan para Rasul, Sahabat mahupun Tabi'in.. 

Tapi orang kata, kalaupun tak dapat setaraf dengan mereka, dapat digolongkan bersama mereka sebagai penghuni syurga pun jadilah...

Dah bagi betis, nak peha Tak dapat peha, betis pun jadilah...

Semua azam, insyaAllah... 

p/s:
-Dah nak habis dah bulan Syawal rupanya.. Rasanya macam baru seminggu sambut raya.. Ke raya sehari je erk??
 

-Dek kerana terasa sekejapnya raya, tak berkesempatan untuk jumpa semua kawan-kawan.. Baru berkira-kira nak bagi duit raya kepada yang berkelayakan.. Terpaksalah simpan duit raya ni untuk tahun depan kan.. (",)
-Banyak sungguh rumah terbuka.. Habis lari diet kalau macam ni..

Thursday, September 22, 2011

MeMaNDu SaNGaT PeRLaHaN aDaLaH BaHaYa??

Memandu sangat perlahan seperti kura-kura adalah merbahaya?? Bagi aku, lebih merbahaya untuk orang lain yang terpaksa memotong.. Silap potong, buruk padahnya...

Pernah tak anda menghadapi situasi sebegini?? Lagi-lagi masa nak pergi kerja.. Lagi-lagi kalau melalui jalan lama yang sukar untuk memotong..  Mahu menyumpah jugak rasanya..

Kerana sering menghadapi situasi sebegini, aku ada satu petua.. Aku ada satu je, nak banyak lagi, kena tanya orang lain pulak ye..

Amalkan membaca surah-surah panjang yang kita hafal ketika memandu.. Ia membantu hati dan minda menjadi lebih fokus dan tenang.. Bila diri lebih tenang, ia akan menyebabkan diri tidak berminat untuk menyumpah  seranah dan tidak terdorong untuk memotong dengan terburu-buru.. Perjalanan yang tidak lancar secara hakikatnya pun akan terasa lebih lancar..  Ketika bulan mengambang, bolehlah membaca di dalam hati ye.. InsyaAllah..  (",)

Kata orang, perkara yang haq akan menghapuskan yang batil.. Datang kepada kebaikan bermaksud melarikan diri dari keburukan.. 

Makanya, kalau anda terlihat orang lain sedang melakukan kemungkaran, ajaklah mereka kepada kebaikan kerana bila mereka datang kepada kebaikan, secara tidak langsung sebenarnya anda telah mencegah kemungkaran.. Wallahua'lam.. 
__________________________________

Berborak-borak dengan seorang kawan yg tidak lama lagi akan memasuki umur 40tahun.. Life begin at 40?? Ye ke??.. Masing bujang dan kelihatan seperti baru 30tahun.. Bila ditanya apakah rahsia awet mudanya, maka dijawabnya, "mungkin sebab tidak merokok dan banyak makan sayur.. "

Dia mula menunjukkan gambar kawan-kawan sekolah menengahnya di facebook.. Kini dia seorang yang kelihatan masih muda dan masih boleh dipanggil abang...Yang lain kelihatannya seperti sudah boleh dipanggil pakcik.. Tersenyum jugak melihat budak-budak yang dahulunya begitu kudus, tulus dan mulus, kini sudah menjadi bapa-bapa orang yang kelihatan lebih segak dan berkarisma dan bunting pelamin... Ada juga dikalangan mereka yang sudahpun berada di alam yang seterusnya menunggu hari penghisaban.. Lantas diri terfikir, yang muda pun sudah menjadi tua.. Yang hidup pun sudah mati... Menakutkan... Menakutkan.. Mahu tak mahu kena siap sedia menghadapi semua tu kan..

Ada jugak beberapa rakan aku yang sudah mendapat panggilan Ilahi di usia yang muda.. Ironinya, kesemua mereka baik-baik... Maka, tinggallah aku yang tidak berapa nak baik ini, masih diberi masa dan peluang untuk bertaubat dan menjadi lebih baik..

Ya Allah.. kami bermohon padaMu akan taubat sebelum mati, rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.. 

Amiin.. Amiinn.. Allahumma Amiiinn...

Thursday, September 15, 2011

CeRMiN TeMBuS PaNDaNG..

Aku tidak boleh tidur malam ni.. Aku terbayang-bayang satu perkara yang aku simpan kemas hampir sebulan... Aku tidak tahu apakah yang perlu aku lakukan.. Buat tak tahu, rasa bersalah.. Nak pergi siasat, satu kerja yang tampak sedikit sukar.. Lagipun, aku bukanlah Detektif Conan..

Anda tahu tentang cermin tembus pandang?? Cermin tembus pandang adalah cermin yang mana pada bahagian depannya kelihatan macam cermin biasa, tetapi hakikatnya boleh dilihat dari bahagian belakang...

Disebabkan di tempat aku kerja, ada cermin tembus pandang , maka aku sudah dapat mengetahui bagaimana untuk membezakan cermin tembus pandang dan cermin biasa.. Cermin tembus pandang di tempat kerja aku menghubungkan bilik teknikal dan dewan supaya majlis di dalam dewan dapat berlangsung dengan lancar. Makanya, kerja-kerja pemantauan teknikal lebih mudah untuk dilakukan, insyaAllah...

Mari kita lihat contoh cermin tembus pandang yang aku dapat dari carian internet...

cermin biasa.. ada jarak antara jari dan bayang jari (apabila hujung jari dilekapkan ke permukaan cermin).. bergantung kepada ketebalan cermin..

cermin tembus pandang. tiada jarak antara jari dan bayang jari..

illustrasi pembentukan bayang antara cermin biasa dan cermin tembus pandang..




Ok.. Cerita aku begini...

Satu hari (sebulan lepas) aku menggunakan perkhidmatan tandas (lawa tandasnya dan dimiliki oleh sebuah syarikat besar) yang mana tandas itu boleh digunapakai oleh lelaki dan wanita sebab ada satu jamban je pun dalam tu... Bila aku masuk tandas tu, tiba-tiba timbul syak bila melihat cermin itu seakan boleh dibukak (terasa jugak nak bukak, tapi takde peralatan) dan ada ruang kosong di belakang cermin (dilekatkan di permukaan dinding yang berongga).. Lagi-lagilah tandas tu tandas kongsi.. Semakin bertambah syak.. Maka aku pun mengaplikasikanlah ilmu yang aku tau... Hasilnya:

serius, mmg takde jarak antara jari dan bayangan jari..
p/s: 
-tidak perlulah aku memberitahu dimana lokasinya.. takut menimbulkan fitnah pulak (kalau tak benar sebab tak disiasat dengan sempurna.. masih tidak diketahui samada adakah benar sebenar-benarnya tembus pandang dan ada kamera di belakang cermin itu atau tidak..)  ke ada sape2 yang willing untuk pergi siasat??
-tujuan entri ini adalah agar anda semua berhati-hati ketika berada di depan cermin.. tak salah kalau buat ujian jari dulu sebelum guna cermin kan... 
-dan aku sebenarnya masih buntu nak buat ape sebab benda ni selalu bermain-main di fikiran aku.. tolooongggg!! nak buat macam mana ye??

Eh!! Lupa pulak nak doa dulu.. Sebab Allah penyelesai segala masalah.. 

Sape selesaikan masalah?? Allah!! (dah macam tanya Husna je.. Husna suka angkat tangan dan keluarkan jari telunjuk ke atas bila sebut Allah!! Itu belum lagi sebut 'beautiful eye', terkenyit2 dua2 mata sampai ternaik2 hidung..)

Ya Allah, bantulah hambaMu ini... Samada bantuan itu terus dariMu mahupun dengan perantara hamba-hambaMu..

Moga-moga dengan aku memberitahu anda semua, aku berasa sedikit lega...

Monday, September 12, 2011

KeNaPa PeRLu MaSuK uNiVeRSiTi??

Sessi pembelajaran di menara gading bagi pelajar-pelajar baru, baru sahaja bermula.. Semangat pelajar-pelajar baru masih membara.. Ditambah-tambah lagi dengan kedatangan bulan Syawal.. Berseri-seri nampaknya muka para pelajar sepertimana kuih seri muka.. Di sebuah kelas yang rata-ratanya pelajar perempuan yang kemungkinan besar akan duduk di dapur rumah sahaja selepas tamat pembelajaran, seorang pensyarah melakukan sessi suai kenal...

Prof Emeritus Dato' Dr. Humairi: Ramai sungguh pelajar perempuan nampaknya.. Saya nak tanya, kamu-kamu yang perempuan ni, apa tujuan kamu belajar tinggi-tinggi?? Bukankah apabila berkahwin, tugas mencari nafkah itu diletakkan di atas bahu para suami??

Afida: Saya belum tentu berkahwin lagi, Prof.. Adalah lebih baik saya mengambil langkah selamat dengan menuntut ilmu dan mudah-mudahan dapat kerja yang elok.. Dapat jugak lah meneruskan kehidupan ni dengan selesa, insyaAllah..

S A R: Susah jugak nak cari lelaki yang bertanggungjawab, Prof..   Jadi backup plan saya adalah dengan mempunyai kerjaya sendiri.. Lagipun bak kata cikgu saya, lelaki baik ni limited edition, Prof..

Hidayu: Hidup kat bandar mana nak cukup kalau suami sorang je yang bekerja.. Lain la kalau dapat kawin dengan Prof..  

Mardhiah: Entah lah.. Saje sekadar menimba pengalaman dan mencari ilmu.. Sebagai bekalan mengharungi alam rumahtangga dan sebagai modal untuk mengajar bakal anak-anak saya nanti.. 

p/s: 
-lagi sekali, nama-nama diatas adalah rekaan semata-mata.. serius, tidak ada kena-mengena samada yang hidup ataupun yang telah tiada.. (",)
_______________________________________

Di kelas yang lain.

Puan Noraini: Saya mahu bertanya kepada kamu semua, apakah itu ILMU YANG BERMANFAAT??

Muhammad Arman Ghazi: Ilmu yang dapat dimanfaatkan, maka ilmu itulah ilmu yang bermanfaat.. 

Keisha Nur Sofia: Ilmu yang boleh digunapakai dalam kehidupan sepertimana ilmu membina bangunan dan ilmu merawat pesakit..

Airis Amni Adelia: Ilmu yang menghasilkan rasa takut dan cinta kepada Allah swt..

Nur Syazani Delisha: Segala jenis ilmu yang menyebabkan seseorang semakin dekat kepada Penciptanya yakni Allah swt...

p/s : 
-Anda rasa, apakah itu ilmu yang bermanfaat??
-Dahsyat-dahsyat nama orang-orang sekarang kan?? 

Wednesday, September 7, 2011

HiDuP MaCaM MaiN BoLa..

Pasukan Bola Sepak Wanita Iran.. (",)
Perasan tak, dimanakah menariknya tentang kepelbagaian ummat ini??? 

Saya lihat...
Ada yang bersuara lantang...
Ada yang bercakap dengan lembut...
Dan ada yang pendiam...

Kadang-kadang kita berasa tidak selesa kepada yang bersuara lantang.. 
Atau kita berasa boring kepada yang pendiam..
Dan berasa suka kepada yang bercakap dengan lembut..

Tapi kan..
Kita harus ingat..
HIDUP NI MACAM MAIN BOLA.. 
Masing-masing ada peranan tersendiri.. Masing-masing ada kebolehan tersendiri.. Dari penjaga gol hinggalah penyerang..

Sebagai contoh.. Bila bicara bab mengajak orang kepada kebaikan:
1) Kalau jenis orang yang tak terkesan dengan kata-kata yg lembut, apa kata kita hantar yang bersuara lantang.. Orang kata, biar tersentap sikit... (",)

2)Kalau jenis orang yang berjiwa lembut, apa kata kita hantar yang bercakap dengan lembut.. Baru meresap ke dalam jiwa, ye dok..

3)Kalau jenis yang banyak cakap dan rasa nak menang je, kita hantar yang jenis byk diam.. Kadang-kadang dengan  diam je pun boleh jadi asbab hidayat.. Kalau kita hantar yang jenis bersuara lantang, mau bergaduh jugak kat situ kan...

Betul tak?? (",)

p/s: 
-cuma pendapat je.. mohon maaf andai ada salah dan silap ye.. (",)
 -mak ayah kalau dua2 banyak cakap, mau pening jugak anak2 kan.. (patut pun jodoh tu biasanya sorang pendiam n sorang byk cakap)

Friday, September 2, 2011

PeSaNaN EiDuL FiTRi..

 

SeLaMaT HaRi RaYa...
MoHoN MaaF aNDai..
TeRSiLaP KaTa..
TeRLaNJuR BiCaRa..
TeRKaSaR BaHaSa..

Ada ustaz pesan:
1) Tempoh takbir raya untuk eidul fitri adalah bermula pada malam hari raya sehinggalah imam memberi salam ketika solat sunat hari raya.. Berlainan dengan takbir raya untuk eidul adha iaitu dibolehkan pada hari-hari tasyrik...

2) Raya nanti, jagalah pergaulan... Seboleh-bolehnya bersalamlah dengan yang mahram sahaja.. Adalah lebih baik memegang bara api yang panas daripada menyentuh wanita yang bukan mahram.

3) Berpuasalah enam di bulan Syawal.. Barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan diikuti puasa enam di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa penuh setahun.. (setiap hari digandakan 10, maka 36 hari puasa x 10 = 360) 

p/s: Dulu masa kecik-kecik, datang beraya dengan mak ayah lebih banyak dapat duit raya daripada datang beraya dengan kawan-kawan.. Kadang-kadang jumlah duit raya untuk 10 rumah yang dikunjungi dengan kawan-kawan adalah bersamaan dengan hanya 2 rumah yang dikunjungi bersama mak ayah... Lebih berbaloi datang beraya dengan mak ayah kan.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...