Tuesday, August 23, 2011

MaCaMaNa NaK JaDI BaiK??

Di sebuah surau, seorang imam awal 60-an sedang bertadarus bersama beberapa orang anak muda...

Tiba-tiba bacaan imam tersekat-sekat pada satu ayat..

"Astaghfirullahal 'azim,"

"Patut la.. Surah Al-Jin.. Jin dok kacau la ni.." kata imam berseloroh di malam-malam akhir Ramadhan..

Tergelak-gelak anak muda mendengarnya.. Entah apa yang digelikan sangat, orang lain dah habis gelak, anak muda sorang ni masih nak gelak lagi.. Terpaksalah anak muda istighfar banyak-banyak sebab nak pujuk diri supaya serius sikit.. Buruk benar rasanya kalau gelak lebih-lebih masa bertadarus...

Usai bertadarus, tiba-tiba imam berkata.. 

"Al-Quran ni kena baca hari-hari baru boleh lancar membacanya.. Peringatan untuk diri saya la sebenarnya.."

"Al-Quran ni kalau nak pandai baca tak kira umur dah.. Rugi kalau tak pandai baca quran.. Takde istilah dah tua tak boleh belajar quran.. Saya dulu umur 45 tahun baru nak jadi baik.."

Anak-anak muda hanya mendengar dengan tekun.. Umur 45 tahun baru jadi baik pun, sekarang dah jadi imam dah.. Banyak surah-surah panjang yang imam ni hafal..

"Dulu saya kerja kastam bahagian penguatkuasaan untuk kongsi gelap.. Jahat tu tak payah cakap la.. Perkataan "masyuk" yang orang sekarang dok guna, zaman 70-an dulu orang kastam dah selalu guna dah.. Isteri saya sampai sekarang ingatkan saya jangan jadi jahat balik," kata imam lagi..

Anak-anak muda terus mendengar..

"Asalnya hantar mertua pegi haji je.. Kemudian terus daftar haji.. Tak lama lepas tu dapat panggilan haji dan kat sanalah saya mula bertaubat.." sambung imam lagi..

"Tolong orang lain buat baik, akhirnya kebaikan tu datang kat saya, alhamdulillah..." kata-kata penutup imam sebelum bersurai..

"Ermm.. Tolong orang lain buat baik.. Macam ni rupanya nak jadi baik"... kata anak muda di dalam hatinya sambil bersalam-salaman untuk pulang ke rumah... 

"Malam ni jangan lupa cari lailatulqadar.." pesan imam ketika masing-masing mengorak langkah pulang ke rumah...

Maka, pulanglah anak muda ke rumah berbekalkan pengajaran dan iktibar.. 

p/s: 
-seronok jugak dengar cerita orang-orang tua ni kan.. 
-buat yang akan pulang ke kampung.. hati2 dalam perjalanan.. Moga selamat sampai untuk bertemu insan tersayang.. Kalaupun duduk di kampung, jangan lupa mencari malam lailatulqadar ye.. (",)
-disebabkan takut umur tak panjang, saya dengan ini ingin memohon jutaan kemaafan atas salah silap serta ketelanjuran kata...2-2 ye.. eh silap lak.. 0-0 ye... (",)
-ucapan selamat hari raya nanti-nanti lah ye.. takut hilang pulak mood anda semua nak carik lailatulqadar..(",)

23 comments:

dream_catcher said...

:)

Kakzakie Purvit said...

Walau butiran kata tidak banyak namun patah-patah kata seorg yg berilmu banyak panduan tersirat...

Sha said...

nk jdi baik senang je..

tpi nk mngekalkn kebaikan tuh kdg2 susah..

Aween Md Zahir said...

assalamualaikum :)
betul tu,,besh jugak kdg2 lepak mmendengar cerita & pengalaman dari org veteran..tp dari org yg baiklah hendaknya..kalau dgr cerita pglaman dari yg tak ketahuan,,haru jadinya..hehehe

intanrh said...

slmt hari raya. moga kita tak berlebihan.

faraherda.razalan said...

Wow! Gramatis je ayat2 dlm entri nie. Seronok baca.

Alhamdulillah. Tumpang gembira utk imam tu. Sy juga ternanti-nanti hidayah sebaik tu.

Insya-Allah.

Unknown said...

takan nk tunggu sampai tua baru nk jadi baik...

ahli2 hukama berkata,umor 40 tahun x jadi baik,mesti ada something wrong la tu...

Cikgu Ma said...

nak baik memang susah sebab syurga tu manis nikmatnya...nak sesuatu yang indah tentu kena berjihad dan berusaha untuk dapatkannya...

(sejuk dan tenang jugak baca kisah2 dan pengalaman orang lama, tersedar dari lamunan oleh org muda)

Cik Beah said...

suka baca cerita orang dapat hidayah ni. bertuahnya dorang tu...

Afida Anuar said...

Akak teringat pulak dekat Prof Kamil Ibrahim, dalam buku dia...macam tu la. Umur 40 baru nak belajar baca Al-Quran, baru nak baca Iqra...Belajar Iqra dengan anak beliau! Allahuakbar, zaman sekarang mana ada ayah yang sanggup nak belajar dengan anak iyer dak?


PS: uishh, awalnye wish fuad, bila balik kampung? Akak..insyaAllah Jumaat pagi lepas subuh tu kot. Cuti awal sket.. selamat hari raya juga buat fuad sekeluarga. Maaf jika tersilap kata bahasa. Hati2 ketika di jalan raya. Kirim salam zaujah dan anakanda husna yer;)

Adibah Ishak said...

memang seronok dengar cerita org tua berpengalaman.. selamat pulang ke kampung :)

Menusuk Hati said...

saya pula umur 19 tahun baru nak kenal iqra.malunya..sila tunjuk ajar

Anonymous said...

Assalamualaikum Fuad,

Betul tu, Lailatulqadar mesti dicari dan diusahakan, bukan ditunggu ia datang kepada kita.

~PENCHENTA~ said...

Saya pun nak jadi baik. :|

Ismi Ijmi said...

senang nak jd baik,susah nak jd jahat, atau sebaliknya,bergantung pada diri sendiri kan?

fuad ansari said...

hidayah:
aku tgk ko semakin hari semakin baik la.. alhamdulillah... (",)

kak zakie:
lebih banyak makan garam, lebih bermakna kata2.. kata2 berdasarkan pengalaman terkadang2 lebih mudah menusuk hati dari kata2 dari sekadar teori semata2.. (",)

sha:
a'ah kan.. sama keadaaannya seperti utk kekal beriman..

iman itu lebih cantik dari mangkuk yg cantik, orang yg beriman itu lebih manis dari madu, tetapi utk kekal beriman sehingga ke akhir hayat itu lebih sukar dari meniti di atas sehelai rambut.. (",)

aizureen:
wsalam wbt..

Nampaknya pengalaman mengajar erti kehidupan kan...

kita yg tak cukup pengalaman ni, mmg byk manfaatnya mendengar pengalaman2 orang yg lebih veteran..

yg baik jadikan ikutan, yg buruk jadikan sempadan.. tak gitu.. (",)

fuad ansari said...

sis intan:
nasihat yg bagus tu..

dah nak raya rupanya kan.. cepat betul masa berlalu ye... (",)

mommy farra:
jangan dinanti hidayah tu.. kena gi carik.. hidayah tu mmg suka merayau2... hehehe.. (",)

tuan fuad akmal:
mmg tak boleh nak tunggu sampai tua baru nak jadi baik.. buatnya umur pendek, tak ke sia-sia namanya tu..

Nabi saw dilantik menjadi rasul pun ketika umur 40 kan.. orang kata, umur 40 ni umur matang la...(",)

cikmu ma:
nak dapat rumah besar kat dunia pun kena susah payah.. inikan pulak nak syurga kan.. (",)

fuad ansari said...

rabi'ah adaweeyah:
kadang2 samapai tak sangka orang macam ni pun boleh berubah..

pernah jumpa bekas samseng sekolah yang berubah jauh lebih baik dari diri sendiri...

mahal sungguh nilai sebuah hidayah dari Allah kan...

kerana hidayah, manusia boleh berubah tapa disangka...

kak afida:
tu lah tu.. sebenarnya nak jadi baik ni tak leh nak malu2.. selalu dengar malu bertanya sesat jalan kan.. kalau yang ni leh jadi, malu berubah, sesat ke neraka.. (",)

balik kampung ari jumaat lepas kerja.. balik seremban dulu then taiping.. insyaAllah.. saya pun kena mintak maaf byk2 kat akak.. byk betul saya tersilap kata dan terlanjur bahasa kat akak.. hati2 ye.. kirim salam kat bakal suami.. husna nak duit raya!! gurau2 je.. hehe.. (",)

adibah:
sampai ada orang kata, nak cepat matang, bergaullah dengan orang2 tua.. hehe..

slmt pulang ke kampung gak ye.. moga gembira bersama orang2 tersayang.. (",)

menusuk hati:
takde yg nak dimalukan la.. ada orang yg lahir2 Islam pun, belum tentu masa umur 19tahun kenal iqra'.. (",)

takpe.. pelan2 kayuh.. lama2 pandai la tu.. (",)

fuad ansari said...

makcik kunang-kunang@makcik ani:
wsalam wbt... kalau dok tunggu je, silap2 tunggu dalam tidur kot.. (",)

tyah:
ramai orang kata, tyah mmg baik.. (",)

tuan izmer:
jadi baik sebenarnya lebih mudah.. hidup lebih tenang.. sifat baik kan sifat mahMUDAH.. sifat tak baik kan sifat mazMUMAH.. dari situ dah tau nak jadi baik lebih mudah..

p/s: cuba try jadi perompak.. susah oo.. (",)

s a r said...

assalamualaikum encek

~eheh, sangat menyukainya membaca kisah ni.

tertarik dengan ayat;

"Al-Quran ni kena baca hari-hari baru boleh lancar membacanya.. "

~boleh menangis bila lidah terseliuh sebab tak lancar baca. ~uhu

"Tolong orang lain buat baik, akhirnya kebaikan tu datang kat saya,.."

~sangat nikmat bila bende tu sebenarnya mengundang kebaikan untuk diri sendiri. tidaklah hipokritkan. :)

p/s- selamat untuk encik fuad juga. insyaAllah. :)

fuad ansari said...

s a r:

wsalam wbt..
mmg sadis gamaknya kalau lidah terseliuh.. jenuh nak mencari tukang urut lidah.. (",)

orang kata, jahat mana pun kita, tapi tolonglah bantu orang lain utk buat baik.. atau at least, jgn halang orang lain utk buat baik.. kan kan kan.. (",)

kullu amr wa anti bi khoir.. (",)

s a r said...

alamak! ada pulak ke tukang urut? ooo...ada ada ada. buat terapi je. baca terapi je alif ba ta tsa..... :D

sangat betul betul betul. confirm tergoda bagi sapa2 yang agak nakal membantu orang lain nak buat baik tu. ~eheh

fuad ansari said...

s a r:
ramai nampaknya kena jalani terapi ni... (",)

cuba s a r bukak kedai terapi alif ba ta, mesti ramai yg datang.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...