Satu ketika, ketika tahun ke-10 kenabian, wafatlah dua insan yang begitu penting dalam hidup Nabi saw iaitu isteri baginda, Siti Khadijah r.a dan bapa saudara baginda, Abu Talib.. Maka, perginya dua orang insan yang selama ini menyokong kuat pergerakan dakwah Baginda Nabi saw sehingga tahun itu dinamakan tahun perkabungan dan kesedihan.. Selepas itu, ancaman terhadap Nabi saw dilihat semakin dahsyat dengan pelbagai perkara buruk diperlakukan terhadap Nabi saw oleh kafir Quraisy pada ketika itu..
Ahli sirah menafsirkan bahawa inilah cara Allah swt untuk mentarbiyah Baginda Nabi saw.. Allah swt ingin menyatakan bahawa Islam itu tertegak bukan disebabkan manusia.. Tetapi Islam itu akan tetap tertegak dan perlu terus digerakkan walaupun tanpa kehadiran dua insan tersebut..
Andai hari ini kita mengatakan, Islam di Malaysia ataupun di tempat kita tertegak dengan kehadiran ustaz-ustaz mahupun insan-insan tertentu dan Islam akan menjadi lemah jika ketiadaan mereka, maka lihatlah kembali kepada sirah Nabi saw.. Hakikatnya, Islam akan tetap tertegak walaupun tanpa kehadiran kita.. Usahlah kita mendabik dada dan lihatlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah swt..
Bukan bermaksud untuk kita tidak perlu turut serta dalam menyebar dan menegakkan Islam, tetapi haruslah bersandarkan kepada keyakinan bahawa, "Kita hanyalah insan yang lemah yang sangat perlu kepada taufik dan hidayah Allah swt.. Kita hanya menjalankan tugas kita sebagai khalifah, selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.."
Tidak mustahil andai hari ini kita melakukan kerja-kerja dakwah di Malaysia, Allah swt menurunkan hidayahNya kepada orang-orang di China mahupun di negara-negara yang lain.. Dan tidak mustahil juga andai hari ini kita mengajak insan-insan yang tertentu kepada agama Allah, insan-insan yang tidak pernah kita ajak pula yang datang kepada agama Allah swt.. Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi dan segala yang ada diantaranya..
Begitu juga kita hari ini, dalam konteks mendidik anak-anak, maka akan sampai satu masa kita perlu melepaskan anak-anak kita untuk mereka menimba ilmu dan membina kehidupan mereka.. Maka, pada ketika itu, sebagai ibubapa datanglah kita sekalian kepada tawajuh dan yakin terhadap Allah swt..
Wallahua'lam..
Hanya sekadar pandangan yang lemah.. Mohon maaf atas silap dan salah..