Monday, November 30, 2009

BuKiT BiNTaNG..

Hari ni aku berada di sebuah bandar bernama Bukit Bintang.. Seminggu aku perlu berada di sini..25 tahun aku hidup, inilah pertama kali aku ke sini..
Kesimpulan yang dapat aku katakan,manusia semakin ramai hanyut dengan keduniaan.. hidup tanpa panduan.. leka dengan nafsu dan hasutan syaitan.. apakah ini semua tanda-tandu dunia sudah hampir untuk dimusnahkan.. Ya Allah, selamatkanlah aku.. kerana aku tidak mampu untuk berada di nerakaMu..

Thursday, November 26, 2009

KiSaH KiTaB TeRDaHuLu

Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.
Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah s.w.t., tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

Monday, November 23, 2009

WaNiTa YG MuLia..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu & menjaga pula kehormatan dirinya."

Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya : "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.

Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat kedalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat kedalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....

KELEBIHAN WANITA

Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya & Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."

Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.

2. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.

4. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yg soleh.

5. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.

6. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.

7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman : "Hiduplah dengan apa yang kau suka."

2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.

3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yang jahat.

Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti dibarat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerahkan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...

CeRiTa aYaM YaNG MaCHo..

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak
di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5
Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang
umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel
percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati
masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan
yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan
si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu
terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam
betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan
diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn
pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh
nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan
eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua
ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita
nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda
membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.
Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku
minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter
baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra
gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam
jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap
kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK
TUA AKU"




Suatu petang, di padang sekolah.

Ali : Ramasamy, Tong Seng mari sini!
Ramasamy : Apa pasal panggil kami?
Ali : Kalau kita lumba lari, kau mau pingat apa?
Ramasamy : Aku mau emas lah!
Tong Seng : Wa pun mau emas jugaklah!!!
Ali : Gangsa kau orang tak mau ker?
Ramasamy : Mana boleh, emas mahal apa, lagi untung kaya cepat!
Tong Seng : Wa setuju, apa-apa pun kita kena mau mahal punya barang!
Ali : Kalau gitu aku ambil perak sajalah..Sederhana tarak
mahal tarak murah.
Ramasamy : Kalau Ali sudah ambil perak, aku ambil emaslah!
Tong Seng : Mana bolehlah Ramasamy, wa pun mau emas jugak mau kaya
jugak!
Ramasamy : Mana boleh Tong Seng. Itu emas aku sudah dulu-dulu sudah
ambik!
Tong Seng : Woi !Aku mau emas jugak la..!Apalah punya budak!!!
Ramasamy : Aku dulu yang ambik, kau ambik gangsalah sekrang pasal
itu perak Ali pun sudah ambik!!!
Tong Seng : Kalu itu macam, wa ambik gangsalah pada tak dapat pingat
langsung!
Ali : Ha!!Kalu gitu baguslah.Dengar sini...!!!
Aku PERAK, Ramasamy EMAS, Tong Seng GANGSA
Aku BERAK, Ramasamy RAMAS, Tong Seng RASA
Ramasamy : Cheettttt!!!Itu macam ka? Tapi tak pa aku ramas saja
tapi ada orang sudah makan dan rasa.
Tong Seng : Hai ya!!Tarak guna punya kawanla ini macam.....!



NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

SYaHiD SeLePaS SYaHaDaH..

Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinay sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang heran melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

Sunday, November 22, 2009

SeMua SiBuK NaK Jadi JuTaWaN..

Awat sumer sibuk nak jadi jutawan erk.. mcm2 tips diberikan.. mcm2 pelaburan disyorkan.. ada orang kata.. labur duit kat amanah saham, labur duit beli rumah then jual balik... bulan2 simpan banyak ni then bila umur 50thn dah jadi jutawan.. semakin tinggi risiko pelaburan, semakin banyak pulangan yang dapat.. dan tak terkecuali gak ada yang tertipu dengan mcm2 pelaburan n skim2 tertentu..
soalannya, mcmana nak jadi jutawan akhirat??. ye lah, sumer sibuk nak jadi jutawan dunia.. x ramai lak sibuk nak jadi jutawan akhirat..

"bahkan mereka mengutamakan kehidupan dunia, walhal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.." surah al-a'la (ayat 16-17)

Saturday, November 21, 2009

KiSaH NaBi ISa a.s

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmen dapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Thursday, November 19, 2009

PeTua iMaM SYaFi'e..

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

KaKTuS PeRSaHaBaTaN

Ku tinggalkan kaktus ini khusus untukmu
Dengan pesanan ia mudah hidup
Biarpun berhari² kau ambil mudah
Ia kan tetap besar dan bercambah
Kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah

Asalkan setiap kali kau melintasi
Lemparkan senyummu di sini
Tahulah aku, kau sayang padanya
Ku hadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu,
Peliharalah dengan kemanjaan dan perhatian
Berikan ia pasu baru bila tiba waktu
Ia akan remaja dan dewasa
Tajam durinya lambang kemurniaan hatimu

Sahabat, kalau kaktus itu aku
Sudikah kau senyum dan tukarkan pasu
Sedangkan kau tahu duriku
Akan melukakan jarimu
Lalu tidak lagi ku rasakan sentuhan
Yang tinggal mungkinlah perhatian
Menjadi baja menyuburkan ingatan

oRaNG BuTa Ke MaSJiD..

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik,
untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik
semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi
tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua,seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.

Friday, November 13, 2009

JoM NaiK FLiGHT..

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

- Tempat berlepas : Kehidupan dunia
- Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
- Destinasi : Akhirat
- Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
- Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
- Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN:

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan
perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan
ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum
jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis
-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di
rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN:

* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang
tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS:

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya
hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG:

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi.
Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua.
Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih
kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia
mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu. "

Kehidupan Utk Kita Pandai2la,Kita Mencorakkannya!!

7 JeNiS MaYaT..

Untuk peringatan bersama ...

Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

Mayat yang mukanya berbentuk babi .Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


Nota: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz Kazim bin Elias.

Thursday, November 12, 2009

HaQ & BaTHiL

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Si guru berkata, "Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!",jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

“Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.”

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.

Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam,jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya.

TeMaN

Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati (jiwa) sebagaimana menyendiri untuk masuk ke medan berfikir (tafakur). Dengan berfikir dan memandu fikiran kepada keimanan, akan terbukalah jalan menuju kesejahteraan.

Sabda Rasullulah SAW : " perumpamaan teman yang tidak baik, bagaikan tukang besi membakar besi. Jika engkau tidak terbakar oleh percikan apinya, maka terkena bau busuknya."

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa a.s : " Hai Putera Imran! Waspadalah selalu dan pilihlah untuk dirimu teman (sahabat), dan tiap teman (kawan) tidaklah membantumu untuk ta`at (bakti) kepada-Ku, maka ia adalah musuhmu."

Demikian juga wahyu Allah SWT kepada Nabi Daud a.s : " Hai Daud! Waspadalah selalu dan pilihlah untukmu kawan-kawan, dan tiap kawan yang tidak membantu untuk berbakti kepada-Ku, maka dia adalah musuhmu, dan akan menyebabkan keras hatimu, serta jauh dari daripada-Ku."

Nabi Isa a.s bersabda : " Jangan berkawan pada orang-orang yang mati, nescaya mati hatimu." Ketika ditanya: " Siapakah orang- orang yang mati itu?" Nabi Isa a.s menjawab : " Mereka yang rakus kepada dunia."

Tuesday, November 10, 2009

KaTa-KaTa BiJaKSaNa..

"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

"Apabila nafsu berkuasa,gelaplah hati,
Apabila hati gelita,sempitlah dada,Apabila dada sempit,buruklah lakunya,Apabila buruk laku,ia dibenci semua makhluk"
-Abu Bakar Warraq-


Membantu orang yang terlanda kesukaran dan menghiburkan orang di dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar
-- Saidina Ali

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya." –IMAM AL-GHAZAli-

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
Saidina Umar Al-Khatab

Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
-- Nabi Isa a.s

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"-
Saidina Umar Ibnul Khattab

Ketidakmampuan itu adalah malapetaka, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, pengendalian diri adalah perisai (terhadap dosa) dan sahabat terbaik dalam penyerahan (kepada Allah)
-- Saidina Ali

"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian..

Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya-
Saidina Ali

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...
Hukama'

"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

aPa iTu CiNTa? BoLeH SaYa Tau??

Cinta itu terbahagi lima:
Cinta manusia kpd Tuhannya
Cinta manusia kpd dirinya
Cinta kpd orang kerana kecantikannya
Cinta kpd orang kerana ketinggian budinya
Cinta kpd orang yang berjasa kepadanya
(Hukamak)

Cinta itu datangnya dari mata turun ke hati,
berendam dalam dada dan mengharap pemberian
kepada yang satu?.
(Van De Boom)

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan,
tetapi percintaan tak pernah berakhir dengan
persahabatan.
(Colton)

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
(Pantun Melayu)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat.
(Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick)

Betapa pintarnya seorang manusia, dia akan
menjadi bodoh dalam bercinta.
(Joshua Cooke)


Cemburu itu buruk, namun tidak akan sempurna
sebuah cinta yang tidak diiringi rasa cemburu.
(Nigel Patrick)

Cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas
dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
(Muttanabbi)


Cinta bagi seorang lelaki bukanlah satu sentimen,
tetapi satu ideal.
(De Girardin)

Cinta tidak melihat dengan mata, tetapi dengan
fikiran.
(William Shakespeare)

Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu
adalah kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta
adalah orang yang salah menggunakannya itu.
(Hamka)


Cintamu untuk semua,tetapi jasmanimu hanya untuk
seorang.
(Ikawa Mifune)

Jika bahagia cinta dapat diwujudkan dalam
perkahwinan, maka terciptalah syurga di atas
dunia ini.
(William Shakespeare)


....So ape pula kata ANDA..........

Menyintai tidak semestinya memiliki...
(Aklanie Mahzan)

cinta itu bukanlah mudah.... cinta itu tidak
semestinya indah... cinta itu milik
semua
(beautifully_chaoticadie)

Cinta tak semestinya memiliki... memiliki tak
semestinya menakluki...hehehe

(NotSoPretty)

Cinta suci lahir dari hati, cinta buta lahir dari
nafsu....

(Pejol)

Love is PAIN !!!

(Abu)

love is like a bittersweet choc...sometime taste
good sometime make u frown...

(Nutaizaf)

TRUE LOVE is just like a GHOST, many talk about
it, but only A FEW found it!


Cinta tu tak payah nak susah-susah cari, biarkan
ia datang sendiri.

(Fatiha)

Cinta manusia banyak mudharat dan agak membebankan..
Cinta kepada Allah dan Rasul banyak manfaat dan amat menenangkan ..

(Saya)

Monday, November 9, 2009

SaaT aKu DiTaLKiNKaN..

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh.Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang, mengucap.... Asyhaduallailahaillallah......... "ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........ ".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......" Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

"Ayah.......kau datang ayah.......". Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubah laku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang. "Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". 

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

KeHoRMaTaN SeBuaH KeRJaYa..

Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil menjual kuih kepadanya, "Abg, mahu beli kuih?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, abg sedang makan".

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Abg, mahu beli kuih?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, abg sudah kenyang."

Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan berlalu pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjual kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan buah tangan buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih jualannya untuk yang ketiga kali, "Abg mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa segan untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah.

Katanya, "Dik, ambil wang ini. Abg tidak beli kuih adik. Anggap
saja ini sedekah dari abg."

Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.

"Kenapa kasi kat orang lain?" katanya. "Kenapa adik berikan duit tu pada pengemis ? Mengapa adik tak ambil?"

Anak kecil penjual kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji pada ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Duit yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjual kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjual kuih. Dan, adalah pantang bagi ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan duit.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijual anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan duit kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas akan menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk duit semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana duit sehingga melupakan apa erti pentingnya kehormatan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan
sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.

10 PeRKaRa Sia2

10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib
sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari
masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam
kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan
arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar
lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu
pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan
tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak
diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan
budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan,
sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Friday, November 6, 2009

TeGaS DaLaM HuKuM ALLaH..

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan
ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah.
Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan
dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak
laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar.
Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu
penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun.
Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit
tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu
Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu
menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah
perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang
juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan
kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan
Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi
pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang
perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila
perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk
melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan
mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah
dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah
sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu
pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi
mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya.
Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu
itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana
engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk
memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa
terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak
damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang
bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau
haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul
Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya,
daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak
Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham
maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh
perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar
peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan
anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu
sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan
jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi
orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan
sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin,
penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi
Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan
perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah
al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas
lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini
adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi
Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di
sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil
membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan
malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak
tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini
dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu
berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun
mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.


Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata
kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku
kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu
Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan
makanan. Setelah mengucap Assalamu'alaikum dia pun berkata:
"Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita
makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir
bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut
seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang
memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku
untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus
setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat
dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas
Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu
majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah
memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi
perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan
seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah
anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan
perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan
beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan
hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku
itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal
setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau
adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang
berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah
lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian
lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia
supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat
kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku,
aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu
di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu
dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik
ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun
bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul
Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku,
sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri
dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah
perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya
(hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu
Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan
kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana
khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada
Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul
Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu
Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya
seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini
terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul
sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah:
"Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat
menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan
kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah
merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan
nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku,
apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau
hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau
hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan
engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan
nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum
seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai
anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air
untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air
minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta
Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu
Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."


Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai
anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka
engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu
Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai
ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan
aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan
hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika
engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu
Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti
sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai
anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan
bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus
menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang
semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa
kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan
aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri
Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin,
hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah
dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat
Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya:
"Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya
dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat
Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu
Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh
sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan
mengucapkan Assalamu'alaikum dengan suara yang sangat kuat
sebagai Assalamu'alaikum perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih,
pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih
pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah
Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak
lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan:
"Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar
pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid
sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka
sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat
peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin
al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat
berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar
Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada
malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi
bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam
yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian
putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda
dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa
saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu
kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah
dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah
menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa
bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu
Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang
benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

LuaSNYa NeRaKa..

Yazid Arraqqasyi daripada Anas bin malik r.a berkata: Suatu hari
Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w dalam keadaan
wajahnya begitu berbeza sekali. Maka Nabi pun bertanya : ” Wahai
Jibril, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar?”

Jawab Jibril: “Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak
layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa neraka jahannam itu
benar, dan seksaan kubur itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih ,
untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya.”

Lalu Nabi bersabda: ” Jelaskan padaku sifat Jahannam itu.”. Ucap
Jibril: ” Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun , sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam , maka ia
hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baraannya.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya neraka
jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah
seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan
engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung
diantara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana
panas dan bahangnya.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andainya satu
pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

” Demi Allah yang mengutuskan engkau dangan hak,andaikan seorang
dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang
dihujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam,
perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala
pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang
lelaki dan perempuan.”

Nabi bertanya: “Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab malaikat itu: “Tidak, tetapi selalu terbuka. Setengahnya di
bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu, jarak perjalanannya
70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali
ganda.”( yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w: ” Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibril: ” Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta
keluarga Fir’aun yang bernama Al-Hawiyah. Pintu kedua, tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga, tempat orang
shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat, tempat iblis dan pengikutnya
dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima, orang Yahudi bernama
Huthomah. Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir.” Kemudian
Jibril diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: ” Mengapa tidak
kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibril: ” Didalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu.
Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga
sedar kembali. Sesudah sedar, Nabi bersabda: ” Wahai Jibril, sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang
daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawab Jibril: ” Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.”

Mendengar jawapan itu, Nabi s.a.w pun menangis teresak-esak, begitu
juga dengan Jibril. Kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan
tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi selalu
menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.



Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”"

SeNYuM KaMBiNG..

DIAM

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk mengeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak mengeledah bilik yang dipenuhi botol botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
Tiba-tiba bunyi botolkaca pecah. Barulah si ibu bersuara. " saya harap awak tidak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak,"
kata ibu dengan senyum manis.

Tak mengapa. Nanti sampai dekat botol racun itu, diamlah dia," kata
doktor tersebut dengan sinis.

________________________________________________________

SOLAT TIGA RAKAAT

Seorang pemuda dikenali sebagai Mamat amat tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah boleh dikatakan cantik juga. Mamat juga tidak kalah dengan rupa yang kacak. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai mengambil hati dan suka berlakon depan Pak Haji Dollah. Bukan main warak lagi, berkopiah di kepala Mamat. Selepas ditetapkan hari perkahwinan pasangan itu, Mamat begitu lancar lafaz nikahnya. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana berkemas rumah lepas kenduri siangnya. mamat dan Minah pun lewat juga masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah mengejtkan semua isi rumah untuk solat subuh.

Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Oleh kerana terlewat bangun, maklumlah malam pertama, Mamat dan Minah tidak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya, Minah namun dia asyik berbaring kerana penat dan membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah, menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi.
"Hai Mamat kenapa solat subuh tiga rakaat?" Dengan lantas Mamat menjawab.
"Ia ke? tiga rakaat. Rasanya sudah cukup emapt rakkat tadi," kata Mamat.
Pak Haji Dollah mengucap panjang. Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat tidak pernah sembahyang subuh. Dia tak tahu yang solat subuh perlu
dilakukan dua rakaat.

Thursday, November 5, 2009

Calon SoLeHaH..

Kisah pencarian calon solehah..

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.
“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.
Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.
“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.
Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang2 di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

MeMaNDaNGKaN RaMai YG Nak NiKaH.. (",)

Tip menjelang akad nikah...

# Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

# Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun.

# Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa.

# Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar, sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik.

# Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta.

# Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.

Tuesday, November 3, 2009

KuBuR BeRKaTa-KaTa

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

a PuRPoSe oF CreaTioN..

Why was this world made? Why was man born into this world? Why, after a certain period of time, does he pass away? What will happen after death? These are the most important questions concerning the origins and fate of mankind, and they should never be far from people’s minds. Finding the correct answers to these questions has always been one of man’s most important quests.

Pondered over for thousands of years, these questions have been variously answered by different people. However, these answers can be placed in two broad categories: one, which holds the great array of wonders in this world to be purposeless, and the other, which asserts that man was created with a purpose and that he has a definite goal.

While the first view tends to be subscribed to by poets, philosophers and secular scholars, the second view is firmly upheld by that very special class of beings called prophets, or messengers of God. The most authentic testament to the second view has been provided by the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)

Many arguments can be put forward in support of the answers in both of these categories. It is very obvious, however, that the notion of purposelessness is not in keeping with the structure of life and universe. The idea, on the other hand, of purposeful creation, falls exactly into place, for the simple reason that it contains no inherent contradictions.

The world into which man is born is fraught with significance. There is nothing which is of a meaningless or random nature. It is quite unthinkable that man, with his meaningful life, born into a meaningful universe, should find no purpose in creation. Where there is meaningfulness, there will, of necessity, be purposefulness. This aspect of the universe is a clear verification of the Prophet’s answer.

By: Maulana Wahiduddin Khan

PRoPHeT SaiD..

The Prophet Muhammad SAW said:
1. Alcohol will be called Sherbat, and will be considered Halal
2. Interest will be called Trade, and will be considered Halal
3. Bribes will be called Gifts, and will be considered Halal
4. Women will be naked in spite of wearing dresses.
5. Women will have hair, like the hump of a camel.
(This hadith, had baffled the Ulema for quite a long time till they saw current hairstyles).


This Hadith has baffled the Ulema for a very long time-until now:
The 3 kind of naked women are;
(1) Those who wear see-through dresses
(2) Those who wear tight dresses and
(3) those whose dresses are so short, that they expose the body.

72 SiGNS oF DooMSDaY..

72 SIGNS OF DOOMSDAY


The Prophet Muhammad (SAW) foretold 72 signs that would appear near Doomsday:-

1. People will leave prayer.
2. People will usurp Ama'naat.
3. Lying will become an art.
4. There will be murders on the slightest of disagreements.

5. Interest will become common.
6. There will be very tall buildings.
7. People will sell Religion for the world.
8. People will treat relatives badly.
9. Justice will become a rarity.
10. Lies will be considered truth.
11. Clothes will be of silk.
12. Persecution will become common.
13. Divorces will become common.
14. Sudden deaths will increase.
15. The usurper of Ama'naat will be considered honest and honourable.
16. The keeper of Am'naat will be called an usurper of things given to him for safekeeping.
17. Liars will be thought of as honest.
18. Honest people will be thought of as liars.
19. False accusations will become the norm.
20. It will be hot in spite of rain.
21. Instead of wishing for children, people will pray that they not have children.
22. People from bad backgrounds and with bad up bringing will live a life of luxury (material, not peaceful).
23. Good people, when they try to practice, will be cut off from the world.
24. Previously good people will also usurp Ama'naat.
25. Leaders will become persecutors.
26. Ulema and Qaris will commit adultery.
27. People will wear clothes of animal skin.
28. But their hearts will smell and will be dead.
29. And will be bitter.
30. Gold will become common.
31. Demand for Silver will increase.
32. Sin will increase.
33. Peace will become rare.
34. Ayaats from the Quran will be decorated and calligraphy will become common.
35. Mosques will be decorated.
36. And will have tall minars.
37. But hearts will be empty.
38. Alcoholic drinks will be consumed.
39. Punishments ordered by the Shari’ah will be revoked and will no longer be implemented.
40. Women will order their mothers around.
41. People who are with naked feet, naked bodies and against religion will become kings.
42. Women will trade along with men.
43. Women will imitate men.
44. Men will imitate women.
45. People will swear by things other than Allah and the Quran.
46. Even Muslims will be prepared to give false testimony,without being incited to it.
47. Only people one knows will be greeted with the salaam.
48. The knowledge of the sharah will be used to earn worldly things.
49. Acts which earn the Akhirah, will be used to earn the world.
50. Assets belonging to the nation will be considered and treated as personal treasures by the rulers.
51. Ama'naat will be considered ones personal asset.
52. Zakaat will be considered a penalty.
53. The lowest and the worst man in the nation will become its leader.
54. People will not obey their fathers.
55. And will mistreat their mothers.
56. And will not hold back from harming their friends.
57. And will obey their wives.
58. And the voices of men who commit adultery will be raised in mosques.
59. Women who sing will be treated with great deference.
60. Instruments of music will be kept with great care.
61. Alcohol will be drunk on the highways.
62. People will be proud of their acts of persecution.
63. Justice will be sold in the courts.
64. The number of men in the police force will increase.
65. Instead of music, the Quran will be used to gain pleasure for its tune and style (qira’at), not for what it preaches, its meaning or for rewards in the Akhirah
66. Animal fur will be used.
67. The last of the Ummat will curse those before them. (clearly seen today in people who call the Prophet's companion's names).
68. Either Allah will send a Red Storm upon you.
69. Or Earthquakes.
70. Or your faces will be changed.
71. Or a rain of rocks from the skies.
72. Lies will become a habit of the rulers and the rich.

22 TaNDa HaRi KiaMaT

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

10 WaYS To iNCReaSE ouR iMaN..

1) Recite and ponder on the meanings of the Quran. Tranquillity then descends and our hearts become soft. To get optimum benefit, remind yourself that Allah is speaking to you. People are described in different categories in the Quran; think of which one you find yourself in.

2) Realize the greatness of Allah. Everything is under His control. There are signs in everything we see that points us to His greatness. Everything happens according to His permission. Allah keeps track and looks after everything, even a black ant on a black rock on a black moonless night.

3) Make an effort to gain knowledge, for at least the basic things in daily life e.g. how to make Wudu properly. Know the meanings behind Allah's names and attributes. People who have Taqwah are those who have knowledge.

4) Attend gatherings where Allah is remembered. In such gatherings we are surrounded by angels.

5) We have to increase our good deeds. One good deed leads to another good deed. Allah will make the way easy for someone who gives charity and also make it easy for him or her to do good deeds. Good deeds must be done continuously, not in spurts.

6) We must fear the miserable end to our lives; the remembrance of death is the destroyer of pleasures.

7) Remember the different levels of akhirah, for instance when we are put in our graves, when we are judged, whether we will be in paradise or hell.

8) Make Dua, realize that we need Allah. Be humble. Don't covet material things in this life.

9) Our love for Subhana Wa Tuala must be shown in actions. We must hope Allah will accept our prayers, and be in constant fear that we do wrong. At night before going to sleep, we must think about what good we did during that day.

10) Realize the effects of sins and disobedience- one's Iman is increased with good deeds and our Iman is decreased by bad deeds. Everything that happens is because Allah wanted it. When calamity befalls us- it is also from Allah. It is a direct result of our disobedience to Allah.

Aisha, the wife of Allah's Apostle (May peace be upon him), reported Allah's Apostle (May peace be upon him) as saying:

Kindness is not to be found in anything but that it adds to its beauty and it is not withdrawn from anything but it makes it defective.

Narrated in Sahih Muslim, Book 3, Number 6274

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...