Friday, March 1, 2013

LeLaKi LeBiH RaMai DaRi PeReMPuaN?

gambar hiasan semata-mata.. tiada kena-mengena dengan entri.. (",)


Teringat satu komen.. lama dah.. tapi baru ada masa nak balas...

fatin roslan:
Mengikut Geohive, kat dunia ni lebih ramai lelaki berbanding perempuan. on PeReMPuaN LeBiH RaMai??

Jawapan: 
Maafkan saya.... Saya hanya mengikut sumber berikut kerana saya merasakan, dunia sangat hampir kepada kiamat.. Saya juga merasakan, inilah sumber yang lebih baik... (",)

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).
______________________

Di syurga, perempuan lebih ramai dari lelaki:

Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)
______________________

Di neraka, perempuan juga yang lebih ramai dari lelaki: 

Rasulullah saw bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Jadi, kalaupun statistik terkini tidak menunjukkan perempuan lebih ramai dari lelaki, namun percayalah bahawa, samada ia telah berlaku atau ia akan berlaku... 

Jadi, apa yang penting??? (cer jawab cer jawab) (",)
 
Wallahu a'lam... 

9 comments:

Marya Yusof said...

As salam Fuad,

Lama betul tak update...

Apa yg penting??? Kerjasama... hahaha :D

Jadi apa yg penting para wanita muslimah kena sentiasa beringat-ingat... Mari sama2 berusaha jadi ahli syurga...

Tulahkan, wanita ni paling mudah masuk syurga tp ramai penduduk neraka adalah wanita... berdasarkan hadis tu... gerun rasanya...

the malay male said...

tak kisah lah lelaki atau perempuan yang banyak kat neraka. yang penting kena banyakkan bekalan ke akhirat kelak supaya tidak menjadi kelompok 'kecil' lelaki yang dihumban ke neraka.

faraherda.razalan said...

Salam Fuad,

Lama betul tak update entri ya? Mcm biskut pulak. Kejap ada, kejap tak ada ya?

Tataulah nak komen apa ya. Bila fakta yg disebarkan kelihatan bercanggah dgn apa yg kita belajar tentang Islam dan tanda-tanda hari kiamat, membuatkan ramai di kalangan kita ragu-ragu dgn agama yg dianutinya sejak azali.

Kakzakie said...

Pada kakak riwayat anas tak boleh dipertikai. Statistic Geohive diambil bukan based the whole world. Ikut mata kasar kakak perempuan lagi ramai kalau belum ramai lagi itu tanda kiamat masih jauh lagi... tapi tanda-tanda kiamat yg lain dah banyak terpapar depan mata..

Wahai saudara perempuanku bersama kita kuatkan iman jauhi diri dari menjadi penghuni api neraka - na'uzubillah..

nurkaloi said...

kat opis kaloi ade 3 wanita, sorang lelaki @_@

mira orcid said...

kalau x silap..info dr UAI..hadis nabi, akan dtg nti semakin dekat hari kiamat, ratio prempuan : lelaki ialah 50:1

RuMaH TuA said...

Percaya...

Mutiara Bernilai said...

Kesimpulannya : kat mana2 pun perempuan jugak yg paling byk..


=_="

sea_lavender said...

ape yg penting kerjasama ...hehe :D
Tak kira la perempuan lebih ramai daripada lelaki atau sebaliknya. yg penting dalam khidupan ni kte terus untuk saling mengingti dalam mnuju syurga Allah.. jom kita kerjakan perkara baik2 sahaja. amar makruf nahi mungkar..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...