Sunday, June 3, 2012

aNTaRa MiNaT DaN KeLuLuSaN..

Di sebuah kedai serbaneka 24 jam, di kaunter pembayaran:
Jurujual melayu: Abang beli arak ni untuk siapa?
Lelaki melayu: Untuk kawan..
Jurujual melayu: Kami tak jual kat orang Islam.. Kalau nak jugak, kena mintak kawan beli sendiri.. 

Arak ni hukumnya jelas.. Tiada tolak ansur.. Semestinya, jangankan tolong beli, tolong jual pun sebolehnya jangan.. 

Tapi apa2 pun, doakan yang terbaik.. Mungkin hari ini kita lihat seseorang jauh dari agama.. Satu hari tidak mustahil, orang tu jadi muslim yg hebat.. 

Aku pernah jumpa samseng sekolah yg dulunya digeruni rakan sebaya, hari ni dia lebih baik dari aku.. 
Aku pernah jumpa seorang maknyah yang dulunya hidup di lorong2 gelap, hari ini dia lebih baik dari aku..
_________________________________

Belasan tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki menduduki peperiksaan UPSR.. 

Selepas UPSR, dia mendaftarkan diri di tingkatan satu.. Dia mendaftar di aliran biasa dan bukan di aliran agama.. Sesiapa yang mendaftar awal, dapatlah berada di aliran agama yang agak terhad.. Dia cuma menurut walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat belajar Bahasa Arab seperti rakan-rakannya di aliran agama..

Menelusuri menengah rendah, budak lelaki itu mula meminati subjek agama.. Subjek agama seakan mudah dihadam.. Subjek agama untuk PMR mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Namun rupanya, dek kerana tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa PMR, dia tidak dapat berada di tingkatan 4  sekolah agama..

Subjek agama untuk SPM juga mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Usai SPM, dia ingin meneruskan pengajian dalam bidang agama.. Namun, sekali lagi subjek Bahasa Arab menjadi asbab untuk budak lelaki itu tidak dapat berada dalam bidang agama semasa di menara gading.. Dia cuma mampu berada dalam bidang sains..

Mujur, dapat juga budak lelaki itu belajar Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di menara gading.. Namun ia juga belum mencukupi.. Dan kini, dia terus menghadapi kesukaran untuk menjelmakan minatnya itu kepada segulung kelulusan dalam bidang agama.. 

Dulu, budak lelaki itu agak ralat kerana ia seakan-akan bermula dari rentetan tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan 1 yang mana ketika itu dia hanyalah seorang budak mentah yang masih belum mampu menilai potensi dan kecenderungan diri..

Namun kini, budak lelaki itu menenangkan hatinya dengan berkata, pasti ada hikmah di sebalik perancangan Allah swt.. Wamakaru WamakarAllah wAllahu Khoirul Makirin...   

p/s:  Bila sudah ramai yang bertanya kenapa budak lelaki itu tidak mencuba program imam muda, dia hanya menjawab, dia cuma ada minat dalam agama, dan belajar agama secara tidak formal, tetapi bukanlah pelajar berkelulusan agama.. (",)

26 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Gambaran semasa kecik tak semestinya dah besar pun serupa juga. Allah boleh lakukan apa saja dan pada siapa saja.

Egg Head said...

aku pernah jumpa budak yg kaki buli suatu masa dulu...
tp alhamdulillah kini dia lagi baik dr aku....
manusia bole berubah.....so kena sangka baik dgn setiap org...

masa dulu2 minat gak dgn jurusan agama....but allah dah tetapkan saya ke bidang engineering....

alhamdulllah....walaupun x dapat belajar jurusan agama tapi allah bagi satu benda yg lagi bernilai...iaitu kerja agama....syukur sangat...

doa moga allah terima saya n istiqamahkan saya dalam buat kerja agama nie....^^Y

tehr said...

minat lebih utama
ada kelulusan tapi tiada minat
boleh simpan je sijil tu

masterkucha said...

entahlah masyarakat sekarang lebih mementingkan pengiktirafan...kerana inginkan jaminan hidup yang selesa...

Cikgu Ma said...

kenapa saya merasakan budak lelaki itu adalah Mohd Fuad =)

Unknown said...

As salam Fuad,

Panggil akak mar je... kitorang dok gelak2 sb punyalah lama nak fikir siapa Fuad ni rupanya adik kwn sendiri...hehehe ;))

Betul, ALLAH memberi ujian selaras dgn kemampuan hambaNYA... Siapa yg tak takut terbuat dosa dik ooiii...hik3 :))

Nak dtg, klaulah dekat dh balik dh Dah tgk dah gambar pengantin baru kat FB, pengapitnya tu bila lg???heheee :))

Arak :(

Mmg menyedihkan bila ada org kita Islam-Melayu lg2 yg berpelajaran tinggi yg tahu hukum hakam tetap meneguk serta melibatkan diri scr lsng dgn air kencing syaitan ni... Depan mata melihat terasa sedih sb xmampu nak buat apa2... Hanya mampu berdoa dlm hati, moga diberikan hidayah drNya...

Fuad,

Kita menuntut ilmu dimana-mana shj, lg2 ilmu agama... Tak perlu rsnya ada ijazah atau apa shj pengiktirafan manusia...

Teruskan menuntut ilmu kerana DIA... Kalau minat bahasa Arab rsnya 'budak lelaki' tersebut boleh shj ambil kelas tuition peribadi utk belajar bahasa tu...

Allah sebaik-baik perancang... Lebih mengetahui apa yg terbaik bg hambaNya... Bgtau 'budak lelaki' tu jangan putus asa! :))

faraherda.razalan said...

Sy rs sy dah temui jawapan.

=D

Kelayakan utk Imam Muda mst ada sijil formal utk pengajian agama? Dan salah satunya kena fasih berbahasa Arab? Betul ke? Sy tatau.

Tp mcm syglah kan?

Imam Muda rancangan kegemaran sy. Tp selalunya siri realiti dlm arus perdana mcm Imam Muda, sikit byk mst menepati selera penonton juga. Kelayakan akademik sudah tentu. Tapi satu lagi yg bt sy ckp2 perasan, paras rupa. Tak kisah walau badan berisi tp muke tetap nmpk manis. Heeee~

Sbb tu sy pnh tny Fuad.

=p

Ckin Kembaq said...

Allah jua penentu terbaik setiap apa yang berlaku pada hambaNya.. ^_^%

ewanthology said...

kalau dah minat, byk halangan dan kekurangan sekali pun tetap mampu berjaya.

Norsha said...

ya, pasti ada hikmah yg tersembunyi disebalik yg terjadi, masa kecik2 dulu cikgu teringin sgt nk belajar belajar kt smk agama tapi abah hantar sek biasa.....alhamdulillah, sekalipun sek sekular tapi minat & kecenderungan pada agama tak pernah padam...

Unknown said...

folo sini ya akhi (^___^)

Unknown said...

sangat menarikla akhi... tidak semestinya mereka yang berpendidikan agama itu hebat, kadangkala mereka yang tidak mempunyai asas pendidikan agama, tetapi berusaha belajar agama itu lebih hebat... mereka yang tiada asas ni mencari ilmu, sebaliknya mereka yang berpendidikan agama menerima ilmu... berbeza kan..

Kakzakie Purvit said...

1. Arak - tak kira siapa juga yg melibatkanya tetap mendapat dosa.

2. Minat dan kelulusan memang tak sama. Tapi sebagai ibu-bapa kadang boleh letakkan minat pada anak yg mentah. Anak kakak dulu lepas UPSR banyak tawaran tapi tetap kakak pilih aliran agama. Subjek memang banyaklah sikit apa lagi aliran agama dari form 1 mesti ada exam. SIB (21-22 mei lepas anak kedua kakak exam ini), SMRA, PMR, SMA (tahun ini anak sulung kakak akan ambil ini), SPM, MUET, STAM. Baru ke IPT/IPTA dan boleh juga ke luar negara. Sekarang anak-anak dah tunjuk minat.

Adakah anak muda N3 En Fuad itu adalah tuan punya blog? Kakak serkap jarang nie.

Adibah Ishak said...

kes budak tu lebih kurang mcm kes sy je..sy xde bahasa arab..inshaallah mungkin sy akan sambung blajar jurusan agama setelah bekerja dgn wang sendiri..

Ilmu tidak ada perhentiannya, terus usaha mencari.. :)

APAN said...

kiranya dia belajar bukan utk jawab exam...pyh betul nak tanam niat dan minat mcm tu... :)

Unknown said...

saya juga pernah berhadapan situasi yg hampir sama....
kene buat dakwah lagi kuat,semoga Allah hapuskan kebathilan di seluruh dunia...

aliza said...

sama macam pok amai2

nak masuk realiti imam muda mesti ada latar belakang pengajian agama ke?
Kalau ilmu mendalam cuma ijazah bidang tu x da, x boleh ke?
entahler..

kalau imam muda plus dia blogger tentu lebih femes kann...

s a r said...

assalamualaikum. encik.

salah satu sebab saya kurang berkenan pergi ke mini market mahupun pasaraya yang menggunakan kaunter pembayaran yang sama dengan arak. hm..

pandai agama tak semestinya sejak azali dilahirkan dalam keluarga didikan agama yang bagus kan.

percaya dengan perancangan DIA. sebab kita manusia ni selalu juga kesal sebab apa yang kita idamkan tak dapat. sebaliknya lain pula yg jdi mhupun seorang itu berada di sains. tak mustahil dia di aliran agama tetiba. :)

p/s- tetiba nak stuju dengan cikguma. :D

Mindaberbisa said...

Sains dan agama ada pekaitan. Asbab dan musabab, kenapa dan mengapa terjadi telah terbukti sahih berlandaskan Al-Quran. Tempanglah ilmu tanpa agama. Lakukan hari ini sebagai hari yang terakhir. :)

ukhti,mardhiah said...

elleh, abi Fuad kalau masuk rancangan imam muda x kena, kena masuk "imam tua"

haahaa...

Btw, memg, sama kes dgn adik lelaki mard, asbab x amik bahasa Arab dari awl je, dia x dpt nak amik bdg bkaitan agama di prgkt lbh tinggi.

Dunia..dunia

Cik Pulau said...

suka dengan cara pemikiran "budak lelaki" tu..
tahniah... ^^

Anonymous said...

hanya krna tidak dalam aliran agama? such an amazing fact. pd saya, ada hikmah en.fuad berakhir dlm bidang sains. agama dan sains adalah kembar, tak dpt dipisahkan. en.fuad berkelebihan di bahagian itu, tak seperti pelajar aliran agama lainnya. fikir2 kan lah.

Nida said...

Salam..

Kak Nida teringat kisah 4 tahun dahulu.. alkisahnya kami pergi ke shopping complex ni, pastu kami nampak segerombolan remaja MELAYU yg sedang membelek botol arak dan ada antara mereka dengan bangga bgtahu tentang bagaimana jenis rasa setiap arak tersebut ...

Menggeleng kepala kami suami isteri...

RuMaH TuA said...

Jurujual Melayu: Kami tak jual pada orang Islam...

Ek!?!

Moga Allah kasih.

fuad ansari said...

puan ani:
wsalam wbt..

kalau dah besar sekalipun, sukar jugak utk kita menggambarkan apa yg akan berlaku kepada kita 5-10 tahun akan datang... moga selamat hendakNya.. (",)

tuan jabbar:
tidak dapat dinafikan, buat usaha agama lebih tinggi nilainya dari sekadar mengetahui tentang agama.. (",)

mudah2an, jadi engineer yg bertakwa.. (",)

mr. tehr:
ada jugak betulnya tu...
ada je orang yg dulu lulusan komputer sains, bila dah kerja, komputer problem sikit, dah pening.. lepas tu mintak orang belajar kimia betulkan... (",)

cik oren:
takpelah, cukuplah Allah sebagai pengiktiraf yg Agung.. (",)

ustazah ma:
sy rasa hairan ustazah ma boleh rasa... sy tak rasa apa2 pun.. (",)

kak mar:
wsalam wbt...
pengapitnya dah kawin la.. lagi awal kawin dari abangnya.. (lambat sgt abangnya nak kawin, lebih baik adiknya jalan dulu) (",)

thans.. nanti sy bagitau kat 'budak lelaki' tu.. (",)

fara:
ntahla.. sy pun kurang pasti sebenarnya..

cuma yg sy perasan, yg terpilih biasanya ada sijil dalam bidang agama.. dan kebanyakannya juga berkhidmat dalam bidang agama..

jadi, budak lelaki tu pun terasa rendah diri lantas menarik diri.. (",)

ckin:
sebab itu tidak hairan jika ckin dilahirkan kembaq.. Dia tau mana yg terbaik kan.. (",)

tuan iwan:
moga dengan rintangan dan halangan tu, kejayaan yg dimiliki lebih terasa nikmatnya.. (",)

cikgu norsha:
moga cikgu norsha dapat kurangkan guna pemadam.. takut jugak kalau cikgu selalu guna pemadam, TERpadam sekali minat tu.. (gurau2 cikgu.. jgn marah..) (",)

eeiyss (bukan main susah lagi nak eja..):
(",)
syukran ya ukhti..

penting betul minat dalam sesuatu perkara kan.. buat kerja kalau takde minat, benda simple pun terasa susah.. (",)

kak zakie:
untunglah anak2 kak zakie... at least, bila besar nanti, diorang tak hadapi dilema yg sama dan punya byk pilihan.. (",)

ish, tak baik main serkap jarang.. (",)

adibah:
fuhh, mujur budak lelaki tu ada geng.. (",)

semoga berjaya.. (",)

apan:
kalau niat utk jawab exam, biasa yg terjadi, abis je exam, terus lupa.. (",)

fuad akmal:
ramai rupanya menghadapi situasi yg sama.. munkin lepas ni kementerian pendidikan kena buat post mortem kot.. hehe.. (",)

kak aimaniman:
sy rasa, mesti juri tu lebih prefer kalau calon tu ada sijil agama..

silap2 kalau ada 2 calon yg kelihatan lebih kurang sama bacaan dan kefahamannya, sorang ada sijil agama dan sorang lagi takde, sy syak yang takde sijil akan diketepikan dahulu.. (",)

takut jugak budak lelaki tu kalau jadi fames.. takut lupa diri.. mungkin ada baiknya dia tak masuk imam muda tu.. hehe..

fuad ansari said...

sar:
wsalam..
sy dengar, di negeri selangor, diorang dah buat usaha utk asingkan kaunter utk barangan halal dan non-halal di pasaraya2 yg ada.. utk selamatkan cashier beragama islam.. (",)

amboi, bukan main nak setuju lagi... (",)

kak syikin:
mungkin boleh dikatakan, alquran adalah sumber rujukan oahli sains..


"Lakukan hari ini sebagai hari yang terakhir. :)" <-- ye lah, betul gak tu..esok belum pasti.. (",)

mard:
eh, abi husna masih layak masuk imam muda la... hehe.. (",)

dah byk kes rupanya, ingatkan satu kes je sampai ia seolah2 dipandang sepi.. hehe.. (",)

cik pulau:
mungkin budak lelaki tu kena duduk kat pulau, agar pemikirannya bertambah2 baik.. cik pulau dok kat pulau mana? (",)

zeera:
agama dan sains adalah kembar <-- yup, diterima..

cuma, byk teori2 sains yg direka2 dan menyimpang dari agama.. sampai kadang2 naik pening kepala.. (",)

kak nida:
wsalam wbt..
punya byk minuman, arak jugak yg depa carik.. depa tak tau kot, kalau kak nida buat air lagi sedap dari arak tu.. (",)

iqa:
itulah, sepatutnya, dia kena cakap, "arak tu utk perhiasan je.. bukan utk dijual kepada sesiapa" (",)

sian kan, kalau terpaksa keje kat tempat macam tu.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...