Sunday, January 29, 2012

MaCaMaNa NaK JaDi BaiK?? (part 2)

Dalam kubur pun ada tv flat screen.. Rumah Ramli belum tentu ada lagi..
Dulu-dulu, Ajis pernah tak siapkan kerja sekolah.. Ajis pernah kena denda tulis ayat berulang kali..Ajis kena tulis ayat "saya janji saya akan jadi pelajar yang rajin" sebanyak 500 kali.. 

Petang tu Ramli pergi padang bola.. Tiba-tiba Ajis datang..
Ramli: Lambat ko Ajis hari ni? Selalu ko paling awal..
Ajis: Aku siapkan kerja sekolah dulu.. Naik kematu tangan aku kena denda pagi tadi.. Tak sanggup dah aku kena denda lagi.. 
Ramli: Kesiannn........ Tapi ok la, sekurang-kurangnya ko dah jadi rajin..
________________________

Ramli selalu bawak anaknya Amni membeli-belah di pasaraya.. Bila sampai di zon minuman berperisa coklat, Ramli tanya kat Amni..
Ramli: Amni nak mana satu, veeco ke meelo?
Amni: Nak meelo sebab boleh jadi sihat dan kuat..
Ramli: InsyaAllah.. Hakikatnya, siapa yang bagi sihat dan kuat?
Amni: Allah!!
Ramli: Pandai anak ayah..
_____________________

Hari tu Ajis borak-borak dengan Ramli:
Ajis: Ramli, macamana nak jadi baik?
Ramli: Asal ko nak buat jahat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak mendengki je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak lambat-lambatkan solat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur"..
Ajis: Lain macam nasihat ko Ramli..
Ramli: Cuba la dulu.. Belum cuba belum tahu.. Kalau ko dah cuba, silap-silap, nak beli rumah besar pun ko dah kurang bernafsu..
Ajis: Pulak...

p/s:
-Part 1 kat sini.. 
-"Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkanlah akhlakku."
-Ketiga-tiga cerita di atas sebenarnya saling berkait..  
-Dah lama tak beli meelo.. Dah ada minuman berperisa coklat yang sekilo baru 10ringgit.. Okla tu... Janji ada rasa meelo sudahlah.. (",)
-Korang ada petua nak jadi baik tak? (",)

23 comments:

Cikgu Ma said...

petua jadi baik?? tiru gaya ramli...hihi

***amboi, mengalahkan amni la ramli ni, suka meelo coklat..bukan ke meelo tu pun dah warna coklat (",)

Nurfarahin Ishak said...

baru nak tanya mane part 1.. terima kasih :)

al-lavendari said...

kalau kita tak suka orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang.

Bintu Salman said...

First time tengok kubur camtu. Betul-betul wujudkah?

Salah satu cara nak jadi baik, kenal dekatkan diri dengan orang-orang baik.

Anonymous said...

selalu ingat mati-slh satu cranya.

milo dh naik hrga, mk ayh garu kpala la pulak

Norsha said...

doa & azam selalu, mintak dgn Allah moga Dia permudah hajat kita nk jadi baik....

As said...

First, kena define 'baik'.

:)

mhafiz_ydin said...

Bila kita selalu ajak/nasihat/dakwah orang kepada sesuatu amal baik, InsyaAllah Allah bagi kekuatan pada kita untuk amal perkara yang sama. ce try.. ce try.. :)

Bijen M. said...

Milo 1Malaysia ada?

~PENCHENTA~ said...

Betul cakap kak As, define baik tu apa. Buaty ikut apa yang kita define tu. Tapi definition tu wajib berlandaskan nas yang tepat. Sekian. WA. Haha. Serius pulak komen kalini. :)

Mindaberbisa said...

Istiqamah bergaul dengan orang-orang baik :)

Ckin Kembaq said...

tu Ramli dah bagi tipsnya.. ^_^

Queenie said...

petua nak jadi baik?
jangan jadi jahat laa....

s a r said...

assalamualaikum encik fuad :)

teringat ada seorang sahabat mengajarkan doa tu untuk tiap kali tengok cermin biar kita sedar diri. :D ~ tapi kalau tak tengok cermin pun, boleh je doa tu sentiasa meniti bibir kita bila2 masa kan. :)

saya guna tip yang ramli bagi tu la. dan saya rasa itu yang terbaik setakat ni. :)

p/s- saya rasa gulai dinding pasti sedap. kalau tak, mesti tak jadi nipis keluarga ramli kerjakan hari2. hee

tehr said...

kalau diulang2
'tak lama lagi aku nak masuk kubur'
boleh kecut hati juga tu

APAN said...

masing2 pun dah diajar nak jadi baik mcm mana.nak buat or tak je...
pilihan yg dibuat tu menjadikan org tu mcm mana nanti.haha...

aka cuba ingat pesan ramli kalau nak buat pape nanti. tq :)

Aween Md Zahir said...

Ya ALLAH,, sebagaimana Engkau mencantikkan kejadianku,,maka cantikkanlah akhlakku..aminnn

suka ayat diatas :)

*byk sgt daa produk ayaqq coklat mcm meelo tu kt market :p pilih yg mana suka.

bila berniat nk berubah menjadi lebih baik,,itu sgt baik.
dan jika diikuti dgn tindakan susulan yg baik2 dan istiqamah : ia lebih baekkk ^^ kannn

nurkaloi said...

masuk dalam kubur
cer try dulu
ok tak ?

fuad ansari said...

cikgu ma:
jgn tiru gaya ramli.. bukan betul sangat ramli tu.. (",)

nurfarahin:
ada jugak yg nak baca part 1 rupanya.. (",)

pakngah:
betul jugak tu.. konsep kehidupan ni mudah.. cuma ramai yg suka menjadikannya susah.. (",)

kak yana lan:
a'ah, betul2 wujud kubur yg macma tu..

betul jugak tu.. seperti berkawan dengan penjual minyak wangi, tak beli minyak wangi, dapat baunya pun jadilah.. (",)

hara:
yup, cara yg berkesan..

buat air teh ajelah nampaknya lepas ni.. (",)

cikgu norsha:
cikgu doa2kan utk saya sekali ye..

as:
define baik?? baik dalam erti kata yang mirip kepada kebaikan Nabi saw.. ok tak?? (",)

tuan hafiz:
yup, kekuatan tu yang penting..

saya rasa, bila ajak orang lain buat baik, tak payah dah nak selalu ingatkan diri, bahkan Allah swt akan mudahkan jalan untuk berada pada jalan yg baik..

tuan bijen:
tak jumpa lagi milo 1 malaysia.. hari tu terjumpa beras 1 malaysia, lebih kurang sama je harganya dengan beras biasa.. (",)

fuad ansari said...

kak syikin:
yup, mudah2an akan saling ingat mengingati..

ckin:
baru berangan2 nak dengar tips orang kembar.. (",)

queenie:
(",)

sama macam ustaz shamsuri penah cakap, kat dunia ni ingat satu je, "takmo jadi jahat".. (",)

sar:
wsalam wbt..
mungkin sar boleh cuba kikis dinding umar sar utk buat gulai.. boleh kita bertukar2 hidangan.. kot-kot rasanya lain.. (",)

mr tehr:
biar hati kecut, tapi amal jadi baik.. (",)

apan:
buatlah pilihan yg bijak..

bijak.. bijak.. (",)

ironinya, orang yg bijak dalam perkara dunia tidak semestinya bijak dalam perkara akhirat..

aween:
nak memilih minuman berperisa coklat tu mmg senang.. nak keluarkan duit yang malas tu.. (",)

kaloi:
takut bila try, dah takde kesempatan untuk bagitau ok atau tak.. (",)

fuad ansari said...

tyah:
alamak, baru perasan komen tyah.. sebab komen masuk dalam spam..

ok dah define.. baik mirip kebaikan Nabi saw..

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu”. (al-ahzab ayat 21)

Diriwayatkan oleh Saidatina Aishah r.anha ada dinyatakan ”Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran” (hadis riwayat Muslim).

kakibiskut said...

bak kata abng kepada abng kwanku, ~jika diri tak mampu jadi pandai, jadi lah orang baik..~

fuad ansari said...

kakibiskut:
tak semua orang boleh jadi pandai.. tapi semua orang boleh jadi baik.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...