Friday, January 13, 2012

KeNaPa JaNDa?

Sekembalinya dari peperangan Zat al-Riqa',
Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Jabir, "Wahai Jabir, adakah kamu sudah kahwin atau belum?" 
Jawabnya Jabir, "Sudah wahai Rasulullah" 
Rasulullah bertanya lagi "Adakah isteri kamu anak dara atau pernah kahwin (janda)?" 
Jabir jawab: "Tidak, dia pernah kahwin (janda)". 
Lalu Rasulullah berkata: "Alangkah baiknya mengahwini anak dara yang boleh bergurau dengan kamu dan kamu boleh bergurau dengannya". 
Jabir terus berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya bapa saya telah mati dalam peperangan uhud dan ditinggalkan tujuh anak perempuan, jadi saya telah berkahwin dengan seorang perempuan yang boleh menguruskan hal mereka serta dapat menanamkan perasaan persefahaman antara mereka". 
Jawab Rasulullah s.a.w: "Tindakanmu adalah betul dan tepat, insyaAllah".


(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain lain)
_____________________________

Ramli: Wahai Ajis, adakah engkau telah berkahwin?
Ajis: Sudah..
Ramli: Dengan anak dara atau janda?
Ajis: Dengan janda..
Ramli: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ajis: Kerana dia adalah jiran ibuku.. Memandangkan ibuku sedang sakit, sekurang-kurangnya bila aku balik ke kampungnya, aku juga akan dapat melawat ibuku..
_____________________

Ajis: Wahai Ramli, yang engkau pulak, adakah engkau telah berkahwin?
Ramli: Sudah, dengan seorang janda..
Ajis: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ramli: Aku lihat dia masih bergetah lagi..
Ajis: Eh eh, ke situ pulak.. Ada-ada saja la jawapan engkau ini Ramli..
Ramli: Aku gurau.. Aku lihat dia punya semangat agama yang baik.. Jadi aku harap, dia dapat membantuku dalam perkara agamaku.. 

p/s: 
-kadang-kadang, sesuatu perkahwinan itu harus berdasarkan satu matlamat yang jelas  kerana perkahwinan bukan sekadar nafsu semata-mata.. bukan sekadar i lap u, u lap me.. bukan sekadar senyumanmu menusuk kalbuku.. eh silap.. bukan kalbu.. tapi qolbu.. (kalbu=anjing, qolbu=jantung)
-entri ini adalah contoh semata-mata sebagai memberi komen untuk entri yang ini..

34 comments:

~PENCHENTA~ said...

:)

Mungkin boleh beri cadangan juga, macam mana nak menilai sebuah perkahwinan yang bukan dibina atas nafsu semata.

Ya Allah. Takut sebenarnya. Sebab keadaan sebelum berkahwin akan membataskan hubungan untuk saling mengenal. Semoga Allah jadi penilai yang sebaik2nya. :')

Btw, tenkiu encik. Gigih menulis post. Heheh. ;)

namasayatihah said...

Bagus fuad.peringatan buat lelaki bujang out there, ramai lagi anak dara yg menunggu ya..hee~

a friend of mine said, it is funny nowadays knowing that lelaki bujang prefer yg janda, suami org prefer yg anak dara..umm..pelik..;D

In my opinion fuad, yg ptg nya niat anda utk berkahwin..xslh pn memilih janda..ada hikmah di sebalik setiap peristiwa..;)

faraherda.razalan said...
This comment has been removed by the author.
faraherda.razalan said...

Malangnya, majoriti memilih yg sempurna melalui pandangan mata! Ini realiti.

Mcm komen yg Fuad ade beri pd sy semalam tentang masih ada org yg kesabarannya mencontohi kesabaran Rasulullah. Tapi majoritinya pula tidak mempunyai tahap kesabaran sebegitu....

RHI said...

janda atau dara dia tetap perempuan kan? kalau seorang janda punya kelebihan dan kekuatan iman dia layak dibuat isteri oleh siapa pun

cuma pandangan zaman kita sekarang berbeza..

intanrh said...

salam. tak semua janda tu tak baik kan.

Ca Ezah said...

lelaki sebaiknya kena persiapkan diri lebih banyak berbnding wanita sebab dia yang akan jadi imam dalam keluarga dan membimbing anak dan isteri..tak kisah la dia kawen dgn dara @ janda ,yg perfect or not...

Cikgu Ma said...

yaa...saya juga seorang janda...hehehe..

Egg Head said...

insyallah...erm...anak dara se janda pun se...hehehe...okai ape...

Norsha said...

... asal saja dia baik, punya agama dan mahu dibimbing, berakhlak serta bertanggungjawab, maka dara atau janda, itu soal ke dua....

Anonymous said...

sebuah perkahwinan harus ada matlamat, bukan main redah je..

saya setuju!

Bintu Salman said...

Ada segelintir dari satu golongan yang saya kenal. Saya cukup tak boleh terima sesetengah alasan yang mereka berikan. Takde matlamat yang jelas saya kira, belum matang lagi pun ye jugak kot. Hanya pandangan saya.

Golongan X : Saya nak kahwin dengan doctor.
Bakal Doctor : Kenapa state macam tu?
Golongan X: Sebab nanti isteri saya boleh rawat saya dan anak-anak saya.
Bakal Doctor : Huh. Baik tak kahwin takpe dari dapat lelaki yang nak doctor dengan tujuan ni. [Cakap dalam hati jelah tapi]

Afida Anuar said...

yang kat atas tu apa fuad? satu apa pun akak tak faham...

kalau diterbalikkan cerita, kenapa kamu berkahwin dengan duda anak 5 salwana?

aku lihat dia punya pegangan agama yang mantap. jadi aku harap dia dapat membimbingku ke jalan yang Allah redha. Dapat memimpin tangan ku ke syurgaNya...

boleh dak lagu tu?;)

mhafiz_ydin said...

Jemput minum kopi janda bang..

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Emmmm....mungkin sudah jodoh kot..?
hehe

Queenie said...

Salam Fuad,

janda ada baaaanyak pengalaman hal ehwal anak dara, isteri atau mungkin juga ibu tapi....

anak dara mana ada?
eheh!

APAN said...

maksudnya ramli pun kawen ngan janda la ye.tahniah kpd ramli...gayanya seorang yg berpandangan jauh.harap mencapai matlamat yg ingin dicapai tu.x ramai yg buat...aku respek ngan ramli :)

qalbu, nice info tu :)

ewanthology said...

kalau dah jodoh, terima sahaja

Mindaberbisa said...

Sungguh janda, ianya ikatan yang halal di sisi ALLAH, jauhi zina. :)

As said...

Ramai lelaki, walaupun dia ber-fikrah, still tidak berani mengambil risiko mengahwini wanita yang sakit.

Unknown said...

kalo da jodoh


eh eh pic tu sama cam entry kiter yg lepas laaa
ehehe

Unknown said...

janda or dara subjektif..soalnye hati...

L said...

huhu. rasa nk kawen jerk..

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, ada orang kata la kan. orang kata, saya tak. :D

kwen dgn si dara, blum tentu daramya, yg janda tentu jandanya.

~oh.. tpi tu sebenarnya mcm lgsung tak best kan bila nafsu keutamaannya. bukan nfsu yg akan dibwa ke perbicaraan nanti kan. :)

Ckin Kembaq said...

betul tu...tak leh pandang senteng je bab2 kawin ni... ^_^

Nida said...

As-salam..

Terima kasih kerana berkongsi...

p/s: selama ini selalu menggunakan perkataan kalbu, nasib baik hari ni membaca entri dari tuan tanah.. barulah tahu penggunaannya tidak tepat.

نور توفيقة ادريس said...

Comot betul jawapan "bergetah" tu....

Anyway, Fuad, it's not kalbu..
"Kalbun" or "Kalab" is dog..

fuad ansari said...

tyah:
yg penting, orang yg ingin berkahwin itu yg meletakkan matlamat yg baik di atas perkahwinan dia.. usah difikirkan matlamat pasangan kita.. bersangka baik yg dia juga ada matlamat yg baik..

mudah2an sedikit gambaran tentang si dia dapat membantu tyah dalam meletakkan matlamat.. (",)

mohon maaf atas kegigihan tersebut.. (",)

tihah:
mungkin kerana yg bujang mahu dibimbing tentang perkahwinan ketika yg sudah berkahwin sudah pandai membimbing.. (",)

fara:
ternyata ramai yg tertipu dek pandangan mata.. (",)

tapi saya juga berharap, kalau rancangan tv berjaya mengajar manusia berbuat maksiat, kenapa tidak rancangan tv juga mengajar manusia untuk berada pada tahap kesabaran sebegitu..

kak yatie awang:
yup janda atau dara dua2 perempuan.. (kalau lelaki mungkin akan disebut jandan..(",) )..

mmg rugi jika pandangan dikaburi dengan tujuan duniawi semata2..

sis intan:
yup tak semua janda tu tak baik.. mungkin jugak, perpisahan berlaku kerana dia akan berkahwin dengan orang yg lebih baik lagi..

cumanya mungkin bila dah berstatus janda, pengalaman mereka sgt berharga..

cikgu ma:
kalau macam tu, sesuailah kalau nak kawin dengna duda.. (",)

tuan jabbar:
yg lelaki akan berkata, cadangan yg baik..
tapi jangan sampai perempuan pulak yg berkata2.. masak lomak jadinya.. (",)

cikgu norsha:
iyelah cikgu.. betul jugak tu.. saya ingatkan itu soal pertama.. mujur cikgu cepat sedarkan saya.. (",)

cik gee:
hutan belantara pun kalau main redah je, boleh sesat.. inikan pulak perkahwinan.. (",)

kak yana lan:
ada jugak yg berani kawin doktor.. sy ada sedikit ketakutan di situ.. almaklumlah, doktor kan sibuk.. (",)

kot la isteri dia ada masa nak rawat family endiri.. silap2, antar hospital jugak.. (",)

kak afida:
mungkin akak kena bukak guna modzilla atau IE.. baru leh baca.. guna chrome susah sikit nak baca... (macam tau2 je akak guna chrome kan..)

boleh.. kira ok la tu.. pakej.. dapat suami dengan pakej dengan anak sekali.. dah takyah nak mengandung dah.. (",)

Sha said...

amboiii ramli...ishh

fuad ansari said...

hafiz:
sedap betul kopi janda ni.. pertama kali minum.. (",)

ieda:
wsalam wbt..
ye lah kan.. sudah jodoh.. jadi, kita jangan menjadi penghalang kepada jodoh.. (",)

queenie:
wsalam wbt..

tu yg mahal tu.. sepatutnya janda yg kena letak hantaran yg lebih tinggi.. (gurau2)(",)

apan:
ramli kawin dengan janda.. aku kawin dengna anak dara.. (",)

(kalb=anjing, qalb=jantung) penekanan kepada perbezaan huruf 'kaf' dan 'qof'..)

tuan iwan:
terima beserta matlamat yg baik.. (",)

kak syikin:
itu lebih baik kan.. (",)

as:
iyelah.. berat jugak rasanya.. mungkin sebab ramai yg sudah memasang angan2 ingin hidup gembira seperti pasangan lain.. lagi2 jika perkahwinan itu adalah yg pertama..

mungkin poligami dapat membantu dalam membela nasib wanita yg sakit.. tapi apakan daya, ramai yg bak berpoligami dengan yg sihat2 jugak..

TH:
gambar sama erk.. oh ye, ia sebagai meraikan TH yg nak kawin tak lama lagi.. (",)

papa mifz:
lepas ni kita tukar.. bukan soalnya hati.. tapi soalnya jantung.. (",)

hadis menterjemahkan seketul daging, yg jika baik daging itu, maka baiklah manusia tersebut sebagai 'al-qalb' yg bermaksud jantung.. (",)

L:
jangan rasa-rasa dah.. kawin je.. (",)

sar:
wsalam wbt..
betul jugak tu.. bijak2..

kalau cik sar yg kata pun, ok je.. (",)

ckin:
jika dipandang senteng, akan diambil enteng.. (",)

kak nida:
wsalam wbt..
saya cuma mahu membezakan penggunaan huruf kaf dan qof.. disebabkan kita mengambil perkataan tersebut dari bahasa arab, ada baiknya kita menyebutnya dengan sebutan yg lebih tepat.. (",)

pqa:
ye lah.. comot betul nampaknya.. nasib baik pqa tolong bersihkan.. (",)

Perkataan kalbu dianggap sebagai ungkapan qalb dalam bahasa yang dimelayukan. Ya, mungkin boleh, tetapi bagi yang mengetahui bahasa Arab ia agak berat sebab kalb iaitu dengan huruf `kaf’ (=kalb atau kalbun) dalam Bahasa Arab bermaksud anjing. Jika dengan huruf `qaf ` (=qalb atau qalbun) barulah bermaksud jantung.

teringat juga, sebutan wallahua'lam lebih tepat berbanding wallahu'alam..

yup, qalbun.. thanks pqa..

fuad ansari said...

sha:
ntah nye ramli ni.. mujur saya tak terpengaruh dengan ramli.. (",)

Kakzakie Purvit said...

Memilih janda atau gadis bukan pokoknya. Tetapi memilih berdasarkan sandaran yg digariskan dlm Islam adalah lebih baik...

fuad ansari said...

pokoknya, pokok kelapa.. eh silap..

pokoknya, memilih dengan matlamat yg jelas, semoga lebih mudah utk datang kepada Allah swt..

fuad ansari said...

Ca Cik Duyung:
yup, setuju..
sepatutnya begitulah..

dan wanita juga memang tidak boleh mengambil jalan mudah dengan langsung tidak menyiapkan diri.. kena la buat persediaan apa yg patut.. ringankan beban bakal suami.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...