Sunday, January 29, 2012

MaCaMaNa NaK JaDi BaiK?? (part 2)

Dalam kubur pun ada tv flat screen.. Rumah Ramli belum tentu ada lagi..
Dulu-dulu, Ajis pernah tak siapkan kerja sekolah.. Ajis pernah kena denda tulis ayat berulang kali..Ajis kena tulis ayat "saya janji saya akan jadi pelajar yang rajin" sebanyak 500 kali.. 

Petang tu Ramli pergi padang bola.. Tiba-tiba Ajis datang..
Ramli: Lambat ko Ajis hari ni? Selalu ko paling awal..
Ajis: Aku siapkan kerja sekolah dulu.. Naik kematu tangan aku kena denda pagi tadi.. Tak sanggup dah aku kena denda lagi.. 
Ramli: Kesiannn........ Tapi ok la, sekurang-kurangnya ko dah jadi rajin..
________________________

Ramli selalu bawak anaknya Amni membeli-belah di pasaraya.. Bila sampai di zon minuman berperisa coklat, Ramli tanya kat Amni..
Ramli: Amni nak mana satu, veeco ke meelo?
Amni: Nak meelo sebab boleh jadi sihat dan kuat..
Ramli: InsyaAllah.. Hakikatnya, siapa yang bagi sihat dan kuat?
Amni: Allah!!
Ramli: Pandai anak ayah..
_____________________

Hari tu Ajis borak-borak dengan Ramli:
Ajis: Ramli, macamana nak jadi baik?
Ramli: Asal ko nak buat jahat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak mendengki je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur", asal ko nak lambat-lambatkan solat je, ko ingat "tak lama lagi aku nak masuk kubur"..
Ajis: Lain macam nasihat ko Ramli..
Ramli: Cuba la dulu.. Belum cuba belum tahu.. Kalau ko dah cuba, silap-silap, nak beli rumah besar pun ko dah kurang bernafsu..
Ajis: Pulak...

p/s:
-Part 1 kat sini.. 
-"Ya Allah, sebagaimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkanlah akhlakku."
-Ketiga-tiga cerita di atas sebenarnya saling berkait..  
-Dah lama tak beli meelo.. Dah ada minuman berperisa coklat yang sekilo baru 10ringgit.. Okla tu... Janji ada rasa meelo sudahlah.. (",)
-Korang ada petua nak jadi baik tak? (",)

Monday, January 23, 2012

PeNGaLaMaN MeMBeLi RuMaH


Hari itu Ramli jalan-jalan cari rumah.. Ramli jumpa dengan jurujual rumah di sebuah kawasan bandar baru.. Besar betul bandar baru tu.. Banyak rumah yang hendak dijual..

Jurujual: Bos, mau beli rumah ka?
Ramli: A'ah, ada kosong lagi ke?
Jurujual: Ada, saya kasi tunjuk sama u aa... Ini rumah paling murah.. RM250,000.. Tapi dekat sikit sama pencawang.. U tambah 4 ribu, saya kasi u, rumah sebelah bukit.. Depan jalan besar, tambah 8 ribu.. Depan taman permainan, ini confirm u suka punya.. Tambah 20 ribu..
Ramli: Mahal jugak tu tauke..
Jurujual: Kalau itu macam, saya kasik u ini rumah.. murah dan aman tenteram.. 
Ramli: Ini rumah, kawasan mana tauke..
Jurujual: Ini rumah, sebelah kubur... Tiap-tiap kali u tengok kubur, u akan ingat mati dan banyak buat baik.. Orang pun, jarang lalu lalang dekat sini, amacam ok?
Ramli: Patutnya rumah ni la yang paling mahal, tauke.. Ermm, ok jugak ni.. Saya pun belum pernah dengar hantu makan orang..

p/s: 
Kubur adalah rumah yang berikutnya untuk kita semua..

Rumah kat atas tu RM1.3 juta.. Kalau Ramli beli jugak, boleh jadi, kais tanah makan tanah, kais dinding makan dinding.. 

Kalau orang datang rumah Ramli dan tanya, 'Kenapa dengan dinding rumah kau ni, Ramli". 
Ramli leh jawab, "Hari-hari aku kikis buat makanan..."
(",)

Thursday, January 19, 2012

KeBiaSaaN BuKaN KeMeSTiaN..

Ramli: Bukan main mesra lagi Sudin tu..
Ajis: Iyelah, bukan main lagi berkepitnya tu.. 

Beberapa minggu kemudian, Sudin berkahwin.. 

Ramli: Aik, dah tak berkepit dah aku tengok Sudin tu..
Ajis: Diorang dah puas berkepit kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
__________________________

Ramli: Amacam majlis tunang ko, Ajis..
Ajis: Ok, selamat..

Tak lama lepas tu, putus tunang..

Ajis: Jemput datang kenduri kawin aku bulan depan..
Ramli: Dengan siapa?
Ajis: Adalah.. dengan orang lain..
Ramli: Tak bertunang dulu ke?
Ajis: Tak..
Ramli: Kau dah puas bertunang kot.. 

(Kebiasaanya begitulah, tapi bukan kemestian..) 
_________________________

Ramli borak-borak sama Sarip.. Tua sikit je dari Ramli tapi anak sudah 4.. 

Ramli: Abang dulu kawin umur berapa, ramai dah anak.. Besar-besar pulak tu..
Sarip: Umur 21 dah kawin.. Masa tu kerja kilang je tapi gatal nak kahwin.. 
Ramli: Isteri abang kerja ke?
Sarip:  Tak..
Ramli: Cukup ke belanja makan semua..
Sarip: Alhamdulillah, apa yang abang makan, itu yang isteri dan anak-anak makan.. Apa yang abang pakai, itu yang mereka pakai.. Isteri pulak jenis tak meminta-minta.. Takde la kata nak mintak gelang emas ke baju baru ke.. Apa yang abang bagi, itu yang dia ambik.. Kalau abang ada lebih, bolehlah bagi lebih.. Kalau tak, dia tak bising.. 
Ramli: (senyap tak kata apa-apa.. sedang belajar dan memahami erti kehidupan.. patut la Ramli tengok anak dia pakai kopiah yang asalnya besar tapi dijahit menjadi kecik.. sekurang-kurangnya Ramli harus bersyukur dengan kehidupannya sekarang..)

p/s: ketika Ramli sudah tidak keruan untuk membeli rumah yang lebih besar, dan berkemungkinan akan terlibat dengan pinjamin riba', mereka anak-beranak kelihatan tenang dan sabar di dalam rumah yang lebih kecil dari rumah yang Ramli sewa.. Nak kena nasihat Ramli ni..

Friday, January 13, 2012

KeNaPa JaNDa?

Sekembalinya dari peperangan Zat al-Riqa',
Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada Jabir, "Wahai Jabir, adakah kamu sudah kahwin atau belum?" 
Jawabnya Jabir, "Sudah wahai Rasulullah" 
Rasulullah bertanya lagi "Adakah isteri kamu anak dara atau pernah kahwin (janda)?" 
Jabir jawab: "Tidak, dia pernah kahwin (janda)". 
Lalu Rasulullah berkata: "Alangkah baiknya mengahwini anak dara yang boleh bergurau dengan kamu dan kamu boleh bergurau dengannya". 
Jabir terus berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya bapa saya telah mati dalam peperangan uhud dan ditinggalkan tujuh anak perempuan, jadi saya telah berkahwin dengan seorang perempuan yang boleh menguruskan hal mereka serta dapat menanamkan perasaan persefahaman antara mereka". 
Jawab Rasulullah s.a.w: "Tindakanmu adalah betul dan tepat, insyaAllah".


(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain lain)
_____________________________

Ramli: Wahai Ajis, adakah engkau telah berkahwin?
Ajis: Sudah..
Ramli: Dengan anak dara atau janda?
Ajis: Dengan janda..
Ramli: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ajis: Kerana dia adalah jiran ibuku.. Memandangkan ibuku sedang sakit, sekurang-kurangnya bila aku balik ke kampungnya, aku juga akan dapat melawat ibuku..
_____________________

Ajis: Wahai Ramli, yang engkau pulak, adakah engkau telah berkahwin?
Ramli: Sudah, dengan seorang janda..
Ajis: Kenapa engkau berkahwin dengan janda?
Ramli: Aku lihat dia masih bergetah lagi..
Ajis: Eh eh, ke situ pulak.. Ada-ada saja la jawapan engkau ini Ramli..
Ramli: Aku gurau.. Aku lihat dia punya semangat agama yang baik.. Jadi aku harap, dia dapat membantuku dalam perkara agamaku.. 

p/s: 
-kadang-kadang, sesuatu perkahwinan itu harus berdasarkan satu matlamat yang jelas  kerana perkahwinan bukan sekadar nafsu semata-mata.. bukan sekadar i lap u, u lap me.. bukan sekadar senyumanmu menusuk kalbuku.. eh silap.. bukan kalbu.. tapi qolbu.. (kalbu=anjing, qolbu=jantung)
-entri ini adalah contoh semata-mata sebagai memberi komen untuk entri yang ini..

Wednesday, January 11, 2012

TiPS PeRNiaGaaN YaNG BeRJaYa..

Ramli jalan-jalan dengan anak bini di pasaraya.. Tiba-tiba Ramli didatangi oleh seorang individu yang sedang mempromosikan losyen kulit.. 
Penjual: Ok bang.. kojap yo.. nak promosikan barang baik ni.. hari ni last.. esok takdo promosi do.. bak tangan abang, ese sapu krim ni.. yang golap, bulih jadi putih, yang putih bertambah putih..
Ramli: Itu jo khasiat eh? 
Penjual: Banyak laie bang.. tujuh puluh tigo campur satu khasiat eh.. 
Ramli: Polik bona dongar eh tu...
Penjual: Ini krim bang, kok gatal, ilang.. kok bokodut muko, ilang.. kok takdo soghi muko, tambah soghi.. kok tak ensem, jadi ensem.. tapi muko macam abang ni, memang dah ensem nampak eh..
Ramli: Kok takdo gatal kulit, kok muko dah ensem, takdo lah guno eh krim ni do... 
Penjual: Aaa, itu lah pontingnya yang campur satu tu.. kulit kok tak gatal, muko kok ensem, mungkin oghang tu ado penyakit miang.. jadi, memang mujarab bona krim ni kok nak ilangkan penyakit miang tu..
Ramli: Miang pun bulih ilang..
Penjual: Iyo.. absolutely..
Ramli: Bak satu aaa...
Penjual: Nah, ambik duo.. spesel gift.. selamat mencubo..


Selepas beredar, isteri Ramli tanya..
Isteri Ramli: Awat abang pi beli?  Bukan betui pun apa yang dia habaq tu..
Ramli: Takdo abang percayo do.. sajo.. sian nampak eh.. ateh usoho dio tu, abang boli jugak la.. 
Isteri Ramli: Untung sungguh no kalau berniaga lagu direct selling ni..
Ramli: Itu baru niago.. kok buek usoho agamo, direct jumpo manusio cakap agamo, laie banyak untung eh..
  
Tiba-tiba anak Ramli, Amni mencelah.. 
Amni: Ayah, ayah, sat gi kita pi taman permainan buleh dak?
Ramli: Amboi, anak aku cakap utagha..
Isteri Ramli: Kata bahasa ibunda, sebab tu Amni ikut cakap ibu kan..


p/s: suka kata-kata ni..
You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun,but it didn't change her goodness or her 'aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always and place your full trust in Him...He's the central focal point of our lives. - Heba El-Haddad

Sunday, January 8, 2012

JaNGaN SuDiN, JaNGaN..

Ajis jalan-jalan dengan Sudin.. Sudin nampak gerai makan dengan menu nasi bujang..

Sudin: Jom Ajis, kita makan nasi bujang..
Ajis: Jangan Sudin, jangan..
Sudin: Jom laa, aku belanja..
Ajis: Jangan Sudin, jangan..
Sudin: Jom laa.. Kalau kita makan, baru boleh terasa bujang..
Ajis: Aku bilang jangan, jangan.. Apa kau dah lupa ke yang kau dah kawin.. Orang dah kawin kalau terasa bujang, buruk padahnya..
Sudin: Ala kau ni, nak terasa bujang sikit pun tak boleh.. 

p/s:
-Nasib baik Ramli takde.. (",)
-Ramli sedang bercuti dengan harapan dapat temankan anaknya Amni mandi swimming pool.. tapi apakan daya, asyik kena halau je.. Ramli tak sanggup nak pakai swimming trunk, seluar pendek mahupun tanpa berbaju.. Ada tak swimming suit lelaki yang sopan dan menutup aurat erk? huhu..

opps, ada tambahan lagi:
-Ramli kata, dia kurang terkejut jika ada pelajar kita yang kelihatan berubah penampilan bila berada di luar negara.. Ramli lebih terkejut jika ada pelajar kita yang sudah awal-awal berubah penampilan walaupun baru berada di negera sendiri..
-Dulu, Ramli satu kolej dengan pelajar A level yang hendak ke luar negara. Teringat pesan orang-orang lama kepada mereka, "kamu sudah kesuntukan masa untuk datang kepada usaha agama... Jika kamu tidak datang sekarang, saya risau bila kamu balik Malaysia nanti, kamu akan dikasihani dan bukan dikagumi.."
-Cuma bagi saya, selagi mana seseorang itu masih hidup, dia masih punya harapan untuk berubah kepada yang baik bahkan untuk jadi lebih baik dari diri ini.. 

Tuesday, January 3, 2012

SoaLaN PePeRiKSaaN aGaMa KeRTaS JaNuaRi..

1) Ahmad mempunyai dua pilihan iaitu Aminah dan Hajar sebagai calon isteri. Ahmad akhirnya memilih Aminah. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Jodoh telah ditentukan oleh Allah swt..
b) Manusia berhak memilih jodoh mereka..
c) Manusia memilih jodoh mereka tetapi hakikatnya ia merupakan ketentuan Allah swt..
d) Manusia tidak mampu memilih jodoh mereka bahkan ia ditentukan oleh Allah swt..
e) Rugilah Ahmad kerana tidak memilih kedua-duanya..

2) Johari memilih untuk membunuh diri akibat tekanan hidup. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Ajal maut telah ditentukan oleh Allah swt..
b) Johari telah menentukan waktu ajalnya sendiri berbanding waktu ajal yang telah ditetapkan oleh Allah swt..
c) Johari kelihatan telah memilih waktu ajalnya tetapi hakikatnya ia telah ditentukan oleh Allah swt..
d) Johari tidak mampu memilih waktu ajalnya bahkan ia berlaku dengan ketentuan Allah swt..
e) Johari membuat pilihan yang salah.. 

3) Kassim seorang yang miskin. Dia bekerja keras untuk hidup dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya, tetapi dia masih tetap miskin seperti dahulu. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang PALING tepat:
a) Kaya atau miskin seseorang adalah ketentuan Allah swt..
b) Kaya atau miskin seseorang berkadar langsung dengan usaha seseorang itu..
c) Kassim kelihatan telah berusaha untuk menjadi kaya tetapi hakikatnya kaya atau miskin telah ditentukan oleh Allah swt..
d) Usaha Kassim tidak mampu mengubah dirinya menjadi kaya bahkan kaya atau miskin itu berlaku dengan ketentuan Allah swt..
e) Pekerjaan Kassim bukanlah jenis pekerjaan orang-orang yang kaya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...