Tuesday, November 22, 2011

iNiLaH BaLaSaN PeRBuaTaN MeReKa..

Sukan Sea 2011 di Jakarta dan Palembang hampir melabuhkan tirainya.. Sudah pasti, ada yang suka, dan ada yang duka.. Apa-apa pun, menang dan kalah adat permainan.. 

Cumanya, sedikit tercalit perasaan kecewa tatkala melihat layanan kurang baik sebilangan rakyat Indonesia terhadap atlet negara di sana.. Boleh dikatakan hampir di setiap acara sukan, atlet kita dipersendakan.. Dimanakah silapnya?? Dimanakah semangat kesukanan??

Aku rasa, mungkin sikap mereka dipengaruhi oleh layanan kurang baik sebilangan rakyat kita terhadap pendatang asing tanpa izin dan pembantu rumah Indonesia.. Tatkala aku juga merasakan ia diimbangi oleh pecah amanah oleh sebilangan pembantu rumah dan pecah rumah oleh sebilangan rakyat mereka di sini..

Semalam, Harimau Malaya membaham Garuda dalam acara bola sepak.. Depa kata, ibu segala pingat..  

Aku cuma ingin memetik kata-kata pengulas dan blogger sukan, Rizal Hashim di kaca televisyen"Mungkin itulah balasan terhadap perbuatan mereka sebagai memadam sedikit keegoan yang ada.."  Padu sungguh tendangan kata-kata ini..

Ayuh Indonesia dan Malaysia.. Kalaupun kamu tidak boleh bersatu atas nama negara, bersatulah  atas nama agama dan kemanusiaan... 

Ayuh lupakan segala persengketaan.. Ingat!! jangan diharap sangat layanan baik dari orang yang di atas andai kamu berada di bawah.. Berilah layanan yang baik kepada orang yang di bawah andai kamu berada di atas..

21 comments:

faraherda.razalan said...

Cool! Sy setuju dan suka entri nie 110%

Jgn mengharapkan kebaikan org lain melainkan kita berbuat baik pada org tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Insya-Allah....

Cikgu Ma said...

kerana bola solat tertinggal...kerana bola tak berakal, manusia yang berakal boleh berselisih angin, kerana bola, ada yg maut...moral of the story, indahnya kalau semangat dan sokongan tu dihidupkan dalam perjuangan islam..

mhafiz_ydin said...

Keluar dgn jemaah India ka, Indonesia ka, arab ka, mana2 ja, aku rasa semua macam family.. jadi kena ajak depa semua keluar jemaah. =)

Afida Anuar said...

Sentap juga akak baca komen-komen mengutuk di twitter semalam pasal kemenangan ni...aduhh tak pasai-pasai jadi dosa pula.

ewanthology said...

ada benarnya...

~PENCHENTA~ said...

Mak saya kata, Indonesia dan Malaysia memang serumpun tapi tak sebulu. Hmm.

Norsha said...

moralnya, jangan berdengki....

soutulmujahid.com said...

apa yg pelik, amah kat arab saudi lagi teruk dilayan. tp kenapa diorang layan org malaysia mcm tahi?

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum,

Beberapa kali saya ke Indonesia, kebencian mereka terhadap Malaysian boleh dilihat. Satu perkara yang mereka sayang tentang Malaysia adalah Siti Nurhaliza. Pergi ke mana2 bahagian negara mereka pasti ada yang bertanya tentang dia.

Tetapi situasi berbeza apabila bersama2 dengan jemaah dari sana. Terasa kita bersaudara. Usaha bersama atas agama Allah satukan hati - hati dan jiwa - jiwa yang ada.

"terpanjang pulak ^^, "

Kakzakie Purvit said...

Hahaha.... ketawa besar kakak sebab gembira bila sesuatu yg dibanggakan dicampur rasa dendam dan ego akhirnya kecundang. Lupa ada yg lebih berkuasa sebagai penentu inilah jadinya...

Menusuk Hati said...

kalau sempurna iman mereka,tentu tak akan ada caci maki dpd mereka..oh..

Hidayatullah said...

kalau subuh mcm stadium GBK.. konfem dunia bawah kaki org islam

APAN said...

entah sampai bila la mende ni...pemikiran mcm tu pyh betul nak ubah...bila mereka degil sangat ngan kebencian mereka tu, kita sebagai rakyat malaysia pun boleh terbakar gak sikit2.kesian kpd mereka yg bekerja kat sini.sebab orang sana wat perangai kat sini yg tahan telinga...

Mindaberbisa said...

Apabila kecemburuan memenuhi jiwa. Itulah padahnya encik fuad.

fuad ansari said...

Fara:
kita yg dibumi sendiri pun biasa mendapat layanan kurang baik dari orang atasan, apalah yg depa harapkan layanan yang baik dari majikan kan.. (",)

dahsyat sgt setujunya tu kalau melebihi 100%.. (",)

cikgu ma:
itulah tu..
tgk bola, ikut nafsu..
menegakkan agama, tekan nafsu..
ternyata ramai yg suka ikut nafsu dari tekan nafsu.. (",)..

astaghfirullah hal 'azim....

hafiz:
iyelah.. same goes to me..

mungkin kalau sebab bola, menyokong pasukan yg berbeza.. kalau sebab agama, menyokong matlamat yang sama... (",)

ironinya,
kalau nak keluar jemaah, selalu kena ajak..
kalau nak tgk bola, selalu tak payah ajak..

salah sy la tak ajak depa keluar jemaah...

kak afida:
kak afida pun ada twitter.. (",)

depa ni kalau bab kutuk mengutuk, sy tengok dah macam orang yg takde agama je sbb berlebih2 sgt kutukannya tu..

astaghfirullah hal 'azim..

fuad ansari said...

tuan iwan:
dan ada baiknya kalau kita tak bersengketa kan.. (",)

tyah:
(",)... jgn sampai kena cukur bulu2 tu.. baru tau nasib takde bulu.. (",)

cikgu norsha:
dok mendengki, satu sen pun tak dapat... dpt dosa je lah kot.. kira ok lah tu.. (",)

soutul mujahid:
mungkin sebab depa ingat tahi yg ni lebih wangi dan boleh dilayan... tahi yang betul, depa tak sanggup nak layan.. (",)

ustazah iqa:
wsalam wbt..
sy lihat, sikap begitu hanya akan menyukarkan mereka untuk maju dalam kehidupan..

atas maksud agama, Allah swt satukan hati dan jiwa... Hebat Allah kan...

terpanjang takpe.. kalau lagi panjang, terus saya copy, then buat entri yang lain.. (",)

kak zakie:
cuba bayangkan kalau team malaysia kalah, bertambah-tambah ego mereka agaknya...

ternyata Dia yang lebih mengetahui siapa yang berhak utk menang...

fuad ansari said...

tuan saiful:
kesempurnaan iman membawa kepada kebaikan hati.. kebaikan hati membawa kepada kebaikan perbuatan.. (",)

penting betul usaha atas iman kan.. (",)

hidayatullah:
kalau subuh macam stadium GBK, terus solat subuh kat situ je.. (",)

apan:
alhamdulillah, kita tak terikut sgt dgn sikap mereka.. kalau tak, mau jugak tak hidup rakyat depa kat sini..

alhamdulillah..

sama2 pesan kepada diri sendiri, benda buruk jgn diikut..

kak syikin:
punya banyak perkara baik utk dipenuhkan dalam jiwa, kecemburuan jugak yang dipilih.. haishh..

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, jangan harapkan balasan dalam apa jua kan. lebih2 lagi bila ada yang membezakan kedudukan antara kita. tapi Dia, sama je. :)

p/s: orang yang tengok yang nervous terlebih. hee

Anonymous said...

ermm.. pendek kata, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. maksudnya, bukan semua org indonesia mengeji malaysia, dan bukan semua orang malaysia mengeji indonesia. kata2 oleh pengulas sukan tu menmpakkan sisi ketidakprofesionalan dia dlm bekerja. bukankah rezeki itu ditentukan oleh Dia? tidak kira siapa pon yg memperolehinya?

Mindaberbisa said...

Masing-masing nak tunjuk taring tapi tak segagah taring harimau malaya. :)

fuad ansari said...

sar:
wsalam wbt...
ramai yg kisah darjat pada pandangan manusia... moga lebih ramai yg kisah darjat di sisi Allah swt..

orang yg tgk kadang2 kelihatan lebih pandai main dari yg sedang bermain.. (",)

cik gee:
kerana sirap setitik, susu sebelanga jadi sirap bandung.. (",)

kak syikin:
itu belum lagi kalau kak syikin tunjuk gigi taring.. kalau tunjuk, tau la nasib.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...