Wednesday, November 30, 2011

TaK SeMua oRaNG aKaN KaTa, "iNi JoDoH"

Semua orang tampak sepakat mengatakan, jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah swt.. Aku juga tidak mahu menafikan perkara ini...

Bila seorang lelaki bujang ingin mengahwini seorang wanita bujang, orang yang melihat mengatakan:
"Alhamdulillah, inilah yang dikatakan jodoh..."

Bila seorang lelaki bujang ingin mengahwini seorang janda anak lima, orang yang melihat mengatakan:
"Alhamdulillah, inilah yang dikatakan jodoh.. Baik betul lelaki tu..."

Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang wanita bujang, orang yang melihat mengatakan:
"Ini bukan jodoh, ini gatal namanya.."

Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda tiada anak, orang yang melihat mengatakan:
"Ini bukan jodoh, ini gatal namanya.."

Bila seorang lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda anak lima, orang yang melihat mengatakan:
"Entahlah, mungkin jugak jodoh, mungkin jugak gatal.. "

Nampak kan, tak semua jodoh akan diiktiraf sebagai jodoh... (",)

PERSOALANNYA: 
Ada ke lelaki yang sudah beristeri ingin mengahwini seorang janda anak lima??

p/s: 
Aku: Awat Ramli terus berblogging, kata nak berhenti?
Ramli: Ceq kalau bab poligami ni, dandan tangan gatai nak menulis..
Aku: Ceq harap hang terselamat dari serangan Pertubuhan Wanita-wanita Bersatu (PWB).. 
Ramli: Semoga depa tak baca entri ni.. Sat lagi, kepala ceq, depa putaq..

(",)

Monday, November 28, 2011

BeRHeNTi BLoGGiNG..


Alkisah, di malam minggu, Ramli memasuki bilik yang menempatkan laptop beserta kemudahan internet.. Di bilik itulah Ramli selalu berblogging..

Baru sahaja Ramli menekan suis 'on' pada laptop yang diletakkan di atas sebuah meja kecil, anaknya Amni memasuki bilik tersebut.. Tidak semena-mena, Amni mencapai tangan ayahnya lalu membawa ayahnya ke ruang tamu.. Ramli yang terpinga-pinga hanya menurutkan kehendak anaknya itu.. Mungkin ada sesuatu yang mahu ditunjukkan Amni kepada ayahnya..

Sangkaan Ramli meleset. Amni kemudiannya meninggalkan ayahnya di ruang tamu, memasuki semula bilik tersebut dan duduk dihadapan laptop.. Mungkin Amni mahu membuat blog baru kerana blog ayahnya  lebih banyak yang menolak dari yang menarik, bisik Ramli di dalam hati dengan sangkaan yang baik..

Ramli hanya meninjau di daun pintu... Kemudian, Ramli berkata, "Amni, sleep, sleep.."

Amni pun segera meninggalkan laptop.. Amni pergi mengambil bantal yang berada di ruang tamu... Kemudian, Amni menuju semula ke bilik tersebut, meletakkan bantal di hadapan laptop lalu tidur di situ.

Ramli hanya mampu memerhatikan.. Bilik yang menempatkan laptop kini di bawah jajahan takluk Amni yang baru berusia setahun setengah... Itulah sebabnya Ramli terpaksa berhenti berblogging.. Ramli harap alasan itu cukup kukuh sebagai menjawab persoalan kenapa Ramli berhenti dari berblogging..

p/s: Salam Tahun Baru Awal Muharram.. Apa azam tahun baru anda?? 

Friday, November 25, 2011

oH MaMa, SaYa MaHu KaHWiN!!


Seseorang yang masih belajar di universiti tetapi sudah mahu berkahwin.. Istilah lain, kahwin muda.. Saya lihat ramai yang punya pandangan berbeza..

Satu golongan berkata:
1) Kewangan tak kukuh.. Kalau termengandung macamana?? Nak susahkan mak ayah??
2) Rezeki adalah hak Allah.. Tapi kita tak boleh la letakkan 100% kepadaNya..
3) Jangan tergedik-gedik nak kawin awal esok tergedik-gedik nak cerai awal.
4) Asal nak elak zina, kahwin. Asal nak elak zina, kahwin..
5) Jika dicanang-canangkan "jangan takut kawin awal", maka perlu juga dicanang-canangkan "takutlah cerai awal".
6) Kalau tak cukup duit lagi macamana?? Nak buat kenduri kahwin lagi..
7) Hingus pun meleleh lagi.. Fikiran pun tak matang lagi.. Dah menggedik nak kahwin awal..
8) Awat, ingat kahwin ni senang ka?

Satu golongan menjawab:
1) Yakin pada Allah swt.. Dia pemberi rezeki.. Tak salah kalau ahli keluarga mahu membantu..
2) Bersangka baiklah pada bantuan dan pertolongan Allah swt..
3) Kahwin lambat pun ada yang bercerai awal..
4) Tidak dinafikan banyak lagi cara untuk elak zina, tapi kahwin juga adalah diantara caranya...
5) Harus dicanang juga bahawa ganjaran pahala untuk setiap amalan kebaikan orang yang berkahwin adalah berganda..
6) Nikah gantung itu lebih baik dari dosa yang bergantungan banyaknya.. Islam itu mudah, jangan disusahkan..
7) Matang itu subjektif. Tidak semestinya masih belajar, tidak matang..
8) Kalau kahwin lambat, adakah ia akan menjadi senang??

Saya cuma mahu berkata:
-Jika anda yakin dengan janji dan pertolongan Allah swt, berkahwinlah awal.. Jika masih belum yakin, jangan kahwin awal..
-Saya belum pernah melihat orang yang berkahwin awal, mati kebuluran..
-Kehidupan dalam kesusahan adalah mirip kepada kehidupan Nabi saw...
-TEPUK DADA, TANYA IMAN... (",)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur 24: 32)

p/s: anda rasa, anda sokong yang mana?? (",)

Tuesday, November 22, 2011

iNiLaH BaLaSaN PeRBuaTaN MeReKa..

Sukan Sea 2011 di Jakarta dan Palembang hampir melabuhkan tirainya.. Sudah pasti, ada yang suka, dan ada yang duka.. Apa-apa pun, menang dan kalah adat permainan.. 

Cumanya, sedikit tercalit perasaan kecewa tatkala melihat layanan kurang baik sebilangan rakyat Indonesia terhadap atlet negara di sana.. Boleh dikatakan hampir di setiap acara sukan, atlet kita dipersendakan.. Dimanakah silapnya?? Dimanakah semangat kesukanan??

Aku rasa, mungkin sikap mereka dipengaruhi oleh layanan kurang baik sebilangan rakyat kita terhadap pendatang asing tanpa izin dan pembantu rumah Indonesia.. Tatkala aku juga merasakan ia diimbangi oleh pecah amanah oleh sebilangan pembantu rumah dan pecah rumah oleh sebilangan rakyat mereka di sini..

Semalam, Harimau Malaya membaham Garuda dalam acara bola sepak.. Depa kata, ibu segala pingat..  

Aku cuma ingin memetik kata-kata pengulas dan blogger sukan, Rizal Hashim di kaca televisyen"Mungkin itulah balasan terhadap perbuatan mereka sebagai memadam sedikit keegoan yang ada.."  Padu sungguh tendangan kata-kata ini..

Ayuh Indonesia dan Malaysia.. Kalaupun kamu tidak boleh bersatu atas nama negara, bersatulah  atas nama agama dan kemanusiaan... 

Ayuh lupakan segala persengketaan.. Ingat!! jangan diharap sangat layanan baik dari orang yang di atas andai kamu berada di bawah.. Berilah layanan yang baik kepada orang yang di bawah andai kamu berada di atas..

Saturday, November 19, 2011

Iniii Seriuuuuuus........

Wahai diri,
Andai engkau ditimpa ujian yang berpanjangan..
Dan engkau tidak mampu untuk lari dari ujian tersebut..
Terimalah dengan hati terbuka..
Sekurang-kurangnya ia memudahkanmu untuk menangis dalam setiap doamu.. 

Wahai diri,
Kalaupun engkau terlepas dari ujian yang berpanjangan..
Dan engkau berasa sangat gembira dengan hidupmu ketika ini..
Kenangilah dosamu..
Semoga ia juga akan memudahkanmu untuk menangis dalam setiap doamu..

Wahai diri,
Andai engkau memilih untuk sibukkan dirimu dalam perkara agama..
Allah swt akan mudahkan urusan duniamu..
Andai engkau memilih untuk bersenang-lenang dari perkara agama..
Allah swt akan sibukkan urusan duniamu..
Tatkala, kesibukan agama itu kegembiraan dan kesibukan dunia itu kekusutan..

Wahai diri.
Kalaupun engkau mampu untuk bersenang-lenang dari kesibukan agama dan dunia,
Fikirkanlah akan kesibukan seksaan di akhirat sana..
Maka, aku berharap engkau membuat pilihan yang sewajarnya....

Luah rasa malam sabtu.. 
(tak kiralah malam apa sekalipun.. setiap malam sangat bermakna.. )

p/s: 
-maaf, entri ini nampak serius.. (wonderpet kata, iniiii seriuuuuus..)
 -teringat seorang peserta rancangan solehah di tv alhijrah berkata (lebih kurang), "kami yang berada di dalam program realiti dakwah pulak yang dikatakan sebagai fitnah, walhal lebih banyak program realiti lain yg jauh dari landasan agama.." 
(aku tak tau kenapa dalam perkara macam ni, aku sukar memberi komen.. cukup aku katakan, setakat hari ini, aku tidak mampu untuk menjadi orang yg menyokong mahupun orang yang membantah..)

(",)..

Wednesday, November 16, 2011

KoTa KeRiaNGaN..

Hari itu Bibah cuti.. Bibah jalan-jalan di Genting Highland.. Dia mahu mencari keriangan setelah keboringan bekerja..Orang kata, Genting Highland kota keriangan.. Siapa tidak kenal Genting Highland.. Sebuah tempat yang mana kasino kelihatan lebih menarik dari kedai makan... Lagipun dalam kasino, anda boleh makan hati berulam jantung..

Menyedari tempat itu tidak mampu memberikan keriangan seperti yang diharapkan, Bibah hanya berjalan-jalan.. Tiba-tiba Bibah didatangi seorang wanita berjubah hitam dan berpurdah, memberinya dua buah buku agama secara percuma.. Dalam kesibukan insan lain mencari keriangan, wanita itu mencari keredhaan Allah swt.. Alhamdulillah.. 

Usai berjalan, Bibah balik ke bilik penginapan.. Dicapainya remote tv.. Acara sukan sea di kolam renang sedang ditayangkan... Kedengaran pengulas berkata, undang-undang terbaru tidak membenarkan lagi penggunaan full body swimming suit yang kelihatan lebih banyak menutup tubuh kerana ia menyebabkan perenang berenang dengan lebih laju.. Maka, half body swimming suit yang kelihatan lebih terdedah sahaja yang dibenarkan.. Terus Bibah tutup tv... Karut betul manusia ni kalau buat undang-undang.. Teknologi sukan pulak yang disalahkan.. Ke tak puas mata memandang..

Lantas dicapainya buku yang dia perolehi tadi.. Buku itu sungguh menarik sehingga begitu tekun Bibah membacanya.. Buku itu bermula dengan kata2, "siapa yang menyuruhmu memakai hijab??" Buku itu penuh dengan pesanan.. Antaranya..

"Janganlah engkau menjadi seperti orang yang berkata: Aku bersama manusia, bila mereka baik, aku baik, bila mereka berbuat jahat, aku pun ikut berbuat jahat, akan tetapi luruskan dirimu, bila mereka baik, baiklah, dan jika mereka jahat, jauhilah kejahatannya... "

Lalu, Bibah pun tidur dengan nyenyaknya setelah memperoleh keriangan dengan membaca buku tersebut... Alhamdulillah.. 

p/s: punya banyak nama, nama Bibah jugak yang laku.. maaf Bibah, pinjam nama kamu.. (",)

Wednesday, November 9, 2011

TAG Heuer

Di malam raya korban..
Ali: Sian den tengok lombu tu.. Takdo selero makan nampak gayo eh..
Ramli: Napo??
Ali: Esok nak kurban, maun eh tak risau.. Mano nak ado selero makan malam ni..
Ramli: Iyolah tu.. Ado pulak disamokan manusio dongan lombu.. Kiro untung la lombu tu mati takdo hisab.. Takdo apo yang nak dirisaukan do..
Ali: Yo tak yo jugak kan..

Sebagai menjawab tag oleh Titisan Hujan

11 perkara mengenai diri ini..

lebih cenderung mengemas dari memasak
lebih berbakat lari jarak jauh dari lari pecut
lebih suka bersangka baik dari berterus terang
lebih suka malam dari siang
lebih meminati bahasa arab dari bahasa inggeris
lebih suka kerja luar dari kerja pejabat
lebih suka merekabentuk dari menganalisa
lebih suka berbincang dari membuat keputusan sendiri
lebih suka bola sepak dari memancing
lebih suka subjek agama dari subjek matematik
lebih suka diam dari percakapan yg tidak baik

sebagai menjawab persoalan.. 

 1. sampai hari ni bape kali dah kapel..hahaha
tak berani nak kapel... naik kapal berani la..
2. tadi bangun subuh kol bpe?
600saat sebelum subuh.. mujur bersiap2 hanya memakan masa 480 saat..
3. bila marah buat apa?
diam.. kata2 ketika marah boleh menimbulkan kecederaan parah pada telinga yg mendengar..
4. banyak-banyak cite kartun,kartun pe paling best?
kampung boy..
5. biasa lepas maghrib buat apa erk?
buat-buat baik.. 
6. seminggu bpe kali jogging?
dah jarang berjogging.. main futsal selalu la..
7. suka minum susu?
suka... (kadang2 sakit perut bila minum susu2 tertentu)
8. cuti raya haji balik?kenapa?
balik.. best pulak rasanya gotong-royong menumbangkan lembu..
9.sebab apa ada blog?
ingin mengurangkan penggunaan kertas.. cintailah alam sekitar.
10. pegi kerja/belajar naik apa?
kereta..
11. suka hujan???
best jugak tido waktu hujan kan.. (",)

Just nak tanya:
 Mana lebih baik?? 
mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air dan mengerjakan solat tapi solat tidak sah..
ATAU
mewarnakan rambut dengan pewarna tidak telap air dan terus menerus tidak bersolat..

Wednesday, November 2, 2011

F.A.Q

Apakah itu FAQ?? Jawapannya mudah.. FAQ bermaksud Frequently Asked Questions.. Kriteria yang mampu menyumbang banyak markah apabila berlakunya audit web adalah bilamana sesuatu web dapat menyediakan pautan FAQ.. Ia memudahkan orang ramai untuk memahami perkara-perkara utama berkenaan jabatan anda..

Ini adalah contoh FAQ.. Ulang suara, CONTOH.. Jawapan yang diberikan bukanlah jawapan yang sebenar.. Jawapan anda mungkin lebih tepat berbanding jawapan yang diberikan..

Q1: Apakah itu poligami?
A1: JIka origami bermaksud lipatan kertas.. Poligami mungkin bermaksud banyaknya kertas.. Makanya, banyak kertas yang harus ditandatangani..

Q2: Adakah poligami dapat membantu menyelesaikan masalah wanita yang tidak berkahwin?
A2: Mungkin....

Q3: Kenapa berpoligami?
A3: Kerana nisbah wanita lebih ramai dari lelaki..

Q4: Apakah poligami dapat membantu menyelesaikan masalah sosial yang timbul akibat ketidakseimbangan jantina dalam masyarakat?
A4: Mungkin.....

Q5: Kenapakah sering berlaku penceraian terhadap isteri pertama apabila adanya rancangan untuk berpoligami?
A5: Pandangan negatif masyarakat terhadap poligami..

Q6: Kenapa masyarakat memandang negatif terhadap poligami?
A6: Kerana masyarakat lebih ramai dianggotai oleh wanita.. Dan poligami bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk wanita.. Hakikatnya bukan juga sesuatu yang menyeronokkan untuk lelaki.. Mungkin seronok pada awalnya dan tidak seterusnya.. Senang kata, memegang amanah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan..

Q7: Siapakah yang layak untuk berpoligami?
A7: Tiada penyakit TB... Erm.. Entahla.. Anda jawab la sendiri..

Ingat, ini hanyalah sekadar contoh FAQ buat yang tertanya-tanya apakah itu FAQ.. Sekian..

p/s: jawapannya mudah.. tapi ingat, ia tidak semudah yang disangka.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...