Wednesday, October 26, 2011

aNTaRa SaDDaM, GaDDaFi DaN PemIMPiN YaNG LaiN..

Firaun:
Dia menggelar dirinya Tuhan.. Namun, di akhir kehidupannya, ketika dia hampir mati akibat lemas di lautan, dia berkata, "aku beriman dengan  Tuhan kepada Musa as".. Namun, segala-galanya nampak sudah terlambat untuk taubatnya diterima Allah swt..

Namrud:
Dia juga adalah pemerintah yang mengganggap dirinya Tuhan.. Bertanggungjawab dalam memerintahkan rakyatnya mengumpulkan kayu api yang banyak buat membakar Nabi Ibrahim as... Keangkuhannya berakhir apabila Allah swt menghantar seekor nyamuk untuk memasuki kepalanya. Akhirnya Namrud mati di atas singgahsananya dengan kepala yang pecah selepas tidak mampu lagi menahan kesakitan gigitan nyamuk.

Mustafa Kamal Ataturk:
Dia adalah Presiden pertama Turki selepas berjaya menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.. Dia bertanggungjawab memasukkan unsur-unsur sekular ke dalam negara Turki. Bertudung tetapi memakai skirt serta menukarkan masjid kepada gereja dan muzium adalah antara gambaran pemerintahannya.. Selepas kematiannya, jasadnya tidak diterima bumi sehingga terpaksa ditanam di dalam binaan batu marmar seberat 44tan di atas sebuah bukit.. 

_________________


Saddam Hussien:
Dia adalah Presiden Iraq yang memerintah lebih 30tahun.. Pembunuhan beramai-ramai ummat Islam Kurdish melalui senjata kimia adalah sangat sinonim dengan pemerintahannya.. Kalah dalam mempertahankan negara, adalah detik kejatuhannya. Ia bermula dengan temberang Amerika terhadap simpanan nuklear walaupun Amerika kelihatan mahukan minyak di Iraq. Di akhir-akhir kehidupan pemimpin Iraq ini, dia terpaksa menyorok di lubang tikus.. Sesuatu yang sukar digambarkan buat seseorang yang selama ini duduk di atas kerusi empuk istana. Dia kemudiannya ke tali gantung selepas disabit kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa. (tetapi, sekurang-kurangnya dia sempat mengucapkan kalimah Allah di akhir hayatnya..)

Muammar Gaddafi:
Dia adalah pemimpin Libya selama 42 tahun.. Dikatakan seorang pejuang pada awalnya. Malangnya, bersuara lantang terhadap Barat dan Yahudi tidak cukup menjadikannya pemimpin yang mampu membantu negara Palestin.. Dia dikatakan menzalimi ulamak dan rakyat yang menentangnya sehingga masjid sanggup dihancurkannya. Kekuasaan dan harta kelihatan telah melupakannya kepada maksud asal perjuangannya.. Masuk campur barat yang mahu menjatuhkannya dan kebangkitanan rakyat Libya yang disogok dengan kisah-kisah kezalimannya, memudahkan Gaddafi untuk digulingkan. Jasanya membangunkan Libya tidak harus dilupakan tetapi kezalimannya juga mungkin sukar untuk dilupakan. Di akhir kehidupannya, dia terpaksa menyorok  di terowong kumbahan.. Sedihnya, mayatnya juga turut diaibkan.. 

p/s: 
-bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon juga kelihatan menerima nasib yang tidak baik.. 
-artikel ini adalah sekadar pandangan penulis.. Tidak dapat dinafikan, pandangan manusia sangat lemah berbanding pandangan Allah swt.. 
-artikel ini tidaklah bermaksud, Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Mustafa Kamal Ataturk, Firaun dan Namrud adalah setaraf.. Biarlah Allah swt sahaja yang menentukan kedudukan mereka disisiNya..

26 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Sejahat-jahat iblis pun tak pernah mengaku diri mereka Tuhan, tapi manusia begitu rendah sekali meletakkan diri mereka hingga sanggup mengaku diri mereka Tuhan...

Cikgu Ma said...

assalamualaikum...
setuju dengan pandangan tuan Abd Razak..

"setiap pemimpin bertanggungjawab/ disoal ke atas pimpinannya"

Marina Ali said...

Assalamualaikum Tuan Fuad...kadang2 terfikir dalam diri benarkah amalan2 rakyat yg tersimpang jauh dari islam,melahirkan pemimpin sebegitu,jauh dari kehidupan sunnah Nabi...dan agama sebagaimana yg dikehendaki Allah..sebenarnya ada penjelasan terhadap semua ini...mungkin bole dibincangkan dalam waktu yang lain.

Kamarol Azli Bahari said...

Salam fuad..
rumusan yg ada kebenarannya..
tpi ada bhgian yg berbeza dri setiap org di atas..kafir,beriman kpd tidak beriman,beriman tp tidak menerapakn undang2 Allah SWT.

'dan brgsiapa yg mpunyai kuasa tp tidak guna Undang2 Allah,mereka adalah org yg zalim'

'dan siapa yg xikut perintah Allah dan Rasul (quran n hadith),mereka adalah gol. yg sesat,sesesat-sesatnya'

'Sesungguhnya kami sediakan api nereka buat pemimpin yg zalim ke atas rakyatnya'

apa shja yg berlaku adalah pengajaran dan peluang bg setiap dari kita utk berubah..baik dari yg memimpin @ yg dipimpin.

'jahatnya pemerintah kerana jahatnya rakyat yg memilih'

mungkin kita boleh renungkan kata2 diatas..

Afida Anuar said...

Setiap kejahatan atau kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas Allah, tak kira di dunia atau akhirat. Lebih2 lagi pemimpin yang menganiyai rakyat.... moga pemimpin2 yang menganiayai rakyat mengambil iktibar..insaflah..err


PS: lar..tatau ke language apa? mcm mana nak ajar? hehe.. akak tau java, c++, php dah lama tinggal tp kalau tengok notes balik mebe boleh ajar kot.

Anonymous said...

Pemimpin mencorak sifat rakyat. Zalim di balas zalim, baik di balas baik. Janji ALLAH tu benar.

~PENCHENTA~ said...

Ustaz Pahrol ada cakap, dunia ni memang tak adil. Sebab tu orang beriman akan percaya ada satu alam yang lain yang akan membalas setiap ketidakadilan di dunia. :)

Yang pasti, Allah Maha Adil.

Er, En Fuad, rasanya Najib nak masuk part mana eh? :P

couverv said...

aku rasa depa semua pun dah mati, x baik kita buruk burukkan org yg dah mati even kita sendiri pun tak tau kebenarannya, 'bos' aku cakap mustapha kamal baguih, sistem khlaifah teruk, wallahuallam la..sistem politik arab jauh beza ngan kita, hang tengok la org libya tu demontrasi bawak apa, AK-47 maa..

Kamarol Azli Bahari said...

salam couverv..salam ukhwah..
di sini bukan hal buruk membrukkan..tp atas tuj utk mengambil pengajaran dan peringatan..disebabkan itu Al-Quran yakni kalamullah menceritakan ttg kisah firaun,qarun,namrud dsb utk peringatan seluruh umat..

berkenaan bos anda yg mengatakan mustapha kamal bagus..boleh anda ruj link ni..http://marul-nashirassunnah.blogspot.com/2011/10/mustapha-kamal-atartuk-laknatullah.html

sistem khilafah,bukan khalifah adalah warisan dari Nabi muhammad S.a.w..kekasih Allah yg kita semua cintai..mana boleh dikatakan teruk..sudah nyata menggunakan al-quran dan hadith sbgi asas perlembagaan..

sistem politik skrg tiada yg benar2 islami kerana tidak mengambil al-quran dan sunnah smbgi sumber perundangan.wallahualam.

Norsha said...

mungkin kita blh ambil iktibarnya,
bila berkuasa jgn terlalu tamak kuasa, berundurlah ketika sampai masanya, ketika perjuangan masih dikenang, agar rakyat bawahan tidak
terus-terusan meradang hingga hilang pertimbangan, akhirnya segala jasa & pengorbanan langsung tak dikenang...Allahuallam

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, yalah suma dah takda. tapi apa yang berlaku sebagai pengjaran kepada kita yang ada.

tugas pemimpin bukan senang, macam tu jgaklah tugas ketua keluarga (even tak perintah negara :D), dia yang akan dipersoalkan dahulu tentang tanggungjawab yang dipikul. bukan senang2 jadi pemimpin kan.

p/s- encik pun bakal jadi pemimpin :)

faraherda.razalan said...

Jauhkanlah sy dari menghukum mereka. Biar Allah sj yg tentukan segala-galanya.

Semoga kita semua (termasuk yg mati) diampunkan Allah!

MukhLiS said...

Memeperingatkan insan lain agar tidak menjadi insan terdahulu yang teruk sikapnya ni bukan kita je cakap Allah berfirman banyak kali.
Buktinya Allah memperingatkan kita jangan jadi seperti kaum Ad,thamud,firaun dan qarun. bukan untuk menghukum mahupun menghina mereka yang sudah tiada, tapi ingin mengingatkan manusia lain agar tidak menjadi seperti mereka yang teruk...

Sha said...

janji Allah itu benar..

kat dunia lagi Dia dah tunjukkan pembalasanNya..

kat akhirat kelak nti macam mane lah agaknye, wallahu'alam

Ismi Ijmi said...

hanya dakwah saja yang dapat selesaikan segala masalah.

sahabat2 ada kuasa dan lidah, tapi kerana maslahat umat lebih penting, maka mereka rela bersabar dan dizalimi.

"kuffu aidiyakum"

kalau satu pemimpin dijatuhkan,agak2 yang gantikannya dah cukup baik ke?
fikir2kan lah..

mhafiz_ydin said...

Banyak org hanya menyalahkan pemimpin. Lalu bangkit untuk menjatuhkan pemimpin atas nama keadilan. Hakikatnya keadilan yang diharapkan tidak mampu dicapai walupun bertukar pemimpin. selagi rakyat (ummat) sendiri tidak berubah.

Hanya dengan dakwah, ummat dapat diislahkan. Dan apabila ummat betul, pemimpin akan jadi betul.

s a r said...

assalamualaikum encik.

maaf encik. lari topik jap. jemput joint segmen cool ni, :)

http://sarwhat.blogspot.com/2011/10/kene-tag-kena-tanya-kene-jawab.html

Aina Syafiqah said...

cemane nak letak kat hati.. amik buku letak je kat hati.. naya nanti kena tendang dengan ustazah dari dewan :D

umu6point said...

Assalamualaikum tn fuad,

Setiap pengembala akan di soal akan perihal gembalaannya.
Begitu jugalah setiap pemimpin akan di tanya perihal orang2 yg di bawah pimpinannya.

Dan jangan kita lupa bahawa setiap dari kita adalah seorang pemimpin..
Ambil pengajaran dan ikhtibar dari pemimpin2 terdahulu.

Terpulang kepada kita mahu memandang yang mana...
(Contohi kepimpinan Rasulullah saw adalah tindakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita, InsyaAllah)

fuad ansari said...

tuan razak:
wsalam wbt..
mungkin ada yg ingin menandingi kejahatan syaitan.. (",)

cikgu ma:
wsalam wbt..
barang mungkin, berPIMPINan tangan yg bukan muhrim juga akan dipersoalkan.. (",)

kak marina:
wsalam wbt...
mungkin salah saya jugak sebab tak buat usaha agama sungguh2 sehingga bangunnya pemimpin yg sebegitu..

tuan nashir:
wsalam wbt..
terima kasih tuan.. hebat kata2nya..

moga sama2 kita dapat jalankan usaha agar ummat jadi baik, agar dari ummat yang baik, akan terpilih pemimpin yang baik..

sukar utk mengharapkan terpilihnya pemimpin yg baik tatkala ummat belum menjadi baik..

kak afida:
adanya sedikit balasan di dunia agar yg lain boleh ambil iktibar..

cuba bayangkan kalau setiap kali tinggalkan solat, manusia akan terima balasan di dunia lagi.. mau jugak takde sape yg tinggalkan solat..

p/s:jgn risau.. sy mmg suka belajar semua bahasa.. (",)

fuad ansari said...

kak syikin:
zaman sekarang, kalau salah corak, main guling2 je nampak gayanya.. (",)

akak suka corak ape?? corak batik ke corak bebas.. (",)

tyah:
apa yg nak dikisahkan sgt... kerana dunia bukanlah kehidupan yg sebenar.. (",)

p/s: mungkin part-time kot.. (",)
mari bersangka baik moga pemimpin kita menjadi lebih baik.. sedangkan pantai lagi berubah,
inikan pulak manusia.. (",)

couverv:
sekadar perkongsian utk diambil iktibar.. quran juga ada menceritakan perihal firaun dan namrud, juga agar kita ambil iktibar..

mudah2an bila ada cerita yg salah, ada orang yg dapat perbetulkan.. agar yg lain tidak tertipu dengan cerita2 yg tidak benar... sebagaimana ramai yg tertipu dengan menyangka hitler adalah jahat... walhal, sebaliknya..

tuan nashir:
terima kasih tuan... sy sudah menjangkakan, tuan mmg pakar dalam bidang sebegini.. (",)

cikgu norsha:
betul jugak tu cikgu.. dek kerana terlalu lama sangat memerintah.. sampai terlupa maksud awal kita memerintah.. seronok ke jadi pemimpin.. amanah yg berat.. kalau sy la.. kalau boleh turun tahta cepat, secepat mungkin sy akan turun.. (",)

s a r:
wsalam wbt...
lari dari menjadi pemimpin juga kelihatan begitu sukar.. (",)

Fara:
tidaklah mampu kita menghukum mereka melainkan milik Allah swt sahajalah utk menghukum mereka.. cukuplah kita lihat apa yg berlaku dan ambil pengajaran..

fuad ansari said...

tuan mukhlis:
yup.. benar..

sungguh malanglah jika kita tidak mengambil pengajaran dari orang-orang yg terdahulu..

syahirah:
sebut akhirat je pun dah menggerunkan, apatah lagi pembalasannya.. mungkin akal fikiran kita tak mampu nak bayangkan.. dari dok bayang je, baik buat amal kebaikan.. (",)

tuan izmer:
betul jugak tu.. takut yg gantinya lebih teruk..

mudah2an bila dakwah berjalan, ummat mendapat kebaikan, lahirnya pemimpin yang boleh dijadikan ikutan..

tuan hafiz:
mungkin sudah sampai masanya , masing2 salahkan diri sendiri..

benar tuan.. benar...

s a r:
segmen tu mmg cool.. (",)

mrs. wall:
letak dalam baju.. ustazah tak nampak.. (gurau2 je.. )

jgn hafal.. mmg lupa.. tapi lazimkan menyebutnya ketika berbicara agar tersemat kemas di hati.. (",)

puan umu:
wsalam wbt..
tidak dapat lari nampaknya kita dari menjadi pemimpin kan..

kata orang, Rasulullah saw mengembala kambing disebabkan mengambala dapat memupuk sifat sabar dan ia sangat berguna dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.. (",)

Anonymous said...

silap-silap rakyat pijak kepala pemimpin..

fuad ansari said...

kak syikin:
yg ramai pijak kepala sorang, mmg nampak lebih mudah.. (",)

Sarah Syazwani said...

menarik bc entry ni...sekurang-kurangnya menjadi peringatan pd diri sendiri

fuad ansari said...

kak sarah:
mudah2an kita beringat tatkala berada di atas.. kerana di atas kelihatan lebih mudah jatuh dari yang bawah.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...