Saturday, July 30, 2011

TRaNS-GeNDeR

Bila membincangkan isu trans-gender terutama dalam kes-kes yang berat yakni yang telah melakukan pembedahan, saya selalu bertanya..  

Perlukah kita mencaci-maki dan menghina mereka? Adakah kita langsung tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan??

Pada saya, hikmah itu adalah lebih baik.. Barang mungkin mereka akan menjadi lebih baik dari kita di suatu hari nanti.. Wallahua'lam..
_____________________________________

Terkadang-kadang kita menyangka kita telah kalah, tapi sebenarnya kita adalah pemenang.. Walaupun kita tidak mengharapkan kemenangan, tetapi Maha Suci Allah yang tetap memberikan kemenangan.. Bersangka baiklah kepada Allah dan bersabarlah dengan kekalahan..

Mudah-mudahan juga kita sentiasa beringat agar berpada-padalah dalam memenangkan diri.. Ambil kiralah perasaan, hak mahupun pandangan orang lain.. Jika tidak,  takut-takut ia akan disusuli dengan kekalahan yang akan menyebabkan kemenangan itu dilupakan..

When you got something, you might lost something..
_____________________________________

Wahai manusia, telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati.. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malam hari (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Mohon maaf dari saya atas segala kekhilafan serta ketelanjuran kata.. Moga kita semua beroleh kebaikan yang banyak di sepanjang bulan Ramadhan ini.. InsyaAllah..

Wednesday, July 27, 2011

CoNTeST aKu BeRPuiSi - MaNuSia & DuNia

Klik gambar untuk turut serta.. (",)


Cikgu Humairi ajak berkarya..
Maka saya sahut dengan hati terbuka..
Walau tidaklah sepandai mana..
Sekadar ingin memeriahkan acara..

Manusia..
Engkau kata engkau adalah hamba..
Tapi lagakmu seperti raja..
Tidak mahu mendengar kata Pencipta..

Manusia..
Engkau kata dunia ini sementara..
Tapi ia bagimu lebih utama..
Akhirat dikesampingan sahaja..

Manusia..
Engkau kata mahu ke syurga..
Tapi amalmu jauh berbeza..
Seolah-olah menempah tiket neraka..

Dunia..
Sungguh engkau mempersona..
Dibantu syaitan yang durjana..
Menipu insan bernama manusia..

Dunia..
Memilikimu bererti bangga diri..
Kehilanganmu bererti susah hati..
Sungguh bererti di mata sebahagian insani..

Dunia..
Keranamu ramai yang kepenatan..
Ramai yang tidak keruan..
Ramai yang hilang pedoman..

Dunia..
Firaun telah engkau tewaskan..
Qarun telah selamat ditelan..
Apa lagi yang engkau mahukan??

Manusia dan dunia..
Seorang pelupa dan seorang penipu..
Bagai isi dengan kuku..
Nampak serasi bila bersatu..

Sama-sama kita ambil pengajaran..
Moga beroleh kejayaan yang berkekalan..
Ramadhan hampir menjelang..
Buatmu teman selamat berjuang..

p/s:
Maka dengan ini sy tag insan-insan yang indah bahasanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...