Walaupun Ramli agak sibuk mempersiapkan diri untuk program bakat bolasepak"Misi Mencari Ramli", Ramli sempat juga mencuri sedikit masa untuk berborak-borak dengan kawan lamanya, Faris..
Ramli: Faris, lama tak jumpa.. Ko dah kahwin ke?
Faris: Ishh, aku kalau kawin, mesti ajak ko punya..
Ramli: Apa yang ko tunggu lagi tu.. Hensem dah hensem dah, nak kata tak baik, lagi baik dari aku, nak kata tak bekerjaya, dah jadi pegawai kerajaan dah..
Faris: Disebabkan aku bercadang nak jadi suami, ayah, anak dan menantu yang baik, jadi aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.. Aku cepat kesian kalau isteri aku bekerja.. Jadi bila aku buat kira-kira, masih tak cukup lagi pendapatan aku sebanyak RM2800.00 sebulan sebagai pegawai kerajaan yang hidup di Kuala Lumpur untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku..
Ramli: Ko biar betul.. Takkan tak cukup kot.. Punya banyak gaji macam tu tak cukup lagi?
Faris: Kalau aku kerja kat kampung mungkin cukup, masalahnya sekarang aku kerja kat KL.. Aku dah kira-kira dah.. Memang tak cukup.. Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang..
Ramli: Haa, itulah keajaiban perkahwinan.. Oklah, cuba ko buat kira-kira.. Tang mana yang tak cukupnya tu..
Faris: Meh bagi aku kertas dan pen.. Tolak tepi cerita kos sara hidup 5-10 tahun yang lepas.. Ini cerita tahun ni untuk golongan macam aku yang duduk kat kl ni..
Faris pun mula menconteng di atas lembaran kertas... Lebih kurang beginilah contengannya:
Gaji bulanan: RM 2800.00
Bagi kat mak ayah: -RM 300.00
Bayaran bulanan kereta (Proton Persona):
-RM 700.00
Bayar bil: -RM 150.00
Perbelanjaan untuk minyak dan tol, untuk sebulan:
-RM 250.00
Perbelanjaan dapur atau makan untuk sebulan: -RM 300.00
Bayaran balik pinjaman PTPTN:
-RM 200.00
Kos sewa rumah jika hidup bujang di Kuala Lumpur: -RM 200.00
Simpanan tetap: -RM 200.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Maka, baki yang tinggal (simpanan utk kenduri kahwin):
RM 400
Bila dah kawin (ada sorang anak):
Baki bawa ke depan: RM 400.00
Tambahan duit sewa rumah jika hidup berkeluarga,
sebulan: -RM 600.00
Sebagai menantu yang baik, bagi kat makayah
mertua: -RM 300.00
Kos perjalanan ulangalik balik kampung, kurang2 sebulan sekali: -RM 300.00
Kos untuk lampin pakai buang dan susu, sebulan: -RM 400.00
Perbelanjaan pelbagai (baju anak isteri dan lain-lain):
-RM 200.00
Nafkah kepada isteri aku: -RM 200.00
Maka, baki yang tinggal:
-RM 1600.00
Faris: Jadi, sebab ni lah aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku untuk berkahwin.. Takpe kan...
Ramli: Hurmm....
33 comments:
Kalau fikirkan cukup, sampai bila pun tak akan cukup...
Duit banyak mana pun tak akan cukup tapi kalau bijak mengatur hidup insya-allah boleh saja.
Tapi reality betul kalau 3K dgn anak 2-3 rasanya agak ketat kalau masih berhutang rumah/kereta.
So itulah perlunya suami-isteri saling bekerja utk membantu. Kalau suami 3k +isteri 2k dah 5K bolehlah nafas lega sikit..
As salam Fuad,
Setuju dgn kata-kata Kakcik tu...
Rezeki slps kawin biasanye lain, apalagi kalau rezeki slps dpt anak! Yg sebetulnya 'downgrade' hidup, bijak berbelanja & jgk buang 'ego'! Faris ade jawapannye sendiri...
Quote kata2 Faris, 1. "Aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.." - Tidak semestinya isteri yg berkerjaya & sibuk tdk boleh menjlnkan tugas yg baik sbg isteri & ibu... Tolak-ansur & toleransi itu penting ;))
"Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang.. "- Audit & check balik diri sendiri & niat, kenapa org lain boleh :))
Stop bg alasan, bukankah perkahwinan itu tuntutan fitrah & melengkapkan agama... Hidup sederhana, jiwa tenang... pahala pun dpt!
Just my 20cent!
P/S: Iman pun allergic dgn seafood tp akak keeps bg & terus bg...lama2 dah ok... alhamdullillah... Manatau nnt Fuad dpt peluang ke luar negara mcm kami boleh mkn seafood kan :))
bagus ada perancangan sebelum kawin, semua orang tak mahu hidup susah setelah berkeluarga, tapi kalau kita sentiasa usaha, InsyaAllah..pasti ada kelebihan yg Allah bagi..
Ish...klu asik pk takut tak ckp duit, alamat smpi ke tua la...
Kawen, Allah kurniakan rezeki. Ada anak, Allah kurniakan lagi rezeki. Ada lagi anak, Allah kurniakan lagi rezeki.
Kan? Insya-Allah!
org kata kalau kahwin nnti insyaallah murah rezki hehehehe
erm... tak bape setuju sangat.
niat nak kawen tu kena dahulukan. jangan mikir ke duit tu. biasanya bila kita dahulukan yang sunnah, x sedar aje Allah taala bantu kita dengan ada je duit tu.
6 tahun lepas saya bergaji rm1,200 aja. dan nak kawen jugak.
hantaran rm7k. kenduri umah abah rm15k. nak beli gelang, cincin bagai lagi, barang hantaran lagi. tapi saya bulldoze aja.
tetiba 1 syarikat penerbangan beli proposal paper saya dengan rege rm23k.
alhamdulillah. Allah taala maha mendengar. ;) baru dapat anak sorg ;))
syukran Allah walhamdulillah
assalamualaikum encik.
erm..
tetiba tak tahu nak komen nih.
erm, cuma apa yang saya tahu, Dia sudah tetapkan rezeki masing2. macam jugak penetapan perkahawinan.
p/s- faris, janganlah risau. Dia akan bagi awak cukup ready, baru awak akan kawen. :)
jgn risau... klu niat tu baik, semuanya akan cukup
Salam..
Kak Nida berkahwin pada usia yg muda.. dan masa tu pun tak bekerja.. mula2 nak hidup tu memanglah sakit, tapi Allah tu Maha Pemberi Rezeki, Alhamdulillah rezeki bertambah dari tahun ke tahun....
Jadi tak usah takut untuk berkahwin.. :)
p/s: maaf lama tak menjengah.. tengah sibuk mempacking barang..
perancangan tu dh bgus..hehe..
insyaALLAH REZEKI AKAN BRTMBH~~
bila tgk khidupn my parent dulu dierg susah gk..pggkutan nya motor jer..
dari tahun ke thun..rezeki btmbh..
nikmat Tuhanmu yg manakah ingin kamu dustakan??
perkahwinan ni rezeki.
dapat anak, lagi bertambah rezeki.
masa kursus kahwin dulu, ustaz ada cakap, lebih kurang macam ni, "anak datang dengan rezeki. bukan rezeki yang datang dulu. so jangan risau. akan dicukupkan"
ikut pengalaman asben, kata dia lepas betul betul pasang niat nak menikah, Alhamdulillah ada rezeki tu.
Masa 1st time aku nusrah jemaah 3 days...
salah sorng jemaah bg takrir...dia bg tau....jika istri berkerja makaallah s.w.t akan tarik separuh keberkatan rezki pada keluarga tersebut....
1k or 2k or 20k is not important kan...yg penting keberkatan...insyallah....hamba yg jahil....
kalau calculate samapi mcm ni sekali...sampai bila la ramli tu nak kawen...kebanyakan org takut. sama la mcm aku...ngan pendapatan skang ni, rasa x mampu nak berkeluarga...
tp bila tengok org lain, boleh je dorang hidup...org ckp tu rezki berumahtangga...tp gitu la...
wang hantaran lagi. kah3...
kalau jd suami nt bgus faris ni.perancang yg bijak.
tapi rezeki ni dh ditetapkan oleh Allah utk hambaNya.
Cam TH alhamdulillah, even bgelar student masih boleh buat majlis dgn duit snd.masa awl2 tu pikir gak cukup ke x, tp yela niat yang baik mesti dipermudahkan.
kakcik:
lalalala..jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan.. lupa ramli nak nyanyi lagu ni kat faris..hehe (",)
kak zakie:
kalau anak dah tiga biasanya mmg hutang kereta n rumah, xhabis lg.(",)
kak mar:
itu bukan 20sen. itu 2juta ringgit sbb tinggi nilai kata2 tu..
sakit tu, sy smp ke sudah xelok2. ada hikmah.. alhamdulillah..
ky:
mungkin faris lupa usaha tangga kejayaan..
(",)
herda:
penting betul yakin ni kan. mcm bwk keta kot. kalau ada lesen tp x yakin, xguna gak kan. (",)
azham:
harap2 dia dgr kata.. (",)
khairul:
dahsyat tu..sy ingat sy kena blaja yakin dari tuan la.
sar:
wsalam..faris belum jumpa sar lg. kalau dia jumpa sar, sy rasa dia terus ready. (",)
tuan iwan:
kalau bakal pengantin yg bg nasihat, mungkin faris akan lebih trkesan. (",)
kak nida:
bila ada kesakitan, kita akan lebih menghargai kesenangan.
marhaban marhaban.. ahsan wasahlan ila malizi. (mcm menjemput pelancong lak kan) (",)
liyana:
tidak berani utk sy dustakan..
tp kan, ada isteri yg xsabar2 suruh suami beli rumah, wlaupun suami tak mampu lg..(",)
shahirah:
tidak dpt disangkal lg. ramai yg mengalaminya.
spt kata pepatah,
beruntunglah putera yg menjumpai kasut cinderela.
eh silap.. mana ada pepatah mcm tu. (",)
tuan jabbar:
kata orang,
duit byk,habis,
duit skit,cukup.(",)
apan:
bkn ramli tp faris.. hehe. kalau orang tanya mana wang hantaran, ckp kat depa wang hantaran xde, orang hantaran ada.(gurau2.) (",)
th:
nmpaknya, th lebih bijak merancang. waktu blaja dh ada duit utk kawin. (",)
Geleng kepala.
^^,
Moga Allah kasih.
iqa:
ada orang geleng kepala ni, tabiat dan hobi...
tapi kalau iqa yg geleng kepala, itu bukan hobi, itu maksudnya sy kena bykkan solat taubat lagi dan lagi... (",)
Geleng sbb lenguh... :-) hik3
allah maha pengasih dan maha penyayang
allah juga maha kaya
Bagusnya perancangan en ramli ni, boleh membahagiakan keluarga dua belah pihak.
Saya suka part yang bagi duit kat mertua tu tak ramai orang yang praktik (tapi mungkin ada yang fikir) cume biasanya kalau part tu jawapan yang biasa dengar (dalam pengalaman saya) "saya tak mampu nak bagi keluarga awak, kalau awak nak bagi awak kerjala".
Apepun yang penting en ramli kenela cari pasangan yang boleh dibawa berbincang dan memahami. InsyaAllah semua ok walau gaji berKK pun.
oops sori salah ditujukan kepada en faris
salam alaik..
1) baikkkkkkkkkkkkknye Faris tu..
2) org2 yg berniat membuat baik, akan Allah bukakan jalan2Nya.
3) Tuhan yg membuka laut merah utk Musa AS, adalah Tuhan yang sama yg akan membuka pintu2 rezeki buat kita. Tugas kita usaha..dan yakin :)
4) Moga Allah membuka segala pintu2 perbendaharaan langit dan bumi buat Faris, Ramli, Fuad, Saya dan semua.. :)
kalu fikir cukup, smpai bila pun takkan cukup..jadi, bersederhanalah.. ^_^
iqa:
lenguh sebab lama sangat tunduk masa baca quran kan.. (",)
mr. tehr:
Allah pemilik langit dan bumi.. (",)
adilla_alim:
kata orang, dalam duit kita, bukan semua milik kita.. ada hak orang lain.. (",)
mutiara bernilai:
sebaik mutiara yang terdampar tenang di dasar lautan... sy rasa, kalau dia hidup bersama mutiara yang bernilai, mungkin dia akan jadi lebih baik.. (",)
insyaAllah kalau kawen dpermudahkan rezkinyer :)
pink valvet:
kenyataan yg sukar disangkal.. (",)
kalau betul cara dan keyakinan kita, insyaAllah mmg mudah rezeki.. kerana DIA Maha Pemberi Rezeki.. (",)
patutlah saya dengar cerita kawan saya tadi kata gajinya cuma rm1000 lebih setakat cukup makan je.dia tu bujang lagi, girlfriend kat KL realistik betul. dia kata baik cari teman di Melaka je.
Kalau makan di melaka dengan girlfriend 1 kali mungkin RM30, tapi di KL boleh sampai RM50 lebih. itu makan di kopitiam high class.
macam ni kira baiklah saya kerja di Melaka, gaji kecil tapi dapat simpan lebih dari belanja.
bru cadang nak bekerja kat kl
Post a Comment