Friday, March 30, 2012

CeRiTa DaRi PuLau..

Hari tu Ramli ke Langkawi.. Lama jugak sehingga terputus taraf musafir sebaik tiba di sana.. Di dalam kapal terbang, seorang isteri berborak dengan suaminya:

Isteri: Boleh tahan jugak pakaian pramugari kat sini kan..
Suami: Kalau nak tengok pakaian pramugari kat sini lebih sopan, naik kapal terbang masa pergi haji.. 
Isteri: Laa, macam tu pulak ceritanya.. Berubah-ubah pulak ikut keadaan ye..
Suami: Kata orang, jangan biarkan keadaan yang mengubah kita.. Biar kita berusaha untuk mengubah keadaan..

p/s: 
-persoalannya:
*siapa yang harus dipersalahkan, majikan atau pekerja??
*atau orang kita sudah tidak mampu untuk memilih kerja??
-harap-harap takde orang yang kempunan nak makan cokelat.. (",)

_________________________________________

Pulang bercuti dari Langkawi, Ramli bercuti pula di wad pediatrik hospital.. 

Di suatu petang, seorang ibu menemani anaknya yang dimasukkan ke dalam wad. Sedang jururawat menyediakan beberapa alatan untuk dipasang ke badan anak kecil tersebut, datang seorang lelaki mengagihkan makanan untuk pesakit hospital.

Ibu: Nurse, kalau makan kat sini, kena bayar ke?
Jururawat: (terkedu, terdiam sekejap) Erm, makanan tu memang dah pakej dengan bilik, kak. Akak makan je lah dulu.. Soal bayaran, nanti kita akan cuba bantu mana yang patut..

p/s: 
- tak sangka akan ada orang tanya soalan macam tu.. 

Tuesday, March 20, 2012

PiLiHaN: Di TaNGaN SiaPa?


Di suatu kawasan perumahan..
Amni: Ayah, kat tempat pembuangam sampah tu, diorang tulis apa kat papan tanda tu?
Ramli: Diorang tulis, Majlis Perbandaran tidak menerima sampah pukal seperti perabot dan barang elektrik yang telah rosak.
Amni: Habis tu, kalau perabot dan barang elektrik dah rosak teruk, nak lupuskan macamana?
Ramli: Entahlah.. Kadang-kadang tak semua pernyataan ada penyelesaian.. 
_________________________________

Di suatu malam, Ramli bertemu dengan tiga orang warga Bangladesh.. 
Ramli: Saya ada bawa baju-baju yang dah tak pakai, u orang mau tak? (sebenarnya, baju-baju yang jarang dipakai oleh pemilik baju yang telah meninggalkan dunia yang sementara..)
Warga Bangladesh: Boleh juga..

Ramli membuka beg dengan harapan memberi mereka peluang untuk memilih baju yang berkenan di hati..
Belum sempat Ramli menunjukkan kesemua baju, masing-masing telah mengaut baju-baju tersebut seorang sedikit..

Oh, Ramli terlupa.. 

Nampaknya, tak semua orang ingin membuat pilihan kerana tak semua orang biasa membuat pilihan..

p/s: 
-dalam pada mereka tidak mampu untuk terlalu memilih terhadap keperluan dunia, sekurang-kurangnya mereka mampu memilih masjid sebagai sahabat karib mereka.. alhamdulillah..
-saya rasa, memilih pemimpin menerusi sistem syura, banyak baiknya.. 
-sempat juga berjumpa dengan blogger tuan bijen yang hensem bergaya hari tu.. alhamdulillah.. (pertama kali jumpa rakan blogger)
- maaf, kesibukan sedikit membataskan ruang waktu bersama blog..
- akan berangkat ke Langkawi, insyaAllah.. ada apa-apa pesanan? (",) 

Wednesday, March 7, 2012

aNDa BiJaK? BuKTiKaN.. (",)

Bayangkan anda seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam penjara oleh seorang raja yang zalim..
Anda akan diseksa dengan begitu kejam di dalam penjara..
Anda tersangat perlu melepaskan diri..
Tetapi, untuk melepaskan diri, raja tersebut meletakkan satu syarat iaitu anda perlu melakukan salah satu dari perbuatan berikut:
a) Minum arak.
b) Membunuh seorang saudara Islam anda.
c) Bersetubuh dengan seorang gadis yang anda tidak kenali yang juga merupakan saudara Islam anda.

Antara a,b dan c, yang mana anda akan pilih??

p/s: sebarang komen akan disimpan terlebih dahulu agar aktiviti plagiat jawapan tidak dapat dijalankan.. (",)

___________________________

Jalan-jalan ingin membeli tilam.. Mahal nampaknya harga tilam... Tilam yang selesa, ribu-raban harganya.. Mau rabak poket dibuatnya..

Ramli: Cuba Amni rasa tilam tu, best tak?
Amni: Erm... Best memang best.. Tapi...
Ramli: Tapi ape?
Amni: Kalau dengan tilam ni, susah nak bangun  tahajjud, tak best jugak..
Ramli: Erkkk....!!

p/s: anda ada cadangan berkenaan pembelian tilam tak? (",) 

Saturday, March 3, 2012

CuTi HaRi JuMaaT: DiMaNa BaiKNYa?

Ramli: Ko gi mana tadi Sarip?
Sarip: Aku gi surau jap..
Ramli: Solat dhuha erk?
Sarip: A'ah..
Ramli: Patut la aku tgk semakin murah dan berkat rezeki ko.. Makan pakai anak bini semua cukup.. Rumah pun dah ada.. Alhamdulillah..
Sarip: Alhamdulillah..Tapi kan, orang kata, jodoh tu pun sebahagian dari rezeki jugak.. Betul ke? 
Ramli: Berbaur ada hati nampak..
________________________________


Amni: Ayah, kenapa ye, ada negeri mula cuti hari Jumaat dan ada yang mula cuti hari Sabtu..
Ramli: Secara umumnya, hari Jumaat adalah hari kebesaran ummat Islam, hari Sabtu adalah hari kebesaran Yahudi dan hari Ahad adalah hari kebesaran orang Kristian.. Ada sebahagian negeri mengambil cuti pada hari Jumaat sebagai meraikan hari kebesaran ummat Islam..
Amni: Ooo, patutlah...
Ramli: Ayah tengok, bila cuti hari Jumaat, makmum lebih segar untuk dengar khutbah Jumaat.. Kalau tak cuti, memang tidak syak lagi bahawa khutbah Jumaat adalah majlis sakinah iaitu majlis ketenangan sehingga ramai yang mampu tidur walaupun ketika sedang dengar khutbah.. Lagi satu, jika hari Jumaat cuti, yang datang solat Jumaat pun akan berpakaian lebih baik dan mereka juga akan sempat untuk mandi sunat Jumaat. 
Amni: Mesti tidur tu berkualiti sebab tidur di majlis yang tenang.
Ramli: Yup, tidak syak lagi.. Silap-silap, lepas je habis khutbah, terus segar-bugar seolah-olah telah tidur semalaman. 
Amni: Sampai macam tu sekali ye..
Ramli: Tapi jangan diamalkan, tak baik.. Kurang pahala.. 


(",)

Thursday, March 1, 2012

SaLaH TaNGGaPaN TeRHaDaP HuDuD..

Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:

Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'... 
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Samada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah.. 
_______________________________


Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.
Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..
Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak".  Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya.. 
Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.
Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan.. 
Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...