Tuesday, February 7, 2012

KiSaH BeLaLaNG SaMBuT MauLuD NaBi..

Malam tu, Ramli pergi ceramah Maulidur Rasul..

Dalam ceramah tu, Ustaz ada bagitau: 
Apakah itu kepimpinan cara Nabi saw?? Boleh dikatakan, motto terhadap kepimpinan cara Nabi saw adalah "pemimpin juga sebahagian dari rakyat"... Ketika mana Nabi saw sampai di kota Madinah, Baginda turut sama mengeluarkan keringat membina Masjid Nabawi...  Ketika perang Khandak, pakaian Baginda dipenuhi dengan kekotoran dan debu kerana Baginda turut sama membina parit bagi memerangi tentera musuh.. Ketika orang lain mengikat perut dengan satu biji batu, Nabi saw mengikat perutnya dengan dua biji batu.. Maka, inilah kepimpinan cara Nabi saw.. Kalau beginilah asas kepimpinan, jelas bahawa bukan senang untuk jadi pemimpin..

Lepas ceramah, Belalang (yang mengalami sedikit masalah kesihatan), datang kat Ramli:
Belalang: Abang, saya jadi imam ye..
Ramli: Jadilah, tapi cuba tanya pakcik tu dulu.. (selalunya, Ramli suruh baca Al-Fatihah dulu, maka memang tak lepaslah.. )

Belalang: Pakcik, saya jadi imam ye..
Pakcik imam 1: Boleh, jadilah.. 

Alamak, pakcik tu bagi pulak.. Ramli dah gatal kepala walaupun tak gatal sebenarnya..

Terus Belalang berdiri di sejadah imam, sambil terpinga-pinga memandang ke belakang.. Yang peliknya, makmum semua sporting.. Seakan semuanya sudah sedia maklum dengan masalah kesihatan Belalang.. Semua macam biasa bersiap-sedia di dalam saf.. Sudin dan Ajis pulak sakit-sakit perut tahan gelak.. "Susah nak jumpa budak macam ni.. Lain macam berani dia.. Ini kalau dia angkat takbir, haru biru jugak dibuatnya..", bicara hati Ramli.. 

Lama sangat terpinga-pinga, Belalang pun kata,
Belalang: Erm... Erm.. Abang je lah yang jadi imam..
Ramli: Haaa itula.. Ingat senang ke nak jadi imam..

p/s:
-Salam Maulidurrasul..
-Orang kita selalu guna simpulan bahasa, ikat perut.. Nabi saw, betul-betul ikat perut dengan batu.. Amacam, mau cuba?? (",)

19 comments:

al-lavendari said...

Nabi ikat perut kerana lapar, kita ikat perut kerana nak bagi perut kecik.

RHI said...

orang yang ingin menjadi imam mestilah yang sudah siap sedia dari semua segikan...

salam Maulidur Rasul

faraherda.razalan said...

Salam Maulidur Rasul.

Pemimpin di zaman milenium. Jangan kata 2 biji batu. Batu karang dalam pundi kencing pun tak sanggup nak ngadapnya.

Heheheh. Sekadar berseloroh. Jangan sangka saya mengata lak.

Egg Head said...

insyallah...one day...saya nak cuba ikat perut....
yang perut dah boroi tu,bersegeralah ikat perut anda....

Mindaberbisa said...

Nak buat benda baik, teruskan saja, jangan separuh jalan. Kesilapan itulah sebagai pengajaran yang paling mustajab. Kalau tidak, pisang akan berbuah beberapa kali. Maka, tiada ilmu yang boleh dapat, melainkan usaha yang sia-sia.

Aween Md Zahir said...

ramai org dok mengata imam tp bila disuruh depa jadi imam,tergagap haa..sepatutnya imam itu dihormati. young man bley belajar dari imam itu sendiri.

Unknown said...

salam mulidurasul

pernah sekali menjadi imam kepada seorang makmum..hanya Tuhan saja tahu cmne rasanya



**TH memang xpandai nk nyanyi..risau gk takut hujan kt sekolah t.eheheh

tehr said...

kalau tak dapat buat yang lebih baik dari orang lain
elok saja yang terbaik jadi ketua

sea_lavender said...

hehe tak berani plak dah~~

Liyana Zahim said...

Kdg nak nangis bce kisah Rasulullah.. Sebab mulianya dia rasa mcm tak terjangkau dek akal.. Tadek org semulia baginda.. Selawat dan salam ke atas rasul junjungan ini..

s a r said...

assalamualaikum encik

erm, batu sebesar dua biji guli tu takda masalah rasanya :)

aliza said...

pura2 berani, x sangka plak cabaran disahut, last2 kantoi... nasib baik x diteruskan jadi imam, kalau x semua makmum batal...

APAN said...

belalang ngan ramli adik beradik ye.haha...

mmg betul2 belalang la.hati kering...ingat ke lps gak angkat takbir tadi.mmg berat sngat la gayanya tuh...

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Salam maulidur rasul...

Erm...saya pernah ikat perut dua hari...tak tahan!nak pengsan rasa! hehe...

namasayatihah said...

Moral of the story, bkn sng nak jd pemimpin. nak jd ketua keluarga pn ssh,apatah lg mnjadi seorang imam atau pn pemimpin negara.

nice story..peringatan kpd mereka yg suka nk jd boss, it is not easy to b a leader. Anda bkn hanya prlu pndai berkata-kata...actions itu ptg..;)

Nida said...

Bukan senang nak jadi imam.. berat tanggungjawabnya.

Sha said...

hoho...belalang..belalang..td kemain smgt dye nk jdik imam..aleyh2..gini jdknye..

fuad ansari said...

pakngah:
zaman sudah berubah.. orang zaman Nabi saw ramai mati sebab perang, kita ramai mati sebab makan..(",)

kak yatie awang:
kalau macam tu nak jadi makmum je la.. (",)

Fara:
Jauh bezanya kan pemimpin zaman dulu dan sekarang... mungkin disebabkan perbezaan yg ketara ni, ramai yang berebut2 nak jadi pemimpin.. Sekadar berseloroh. Jangan sangka saya mengata lak. (",)

Tuan Jabbar:
ikat jangan tak ikat.. (",)

Kak Syikin:
Tapi, kami pulak yang tak sanggup nak biarkan budak yang ada masalah kesihatan tu untuk teruskan tugas dia menjadi imam dengan sepenuhnya.. (",)

aween:
kadang2 ada yang takut datang surau sebab takut kena jadi imam..(",)

TH:
mula2 jadi imam memang takut2..

lama2 dah tak rasa apa dah..

takpe, kalau turun hujan pun, hujan rahmat.. (",)

mr tehr:
seeloknya begitulah..
jangan sampai yg tak berapa nak baik, beriya2 nak jadi ketua pulak.. masing2 kena sedar diri kot.. (",)

fuad ansari said...

syazwani:
keberanian yang hilang.. (",)

Liyana:
Ye lah, hebat sungguh insan yang bernama Muhammad saw... Tidak hairanlah jika nama Baginda saw sebaris dengan nama Allah swt sehingga Nabi Adam as pun memohon keampunan berkat nama Muhammad saw....

sar:
wsalam wbt..
sebesar biji guli buat ape..
itu bukan nak tahan lapar.. itu perhiasan namanya.. (",)

kak aimaniman:
ada jugak yang kami kena solat isyak 8rakaat.. (",)

apan:
taklah.. ramli dengan belalang bukan adik beradik..

tapi belalang tu mmg lain macam beraninya.. sukar utk dijangka tindak tanduknya.. (",)

noorieda:
wsalam wbt..
ikat perut dengan batu ke?? (",)

kira ok lah tu... dapat belajar2 tentang kesusahan Nabi saw.. (",)

fatihah:
masing2 nak cepat senang.. tu yg masing2 berebut2 nak jadi ketua... cuba bila jadi ketua, hidup bertambah susah.. mau jugak tak ramai yg sanggup jadi ketua..

zaman sekarang, semakin jadi ketua, semakin senang.. luahkan idea, yang lain tolong laksanakan.. (",)

kak nida:
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. (",)

sha:
belalang sudah jadi macam lalang daa.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...