Saturday, October 29, 2011

SuRaTaN aTau KeBeTuLaN??

Hampir setiap minggu di hari jumaat aku akan meluangkan sedikit masa bermain futsal untuk mengeluarkan peluh jantan.. Kadang-kadang peluh betina pun keluar sekali.. (",).. Futsal bermula jam 10malam.. Pastinya, sempat solat Maghrib dan Isyak terlebih dahulu...

Yang peliknya..

Jika sebelum bermain futsal, aku solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid ditambah dengan sedikit usaha atas agama antara maghrib dan isyak, prestasi digelanggang futsal adalah pada tahap terbaik (kalau ada 10 peluang jaringkan gol, kira-kira aku akan dapat jaringkan 9..)

Begitulah seterusnya...

Solat berjemaah di masjid sahaja = prestasi permainan adalah di tahap sederhana.. Kalau 10 kali peluang boleh la jaring 6..

Solat kat rumah je = prestasi aku di tahap lemah...Kalau 10 kali peluang boleh la jaring 4..

Tak solat isyak lagi dan terus pergi bermain (pernah buat sekali) = prestasi memang hambar... Kalau 10 kali peluang, adala sekali je boleh jaring.. Akhirnya, aku banyakkan passing bola kat orang lain, biar orang lain yg jaringkan.. 

Dulu, aku anggap perkara ni kebetulan.. Tapi sehingga hari ini, perkara ni telah berlaku dengan begitu kerap sehingga aku sukar untuk mengatakannya kebetulan lagi...

oh... lupa pulak.. aku telah di tag oleh cik s a r.. maka kena jawab... (",)

1. kenapa kamu berbloging?
kerana lebih rajin menaip dari menulis.. ada byk diari tapi semua diari kosong takde isi.. (",).. blog menjadi diari utk ingatkan diri sendiri tatkala lupa..

2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?
kerana adanya manusia.. kelemahan sikap manusia menyebabkan berlakunya diskriminasi..

3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah
carilah jodoh di tempat yg baik.. kebiasaannya buah yang baik tumbuh dari pohon yang baik dan dari tanah yg subur.. insyaAllah.. (",)

4. nama kamu paling suweet nak panggil :)
muhammad.... bila ada seorang ustaz panggil dengan panggilan tu, tiba2 rasa bahawa sangat perlu dengar kata2 dia dengan teliti.. seakan ada kekuatan nama tu..

5. selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P
Muhammad saw.. insan mulia yang telah berkorban utk seluruh ummatnya.. Ya Allah, temukanlah diri ini dengan Muhammad saw...

6. pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D
blog santai yang dikendalikan oleh orang yang ada passion dalam berblog.. Mungkin orangnya ceria dan peramah.. (tak pernah jumpa, jadi sukar utk bercerita lanjut..) (",)

kena bagi soalan pulak ye.. maka, soalannya..
1) apakah nilainya syurga??

tu je soalannya.. maka, nak tag semua orang yang baca entri ni.. jawab di ruangan komen, sudahlah.... (",)

p/s: maaf ye.. sbb selalu cerita pasal bola sepak je... mungkin lain kali, nak ceritakan pasal bola jaring pulak.. (",)

Wednesday, October 26, 2011

aNTaRa SaDDaM, GaDDaFi DaN PemIMPiN YaNG LaiN..

Firaun:
Dia menggelar dirinya Tuhan.. Namun, di akhir kehidupannya, ketika dia hampir mati akibat lemas di lautan, dia berkata, "aku beriman dengan  Tuhan kepada Musa as".. Namun, segala-galanya nampak sudah terlambat untuk taubatnya diterima Allah swt..

Namrud:
Dia juga adalah pemerintah yang mengganggap dirinya Tuhan.. Bertanggungjawab dalam memerintahkan rakyatnya mengumpulkan kayu api yang banyak buat membakar Nabi Ibrahim as... Keangkuhannya berakhir apabila Allah swt menghantar seekor nyamuk untuk memasuki kepalanya. Akhirnya Namrud mati di atas singgahsananya dengan kepala yang pecah selepas tidak mampu lagi menahan kesakitan gigitan nyamuk.

Mustafa Kamal Ataturk:
Dia adalah Presiden pertama Turki selepas berjaya menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.. Dia bertanggungjawab memasukkan unsur-unsur sekular ke dalam negara Turki. Bertudung tetapi memakai skirt serta menukarkan masjid kepada gereja dan muzium adalah antara gambaran pemerintahannya.. Selepas kematiannya, jasadnya tidak diterima bumi sehingga terpaksa ditanam di dalam binaan batu marmar seberat 44tan di atas sebuah bukit.. 

_________________


Saddam Hussien:
Dia adalah Presiden Iraq yang memerintah lebih 30tahun.. Pembunuhan beramai-ramai ummat Islam Kurdish melalui senjata kimia adalah sangat sinonim dengan pemerintahannya.. Kalah dalam mempertahankan negara, adalah detik kejatuhannya. Ia bermula dengan temberang Amerika terhadap simpanan nuklear walaupun Amerika kelihatan mahukan minyak di Iraq. Di akhir-akhir kehidupan pemimpin Iraq ini, dia terpaksa menyorok di lubang tikus.. Sesuatu yang sukar digambarkan buat seseorang yang selama ini duduk di atas kerusi empuk istana. Dia kemudiannya ke tali gantung selepas disabit kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa. (tetapi, sekurang-kurangnya dia sempat mengucapkan kalimah Allah di akhir hayatnya..)

Muammar Gaddafi:
Dia adalah pemimpin Libya selama 42 tahun.. Dikatakan seorang pejuang pada awalnya. Malangnya, bersuara lantang terhadap Barat dan Yahudi tidak cukup menjadikannya pemimpin yang mampu membantu negara Palestin.. Dia dikatakan menzalimi ulamak dan rakyat yang menentangnya sehingga masjid sanggup dihancurkannya. Kekuasaan dan harta kelihatan telah melupakannya kepada maksud asal perjuangannya.. Masuk campur barat yang mahu menjatuhkannya dan kebangkitanan rakyat Libya yang disogok dengan kisah-kisah kezalimannya, memudahkan Gaddafi untuk digulingkan. Jasanya membangunkan Libya tidak harus dilupakan tetapi kezalimannya juga mungkin sukar untuk dilupakan. Di akhir kehidupannya, dia terpaksa menyorok  di terowong kumbahan.. Sedihnya, mayatnya juga turut diaibkan.. 

p/s: 
-bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon juga kelihatan menerima nasib yang tidak baik.. 
-artikel ini adalah sekadar pandangan penulis.. Tidak dapat dinafikan, pandangan manusia sangat lemah berbanding pandangan Allah swt.. 
-artikel ini tidaklah bermaksud, Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Mustafa Kamal Ataturk, Firaun dan Namrud adalah setaraf.. Biarlah Allah swt sahaja yang menentukan kedudukan mereka disisiNya..

Friday, October 21, 2011

BeRBeKaLKaN MiNaT, CuKuP TaK??

Budak sains, di bahagian IT...

Jawabnya..

Biarlah orang lain buat berbekalkan ILMU yg penuh di dada.. (kalau ilmu sudah memenuhi dada, dimanakah mahu diletakkan iman?? gurau2 je..) (",)

Aku buat berbekalkan MINAT yang ada..

Tapi, MINAT sahaja, mencukupi ke??  

p/s:  
-Membuat web nampak lebih mencabar di bahagian coding (jika tak pernah belajar).. Alangkah baiknya kalau ada sesiapa sudi mengajar buat web.. Susah jugak kalau berguru dengan internet.. (patut pun, menuntut ilmu ni digalakkan berguru dengan orang...lebih mudah dan senang) (",)
-persoalan yg lain, kalau minat kat seseorang tanpa buat usaha, cukup tak?? (jodoh datang sendiri atau mesti jugak kena usaha baru jodoh tu datang??) 
-kaki terseliuh pulak dah.. dah terseliuh, baru terasa besarnya nikmat kaki.. (",) 

Wednesday, October 19, 2011

MaHu BeRSaMa eN. TeNaNG aTaU eN.DuiT??

Andaikata hidup anda sudah stabil...
Tiba-tiba...

Anda ditawarkan duit lebih.. kerananya hidup anda kurang tenang, anda sanggup??
Anda ditawarkan pangkat.. kerananya hidup anda kurang tenang, anda sanggup??

Mana lebih berharga, duit atau ketenangan?? 
Mana lebih penting, pangkat atau ketenangan??

Apakah bila poket penuh dengan duit, anda lebih yakin menghadapi kehidupan?? 

Atau sebenarnya duit boleh membeli ketenangan??

Masih ingin berkata, when u got something, you might lost something.. 

------------------------------------------------------------

Seorang raja mempunyai sebuah gudang yang berisi harta kekayaan..
Setiap  dua minggu penjaga kunci gudang yang diamanahkan akan masuk ke dalam gudang untuk membersihkan harta-harta kepunyaan raja..
Satu hari, selepas membersihkan harta-harta di dalam gudang, penjaga kunci telah pulang ke rumah seperti biasa..

Dalam masa yang sama, raja telah berfikir untuk menjenguk harta-hartanya di dalam gudang tersebut setelah sekian lama tidak pergi melihatnya.. Maka dia pun telah pergi dengan senyap-senyap agar tidak diketahui orang lain..
Sedang raja melihat-lihat harta, telah timbul rasa was-was di hati penjaga gudang sama ada dia telah mengunci gudang tersebut atau belum..
Kemudian, penjaga gudang telah pergi semula ke gudang, dan terlihat gudang tidak berkunci lalu menguncinya seperti biasa..
Maka, tinggallah raja di dalam gudang yang terkunci dari luar tanpa ada seorang pun yang mengetahui.. 

Berita kehilangan raja tersebar luas namun tetap jugak tidak ditemui..
2 minggu berikutnya, penjaga gudang telah kembali ke gudang dan menemui mayat raja dengan surat di sisinya yang berbunyi, 
"nampaknya, harta yang banyak tidak mampu menyelamatkan aku dari mati kebuluran.."

(sekadar kisah teladan utk diambil iktibar..) 


seram jugak rasa nak cuba parking bertingkat kat terengganu ni.. korang pernah cuba tak?? (",)







Friday, October 14, 2011

MaGiK..

Hari itu Ramli bercuti.. Dia berjalan-jalan bersama Amni di KLCC.. Kelihatan seorang ahli silap mata jalanan sedang melakukan silap mata sehingga menarik perhatian pengunjung..

Amni: Ayah, ayah.. Orang tu buat magik ke??
Ramli: Taklah.. Itu tak berapa nak magik..
Amni: Abis, magik tu macamana??
Ramli: Amni pernah dengar tak orang yang mati dalam perang tapi  tetap dikira beroleh kemenangan..??
Amni: Tak pernah pulak.. Pelik jugak tu.. Mati tapi tetap menang..
Ramli: Pejuang-pejuang Islam yang mati di dalam dalam peperangan, tetap dikira beroleh kemenangan.. Kemenangan di hari akhirat.. Itulah yang dikatakan magik.. 

Sedang berjalan-jalan, Ramli berjumpa dengan rakan lamanya yang sedang bekerja sebagai promoter syarikat telekomunikasi.. 

Ramli: Lama tak dengar cerita.. Dah lama kerja kat sini??
Sarip: Aku keje part-time je kat sini.. Aku keje kerajaan.. Jadi pegawai sains..
Ramli: Aik, keje pegawai pun buat part-time lagi..
Sarip: Mana nak cukup.. Hidup kat bandar banyak pakai belanja la..
Ramli: Takpelah.. Yang penting halal.. Oklah.. Aku gi dulu.. Jumpa lagi lain kali.. Assalamu'alaikum..
Sarip: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
 
Amni: Ayah, ayah.. Hari tu kan Amni tanya pakngah kat kampung.. Amni tanya kenapa pakngah tak nak datang bandar.. Keje kat bandar.. Pakngah jawab.. "Keje sebagai nelayan pun dah ok.. Alhamdulillah, rezeki yang ada dah cukup untuk tampung keluarga.." Pelik kan.. Orang yang keje nelayan kata cukup.. Orang yang keje pegawai kata tak cukup.. Pelik.. Pelik..
Ramli: Itu pun magik jugak..

Selesai berjalan-jalan, Ramli menuju ke mesin bayaran parking automatik.. Usai memasukkan tiket parking, kelihatan paparan skrin menunjukkan jumlah RM17.00.. Maka, Ramli pun mengeluarkan duit dari dompetnya..

Amni: Banyaknya ayah masukkan duit.. Ni mesin bayar parking ker mesin beli makanan..
Ramli: Entahlah.. Ayah pun pelik dengan mesin parking ni.. Banyak betul yang ayah kena bayar.. Kalau duit ni dibuat makan kat kedai mamak, dah kenyang dah kita hari ni.. 
Amni: Ini pun magik jugak, ayah!!
Ramli: Iyelah.. Tapi magik ni tak berapa nak best la...

Monday, October 10, 2011

aPaKaH WaRNa DiRi aNDa??

Anda selalu mendapat pesanan ringkas dan panggilan dari bos?? Adakah ia menakutkan atau menggembirakan? Kalau saya, pesanan ringkas dan panggilan dari bos adalah sesuatu yang menakutkan menggembirakan..(",). Dan saya selalu ingatkan hati, oh mungkin bos aku warna sekian sekian (berdasarkan kursus yang saya ikuti).. Jadi, memang kena banyak bersabarlah..

Apakah itu warna diri?? Secara ringkas yg saya ingat...

COKLAT = STABIL DAN OPTIMIS
~Kestabilan emosi
~Kematangan dan imej diri yang kuat
~Ketenangan, gembira dan yakin..
~Orang lain mudah tertarik pada anda..
~Pekerjaan yg sesuai: pegawai trafik udara, perkhidmatan pelanggan

KUNING = KETERBUKAAN DAN IMAGINATIF
~sukakan cabaran
~mempunyai idea baru, kreatif dan inovatif
~suka mengambil tahu, berimaginasi dan bereksperimen
~terbuka kepada alternatif dan bersifat radikal menyebabkan anda kelihatan suka memberontak
~pekerjaan yang sesuai: usahawan, perekabentuk, kreatif dan artistik

MERAH = SUKA BERGAUL DAN MELUAHKAN PERASAAN
~suka bergaul dengan ramai orang
~suka berterus terang
~suka menarik perhatian orang lain
~seorang yang spontan tetapi sensitif pada persekitaran
~pekerjaan yang sesuai: pakar motivasi, eksekutif jualan

MERAH JAMBU = BERSETUJU DAN BEKERJASAMA
~senang memberikan kerjasama dan menerima pendapat orang lain
~mengambil berat tentang orang lain, simpati dan baik hati
~lebih dipercayai, merendah diri dan sederhana
~pemurah, sopan santun dan bertimbang rasa
~mungkin orang lain akan mengambil kesempatan atas kebaikan diri anda
~pekerjaan yang sesuai: pengajar, kaunselor, pegawai sumber manusia

HIJAU = BERHEMAT DAN BERDIKARI
~jujur, berhemat dan rajin
~cenderung meningkatkan produktiviti dan berusaha keras
~tersusun, teliti, tidak mudah putus asa dan bertanggungjawab
~serius, berdisiplin dan tegas
~pekerjaan yang sesuai: pegawai bank, pegawai statistik

BIRU = DOMINAN DAN TEGAS
~tegas dan bercita-cita tinggi
~berusaha keras untuk mencapai cita-cita
~berkeyakinan dan teguh dalam mencapai matlamat
~sukakan kekuasaan dan mempengaruhi orang lain
~terlalu mendesak dan tidak teragak-agak dalam keputusan yang diambil
~pekerjaan yang sesuai: pemimpin yang mempunyai visi yang tepat, pengurusan perniagaan

Jadi, apakah warna diri anda, pasangan anda dan bos anda???

Orang kata, jodoh itu warnanya berbeza.. Baru la ada keseimbangan kan.. (",)

Alangkah berungtungnya dapat bos yang warna merah jambu dari bos yang warna biru..

Kalau banyak kali anda kena betulkan surat yang anda karang untuk bos, barang mungkin warna bos anda adalah warna hijau...   

Moral of da story: bersabarlah dengan sikap manusia.. Mudah-mudahan kesabaran membawa anda ke syurga.. 

p/s: 
actually, kalau anda tak tahu warna diri anda, ada satu ujian yg akan menentukan warna apakah yang mewakili diri anda (jejaka merah jambu rupanya aku, hmmm...). klau nak kertas ujian tu, email erk.. nak letak kat sini, tak larat.. (",)   

Wednesday, October 5, 2011

BiLa BuDaK BeRCaKaP JuJuR..

Cuti hujung minggu dimanfaatkan oleh Ramli bersama anaknya ke Terengganu.. Kelihatan satu syarikat mutinasional begitu aktif menjalankan perniagaan di sebuah daerah di situ.. Tidak hairanlah jika ramai sungguh yang berebut-rebut bekerja di syarikat multinasional ni.. Kalau temuduga, 2-3 kilometer punya panjang pun orang sanggup beratur.. Kalaulah satu hari nanti semua kenderaan pakai air mahupun elektrik aje, bagaimanalah agaknya nasib syarikat ini.. Oh, itu bukan persoalannya.. Itu rahsia Allah.. Rezeki juga di tangan Allah..

Rancak berjalan dan melihat alam sekeliling, kelihatan sebuah lori yang membawa minyak sedang mengisi minyak... Lalu si anak kecil berumur 3 tahun bertanya:

Ayah, ayah, kenapa lori minyak tu isi minyak kat stesen minyak.. Tak cukup lagi ke minyak  kat belakang lori tu..

Ha.. itulah Nur Putri Amni Dania Qaisara tak tau.. Lori yang bawak minyak belum tentu minyak dia sendiri cukup.. Orang yang kelihatan cantik bergaya, belum tentu poketnya penuh dengan duit.. Orang yang kelihatan biasa-biasa je, silap-silap lebih banyak duit dari yang bergaya tu... Orang putih kata, don't judge a book by it's cover..
Kemudian kelihatan pemandu sebuah lori yang membawa muatan tembikai sedang makan buah rambutan.. Si anak kecil bertanya lagi..

Ayah, ayah.. kenapa pemandu lori tu makan buah rambutan.. Kan banyak buah tembikai kat belakang lori tu.. Kenapa dia tak makan buah tembikai je..

Ha.. itulah Nur Putri Amni Dania Qaisara tak tau.. Orang yang jual tembikai dah tak selera dah nak makan tembikai.. Orang yang jual keropok lekor, silap-silap diorang pun dah tak berapa nak selera untuk makan keropok lekor.. Kadang-kadang tu, orang yang memasak makanan, dia dah tak berapa selera nak makan makanan masakan dia sendiri.. Orang kata, sudah hilang nikmat sesuatu yg dimakan berulang kali.. (Lain la kalau kat syurga, kali pertama makan rasa lain, kali kedua makan rasa lain.. dan semakin byk makan, semakin rasa sedap.. )

Sedang menikmati perjalanan, azan Zuhor berkumandang.. Ramli hanya meneruskan perjalanan.. si anak kecil bertanya lagi..

Ayah, ayah... ayah tak solat ke.. tak pernah pun Amni nampak ayah solat.. 

Errr... Errr..... Amni nak keropok lekor tak, ayah belikan... 

Nak!! Nak!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...