Saturday, August 13, 2011

aHMaD aLBaB YaNG PuNYa..

Terliur tgk ais krim
Rutin waktu malam Husna ketika Ramadhan adalah berbuka, bertarawikh di surau dan tidur dengan lenanya..

Hari ini?? Hujan yang sangat lebat menimpa bumi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. Perkhidmatan komuter tergendala.. Jalanraya sesak teruk.. Natijahnya, Husna terpaksa berbuka di dalam kereta dan tidak sempat bertarawikh di surau seperti biasa..

Sepanjang perjalanan, Husna melihat petugas-petugas beruniform dan pekerja-pekerja kilang yang bekerja shif malam.. Melihatkan mereka, Husna berasa sangat bersyukur kerana masih belum bekerja dan beroleh banyak kesempatan untuk pergi bertarawikh di surau..

Ketika di rumah, Husna menangis-nangis tidak mahu tidur.. Yang peliknya, ketika mendekati pintu, Huna akan berhenti menangis.. Eh eh.. Ni cerita Husna ke cerita Ahmad Albab.. Rupa-rupanya, Husna ingin berkata bahawa "Hari ni Husna belum bertarawikh, macamana Husna nak tidur??

Maka, kerana surau pun dekat terpaksalah Abi Husna membawa Husna berjalan ke surau.. Jika berpatah balik sebelum sampai ke surau, pasti Husna akan buat-buat menangis kembali.. (sejak bila pulak budak-budak yang baru berumur setahun tiga bulan dah pandai ingat jalan ke surau ni.. pelik dibuatnya..) Usai berjalan ke surau dan walaupun tidak berasa puas hati kerana tidak dapat bermain bersama kawan-kawan ketika tarawikh, Husna pulang ke rumah dan dapat tidur dengan lenanya sehinggalah ke saat cerita ini dikarang...

p/s: moral of da story... sama-sama fikirkan.. (",)

31 comments:

nursakinah said...

teringat mak cerita, kecik2 dulu (umur setahun lebih kot). waktu ayah nak pergi mesjid (maghrib), tiba2 saya nangis. rupa2 nya sebab ayah terlupa pakai songkok. lepas ayah pakai songkok baru diam.. hu~

Unknown said...

moga besar nt Husna jadi anak yang solehah ya

Marina Ali said...

Gelagat Husna macam Nasuha jugak,rumah kami dekat dgn surau markaz n surau atuk,tapi Nasuha lebih suka pergi surau markaz nak tahu apa katanya,kalau pergi surau atuk orang sembahyang sikit,dia tunjuk isyarat 2,maknanya ayah n Nasuha,(selalunya zohor n asar),surau markaz ramai orang n banyaakk kucing....begitulah anak2 pandangan n pengertian mereka sudah dapat dizahirkan,kita sebagai orang tua patut malu sebab anak2 kita sudah ade FIKIR dan RISAU..terhadap agamakan :),isnyaAllah moga anak2 kita dipilih untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW.Amin!

Aween Md Zahir said...

maksud yang sgt mendalam..penuh isi tersirat dan tersurat..

Norsha said...

penuh pengertian,kena selalu ada fikir agama dlm kehidupan kita ....btw, husna memang anak yg baik mcm ayah dan ibunya, agak2 dah besar nanti boleh pinang jadi menantu? ....hehehe :}

Kakzakie Purvit said...

Melentur rebung...
lembut penuh pengertian
yg dah baligh tidur lena tanpa rasa
walau tanpa terawikh....

qamarguyz said...

salam ziarah..
Alhamdulillah, seronok baca kisah-kisah sebegini..jadi teladan dan inspirasi..thanz sharing =)

s a r said...

assalamualaikum encek. :)

hmm.. (tengah fikir significant ahmad albab yang punya dalam kisah ni.. :D)

hm, ok. try my best ni fikir moral of the story nya. ~Rasa Bersalah tak Terawih~ pada yang betul2 bertaqwa akan rasa ketidakselesaan tidak mengerjakan solat terawih tu sebab setahun sekali je peluang yang Dia beri.

Si anak kecil yang merasai even datang hanya untuk bermain dengan rakan2, sebagai peringatan pada saya. anak kecil boleh pergi, takkan pula kita yang cukup akal tidak kan..

thanks encek fuad :)

Ismi Ijmi said...

hehe.cumil betul gelagat si husna!.
abg fuad,esok maulana suleiman kattani di SP.11pg-1tgh.

RuMaH TuA said...

Penyejuk dimata abi penawar di hati umi...
Jadi anak angkat byt atq nk~~~~?
(^-^)y

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...kecik2 dah pandai kenal surau yer Husna...

Moga jadi anak yang solehah dik..err nak... he he;)

Unknown said...

macam pulok dgn kami yg xde anak nie...(isteri pun belum ada lagi)hhehhehehe

CS said...

salam,
alolololo...tomeinya....geram auntie sue tgk....husna seindah nama, moga indah lagi akhlaq InsyaAllah....

Alhamdulillah agama dh masuk dlm rumah,,,,bla abi husna buat usaha, agama telah smpai ke pintu2 rumah,,,,tp bila umi husna sokong&join sekali, InsyaAllah agama masuk ke dm rumah...n terbukti husna dh kenal pd surau even masih baby lg...moga hidayat tersebar seluruh alam.AMIN!

Anonymous said...

wah.. bagusnya husna..yg tua ni trtunduk malu..btw, thniah utk abi n umi husna!:)

ahLia shahril said...

cop nk wat menantu!

hehe.. husna nak kan?

dream_catcher said...

comelnya Husna :)

kokser kokdam said...

aloloo.. comey!!

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Istiqamah dengan satu ibadah pasti ianya menjadi pelik jika tidak berbuat, maka samalah halnya dengan si comel Husna

fuad ansari said...

sakinah:
waktu dah besar pun boleh gak wat macamtu.. (",)

TH:
moga besar nt Husna jadi anak yang solehah seperti auntie TH.. (",)

Kak Marina:
Boleh la kita berbesan nanti.. (",)

aizureen:
isi yang tersirat untuk difikir2kan dan diambil pengajaran agar selamat ketika di titian sirat.. (",)

cikgu norsha:
boleh.. insyaAllah.. husna bukan setakat suka gi surau, malahan juga suka 'mengemas'.. kalau macam ni pun, leh jadi menantu tak? (",)

persoalannya, masih wujudkah dunia pada waktu itu atau dunia telah pun kiamat.. melihat perlbagai perkara pelik yg terjadi, seakan2 kiamat semakin hampir utk terjadi..
hurm, menakutkan...

fuad ansari said...

kak zakie:
yang baligh, tidur tanpa rasa..
ingin berminpi utk ke syurga.. (",)

qamarguys:
wsalam wbt..
budak2 kecil kalau nak memberi tamparan kat yang dewasa, macam susah..
biarlah kisah budak2 kecil yang tolong memberikan tamparan.. (",)

s a r:
wsalam wbt..
maaf.. kadang2 tajuk mmg takde kaitan dgn cerita.. ia hanyalah sekadar luahan kata.. (",)

even kalau tak solat isyak lagi pun, jgn la kita beranikan diri utk tidur.. takut bangun2 ada kat bawah tanah je nanti.. (",)

izmer:
alhamdulillah, diberi kesempatan utk pergi.. husna pun pergi dan dengar dgn baik.. (rasanya husna sorang je kot perempuan di tempat solat lelaki ketika jord tu berlangsung.. ) (",)

tuan pergi?

ustazah iqa:
jangan kata anak angkat, jadi menantu pun boleh.. (",)

fuad ansari said...

kak afida:
eh eh.. silap tu.. bukan 'nak'..tapi 'cu'... (",)

tuan fuad akmal:
takpe.. gi carik isteri dulu.. zaman sekarang ni nak carik isteri tak berapa nak susah.. ke camne? hehe..

cikgu sue:
wsalam wbt..
ada baiknya kalau kita bersikap lebih mesra kepada budak2 yg ingin datang ke surau..

agama sememangnya tetamu yang mulia.. seharusnya semua orang pun perlu menjemput tetamu ni utk masuk ke rumah.. (",)

fuad ansari said...

baju kurung:
ok la tu kalau tertunduk malu.. ada juga yang buat2 tak malu.. (",)

zai:
suami pun takde lagi, camne tu?? itu pun belum tentu zai dapat anak lelaki.. tapi, mudah2an dapat la ye.. insyaAllah, boleh je wat menantu..

(nak senang kahwin dengan duda yg ada anak.. dapat suami n pakej sekali dgn anak.. gurau2 je..)(",)

hidayah:
tu belum tgk lagi kecomelan auntie hidayah masa kecik kan..(",)

ustaz fahmi:
yg penting ustaz doa2kanlah agar akhlaknya pun comey gak ye.. (",)

tuan razak:
wsalam wbt..

ironinya, di zaman ini, perkara agama dan yg haq itu telah kelihatan pelik di mata sebahagian masyarakat.. na'uzubillah.. moga Allah selamatkan kita dan seluruh ummat dari kepelikan yg tak sepatutnya berlaku ni..

Dkna Abza said...

husna...sedap namanya :)

liyana said...

bagus husna...keep it up..hehe

Nazihah@Jiha said...

Adik husna..comel~~auntie nak cubit pipi tu boleh hehe

baguslah didikan umi dan abi husna ni ^_^

Bijen M. said...

Moga dapat suami kaki surau.
(Pehh! Advance sangat dah ni)

Shadow Of Life said...

=)

fuad ansari said...

adylia qarissa:
nama adylia qarissa pun sedap gak.. apa maknanya erk.. hehe..

liyana:
thanks auntie liyana.. blaja rajin2 ye auntie liyana.. husna nak ikut jejak langkah auntie.. (",)

nazihah:
husna mmg pasrah je kalau orang cubit pipi dia.. (",)

bijen:
sebelum husna dapat suami, yg penting, moga uncle bijen dulu yg dapat isteri pemberi semangat utk pegi surau..

azie:
terima kasih auntie azie kerana menyedekahkan senyuman di bulan yg mulia ni.. (",)

ahLia shahril said...

adusss.. duda? erk!

Ummu Fatimah said...

Assalam,
berkenan pulak dgn budak nama "husna" ni. ada nk kena isi borang tak utk calon menantu Fuad? :)

fuad ansari said...

zai:
awat? pengsan ke mendengar perkataan tu.. (",)

puan ummu-fatimah:
wsalam wbt...
tak yah isi2 borang. husna dapat mak mertua yg baik macam puan ummu pun dah rasa cukup bertuah.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...