Tuesday, June 28, 2011

CiKGu Bio PuN TaKDe JaWaPaN..

Di suatu petang, seorang guru Biologi memasuki kelas 5 Azam. Kelihatan pelajar-pelajar agak mengantuk.. Lantas Cikgu Noraini mulakan sesi pembelajaran hari itu dengan beberapa soalan..

Cikgu Noraini: Saya ada soalan... Siapa tahu maka boleh cuba jawab.. Ok.. Soalan pertama cikgu.. Kenapa manusia itu kebiasaannya tidur pada waktu malam?

Tahieyah: Untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang hari..

Taufiqah: Sebagai ujian kepada manusia supaya Allah swt dapat mengetahui hamba-hambaNya yang mana yang dapat melepasi ujian tidur yakni mampu bangun pada malam hari lantas mengerjakan solat malam..

Cikgu Noraini: Pandai betul pelajar-pelajar cikgu ni ye.. Ok, soalan kedua... Syaaban adalah bulan sebelum Ramadhan.. Mengapakah agaknya selalu kedengaran, ramai yang berpuasa pada bulan Syaaban?

Hafiz: Untuk membiasakan diri sebagai persediaan menghadapi puasa wajib pada bulan Ramadhan..

Izmer: Sebab inilah bulan terakhir sebelum datang Ramadhan.. Barangsiapa yang tidak berpuasa penuh pada bulan Ramadhan di tahun sebelumnya, makanya mereka akan mula sibuk menggantikan puasa mereka pada bulan Syaaban di tahun berikutnya.. Manusia adalah sgt menghargai saat-saat yg akhir..

Cikgu Noraini: Bijak bijak...

Liyana: Nak ingatkan kaum Hawa supaya ganti puasa lah tu...

Cikgu Noraini: Ok ok.. cikgu ada satu lagi soalan.. Kenapa kebanyakan kaum Adam akan kelihatan seperti 'mengandung 4 bulan' setelah berkahwin??

Fatihah: Haaa, saya suka soalan ni.. tapi apa jawapannya cikgu?? Tak tahu pulak saya..

Cikgu Noraini: Hehe.. Cikgu gurau-gurau je.. Cikgu pun tak tau jawapannya.. Balik nanti cuba kamu tanya ayah kamu ye.. Sampai sekarang cikgu sendiri masih tertanya-tanya.. Dah dapat jawapan jangan lupa bagitau cikgu ye..

Pelajar-pelajar: Ok.. Beres...

Cikgu Noraini: Hari ni kita belajar tajuk P.E.R.S.E.N.Y.A.W.A.A.N... 

Afida: Inilah tajuk yg saya paling minat cikgu..

Cikgu Noraini: Amboi, kalau bab ni kemain kamu ye.. Sampai hilang ngantuk..

p/s:watak2 di atas adalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena-mengena samada yg hidup ataupun yg telah tiada.. hehe..

Thursday, June 23, 2011

Beza antara Hotel dan Hottel

Dulu-dulu, masa belajar, cikgu selalu suruh buat perbandingan.. bezakan meiosis dan mitosis la..bezakan DNA dan RNA la.. bezakan poligami dan origami la.. huhu...

Tu dulu.. Sekarang ni, kalau nak tido kat hotel selalu kita buat perbezaan fasiliti, layanan, makanan, kadar bayaran dan sebagainya...

Apa kata, kalau kita buat sedikit ulangkaji mengenai perbezaan hotel dan HOTtel di kehidupan akhirat.. hehe..

Syurga dan Neraka



p/s: teringat masa kali pertama duduk majlis takril, satu jam hanya cerita pasal syurga je... Rasa macam nak meletup je hati.. Tu belum dapat masuk lagi..(",)

Ya Allah, selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu..


Saturday, June 18, 2011

MaSaLaH?? JaNGaN RiSau, BoLeH SeTTLe..

Ada masalah?? Tak tahu cara penyelesaian?? Meh ceq bagi idea penyelesaian.. Sebab yang selesaikan masalah adalah Allah swt..

Jom kita pi tengok beberapa masalah yang telah ceq terima.. (",).

Masalah 1: 
Malas belajar.. Takut gagal dalam kehidupan dunia..

Penyelesaian: 
Malas belajar sering dikaitkan dengan kegagalan di dunia.. Bila tidak berjaya di dunia, maka yang tinggal hanyalah kejayaan akhirat.. Datanglah kepada amal agama.. Sekurang-kurangnya kalaupun kamu gagal di dunia, kamu akan berjaya di akhirat.. (",)


Masalah 2: 
Tiada jodoh.. Calon-calon yang ada semua tak berapa nak baik..

Penyelesaian:
Taat kepada perintah Allah.. Jadi orang yang baik.. Biasanya, orang baik jodohnya dengan orang yang baik juga.. Kalaupun kamu tetap tidak bertemu jodoh yang baik, kebaikan kamu akan membawa kamu ke syurga.. Akhirnya, kamu akan berkahwin dengan insan soleh penghuni syurga... Amacam best tak?? (",)


Masalah 3:
Kesempitan hidup.. Nak makan pun takde duit..

Penyelesaian:
Amalkan Solat Dhuha.. InsyaAllah dimurahkan rezeki.. Andaikata, kamu tetap ditimpa kesempitan hidup, amalan solat yg istiqomah tersebut akan mendatangkan kesukaan Allah.. Bila Allah suka, kamu akan masuk syurga.. Bila dah masuk syurga, maka masalah kesempitan hidup sama sekali akan selesai.. Sebagai contoh, di syurga kamu akan lihat pelbagai jenis buah, dan bila kamu menginginkannya, pohon buah tersebut akan merendang dan mendekati kamu agar mudah kamu mengambil dan memakannya..Di syurga, duit tidak diperlukan lagi..  Indah bukan?? (",)


p/s: 
-Jangan marah na.. ceq gurau2 je...
-Ada masalah lagi?? Mesti dah takde masalah kan.. tak pun, malas dah nak suruh ceq bagi idea penyelesaian kan kan kan.. (",)

Tuesday, June 14, 2011

kajang HaMBa mengkuang layu..

Lama tak menaip.. kena buat regangan otot dulu ni.. kalau tak, mau terseliuh jari-jari tangan ni.. (",)..


Andai hari ini kita tidak mahu menjadi HAMBA ALLAH SWT..

Apakah kita berkira bahawa kita akan terlepas dari menjadi HAMBA??

Percayalah!! kita tetap akan menjadi HAMBA.. 

Samada..

Kita akan jadi hamba kepada kerja (sibuk dengan kerja hingga lupa kepada agama)..

Atau....

Kita akan jadi hamba kepada nafsu (hidup hanya untuk memuaskan nafsu)

Takpun.... 

Kita akan jadi hamba kepada dunia (tertipu dengan keindahan dunia dan hidup bermatlamatkan dunia semata-mata)..

Maka...

Adalah lebih baik untuk kita jadi hamba kepada Allah swt.. Tenang dan menguntungkan...

Bijak.. Bijak... (",)

p/s: 
Hakikatnya..
Kalaupun seluruh makhluk berhimpun untuk mendurhakai Allah swt, tidaklah berkurang kekuasaan Allah swt walaupun sedikit..
Kalaupun seluruh makhluk berhimpun untuk taat kepada Allah swt, tidaklah bertambah kekuasaan Allah swt walaupun sedikit..

Thursday, June 2, 2011

iNNeR SHiNe..

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, SAUDARA-SAUDARA DAN SAUDARI-SAUDARI...
 

PROMOSI!! PROMOSI!!
 

MEMERLUKAN RAWATAN WAJAH??

SUDAH CANTIK TAPI TAK BERSERI??

TAK CANTIK DAN TAK BERSERI??

JANGAN RISAU.. PRODUK KAMI AKAN MEMBERIKAN SERI WAJAH, INSYAALLAH..

KATA ORANG, CANTIK KALAU TAK BERSERI, MAKSUDNYA TAK BERAPA NAK CANTIK...
 

KATA ORANG, TAK CANTIK DAN TAK BERSERI, AAAA BEGHAK DOH TU..
 

NAK KAHWIN??

RAWATAN SERI WAJAH??
 

RAWATAN SERI PENGANTIN??
 

AURA SERI MUKA??
 

RM50!!
 

RM100!!
 

JANGAN RISAU.. PRODUK KAMI ADALAH PERCUMA!!
 

BAHKAN PRODUK KAMI ADALAH TAHAN LAMA!!  

Habib Munzir mengatakan “Jiwa yang banyak mengingat Allah, maka wajahnya akan memancarkan cahaya”

Habib Umar bin Hafidz berkata “Para muttaqin akan memancarkan suatu karisma, iaitu karisma taqwanya kepada Allah"
  

DI KEHIDUPAN AKHIRAT PUN MASIH BERSERI LAGI!!
 
Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.. (Al Qiyamah:22)
 

Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. (Al insan:11)

Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan & kaki-kaki mereka kerana bekas wudhuk.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid dalam kegelapan bahawa mereka akan beroleh cahaya yang sempurna pada hari Kiamat. (HR Ibnu Majah)
 
Dan berdoalah...
"Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya di dalam pandanganku, cahaya di dalam pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di depanku, cahaya di belakangku. Dan, jadikanlah untukku cahaya."

p/s:  

-amacam.. mau cuba?? ada bran?? (",)  
-jangan marah ye.. gurau-gurau je..   
-nak bercuti ke Langkawi.. jumpa lagi selepas cuti sekolah, insyaAllah.. 
-mohon maaf atas salah dan silap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...