Monday, February 28, 2011

ReSaH & GeLiSaH..

Hati terasa resah dan gelisah.. Kenapa ye??
Apabila dunia datang lebih dari kebiasaannya, akhirat menjadi semakin sukar untuk didekati.. Sungguh tidak berasa selesa.. (atau sebenarnya iman yang lemah ni...ada-ada je aku ni nak salahkan dunia pulak..)

Ya Allah, mudahkanlah urusan duniaku.. Agar urusan duniaku tidak mengurangkan amalan untuk akhiratku..

Terkadang-kadang aku sering berfikir mengenai takdir.. Ya benar, aku harus menerima segala takdir yang telah ditetapkan untuk aku.. Itulah yang terbaik untuk aku.. Dunia adalah medan ujian.. Ujian sebelum datang hari kemenangan untuk orang-orang yang sabar menghadapi ujian..

Dulu aku pernah bertanya, adakah membunuh diri itu juga adalah melawan takdir kematian yang ditetapkan oleh Allah?? Yakni kita seolah-olah membuat keputusan sendiri bila kita akan menemui ajal walhal ajal itu adalah di tangan Allah.. Maka pelbagai pandangan dilontarkan. Maka aku bersetuju bahawa itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah bergantung kepada amalan kehidupan kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.. Baik perjalanan kehidupannya di dunia, maka insyaAllah baik juga pengakhirannya..Kerana, ada juga orang yang cuba membunuh diri tetapi masih tidak menemui ajal kerana belum sampai takdir ajal yang ditetapkan oleh Allah swt..

Bila bicara soal jodoh, kita sering mendengar, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. isteri adalah cermin kepada suaminya.. yup aku bersetuju... Kadang-kala, ada juga isteri yang baik dijodohkan kepada lelaki yang tidak baik.. begitulah juga sebaliknya.. kerana ada hikmah di sebalik kejadian.. Sebagaimana wanita syurga (Asiah) telah menjadi isteri kepada seseorang yang dilaknat olehNya (Firaun), begitu juga Allah swt boleh jodohkan kita dengan sesiapa yang Dia mahu sesuai dengan perancangan yang ditetapkan olehNya.. Dia Maha Mengetahui.. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. yup, ini juga aku bersetuju...

(Aku semakin tenang bila mendengar laporan jemaah yang baru balik dari ijtimak di Bangladesh.. Alhamdulillah.. Ternyata dalam perkara agama ada ketenangan..)

Buah tangan ijtimak: Jagalah niat kamu dalam berdakwah.. niat penentu penerimaan amal.. niat yang tidak baik juga akan menjadi asbab terangkatnya hidayah Allah..
Agama itu terdapat dalam quran dan sunnah.. Jika kamu mahu datang kepada agama, maka datanglah dengan cara yang ada pada quran dan sunnah..

Wednesday, February 23, 2011

MaRi BeRPaNTuN RoHaNi

On the way gi ofis tadi, tiba2 rasa teringin nak berpantun. Pantun kan warisan bangsa.. (",)

Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang selepas kematian..

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai akhirat antara nampak,
Esok jangan sesal-sesalan...

Tanam pinang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Apa kata kita pakat-pakat,
Kita hidupkan sunnah Nabi..

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Lebih baik pakai sugi,
Gigi bersih, sunnah terjaga..

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Ke dalam kubur juga engkau akhirnya..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau umur tak berapa nak panjang,
Bawak-bawakla ingat mati...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh solat kenapa tak mahu??

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang puasa bila nak ganti??


Ok2.. dah sampai ofis.. Setakat ni je yang dapat difikirkan sepanjang perjalanan tadi.. Nasib la perjalanan tak berapa nak jauh kan..


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah2 tu, biasa la kan.. (",)


p/s: kadang2 kena hiburkan hati gak, jgn stress sgt.. (",)

Monday, February 21, 2011

SiLa BiaRKaN KeBaiKaN iTu uNTuK BeRLaKu..

Hamba Allah : Mak, nak keluar jemaah masa 10 hari terakhir Ramadhan...
Mak : Tak payah la, dok umah tlg mak.. Kang kena tangkap polis baru tau.. Ari tu ada kes polis tangkap jemaah yang dok masjid sbb x dapat kebenaran..
Ayah : Biarla dia pegi, apa dah xder keje ke ape polis tu.. Orang yang dok wat benda tak baik kat tepi pantai tu, xnak pulak ditangkap.. Yang nak buat baik kat masjid lak kena tangkap....

(Aku fikir, ye lah, apa salahnya kan.. Elok la tu orang nak imarahkan masjid.. Kan elok, masjid hidup 24 jam dengan amalan agama.. Zaman sekarang ni, kita larang lak orang nak imarahkan masjid.. dan bukan ajaran sesat pun kalau nak tangkap2..)

Anonymous : Sorang je? Suami gi mana?
Isteri : Suami pegi keluar jemaah 3 hari..
Anonymous : Apa punya suami la dok tinggal anak bini..

Anonymous : Sorang je? Suami gi mana?
Isteri : Suami kerja outstation seminggu..
Anonymous : Rajin suami gi cari rezeki untuk anak bini..

(Tinggal anak bini sebab keluar jemaah, marah.. Tinggal anak bini sebab gi keje outstation, xde pulak nak marah.. Aduyai..)

Bagi saya, kalaupun kita x mampu nak buat baik, tp janganlah larang orang nak buat baik..

Kasihanilah, bantulah dan berilah sokongan kepada orang-orang yang ingin datang kepada kebaikan (kalaupun kita sendiri belum mampu nak lakukan), dan bukannya kita menghina mereka dan memperlekehkan niat baik mereka..

Janganlah kita hanya melihat kebaikan dunia sehingga kita terlupa kebaikan akhirat..

Thursday, February 17, 2011

O Rasulullah... We love u..

Ketika masih kecil, Nabi saw telah turut serta dalam satu rombongan perniagaan ke Syam bersama bapa saudaranya, Abu Talib dan orang-orang Quraisy. Maka ketika mereka sampai di satu kota bernama Bushro, mereka telah disambut oleh seorang Rahib Kristian.

Rahib itu kemudiannya telah bertemu dengan Abu Talib dan bertanya, "Siapakah budak kecil yang turut serta bersama kamu, wahai Abu Talib".

Maka, dengan bahasa mudahnya dan tanpa ingin memanjangkan cerita maka Abu Talib menjawab, "Ini adalah anak aku".

Rahib tersebut kemudiannya berkata, "Mustahil budak kecil ini masih mempunyai bapa".

Maka Abu Talib yang kehairanan kemudiannya berterus terang, "Ya benar, bapanya telah meninggal dunia, dan akulah yang menjaganya. Aku adalah bapa saudaranya".

Rahib itu kemudiannya memeriksa belakang badan Nabi saw dan mendapati adanya "cop mohor" seorang Nabi.

Maka kata Rahib tersebut, "Bawalah anak kecil ini pulang. Aku risau budak kecil ini nanti diancam oleh Bani Israel bila mereka mengetahui Nabi yang terakhir bukan di kalangan mereka".


Abu Talib kemudiannya telah menjadi antara orang-orang yang telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Nabi saw walaupun kita diberitahu bahawa sehingga akhir hayatnya beliau tetap tidak mengambil agama yang dibawa oleh anak saudaranya itu. (Terkadang-kadang aku berasa sedih dengan kisah pengakhiran hidup Abu Talib. Kalaulah aku boleh mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abu Talib atas jasa baiknya membantu Nabi saw)

Sehingga aku terfikir, kenapa orang yang mengetahui sesuatu perkara yg benar itu, tetap jugak tidak datang kepada kebenaran??

Mungkin mereka takut kehilangan kedudukan mereka, mereka takut kehilangan perniagaan mereka atau mereka takut kehilangan pandangan mulia masyarakat terhadap mereka..

Atau sebenarnya, inilah yang dikatakan mahalnya harga sebuah hidayah yang dikurniakan oleh Allah swt..

Betapa hari ini kita beruntung kerana kita tidak melihat Nabi saw, tetapi kita yakin dan berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi saw.
Tatkala ada orang yang hidup bersama Nabi saw, mengetahui akan kebenaran Nabi saw, tetapi tidak diberi hidayah untuk berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi saw..

Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu atas nikmat hidayah yang telah Engkau kurniakan kepada kami..

Saturday, February 12, 2011

BeRSaBaRLaH KaMu..

Bersabarlah terhadap ujian Allah.. Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga tanpa kamu perlu melalui ujian dari Allah??

Bersyukurlah akan nikmat yang Allah swt telah kurniakan kepada kamu.. Apakah kamu tidak melihat orang lain lebih sukar kehidupan mereka?

Andai kamu miskin, bersabarlah.. Mohonlah pertolongan dan bantuan Allah.. Akan sampai masanya Allah akan memberi bantuan..

Usahlah kamu meminta-minta kepada manusia mahupun menceritakan kesusahan kamu kepada manusia.. Mintalah pada Allah dan adukan ianya kepada Allah..

Kamu belajar agama.. Kamu menyertai kumpulan agama.. Tetapi yakin kamu seperti yakin orang yang tidak beragama.. Tindakan kamu seperti tindakan orang yang tidak beragama.. Akhlak kamu seperti akhlak orang yang tidak beragama.. Percakapan kamu seperti percakapan orang yang tidak beragama..

Andai kamu rasa duit boleh membahagiakan, silakan... Aku berharap kamu akan bahagia setelah ada banyak duit..Tetapi ketahuilah, pada wang ringgit tidak ada kebahagian.. Kalau ada pun, itu pun sementara cuma atau lebih tepat itu adalah tipu daya syaitan agar kamu terleka dengan duit yang banyak..

Kamu terlalu kisah pandangan manusia.. Tetapi kamu kurang kisah pandangan Allah..

Cuma pesanku, bersabarlah atas ujian Allah dan yakinlah kamu kepada bantuan Allah.. Tidaklah aku bermaksud untuk menyuruh kamu duduk dan berdoa sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha.. tetapi berusahalah pada kadar terbaik yang mampu kamu lakukan dengan mengambil kira kamu juga memerlukan masa untuk melakukan persiapan atas kehidupan akhirat kamu..

*Kamu itu merujuk kepada diri sendiri.. agar diri ini tidak terlupa..



Friday, February 11, 2011

KoMeN YG PaNJaNG TeRPaKSa DiJaDiKaN eNTRi..

"Usaha di dunia, as if you are going to live forever.. Beribadah, as if you are dying tomorrow.."


Tidaklah salah kita berusaha bersungguh-sungguh ke atas dunia selagi mana kita tidak lupa untuk beramal seolah2 kita akan mati esok hari...

Atas kelemahan iman saya, makanya saya berfikir sebegini:

Bagaimana mungkin saya mampu beramal seolah2 saya akan mati esok hari tapi dalam masa yang sama saya mahu berusaha seolah2 dunia adalah selama-lamanya.. Ia adalah sangat sukar bagi saya..

Bilamana saya beramal seolah2 saya akan mati esok hari, pasti semangat untuk berusaha ke atas dunia akan menurun secara mendadak..

Bilamana saya berusaha bersungguh2 untuk dunia akan menyebabkan saya lupa bahawa kematian adalah sangat hampir dengan saya...

Betapa sukarnya saya untuk tidak hanyut dengan usaha terhadap dunia jika saya memilih untuk berusaha bersungguh2 ke atasnya kerana dunia kelihatan begitu cantik dan dalam masa yang sama akhirat belum lagi kelihatan.. Saya yakin, syaitan akan menipu daya saya dengan menampakkan keindahan dunia bila saya berusaha ke atasnya dan melupakan saya kepada kematian..

Saya yakin jika saya berusaha bersungguh2 untuk dunia, kemungkinan besar kekayaan dunia akan datang kepada saya dan kehidupan agama akan semakin jauh daripada saya..

Saya lebih risau akan ujian kekayaan dari ujian kemiskinan..

Saya mengetahui Nabi saw hidup dalam kemiskinan dan meninggalkan dunia dalam keadaan dia seorang yang miskin pada kehidupan dunia..

"Suatu ketika Nabi saw telah berdoa;

Ya Allah! Pada kehidupan ini jadikanlah saya orang miskin, matikan saya dalam keadaan miskin dan bangkitkanlah saya di kalangan orang-orang miskin pada hari mahsyar..

Hadrat Siti Aisyah r.a telah bertanya, "Mengapa ya Rasululllah?" (Yakni kenapa berdoa untuk kemiskinan?). Baginda Rasulullah saw bersabda, "Orang-orang miskin akan memasuki syurga 40 tahun sebelum orang-orang kaya di kalangan mereka memasukinya........" Misykat. (Fadhilat Sedekah jilid 1&2, m/s 363)


Akhirul kalam, saya lebih suka mengambil dunia dengan yang sekadarnya sesuai dengan realiti bahawa dunia adalah sementara.. Makanya saya rasa adalah lebih baik untuk saya hidup sederhana dan berusaha sekadarnya untuk hidup sederhana.. Mudah-mudahan saya terlepas dari ujian kemiskinan mahupun ujian kekayaan..

Thursday, February 10, 2011

eNTaH SeMPaT eNTaHKaN TiDaK..


Situasi pertama:
Aku kata: ****, kat tempat aku ada keje kosong, klau ko nak, aku leh tlg antarkan resume ko..
**** kata: xnaklah keje government.. aku muda lagi la.. sihat lagi.. nak keje swasta.. byk sikit gaji.. time muda ni la aku nak kumpul duit byk2..


Situasi kedua:
**** kata: Ko nak gi mana tu?
Aku kata: Nak gi surau jap.. Jom arr sekali..
**** kata: Xpelah, ko gi la dulu.. Aku busy la.. Sejak jadi Presiden *** ni aku jadi busy sikit la.. Kan best jadi macam dulu2.. Leh gi surau ramai2..


Situasi ketiga:
Aku kata: ****, jom solat...
**** kata: Erm... aku segan arr.. nanti apa pulak orang kata kalau aku gi solat pakai pakaian yang macam ni... Ko gi la.. Aku masuk kelas dulu... Nanti-nanti kalau aku pakai ok sikit, kita gi sekali.. Aku rindu gak nak jadi baik cam dulu...



Situasi dan keadaan ini selalu buat aku terfikir bahawasanya:

Aku seharusnya patut bersyukur atas nikmat kelapangan masa tatkala orang lain dilanda kesibukan dunia..

Kesian gak kat orang2 yang nak jadi baik, tapi masih gak segan nak buat baik atas sebab2 tertentu.. Moga Allah mudahkan mereka dan selamatkan mereka dari perkara2 yang merosakkan..

Perlu sangat bersyukur atas nikmat iman dan amal yang Allah swt berikan di waktu masih muda ketika orang lain ingin menyibukkan diri dengan dunia dan kelihatan seperti terpedaya dengan tipu daya dunia...

Betapa umur muda ini sangat sesuai untuk berseronok kerana badan masih sihat dan kuat.. Tetapi sebenarnya badan yg masih sihat dan kuat ini lebih sesuai digunapakai untuk ke masjid..Sampai sekarang aku masih ingat kata2 dari seorang pakcik; " Allah suka orang yang pergi masjid.. Tapi Allah lebih suka orang muda yang pergi masjid.. Jangan ikut macam Pakcik, dah nak mati baru ingat nak gi masjid.."

Tapi aku rasa ok gak la tu.. Alhamdulillah, masih sempat jadi tua dan masih diberi hidayah utk ke masjid.. Aku ni pun, belum tentu sempat jadi tua.. So, lebih baik ambik langkah selamat yakni tidak bercita2 utk tunggu tua baru nak gi masjid..

Dan kalau pun sempat tua, aku tetap risau.. kalau waktu muda dah malas nak gi masjid, waktu tua lagi la malas nak gi masjid.. Takut nanti alasannya, badan dah x sihat.. Or mungkin gak masa tu hati dah terlalu gelap.. Na'uzubillah..

Kalau seluruh makhluk di muka bumi ini tidak taat perintah Allah, tidaklah berkurang kekuasaan Allah walaupun sedikit..

Kalau seluruh makhluk di muka bumi ini taat perintah Allah, tidaklah bertambah kekuasaan Allah walaupun sedikit..

Kita taat perintah Allah adalah untuk kebaikan kita dalam usaha untuk mencari keredhaan Allah.. Redha Allah balasannya syurga.. Dan tidaklah Allah swt itu akan terkesan jika kita mengambil keputusan untuk berpaling dari taat perintahNya..

Dan kalaulah kita rasa, "hidup aku ok je walaupun aku selalu tinggalkan solat, xpuasa dan lain2.. ".. Jawapannya, mmg ok sbb kita belum datang kepada hari pembalasan..

Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (As-Sajdah ayat 12)

Senang cerita, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...



Monday, February 7, 2011

uNTuK BaCaaN WaNiTa SaHaJa.. (",)


Aku melihat kejayaan dan kehebatan seorang suami itu sebenarnya adalah dibantu oleh sokongan dan dorongan isterinya (Biiznillah)..

Aku melihat isteri yg kehilangan suami adalah lebih tabah berbanding suami yang kehilangan isteri.. Ini kerana aku melihat bahawa lebih mudah seorang isteri yang kehilangan suami meneruskan kehidupan di dunia ini.. Sebab itu tidak hairanlah jika lebih cepat suami mencari pengganti isterinya berbanding isteri yang mencari pengganti suaminya.. (maafkan kami.. ma...af.kan. ka...mi....).. Ini juga memberi maksud bahawa kehidupan lelaki yang pernah menjadi suami adalah menjadi lebih sukar tanpa bantuan dan sokongan isteri..

Aku melihat kehidupan anak2 yang kehilangan bapa adalah lebih baik dan teratur jika dibandingkan anak-anak yang kehilangan ibu... Kehilangan ibu bermakna akan berkurang banyaklah nilai kasih sayang dalam sesebuah keluarga..

Aku juga melihat adalah sangat sukar seorang suami menguruskan anak yang kecil tanpa adanya kelibat isteri.. Senang kata, kebanyakan perihal menguruskan anak yang kecil sebenarnya adalah dilakukan oleh isteri..

Jadi, wanita yang diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok ini sebenarnya adalah hebat dan sangat diperlukan oleh insan yang bergelar lelaki... Terima kasih Allah kerana Engkau menjadikan wanita untuk melengkapkan kehidupan lelaki dan menampung segala kekurangan lelaki..

p/s: Dan akhirnya aku juga baru terbaca kata-kata dari seorang wanita... Sebab utama kaum wanita memandang negatif terhadap perkongsian suami adalah kerana:
1)kurangnya pegangan agama..
2)kurangnya kesedaran bahawa kasih sayang adalah milik setiap insan dan bukan milik peribadi anda.. (setuju??)



*Harap maklum bahawa pandangan dan penglihatanku adalah terhad jika dibandingkan dengan pandangan dan penglihatan Allah swt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...