Monday, January 31, 2011

uNTuK BaCaaN LeLaKi SaHaJa..


AWAS!! UNTUK BACAAN LELAKI SAHAJA.. KAUM HAWA SILA HENTIKAN PEMBACAAN ANDA SEKARANG....(",)



Satu nasihat dari seorang imam kepada jemaah masjid..

Nasihatilah wanita dengan baik baik. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk. dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Kalau kamu paksa dalam meluruskannya maka ia akan patah . Kalau kamu diamkannya maka ia akan tetap bengkok. Maka nasihatilah wanita dengan baik baik..

Sangatlah sukar untuk kamu mendapati kesempurnaan pada kaum wanita..Bagi yang sudah berkahwin, pasti akan ada kekurangan dan ketidakpuashatian atas satu dua perkara terhadap isteri kamu.. dan kalaulah kamu mengahwini 2, 3 atau 4 orang wanita sekalipun, pasti kamu mendapati adalah sangat sukar untuk kamu beroleh seseorang yang dapat memenuhi seluruh citarasa kamu dan mengikut seluruh apa yang kamu katakan..

Maka, saya menyeru kepada kamu agar bersabarlah dengan sikap mereka, berlaku baiklah kepada mereka, berhati-hati dan berhikmahlah dalam nasihat dan perbuatan kamu terhadap mereka.."


Lantas aku terfikir...

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha,
tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar....
dan mengapa didambakan teman hidup bak Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah saw..

10 comments:

umu6point said...

Assalamualaikum..

apakan daya.. semakin di tegah semakin naluri ingin tahu meronta2..huhuu..

betul la tu..kena banyak bersabar dengan kerenah si isteri seperti mana si isteri berkali ganda istifar menahan sabar dengan sifat semulajadi suami..hehee.

*peace*

fuad ansari said...

Wa'alaikumussalam..

Pengantin baru pun dah byk istighfar ke? hehe..jgn marah.. peace no war.. hehe...

Dengan ini, saya mewakili persatuan suami-suami sedunia, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri-isteri yang telah bersabar dengan sikap semulajadi para suami sehingga menyebabkan para isteri banyak beristighfar..Mudahan-mudahan dapat juga pahala istighfar.. (",)


"Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.. Masuklah dari mana-mana pintu dengan dia kehendaki tanpa dihisab.." (Ukhti Umu Anisah, mudah-mudahan anda tergolong diantaranya.. Amiiin..)

ukhti,mardhiah said...

salam tuan fuad,
mard xbaca entry ni,saja komen2...
tgok btapa mard mematuhi arahan ats tu,
"AWAS!! UNTUK BACAAN LELAKI SAHAJA.. KAUM HAWA SILA HENTIKAN PEMBACAAN ANDA SEKARANG....(",)"
--->mnujukkn betapa mard faham bahasa....
ha ha ha

fuad ansari said...

mard:

salam...
Itupun kalau nak lebih baik lagi sepatutnya mard berhenti membaca selepas baca tajuk je... hehehe...

p/s: terima kasih kerana menjadi pembaca yang berdisiplin.. (",)

Bijen M. said...

Isteri ujian untuk suami.
Yer dok?
Kena belajar sungguh-sungguh sebelum ambil ujian.

fuad ansari said...

Mr. Bijen:
Benar tuan.. Lagipun dunia mmg pentas ujian sblm datang hari perhitungan amal..

Semoga berjaya ye tuan bijen dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi.. Mungkin ujian ni lebih santai dari ujian SPM mahupun di universiti.. Sebab ujian ni datang sedikit demi sedikit, bila-bila masa, dimana sahaja dan dalam apa jua keadaan.. (",)

نور توفيقا said...

"..And live with them honorably. If you dislike them, it may be that you dislike a thing and Allah brings through it a great deal of good."
(An Nisa, 19)

Do remember, being a husband is one of the many wasilah for man in being a true Caliph.

Shape yourself to be a good Caliph, you'll certainly shape yourself to be a good husband=)

fuad ansari said...

Nur Taufiqah:

Yup, that's right... Sometimes we think it's worse for us, but actually it's good.. Allah knows better than us..

Hopefully, can be a good Caliph and a good husband.. please du'a for me.. (",)

Ibnu Mutalib said...

fuhhh... best3

fuad ansari said...

Ibnu Mutalib:
Segala yang baik datang dari Allah swt.. (",)

Mudah2an kita tinggalkan dunia ini dalam keadaan yg baik dan beroleh tempat yang baik pada kehidupan yg sebenar..

p/s: Mana mungkin kehidupan dunia ini boleh dianggap kehidupan yang sebenar kerana ia terlalu singkat jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang abadan abadaa..
Tetapi manusia telah berusaha seolah2 dunia adalah selama2nya dan akhirat adalah sementara cuma.. pelik kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...