Monday, January 3, 2011

SeMPuRNaKaH KiTa?

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh

megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan

menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan

sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam

gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap

pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka

sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang

bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya

sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan

mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,

kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan

membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".


Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya

yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika

pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk

kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur

dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan

mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak

sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai

membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,

ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,

apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab

suaminya.


Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu

kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan

bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara

perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas

kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin

mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan

baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan

cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa

adanya. Ia menunduk dan menangis ...


p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan

sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang

lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu

diperbaiki... wallahualam

10 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

Bijen M. said...

Adeh.
Rasa nak nangis dalam hati.
Ha ha ha.

fuad ansari said...

APS:
Salam..
Terima kasih.. sungguh beruntung mereka kerana telah terkorban di jalan Allah... Sesungguhnya inilah kematian yang dicemburui..

fuad ansari said...

Mr. Bijen..
Tuan ni kira lembut hati gak... Orang yang lembut hati, mmg mudah menangis.. Dan yang bagusnya, mudah untuk menangis bila berdoa.. MasyaAllah, bagus tu...

ukhti,mardhiah said...

heh
yolah tu
baguslah kalau ada lagi suami y sebegitu..
terima buruk baik isteri ye dok
Alhamdulillah

fuad ansari said...

ukhti mardhiah: semoga saudari beroleh suami yang baik.. ",)

AziahAzie said...

sgt bermakna...byk pengajaran...penah bace cite ni...tp xigt bace kt mane..hee =p

fuad ansari said...

azie:

Mudah2an segala yang baik memberi manfaat dan menceriakan hidup azie... (",)..

nur cahaya said...

salam ziarah ,

if not mistaken , macam pernah baca entry ni.

Sungguh tiada manusia yg sempurna di dunia ni melainkan nabi muhammad yg maksum.

Namun ketidaksempurnaan itulah yg mencantikkan dunia ini sekiranya yg kurang sempurna sama-sama membantu menuju kesempurnaan.

wallahua'lam

fuad ansari said...

nur cahaya:

Salam..terima kasih kerana sudi ziarah..

Perkahwinan adalah mengenai, "menerima segala kekurangan pasangan kita dan sama-sama menuju kepada penghampiran kesempurnaan".. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...