Monday, January 31, 2011

uNTuK BaCaaN LeLaKi SaHaJa..


AWAS!! UNTUK BACAAN LELAKI SAHAJA.. KAUM HAWA SILA HENTIKAN PEMBACAAN ANDA SEKARANG....(",)



Satu nasihat dari seorang imam kepada jemaah masjid..

Nasihatilah wanita dengan baik baik. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang rusuk. dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Kalau kamu paksa dalam meluruskannya maka ia akan patah . Kalau kamu diamkannya maka ia akan tetap bengkok. Maka nasihatilah wanita dengan baik baik..

Sangatlah sukar untuk kamu mendapati kesempurnaan pada kaum wanita..Bagi yang sudah berkahwin, pasti akan ada kekurangan dan ketidakpuashatian atas satu dua perkara terhadap isteri kamu.. dan kalaulah kamu mengahwini 2, 3 atau 4 orang wanita sekalipun, pasti kamu mendapati adalah sangat sukar untuk kamu beroleh seseorang yang dapat memenuhi seluruh citarasa kamu dan mengikut seluruh apa yang kamu katakan..

Maka, saya menyeru kepada kamu agar bersabarlah dengan sikap mereka, berlaku baiklah kepada mereka, berhati-hati dan berhikmahlah dalam nasihat dan perbuatan kamu terhadap mereka.."


Lantas aku terfikir...

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha,
tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar....
dan mengapa didambakan teman hidup bak Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah saw..

Monday, January 24, 2011

Allah iTu SaTu..

Allah swt yang telah bantu Nabi Nuh as dari banjir besar..
Allah yang sama telah bantu Nabi Musa as dari Firaun dan pengikutnya..
Allah yang sama telah bantu Nabi Daud as dengan memberi kehidupan dalam perut ikan yu..
Allah yang sama telah bantu Nabi Ibrahim as dengan memberi kesejahteraan dalam api yang panas..

ALLAH yang sama jugak akan bantu kita jika kita ada yakin yang betul terhadap pertolongan Allah...

p/s: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan sesungguhnya Allah itu dekat...


*Peringatan untuk diri yang lupa....

SuKa La Tu..

Manusia selalu berasa suka dan bersyukur kepada Allah bilamana Allah swt beri mereka pasangan yang mereka hajati..
Manusia selalu berasa suka dan bersyukur kepada Allah bilamana Allah swt jadikan mereka seorang yang kaya dan mewah..
Manusia selalu berasa suka dan bersyukur kepada Allah bilamana Allah swt jadikan mereka seorang yang dipandang mulia pada pandangan manusia..

Dan manusia selalu mengeluh bilamana Allah swt berikan mereka pasangan yang tidak menepati citarasa mereka..
Dan manusia selalu mengeluh bilamana Allah swt jadikan mereka golongan yang miskin..
Dan manusia selalu mengeluh bilamana Allah swt jadikan mereka golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat..

Apakah tidak cukup nikmat IMAN dan AMAL yang telah Allah kurniakan kepada mereka???
Sehingga perbuatan mereka seolah-olah menggambarkan bahawa hanya DUNIAlah matlamat kehidupan mereka..

Alangkah baiknya kalau kita melihat bahawa nikmat DUNIAWI adalah UJIAN..
Dan alangkah baiknya kalau kita melihat bahawa nikmat IMAN dan AMAL adalah sesuatu yang lebih BERHARGA dari segala nikmat duniawi... Wallahua'lam..

Tuesday, January 18, 2011

AVoiDiNG THe iRReLeVaNT..

Muaz r.a asked: O Rasulullah! Command me such a deed that may send me to Paradise. He replied: Believe in Allah and speak good words, reward will be written for you: and speak no evil words that will be written against you. (Tabrani, Majma-uz-Zawaid)

Mughirah ibni Shu'bah ra narrates that he heard Nabi saw saying: Indeed Allah has disliked three habits for you. Gossiping, squandering wealth and asking too many questions. (Bukhari)

Abu Hurairah r.a narrates that Rasulullah saw said: He who believes in Allah and the Last Day, should speak what is good or be silent. (Bukhari)

Anas ibni Malik r.a narrates that Rasulullah saw said: A slave of Allah cannot attain the reality of iman, until he guards his tongue. (Tabrani, Majma-uz-Zawaid)

Saturday, January 15, 2011

aPa PeNTiNG SaNGaT Ke iMaN Ni??

Pernah saya mendengar orang menamsilkan iman tu berupa duit..Katanya, jika iman itu sebanyak 20sen, mungkin kita mampu beli gula-gula. Jika iman itu sebanyak RM2.00, mungkin kita mampu beli nasi lemak dan air,dan jika iman itu sebanyak RM200,000.00 mungkin kita boleh beli sebuah rumah.. Begitulah pentingnya iman...

Kalaulah kita hanya mengambil kira kerja dakwah, solat fardhu, solat malam, baca quran, zikir dan sedekah sebagai kayu pengukur dalam perkara agama (agama itu luas sebenarnya), MAKANYA....

Ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia mampu untuk buat kerja dakwah, solat berjemaah di masjid, bangun solat malam, baca quran, zikir dan sedekah..

Ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat 5 waktu di rumah, baca quran, zikir dan sedekah..

Sehinggalah ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat jumaat sahaja ataupun mungkin juga orang tu hanya mampu bersedekah sahaja(bilamana terlalu sibuk dengan dunia)....

Tapi tak perlulah kita mendabik dada atas tahap keimanan kita bila kita membandingkannya dengan orang lain.. adalah lebih baik untuk kita terus berusaha atas iman kita, mudah-mudahan mati dalam keadaan iman yang diterima oleh Allah dan kita ditempatkan di syurgaNya buat selama-lamanya...

Ya aiyuhalladzina aamanu, aaminu...
Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu.. (berusahalah atas iman kamu)

Bagaimana untuk usaha atas iman???? Pada pandangan saya, bersusah payahlah untuk agama Allah.. kerana iman dan kefahaman agama tidak datang dengan senang.. tapi iman dan kefahaman agama datang dengan susah payah, mujahadah dan pengorbanan... Sejauh mana susah payah kita untuk datang dekat kepada agama, sebanyak itulah iman dan kefahaman agama akan datang kepada kita..

Or kita leh ambik apa yg Nabi saw bersabda, jaddidu imanakum (perbaharui iman kamu), iaitu dengan memperbanyakkan memperkatakan tentang LA ILA HA ILLALLAH (yakni banyak memperkatakan tentang kebesaran Allah). Ayat quran pun ada bagitau, ya aiyuhal mudatthir, kum faanzir, warrobbaka fakabbir.. (Wahai orang yg berselimut, bangunlah, Tuhanmu perbesarkan)

Ada gak orang kata, kalau kereta problem, hantar bengkel..Kalau iman problem, gi masjid...gi masjid kan antara perkara yang perlukan pengorbanan..bila ada pengorbanan insyaAllah iman meningkat..lagipun, gi masjid kan dapat rahmat.. Maka bila pulang dari masjid ke rumah, kan pulang dengan rahmat.. Bila pulang bawak rahmat, insyaAllah keluarga bahagia...kan elok tu.. Wallahua'lam...

Hanya pandangan dari insan yang lemah sebagai peringatan untuk diri sendiri yang lemah.. mohon maaf andai ada salah dan silap..


p/s:
1) Ada gak orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat tp masih belum mampu mengenakan pakaian yang menutup aurat.

2) Suka kat topik ni.. http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/01/kamu-engineer-belajar-enjin-sudahla.html

Wednesday, January 12, 2011

KiSaH SeoRaNG BuDaK KeCiL..

Seorang budak kecil telah duduk termenung tatkala rakan2nya yang lain sedang sibuk bermain.. Maka seorang Sahabah r.a yang kehairanan telah datang kepada budak kecil tersebut dan bertanya, "Mengapa adik tidak pergi bermain bersama rakan-rakan yang lain?" Maka kata budak kecil tersebut, "Dunia bukan tempat untuk bermain..".. Terkejut Sahabah mendengar jawapan tersebut.. Lantas dia bertanya lagi.. "Mengapa adik termenung, ada apa-apa masalah?".. Budak itu pun menjawab, "Saya telah lihat ibu saya menghidupkan api.. Saya lihat dia meletakkan kayu2 yang kecil dahulu barulah kemudiannya diletakkan kayu yang besar.. Maka saya takut nanti pada kehidupan akhirat, bilamana Allah ingin menyalakan api neraka, maka Allah akan mencampakkan kami dahulu sebagai bahan bakarnya..Perkara inilah yang sedang merisaukan saya pada ketika ini... "Tergamam Sahabah ra mendengarnya.. Budak yang sekecil ini pun telah ada fikir dan risau yang sebegini rupa..

Tuesday, January 11, 2011

TaBi'iN & SaHaBaH..

Seorang Tabi'in (orang yang tidak sempat berjumpa Nabi saw tetapi sempat berjumpa Sahabah Nabi saw dan beriman kepada Allah) telah berhajat untuk melihat cara kehidupan Sahabah ra(orang yang sempat berjumpa Nabi saw dan beriman kepada Allah). Dia ingin melihat bagaimanakah keadaan hidup sahabah sehingga mereka menjadi insan yang diredhai oleh Allah swt. Satu hari, dia telah turut serta dalam satu perjalanan yang jauh bersama dengan Sahabah tersebut. Akibat keletihan, maka kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah mengambil keputusan untuk berehat sebelum menyambung perjalanan pada keesokan paginya.

Kesemua mereka yang menyertai perjalanan tersebut telah tidur dengan nyenyaknya. Namun, setelah tidur sebentar, Sahabah telah bangun mengambil wudhuk lalu mengerjakan solat malam..Dalam masa yang sama Tabi'in telah mengintai perilaku Sahabat tersebut dari atas sepohon pokok.

Maka tiba-tiba telah datang seekor singa mundar mandir di sekeliling Sahabah yang sedang mengerjakan solat. Tabi'in berasa sangat terkejut kerana Sahabah tersebut langsung tidak takut atau melarikan diri. Sehinggalah akhirnya singa itu telah duduk bersebelahan dengan Sahabah yang sedang bersolat itu. Maka selesai memberi salam, Sahabah telah membisikkan kepada telinga singa bahawa dia boleh beredar sekarang. Maka singa pun bangun dan beredar dari situ... Wallahua'lam..

Begitulah keadaan Sahabah ra.. Mereka hidup dalam keadaan iman dan yakin yang sempurna kepada Allah swt. Tidak hairanlah bilamana mereka hanya takut kepada Allah, maka seluruh makhluk lain akan takut kepada mereka.. Sesungguhnya merekalah golongan yang diredhai oleh Allah swt di muka bumi lagi. radhiAllahu anhum wa radhu anh..


-diceritakan oleh jemaah Australia-

Monday, January 10, 2011

JoRD BaNGi LaMa..

Satu kali Nabi saw telah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sebelum mana mereka pergi berperang.

"Jika Zaid bin Harithsah terbunuh, maka Ja'far bin Taib akan ambil alih tugas sebagai pemegang bendera Islam.. Jika Ja'far terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah sebagai gantinya.."

Kemudian, telah berkata seseorang kepada Abdullah bahawa kemungkinan dia dan dua sahabatnya lagi akan syahid pada peperangan tersebut berdasarkan kata-kata yang diucapkan Nabi saw..

Maka Abdullah telah buat keputusan untuk menangguhkan perjalanan ke medan perang dgn niat utk bersolat Jumaat di belakang Nabi saw tatkala dia menyedari bahawa itu mungkin solatnya yang terakhir.

Maka pada pengamatan kita,pastinya Abdullah bin Rawahah mendapat empat kelebihan berbanding sahabat-sahabatnya yang telah pun menuju ke medan perang..

1) Dapat bersolat di belakang Nabi saw tatkala yang lain hanya bersolat di belakang amir yg mengimamkan mereka ketika musafir.
2) Dapat bersolat di Masjid Nabawi tatkala yang lain hanya bersolat di perjalanan.
3) Dapat bersolat Jumaat tatkala yang lain hanya solat zuhor kerana sedang bermusafir.
4) Dapat bersolat di kota yang mulia iaitu Madinah tatkala yang lain telahpun berada di luar Madinah.

Tetapi bila mana perkara ini diberitahu kepada Nabi saw, maka kata Nabi saw, "Sepagi dan sepetang di jalan Allah itu lebih baik dari dunia dan seisinya.."...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Satu titis air jika dikeluarkan dari lautan, maka akan berkuranglah air lautan tersebut kerana lautan mempunyai sempadan...
Tetapi bilamana Allah swt mengeluarkan sesuatu dari khazanahNya untuk diberikan kepada hambaNya, maka tidak akan berkurang walaupun sedikit kerana khazanah Allah tiada sempadan...

Monday, January 3, 2011

SeMPuRNaKaH KiTa?

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh

megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan

menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan

sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam

gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap

pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka

sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang

bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya

sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan

mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,

kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan

membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".


Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya

yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika

pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk

kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur

dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan

mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak

sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai

membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,

ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,

apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab

suaminya.


Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu

kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan

bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara

perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas

kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin

mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan

baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan

cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa

adanya. Ia menunduk dan menangis ...


p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan

sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang

lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu

diperbaiki... wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...