Kat sana, Madinah sedikit sejuk dan Makkah sedikit panas.. Orang-orang Madinah nampak sedikit kasar dan di Makkah orangnya sedikit lembut.. (pada pandangan saya..).. Barang-barang di Madinah lebih banyak pilihan tetapi sedikit mahal.. Di Makkah, barang-barang lebih murah... Makanan harganya 2-3 kali ganda berbanding Malaysia.. Alhamdulillah, duit ringgit tinggi sikit nilainya dari duit riyal sekarang ni.. Kata orang, nak beli kurma di Madinah, kerana kualiti yang lebih bagus..
Erm..kat Madinah yang paling best dapat ziarah makam Nabi saw dan solat dalam kawasan Raudhah.. rasa terharu n bersyukur sangat.. kat Makkah..yang paling seronok.. dapat lihat kaabah.. solat depan kaabah.. dengan keyakinan menyembah Allah dan bukan kaabah.. dapat kucup hajarul aswad pun best gak.. rasa lapang dada lepas kucup.. tak tau lah kenapa..
Erm.. lain-lain perkara banyak gak yang best.. terutama waktu wat ziarah.. macam-macam tempat bersejarah dapat pegi... bukit uhud, bukit thur dan jabal rahmah (tempat pertemuan Adam as dan Hawa).. tempat-tempat lain macam ladang kurma, pasar kurma, bukit magnet (x yah idup enjin pun, kenderaan leh bergerak sendiri), ladang unta, kilang percetakan alquran n lain-lain... Senang cerita, kena gi sana sendiri gak.. tengok dan rasai sendiri... Sekian rangkuman cerita di bumi Makkah dan Madinah..
2 comments:
thanks a lot sbb sudi kongsi cerita pengalaman di sana...
Sy akan pasang Niat yg bersungguh2 utk ke sana jg..insyaAllah..~
pasang niat erk...best g sana.. rugi klau x pegi..
Post a Comment