Friday, April 16, 2010

PoHoN SeMaLu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat
kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

Wallahu A'lam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...